SELAMAT HARI PEKERJA

Diposting oleh Unknown on Rabu, 30 April 2008


Combi bersenama supaya sehat
Pergi berjogging di tepian pantai
Hari pekerja untuk kita berehat
Jadi marilah kita bersanta-santai
Sempena Hari Pekerja, umie ingin mengucapkan SELAMAT BERCUTI kepada semua pekerja...(Suri rumah boleh di kira sebagai pekerja juga ke?)

Sejarah hari pekerja (http://ms.wikipedia.org/)

Hari Pekerja atau Hari Buruh adalah satu nama untuk pelbagai cuti tahunan yang diraikan pada 1 Mei (atau dalam permulaan bulan Mei). Akan tetapi sebenarnya hari ini disebut juga sebagai Hari Pekerja Antarabangsa, yang mana ia merupakan peringatan tentang kejayaan ekonomi dan sosial bagi pergerakan pekerja. Tarikh 1 Mei digunakan kerana pada tahun 1884, Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh, yang diinspirasikan oleh kejayaan Parti Labour 1872 di Kanada, meminta lapan-jam waktu berkerja di Amerika Syarikat, dikuatkuasakan pada 1 Mei, 1886. Ini mengakibatkan mogok umum dan Mogok Haymarket tahun 1886, tetapi beransur-ansur juga di pejabat selama lapan-jam waktu bekerja.

* Nasib baik persatuan pekerja pada masa itu melakukan mogok, kalau tidak, sudah pasti tidak ada 'Hari Pekerja' untuk mereka yang bekerja (sama macam suri rumah lah eekkkk :P )



More aboutSELAMAT HARI PEKERJA

Chiku satu-satunya anak jantuku ;)

Diposting oleh Unknown on Selasa, 29 April 2008

Chiku telah ditaburi dengan 'paper stars' oleh si kakak


Faizah manis sudahpun berpunya
Sering tersenyum sentiasa girang
Chiku kucing jantan satu-satunya
Chiku manja tapi amatlah garang

Chiku tidur dengan begitu lena... mimpi indah pastinya ;)

Untuk n3 hari ini umie ingin bercerita tentang chiku, satu-satunya kucing jantan yang ada di rumah umie. Chiku asalnya 3 beradik yang ditinggalkan di halaman rumah kami. Malangnya 2 daripada adik beradiknya tidak hidup lama. Malah Chiku sendiri pernah ditolak oleh vet kerana dikatakan 'tidak dapat diselamatkan' :(

Pada masa itu umie amat marah sekali pada doktor haiwan tersebut kerana sehari sebelumnya Chiku telah diberikan rawatan di klinik itu. Doktor di situ telah berpesan jika Chiku masih kelihatan lemah, bawalah semula ke klinik untuk rawatan selanjutnya. Selepas mahgrib umie menelefon untuk membuat temu janji. tetamu janji telah dibuat namun amat menjengkelkan apabila sampai di klinik doktor haiwan di situ tidak mau membuat apa-apa ke atas Chiku :(

Dengan perasaan marah umie telah pergi ke satu lagi klinik haiwan (pernah pergi ke klinik ini dan berpuas hati tetapi kawan umie telah mencadangkan umie ke klinik yang tadi) dan sampai saja umie di klinik tersebut, vet di situ cepat2 menyambut Chiku dan Koko (masa itu masih hidup lagi). Mereka berdua dengan segera diberikan suntikan dan 'drip' oleh doktor tersebut. Selepas hampir sejam dirawat, Chiku dibenarkan pulang tetapi Koko terpaksa tinggal di klinik :(

Keadaan Chiku kembali pulih namun Koko pula on-off , Koko tidak berhenti dengan rawatan dan ubat-ubatan sehinggalah Koko meninggal dunia :( Mungkin kematian adalah yang terbaik buatnya :(( Sementara itu Chiku terus pulih dan dengan suntikan vaksin yang regular menambahkan lagi tahap kesihatannya. Alhamdulillah...

Tak cukup dengan paper stars, gulipun Kakak tabur ke atas Chiku :D

Chiku terus membesar dan manja... tak sangka Chiku yang dikatakan 'sudah tidak ada harapan' masih bernafas hingga kini... Jika pada masa itu umie hanya akur dengan kata-kata doktor haiwan itu, mungkin Chiku juga sudah tidak bernyawa seperti adik-beradiknya... Ternyata dalam hidup ini, usaha dan yakin serta dengan kehendak Allah SWT segalanya berkemungkinan :)

Seperti dalam pantu umie di atas, Chiku memang manja tetapi amat garang, kalau ada budak2 datang ke rumah, jangan cuba untuk memegangnya, apa lagi untuk menggomol dia sesuka hati... kerana pasti Chiku akan menjadi berang dan bertindak di luar jangkaan... Chiku mungkin sahaja akan menggigit atau mencakar siapa saja yang dirasakan menganggunya :D

Sungguhpun begitu, ada ketikanya Chiku boleh dipegang dan dibelai... kena tau masa yang sesuai iaitu ketika dia sedang purring kerana itu menunjukkan dia boleh dipegang dan dibelai. Malah Chiku juga boleh dibuat apa saja semasa dia sedang tidur lena :D Anak umie, Kakak suka sangat menganggu Chiku ketika sedang tidur namun Chiku tidak mempedulikannya... baginya yang penting tidur dengan lena...

Begitulah sedikit kisah tentang Chiku yang manja tetapi garang... (macam tuan dia juga kot hehehehehhe)
More aboutChiku satu-satunya anak jantuku ;)

Nasi mixed-vege

Diposting oleh Unknown on Minggu, 27 April 2008


Bro KS kelihatan sentiasa gembira
Namun tiada yang tahu isi hatinya
Nasi mixed-vege menambat selera
Boleh cuba kalau nak tau rasanya


Nasi mixed-vege ni sama je macam nasi pandan yang umie buat baru ni cuma diletakkan mixed vege di dalamnya :)


Bahan


4 cawan beras basmathi (ikut suka - beras apapun boleh)
4 cawan air (ikut jenis beras yang digunakan)
1 biji bawang besar*
3 cm halia*
5 ulas bawang putih*
2 sudu butter + 1 sudu minyak masak
1 helai daun pandan
2 cawan mixed-vege (toskan airnya)
1 kiub stok ayam
garam/perasa secukup rasa


Cara


1. Cuci beras dan toskan.
2. Blend bahan bertanda*
3. Panaskan butter+minyak dan tumiskan bahan-bahan yang telah diblend sehingga kuning keemasan/naik baunya dan masukkan kiub stok ayam.
4. Campurkan beras, daun pandan, garam dan air secukupnya.
5. Bila nasi sudah hampir kering airnya, masukkan mixed-vege dan kacau rata
6. Biarkan nasi masak seperti biasa.
More aboutNasi mixed-vege

Rich Choc Pudding

Diposting oleh Unknown



Nadhirah slim baju lama masih muat
Sering amalkan makan yang berzat
Rich choc pudding resepi jun dibuat
Mudah dan rasanya pula sungguh lazat

Kebelakangan ini sibuk memanjang... entah apa-apa je... Dapur kalau berasap pun sekejap-sekejap sebab masak yang simple je. Anak umie kata, asyik masak yang itu-itu je hehehehe :p

Bila ada luang dan ruang, ambil kesempatan untuk masakan sesuatu untuk anak-anak. Dah lama teringin nak buat resepi dari jun comel :-* muuaahhhhhhhhh tapi tak sempat-sempat. Bila dah buat ni rasa tak puas hati sebab anak umie kata rasanya macam dodol!!!

Bila-bila nak buat lagi... sampai mereka puas hati... errmmmm mesti umie silap kat mana-mana sampaikan pudding glamour ni dikatakan rasanya serupa dodol hehehehehehe Jangan marah eekkk jun sebab kak e silap agaknya...


Resepinya...


Bahan

  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula
  • 1/2 cawan susu tepung
  • 1/2 sudu teh garam
  • 4 1/4 cawan air
  • 4 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 3 sudu besar butter
  • 1 paket serbuk agar2

Cara

  1. Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
  2. Masukkan butter, kacau hingga pekat.
  3. Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.



More aboutRich Choc Pudding

Nasi pandan butter

Diposting oleh Unknown on Sabtu, 26 April 2008

Kasawari tengok CONGKAK orang penuh sesak
Sebelum ke pawagam minta Linda berdandan
Kerana kesibukan umie tak sempat nak masak
Hari ini ada masa umie masakkan nasi pandan

Biasalah kalau dah sibuk umie jarang dapat masak yang 'istimewa' untuk anak-anak. Kalau masakpun yang biasa-biasa dan yang cepat siap saja. Hari ini umie agak berpeluang untuk masak sesuatu yang 'memikat' selera anak-anak untuk makan. Jadi umie masakkan mereka nasi pandan butter berlaukkan ayam merah tomato berkicap (lupa pulak nak amek gambar lauk ayam tomato berkicap tu)


Nasi ni umie buat ikut resepi sendiri (main buat je hehehehhe) Kalau nak cuba bolehlah ya...

Bahan

4 cawan beras basmati (kalau guna beras lain pun boleh)
4 cawan air (ikut sukatan berdasarkan beras yang diguna)
7 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 cm halia*
3 helai daun pandan (ambil patinya - bolehlah gantikan dengan 1/2 sudu teh pandan paste)
2 sudu besar butter + 1 sudu besar minyak masak
garam/perasa secukupnya


Cara

1. Blend semua bahan bertanda *
2. Bersihkan beras dan toskan
3. Panaskan butter+minyak dan tumiskan bahan yang telah diblend hingga naik bau.
4. Masukkan pati pandan atau pandan paste dan garam kemudian kacau rata
5. Masukkan beras + air secukupnya
6. Masak macam biasa - kacau supaya rata semasa nasi hampir kering air dan biarkan hingga betul2 masak baru di kacau untuk peroikan nasi

More aboutNasi pandan butter

Itni disangka hilang!!! :(

Diposting oleh Unknown on Kamis, 24 April 2008


Izam masih terkenang insan yang disayang
Memori lama membuat dirinya menyendiri
Kucing-kucing semua memang umie sayang
Yang berada di rumah umpama anak sendiri

Kelmarin umie jadi sedikit cuak apabila seekor dari kucing-kucing umie tidak kelihatan bayangannya. Selepas mahgrib, umie beri mereka makan malam. Kesemuanya nampak berselera termasuklah Itni juga.

Seperti kebiasaan selepas makan malam dan berehat sebentar, mereka semua akan dimasukkan ke dalam kandang supaya jika mereka membuang hajat, senang untuk dibersihkan. (ada ketika dilepaskan di dalan rumah ~ bila mereka sering buat hal errmmmm faham-faham je lah apa mereka buat kan... jadi terpaksalah diletakkan dalam 'bilik tidur' mereka) Namun umie tidak nampak bayang Itni padahal masa makan tadi dia ada sama... umie memanggil-manggil dan mencari di seluruh rumah...

Puas umie memanggil dan mencari namun tidak kedengaran suara atau bayangannya (bisanya kalau panggil pasti dia akan datang tambahan kalau membunyikan tin makanan kesukaannya). Hati umie mulai tidak tenteram dan macam-macam yang umie fikirkan... Namun umie terus memanggil Itni dan bersabar untuk menanti kepulangan hb dari menjemput anak-anak tusyen. Malangnya hb dan anak-anakpun tidak berjumpa Itni di sekitar kawasan rumah.

* Umie begitu risau sebab Itni (sebelum ini) tidak tau merayap atau berjalan jauh dari kawasan rumah. Itni pula jenis kucing baik yang boleh dibuat apa saja ke atasnya... dia tak tahu marah atau menghalangnya... Itni ibarat patung yang boleh digomol sesuka hati :D

Setelah anak-anak masuk tidur (esok nak sekolah) umie terus mencari dan memanggil. Akhirnya umie tidak boleh menahan kesedihan dan kerisauan maka umie pun... (malu nak tulis di sini) hehehehehhehe Tengah malam itu juga hb umie membantu umie mencari Itni (Thank you darling...) di sekitar kawasan taman perumahan hingga ke taman sebelah. Puas pusing-pusing keliling namun Itni tidak kelihatan juga.

* Komen hb semasa umie begitu resah mencari Itni >>> " jangan risau, nanti dia akan balik, mungkin dia keluar pergi dating.... " (umie marah hb masa dia kata camtu hehehehehehhehe)

Umie mulalah memikirkan benda yang buruk dan menuduh macam-macam ~ berdosa je menuduh orang eekkkk :( Setelah penat berusaha dan tidak berjumpa juga, umie disuruh tidur... rasanya baru saja umie terlena tiba-tiba hb mengejutkan umie... menyuakan Itni :) hehehehehhe umiepun dakap Itni dengan erat (Itni tak bergerak-gerak) sambil menyambung tidur dengan lenanya :p

Pengajaran buat umie: Kalau kucing-kucing umie tak balik, jangan risau... tunggu seharian... ni baru je berapa jam dah kalut... sampai hb ajak buat report ke balai polis ~ perlilah tu kan.... :P


More aboutItni disangka hilang!!! :(

Tag ~ Thanks Bro E & Sis Norz

Diposting oleh Unknown on Rabu, 23 April 2008

Shai, Sheda & Retna menonton wayang
Habis tengok CONGKAK pergi ke lain
Tag ini dari bro e & sis norz tersayang
Kini dipanjangkan kepada yang lain

Ini satu lagi 'permainan blog' yang dianggap 'suka-suka' :)
Peraturan TAG ini meminta agar ianya terus dipanjangkan kepada 10 teman tetapi sebenarnya 'tidak terhad' (Boleh tag lebih dari itu). Namun boleh saja jika tidak mengTAG teman yang lain.... Terserah ok... bebas memlih :D Sekiranya TAG ini akan dipanjangkan.


This is another of those Linky Love game where you only have to tag 10 person in one post but still there is no actual limit (you can tag more if you want!). But then, you may choose not to tag others, its up to you...Its a democratic world, if you get what I mean.


BennyLiew, RamblingMoo, Mum & Kids In Wonderland, Judelittle, Our mini blogsphere, Rooms in My Heart, J@n!ce Ng, ChinNee, Jo-N, LadyJava's Lounge, Apples Of The Eyes, aNgRiAniWoRLd, persismutiara, my little family, LG a.k.a Lemongrass, McTa, manje, nitta, yatt, mat gebu.

The lucky 7 person I am going to tag is S_Shamen, Siti Azma, Sweet Bobo, Mak Lang, Kak Pah Sherry, Lizah Zakaria, Dayang.

10 person i'm going to tag is shima, jasmeen, yullina, soulha, elianas, rani, sabrina, zuhri, kak rinchan, umi-kal.

10 person i'm going to tag is norsham, Asmahani, Aida, Niza, rinzura, mamasya, Farah, zaiy, fiza, azura, MamaFaMi.

Next 11 person i'm going to tag is As, Cik Linn, Emy, Linda, Oli, CT, Sue, Zura, Jeff, Abang E, Rina.

Next... 12 people i'm going to tag are (cukup sedozen.... ) Norz * Combi * Angriani * Kujie * Kasawari * Syam * UncleJ * Retna * Sishoney * Jun-Yummylicious * Sis E * Sheda

Kak tengok, dah banyak kawan2 yang kak e kenal telah di TAG so kak e kenalah cari siapa yang tak ada dalam senarai yang ada di sini ya...
Ok... Ini dia mereka yang kak e TAG... Have fun ok :) abg budin, carneyz, pu3, shai, mika, izam, izali, faizah, chika, sis honey, chibi, noamee (Cukuplah kot sebab nanti TAG ini boleh dipanjangkan lagi...)


*** Sebenarnya umie masih lagi dalam kesibukan yang panjang TAPI cuba juga ambil kesempatan untuk menziarah teman-teman (mana yang sempat...) nak update n3 pun tak sempat lagi... TAPI umie buat TAG ini dulu sebab rasa amat dihargai oleh bro e dan sis norz sayang :-*

More aboutTag ~ Thanks Bro E & Sis Norz

What Gemstone Am I?

Diposting oleh Unknown on Selasa, 22 April 2008

What Gemstone Am I?

Your Gemstone is Emerald

Balanced, liberated, and peaceful.


You bring luck into any situation.


Biasalah... kalau dah pening dengan kerja seharian, umie main-main jwab kuiz :) Bila dapat jawapan daripada soalan-soalan kuiz yang diberikan tu, jawapannya EMERALD! ermmmm kebetulan umie memang suka emerald sebab umie suka sangat warna hijau ;)

More aboutWhat Gemstone Am I?

Tag - Special for iyandz :-*

Diposting oleh Unknown on Senin, 21 April 2008



Ila ke Bukit tinggi jalan2 cari makan
Bersama keluarga gembira berkobar
Sudah Lama juga tag iyandz berikan
Baru hari ini dapat letakkan gambar



Tag ini telah diberikan oleh iyandz dah lama jugalah... sebelum umie berangkat ke KK tempoh hari. Sebenarnya dah buat pun n3 nya tapi gambar pula tak ada sebab tak sempat nak pindahkan dari camera... so n3 yang dah nak dibuat ni tergendala lah...

Harap iyandz happy dengan Tag yang kak e dah buat ini ya... Sorry ya sebab lambat sikit...

*Hand-bag berjenama NEXT yang dah bertahun dipakai ~ kak e jenis yang tidak suka bertukar-tukar hand-bag :) sebab kak e akan gunakan sampailah ke akhir hayat bag tersebut >>> jenis setia pada yang satu ni heheheheheh :p

*Masa kak e amek gambar hang-bag ni, kak e dah balik dari KK, so di antara benda yang terdapat dalam hand-bag kak e ialah boarding pass ke KL-KK & KK-KL :D

*Kak e tak berapa pandai guna 'purse' so duit semua simpan dalam 'pocket hand-bag' semua sumbat dalam tu... segala macam kad (untuk buat hutanglah tu kan...) pun pakai sumbat je...

*Lip stick & compact powder memang kena adalah kan... (pun dah uzur hehehehehe)

*Hp ada dua sebab satu khas untuk kak e berbual dengan adik kembar kak e (1+3 plan so tak boleh guna untuk orang lain...)

*Kunci mesti adalah kan... itu pun asyik tertinggal je hehehehhehe

*Ubat pun kena sentiasa ada juga ;)



More aboutTag - Special for iyandz :-*

How Independent am I?

Diposting oleh Unknown on Minggu, 20 April 2008

How Independent Are You?

Your Independence Level: Very Low

You are not independent at all. Even if you think you are.
You don't trust yourself to make good decisions, and you leave too much to chance.
You aren't going to get answers from your horoscope, your culture, or your family.
The best answers only come from yourself. So stop listening to everybody else!

Suka2 jawab kuiz di blogthings dan inilah jawapan daripada kuiz yang dibuat tu... errrmmm memang ada betulnya :D

More aboutHow Independent am I?

Soto Simple

Diposting oleh Unknown on Selasa, 15 April 2008

Syam termenung fikiran terawang-awang
Asyik melayan fikiran duduk bersedirian
Nampaknya 'dapur' dah mula bersawang
Sebab umie sibuk dengan aktivti seharian

Kesibukan melanda lagi... ermmmm sibuk dengan aktiviti seharian memang tak dapat nak dielakkan cuma ada ketika dapat jugalah mencuri masa. Namun kadang kala memang tak sempat langsung nak curi-curi :S
Hari ini cuba juga disempatkan untuk mengemas mana-mana yang patut tapi selepas ini nampaknya akan bersawang semula :D ermmmm kalau umie tak balas msg yang ditinggalkan, harap maklumlah ya... ;)

Bahan

Nasi impit - secukupnya
1 ekor ayam
Sedikit empah menumis (kulit kayu manis,buah pelaga etc)
1 bungkus rempah soto (Mak Siti -best!) atau rempah sup ADABI
3 sudu besar minyak masak
1 inci halia*
5 ulas bawang putih*
9 ulas bawang merah*
50gm suun - (goreng dalam minyak yang panas - dan simpan hingga diperlukan)
Sedikit taugeh
Sedikit daun sup/daun bawang/bawang goreng/kacang goreng
Sambal kicap
Keropok ikan (jika suka)

Cara

1. Bersihkan ayam -potong kecil (ikut suka)
2. Blend bahan bertanda*
3. Panaskan minyak masak dan tumis semua bahan-bahan menumis (kulit kayu manis, buah pelaga etc)
4. Apabila sudah naik bau masukkan bahan* yang telah diblend dan kacau sehingga kelihatan kekuningan.
5. Masukkan rempat soto Mak Siti (atau rempat sup ADABI)
6. Masukkan air dan diikuti dengan ayam biarkan sehingga mendidih.
7. Setelah sop masak bolehlah dihidangkan - nasi impit+kuah+bahan2 sampingan yang telah disediakan...

* resepi nasi impit dan sambal kicap telah ada sebeleum ini.







More aboutSoto Simple

Quiz ~ What These Orchids Say About Me ;)

Diposting oleh Unknown on Kamis, 10 April 2008




What These Orchids Say About You



You are exotic and intricately beautiful.

You possess a unique grace that's both delicate and strong.

You are thoughtful and refined. You are the definition of class.





Ada bermacam-macam quiz di situ... suka-suka pilih tajuk quiz ini. Terdapat perlbagai bunga untuk dijadikan pilihan, namun umie memilih bungan orkid seperti gambar di atas kerana orkid merupakan bunga kegemaran umie. Kalau untuk jambangan pasti orkid menjadi pilihan...

* Jom main-main jawab quiz - for fun! :D
More aboutQuiz ~ What These Orchids Say About Me ;)

Ayam kicap berempah

Diposting oleh Unknown on Rabu, 09 April 2008


Shai masih solo kata dia tak masak
Kalau ada jamuan pergi je tempah
Kepala buntu lauk apa nak masak
Akhir masak ayam kicam berempah

Masak kicap berempah ni best juga... Lebih kurang cam masak kicap biasa cuma letak rempah jintan-ketumbar je...


More aboutAyam kicap berempah

Tag ~ dari fida @ s_shamen

Diposting oleh Unknown

Gambar sebelah kiri: Rupa luar esbok
Gambar sebelah kanan: Rupa bahagian bawah
esbok


Gambar sebelah kiri: Bahagian dalam - atas
Gambar sebelah kanan: Bahagian pintu esbok


Gambar atas: Bahagian laci esbok tingkat atas
Gambar bawah: Bahagian laci esbok tingkat bawah


Di shout box abid tinggalkan pesan
Cuba dijawab harap-harap tak lupa
s_shamen tag berikan kak e tugasan
Tayangkan esbok macam mana rupa


Fida atau s_shamen tag kak e dengan tugasan untuk menayangkan esbok atau peti ais yang ada di rumah kak e. Sebenarnya segan nak tayangkan rupa dan isi esbok kak e ni... tapi sebab kak e tak mahu hampakan fida, kak e cuba jugalah ambil gambar seperti yang dikehendaki.

Harap fida berpuas hati dengan hasil tugasan yang diberikan...
Pastu kata kena teruskan TAG ni... ermmmm tapi tengok dah banyak kawan2 yang kena TAG ni... TAPI kak e NAK juga TAG beberapa orang...
Kalau ada masa, buatlah... if not takpe... this is just for fun :) Lagipun kak e faham keadaan kawan-kawan...
~ Sis Norz
~ Shai
~ Ein
~Naomie
~Angriani
~Iyandz
~ ummi
~Abg budin
~KakmOn
~Retna

More aboutTag ~ dari fida @ s_shamen

Tumis air kentang

Diposting oleh Unknown

Erni beli macam-macam perkakas
Smoothie Maker pun dia dah dapat
Tumis air kentang amatlah ringkas
Sesuai dimasak ketika nak cepat


Teringa masa umie kecik-kecik, arwah mak umie selalu masak 'tumis air kentang' pastu letakka telor di dalamnya. Masakan ini menjadi kesukaan masa kecik-kecik dulu... Senang je nak buat. kalau nak cepat, inilah masakan yang sesuai...

Bahan

4 biji kentang (potong ikut suka)
2 batang lobak merah (potong ikut suka)
4 biji telor
12 batang isi ketam
5 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 sudu kecil udang kering*
2 sudu minyak masak
garam/perasa secukupnya
4 cawan air - tambah ikut suka
daun sop/bawang goreng


Cara

1. Sediakan kentang & carrot - Basuh dan potong ikut suka.
2. Blend bahan-bahan*.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan blend*
4. Masukkan air + garam/perasa.
5. Masukkan kentang dan carrot - masak sampai 1/2 empuk baru pecahkan telor (dalam api mendidih)
6. Akhir sekali masukkan isi ketam dan tutup api
More aboutTumis air kentang

Quiz ~ suka-suka

Diposting oleh Unknown on Selasa, 08 April 2008






Your Power Color Is Indigo





At Your Highest:


You are on a fast track to success - and others believe in you.

At Your Lowest:

You require a lot of attention and praise.

In Love:

You see people as how you want them to be, not as how they are.

How You're Attractive:

You're dramatic flair makes others see you as mysterious and romantic.

Your Eternal Question:

"Does This Work Into My Future Plans?"

Sebenarnya umie suka juga menjawab soalan-soalan yang nantinya akan memberikan jawapan kepada suatu perkara misalnya personaliti dan sebagainya.

Set soalan yang dijawab untuk soalan yang berkaitan warna mana yang terbaik telahpun umie jawab.

Hasil daripada jawapan yang diberikan mengatakan bahawa warna 'ungu' atau 'indigo' sebagai warna yang sesuai - power colour ;)

Di bawah ini merupakan jawapan yang diberikan... ermmmm bila tengok-tengok macam kena je ;) hehehehehehe


Seronok jugakan... meh ler try :D


More aboutQuiz ~ suka-suka

Bubur nasi ayam

Diposting oleh Unknown on Senin, 07 April 2008



Manje cerita ibunya hanya dua beradik
Tokwan meninggal amat menyedihkan
Bubur nasi memang kegemaran Adik
Masak seperiuk pun boleh dihabiskan


Bubur nasi ni anak umi yang no.2 (Adik) suka sangat tapi kali ini umie buat bukan di atas permintaan adik kerana masa itu Adik minta masakkan nasi impit (anak-anak umie panggil nasi empat segi) -> nak makan lontong.

Kakak pula pada masa umie sedang buatkan nasi impituntuk adik, dia ada di dapur. Umie pun tanya kalau dia pun ada permintaan juga. Jadi diapun sebut kalau boleh buatkan bubur nasi ayam. Kebetulan bahan semuanya dah tersedia, jadi umie buatkanlah juga.

* Nasib baik masa tu Baby tak ada kat dapur... kalau tak apa pulaklah yang dia minta dibuatkan eekkkkk :D



Bahan

2 cawan beras
6 cawan air
500gm ayam cincang
7 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 cm halia*
1 sudu besar rempah kurma
minyak untuk menumis
1 kiub stok ayam
garam/perasa secukupnya
daun sup/bawang goreng/cili merah - ricih halus


Cara

1. Bersihkan beras dan masak bersama 6 cawan air (tambah jika perlu)
2. Blend bahan*
3. Panaskan minyak kemudian tumis bahan blend dan rempah kurma
4. Masukkan kiub ayam+garam/perasa
5. Masukkan ayam cincang dan gaul sebati hingga masak dan padamkan api
6. Setelah bubur masak (nasi hancur) baru campurkan bahan yang telah dimasak tadi ke dalamnya.

7. Kacau rata dan tambah garam jika perlu

8. Hidangkan bersama daun sup/bawang goreng/cili merah dan serbuk lada sula (jika suka)




* anak umie suka letak kicap pedas sebagai tambahan ;)
More aboutBubur nasi ayam

Popia isi ketam

Diposting oleh Unknown on Minggu, 06 April 2008

Wajah kak norz sering terbayang
Senyuman manis mengubat luka
Resepi ini dari kembarku sayang
Anak-anak umie amatlah suka


Cerita-cerita rupanya adik umie buat camni untuk anak-anak dia. Cuma dia kata dia tak letak sayur di dalamnya. Umie letak sayur kobis je... ternyata anak-anak umie memang suka dan minta untuk dibuatkan lagi :D

Bahan

1 bungkus isi ketam (lebih kurang 16 keping atau lebih)
Kulit popia (size kecil atau sederhana) ikut jumlah banyaknya isi ketam
200gm kobis (atau sayur ikut suka) - diricik halus
4 sudu besar mayonis*
2 sudu besar sos cili*
Minyak untuk menggoreng

* Campurkan mayonis bersama sos cili dan gaul rata

Cara

1. letakkan isi ketam di atas kulit popia
2. Letakkan 1 sudu besar sayur + sadu kecil campuran mayonis
3. Gulung seperti gulung popia biasa
4. Goreng dalam minyak yang panas dengan api sederhana


*** Dah lama umie tak letak apa-apa kat MR :-S Hari ni umie letaklah resipi ini untuk dikongsi sebab senang dan anak-anakpun suka :) http://myresipi.com/top/detail/4090
More aboutPopia isi ketam

Ayam Percik

Diposting oleh Unknown on Sabtu, 05 April 2008

Syam ke pasar membeli buah ciku
Buah belimbing juga tak dilupakan
Ayam percik kepakaran suamiku
Ingin nak makan pasti dibuatkan


Ini ayam percik resepi hb umie. Dia memang pakar masak masakan Kelantan ;) Kalau rasa teringin nak makan je, pasti dengan rela hati hb umie akan memasaknya. Ayam percik ini hasil masakannya untuk dikongsi bersama ;)


Bahan

1 ekor ayam (potong 4 atau ikut suka)
1 inci halia*
1/2 inci kunyit hidup*
7 tangkai cili kering*
3 batang serai
3 labu bawang besar*
6 ulas bawang putih*
200ml santan
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan air (tambah jika perlu)




Cara


1. Bersihkan ayam.
2. Serai dititik
3. Bancuh tepung dengan sair
4. Blend bahan*
5. Masukkan semua bahan* belnd, santan, serai,tepung, dan garam/perasa ke dalam periuk dan masakkan kesemuanya.
6. Kuah dimasak hingga pekat kemudian masukkan ayam ke dalamnya.
6. Alas loyang dengan aluminium foil dan susun ayam yang telah bersalut kuah - bakar dalam oven hingga masak.
7. Lebihan kuah boleh disiram di atas ayam semasa membakar.
8. Tuangkan lebihan kuah ke atas ayam semasa menghidang.
More aboutAyam Percik

Ayam black pepper

Diposting oleh Unknown on Jumat, 04 April 2008


Lawa gembira tersenyum sakan
Senyuman manis itu biarlah lama
Ayam black papper jadi kesukaan
Nasi putih saja dimakan bersama


Aktiviti harian menghalang umie untuk mengupdate. Hujung minggu begini bolehlah umie ambil sedikit ruang dan masa untuk mengemas 'dapur' umie yang hampir berabuk ni...


Bahan

1 ekor ayam - bersih dan potong ikut suka
½ inci kunyit*
½ inci halia*
1 sudu besar lada hitam*
1biji bawang besar *
3 ulas bawang putih*
1 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil kicap pekat
garam/perasa secukupnya
minyak untuk menggoreng ayam dan menumis
air
- ikut keperluan
1 cawan tepung KFC - boleh dapat di supermarket#
1 biji telor#

blend semua bahan bertanda*




Cara

1. Bersihkan ayam dan toskan.
2. Bancuh tepung dan ayam# kemudian celupkan ayam.
3. Panaskan minyak untuk menggoreng dan goreng ayam bersalutkan tepung hingga habis dan ketepikan.
3. Panaskan dua sudu besar minyak masak dan tumiskan bahan blend sehingga garing kemudian masukkan sedikit air.
4. Masukkan kicap manis+kicap pekat dan tambah sedikit garam dan kacau rata sebelum memasukkan ayam. Biarkan mereneh sehingga kuah dan ayam sebati.

More aboutAyam black pepper

Tiramisu

Diposting oleh Unknown on Kamis, 03 April 2008


Izam tak sabar untuk dipanggil Pak su
Hadiah bakal anak saudara dah disedia
Anak-anak umie suka sangat tiramisu
Senang je nak buat tapi masanya tiada

Tiramusu hidangan yang mudah untuk disediakan. Sebenarnya selalu buat sebab selain senang juga merupakan kesukaan anak-anak umie. Masa seorang teman blogger ke rumah bulan lepas, umie buat juga tiramisu ni sebagai dessert ;)

Resepinya umie pernah letak di MR http://www.myresipi.com/top/detail/957



Bahan
  • 2 bungkus biskut tiramisu/sponge fingers/boudoir
  • 250g cream cheese
  • 250g whipping cream
  • 150g gula (boleh kurang atau tambah ikut suka manis)
  • satu cawan bancuhan air nescafe (tanpa gula)
  • serbok kok/cokolat utk hiasan

Cara

  1. satukan cream cheese+whipping cream+gula dan pukul hingga kembang
  2. Celupkan biskut ke dalam bancuhan nescafe dan susun dalam bekas sederhana besar
  3. Setelah itu letakkan satu lapisan bancuhan yang telah dipukul tadi ke atas biskut dengan rata. Ulang proses ini sehingga menjadi dua atau tiga lapisan. (ikut suka dan ukuran bekasnya juga)
  4. Bila semua bancuhan telah habis dan bahagian atas disapu rata, bolehlah ditutup dan disimpan dalam peti ais. Hias kan dengan taburan koko/cokolat di atasnya ikut suka.


More aboutTiramisu

Sayur campur masak air pedas

Diposting oleh Unknown


Shayz tak sabar tunggu bulan depan
Baby di kandungan akan dilahirkan
Sayuran campur dijadikan santapan
Dengan nasi panas selera dimakan


Kalau sayuran dimasak lebih awal kurang menyelerakan.... Masakan macam ni memang cepat dan mudah. Sesuai sangat bagi umie sebab nak cepat-cepat masak untuk anak balik sekolah. Makan dengan nasi panas dan ayam goreng je dah cukup untuk mereka menambah makan :)

Bahan

1 bungkus cendawan basah - di supermarket ada banyak :p
2 biji tomato
2 batang lobak merah
1 bungkus pucuk jagung (baby corn)
5 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 sudu besar udang kering*
7 tangkai cili kering*
2 sudu minyak masak
garam/perasa secukupnya
3 sudu air - tambah ikut suka


Cara

1. Sediakan sayur-sayuran - Basuh dan potong ikut suka.
2. Blend bahan-bahan*.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan blend*
4. Masukkan 3 sudu air + garam/perasa.
5. Masukkan sayuran dan kacau rata.
6. Tutup dan jangan sampai sayur terlalu empuk/masak



More aboutSayur campur masak air pedas

Happy Birthday Sis!!! (Kembarku Sayang)

Diposting oleh Unknown on Selasa, 01 April 2008


MamaRanggie mesra suka ketawa
Ke mana-mana adiknya bersama
Kami kembar seiras yang istimewa
Hari ulang tahun kami tidak sama

Selamat ulang tahun buat seorang adik yang begitu bermakna dalam hidup ini. Seorang yang ibarat 'nyawa' buat diri ini. Suka duka kepada dialah tempatnya untuk mengadu dan bercerita. Dia adalah sebahagian daripada kehidupan ini... Tidak dapat dibayangkan tanpanya... bagaimanalah kehidupan ini agaknya...

Kami mempunyai kisah yang unik dan tersendirin kerana walaupun kami kembar seiras tapi hari lahir kami berbeza sehari. Bukan itu sahaja, hari lahir kami sebenarnya senagaja ditukar mengikut kepercayaan orang tua. Mengikut kepercayaan orang tua, sekiranya kembar seiras, yang lahir dulu adalah 'adik' dan yang lahir kemudian adalah 'kakak'.

Ikutkan dari kelahiran, adik umie ni lahir dulu dan umie kemudian. Namun disebabkan kepercayaan yang orang-orang tua pegang, maka semasa mendaftar kelahiran, tarikh lahir umie didahulukan (kerana selepas 12 tengah malam akan dikira sebagai hari yang berbeza). Jadinya umie yang lahir kemudian telah diberikan tarikh lahir awal (kerana percaya yang lahir dahulu itu adik). Tak tahulah nak kata bagaimana, naluri umie memang merasakan umie 'kakak' dan dia 'adik'.

Kami kembar seiras yang sering menjadi tumpuan dari kecil hinggalah sekarang ini. Masa kami kecil/remaja, banyak orang kata kami 'serupa' walaupun kami tidak merasakannya... namun ada ketika bila melihat semula gambar-gambar lama, kami pun saling bertanya, gambar-gambar itu milik siapa, milik umie atau milik dia... hehehehehe

Kini kami masing-masing sudah berkeluarga dan sudah pasti tidak 'serupa' seperti yang pernah disebut-sebut oleh siapa saja, namun kalau kami ke mana-mana berdua pasti ada yang menegur atau bertanya sekiranya kami berdua 'kembar' ermmmmmm dah tua-tua pun orang nak tanya juga ke... :p

Semoga adikku terus dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan dirahmati kehidupan oleh Allah SWT... LOVE YOU FOREVER!!!!




More aboutHappy Birthday Sis!!! (Kembarku Sayang)