Tampilkan postingan dengan label lauk pauk. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label lauk pauk. Tampilkan semua postingan

Ayam kerisik

Diposting oleh Unknown on Minggu, 12 April 2009


Kasawari dan Linda jalan beriringan
Jumpa Sis Lin semasa waktu makan
Masakan ayam ini jadikan hidangan
Untuk teman yang minta dibuatkan

Masakan ayam kerisik ini lebh kurang seperti rendang (boleh lihat resipi rendang ayam di sini) cuma umie tidak gunakan santan melainkan letak lebih 3x banyak kerisik daripada rendang biasa. Hasilnya rendang ini agak pekat dan juga disukai oleh anak-anak umie.

Kebetulan pula ada kawan yang minta umie buatkan masakan ayam dan pulut kuning. Nanti umie letak n3 pulut kuningnya pulak ok. ermmmm memang dah lama umie tak memasak... maka bila sekali sekala masuk dapur memang menyeronokan ;)

More aboutAyam kerisik

Pais Ikan Pari

Diposting oleh Unknown on Rabu, 18 Juni 2008


Izam inginkan Heidi sentiasa di sisi
Terlalu rindu hingga tak lalu makan
Pais ikan pari ini makanan tradisi
Bersama nasi panas sedap dimakan


Teringat masa dulu-dulu, arwah mak umie selalu buat pais. Pais ni tak semestinya dengan ikan, boleh dengan makanan laut yang lain seperti sotong atau udang. Pais ni sedap kalau dimakan dengan nasi panas. Tak ada lauk lain pun tak apa sebab memang dah menyelerakan. Dalam keadaan gawat ni memang sesuai sangatlah hidangkan makanan yang ringkas macam ni hehehehehe :p

Bahan:

1/2kg ikan pari -potong ikut suka dan bersihkan
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 ulas bawang besar*
1 inci halia*
1 inci kunyit hidup*
10 tangkai cili kering* (ikut suka pedas)
Daun kunyit
Asam jawa (bancuh dengan sedikit air)
Garam/Perasa
Gula
Daun pisang (kalau tak ada boleh guna aliminium foil)

Cara:

1. Blend semua bahan bertanda*
2. Bahan yang diblend dibancunh dengan air asam dan garam/perasa/gula secukup rasa
3. Gaulkan bahan-bahan tadi pada ikan
4. Lapikkan daun kunyit di atas daun pisang dan kemudian letakkan ikan tasi.
5. Bungkus ikan yang dah dilumur bahan tadi dengan daun pisang hingga tertutup semuanya(aluminium foil pun boleh)
6. Bakar dengan api yang perlahan sehingga ikan masak
More aboutPais Ikan Pari

Masak lemak ketam

Diposting oleh Unknown on Rabu, 21 Mei 2008


Murid-murid Nurul semuanya cerdik
Belajar bersungguh nak capai cita-cita
Masak lemak ketam ini kegemaran Adik
Kalau lama tak masak pasti Adik minta


Anak no.2 umie, Adik @ Sofiana memang suka sangat makan sea food ( dia ni memang turun umie habis ler!) Kalau lama je umie tak masak Adik akan minta dimasakkan sea food kesukaannya. Kadang-kadang malas nak masak ketam atau siput sebab leceh nak menguruskannya. Dahtu yang makan cuma kami berdua sebab ahli lain kurang suka...

Memandangkan Adik asyik sebut-sebut je minta masak ketam, umie buatkan jugalah ketam masak lemak sebab satu kelemahan umie bila anak-anak 'minta makanan'... Kalau tak dibuat/dibeli rasa cam tak sampai hati je... Masak lemak ni senang je... semua bahan yang ada pakai lebur dan tunggu mendidih je... memang cepatlah nak sediakannya...


Bahan

1 kg ketam
1 kotak santan (200ml)
garam/perasa
serai - dititik

Bahan unt ditumbuk/blend:

1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
12 batang cili padi - banyak ikut suka pedas
3 cm kunyit hidup

Cara

1. Campurkan kesemua bahan yang telah diblend bersama santan.

2. Masukkan serai yg sudah di titik

3. Kacau sampai sebati

4. Masukan garam/perasa secukupnya

5. Biarkan 1/2 mendidih dan masukkan ketam

6. Tunggu sehingga mendidih dan ketam masak

More aboutMasak lemak ketam

ayam bersambal sos

Diposting oleh Unknown on Selasa, 20 Mei 2008

Cik Mat tergelak dengar lawak si Joyah
Banyak sangat gelak terhoyong-hayang
Nak buat masakan ini bukannya payah
Lauk kegemaran Baby@Adlin tersayang

Lauk seangaktan dengan 'ayam masak merah' merupakan kegemaran anak bungsu umie, kalau masak hari-hari pun tak apa... Resepi ini mudah saja, asalkan ada rupa 'masak merah' kegemarannya, dia sudah boleh tersenyum lebar tanda gembira...

Bahan

  • 2 kg ayam - potong ikut suka (garam kunyitkan dan goreng)
  • 2 sudu besar cili giling
  • 5 ulas bawang putih*
  • 1 biji bawang besar*
  • 1 inci halia*
  • 2 biji bawang besar - hiris bulat
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar kicap manis
  • minyak untuk menumis dan menggoreng ayam
  • garam/perasa

Cara:

  1. Blend bahan bertanada*
  2. Panaskan minyak dan goreng ayam yang telah di garam-kunyitkan)
  3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang telah diblend
  4. Setelah garing masukkan sos tomato, sos cili dan kicap manis - kacau rata
  5. Tambah sedikit air jika rasa diperlukan dan masukkan garam/perasa secukupnya
  6. Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul rata
  7. Masukkan bawang yang telah dihiris bulat > tutup periuk dan matikan api dapur.

More aboutayam bersambal sos

Lemak Cili Api Siput Sedut

Diposting oleh Unknown on Selasa, 13 Mei 2008



Divahantu ajak Vampire pergi dangdut
Pontianak nak ikut tunggu di tepi kali
Nama lauk ini lemak cili api siput sedut
Masakan tradisi yang kini kurang dikenali


Dah lama juga dapur siber umie ni tak berasap kan... Hari ini umie nak letakkan n3 lauk masak lemak cili api siput sedut. Masakan ini merupakan masakan kesukaan umie dari kecik-kecik lagi. Malangnya sekarang ini susah juga nak jumpa siput sedut di pasar raya. Kalau ada pun dijual dalam pack kecik-kecik je... tak puaslah pulak nak masak sikit-sikit :D

Umie jarang masak siput sebab hb dan anak-anak tak makan siput (kecuali adik) Umie lepaskan geram masak seperiuk, dahtu yang makan umie dan adik berdua je... hehehehhe makan sampai puas.... Resepi masakan ni sama je cam masak lemak cili api biasa cuma umie letakkan siput saja ;) So resepinya umie tak letaklah di sini ya...

More aboutLemak Cili Api Siput Sedut

Tulang Lembu Goreng

Diposting oleh Unknown on Kamis, 08 Mei 2008




Si Ikin_mamaMyvi pergi ke Maran
Orangnya comel tetapi tahan lasak
Tulang lembu goreng jadi kegemaran
Senang tapi lama nak tunggu masak


Biasanya tulang lembu orang buat sup... tapi umie buat goreng macam goreng daging :D

Air rebusannya pula umie gunakan sebagai stok untuk masak mee dan sebagainya...
Bahan
1kg Tulang daging lembu
7 ulas bawang merah - dihiris halus
3 ulas bawang putih - dihiris halus
1 inci halia - dihiris halus
1 biji bawang besar - potong bulatlada merah/hijau
1 biji (atau cilipadi beberapa biji jika hendak lagi pedas) dihiris serong
1 besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
minyak untuk menumis
Cara
1. Bersihkan tulang dan rebus hingga empuk - tapis dan ketepikan airnya
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang dihiris hingga naik bau
3. Masukkan daging dan goreng bersama bahan tadi
4. Masukkan kicap+sos tiram+garam/perasa
5. Masukkan hirisan bawang besar dan lada.
6. Gaul rata dan goreng sehingga semuanya sebati.
More aboutTulang Lembu Goreng

Ayam kicap berempah

Diposting oleh Unknown on Rabu, 09 April 2008


Shai masih solo kata dia tak masak
Kalau ada jamuan pergi je tempah
Kepala buntu lauk apa nak masak
Akhir masak ayam kicam berempah

Masak kicap berempah ni best juga... Lebih kurang cam masak kicap biasa cuma letak rempah jintan-ketumbar je...


More aboutAyam kicap berempah

Tumis air kentang

Diposting oleh Unknown

Erni beli macam-macam perkakas
Smoothie Maker pun dia dah dapat
Tumis air kentang amatlah ringkas
Sesuai dimasak ketika nak cepat


Teringa masa umie kecik-kecik, arwah mak umie selalu masak 'tumis air kentang' pastu letakka telor di dalamnya. Masakan ini menjadi kesukaan masa kecik-kecik dulu... Senang je nak buat. kalau nak cepat, inilah masakan yang sesuai...

Bahan

4 biji kentang (potong ikut suka)
2 batang lobak merah (potong ikut suka)
4 biji telor
12 batang isi ketam
5 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 sudu kecil udang kering*
2 sudu minyak masak
garam/perasa secukupnya
4 cawan air - tambah ikut suka
daun sop/bawang goreng


Cara

1. Sediakan kentang & carrot - Basuh dan potong ikut suka.
2. Blend bahan-bahan*.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan blend*
4. Masukkan air + garam/perasa.
5. Masukkan kentang dan carrot - masak sampai 1/2 empuk baru pecahkan telor (dalam api mendidih)
6. Akhir sekali masukkan isi ketam dan tutup api
More aboutTumis air kentang

Ayam black pepper

Diposting oleh Unknown on Jumat, 04 April 2008


Lawa gembira tersenyum sakan
Senyuman manis itu biarlah lama
Ayam black papper jadi kesukaan
Nasi putih saja dimakan bersama


Aktiviti harian menghalang umie untuk mengupdate. Hujung minggu begini bolehlah umie ambil sedikit ruang dan masa untuk mengemas 'dapur' umie yang hampir berabuk ni...


Bahan

1 ekor ayam - bersih dan potong ikut suka
½ inci kunyit*
½ inci halia*
1 sudu besar lada hitam*
1biji bawang besar *
3 ulas bawang putih*
1 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil kicap pekat
garam/perasa secukupnya
minyak untuk menggoreng ayam dan menumis
air
- ikut keperluan
1 cawan tepung KFC - boleh dapat di supermarket#
1 biji telor#

blend semua bahan bertanda*




Cara

1. Bersihkan ayam dan toskan.
2. Bancuh tepung dan ayam# kemudian celupkan ayam.
3. Panaskan minyak untuk menggoreng dan goreng ayam bersalutkan tepung hingga habis dan ketepikan.
3. Panaskan dua sudu besar minyak masak dan tumiskan bahan blend sehingga garing kemudian masukkan sedikit air.
4. Masukkan kicap manis+kicap pekat dan tambah sedikit garam dan kacau rata sebelum memasukkan ayam. Biarkan mereneh sehingga kuah dan ayam sebati.

More aboutAyam black pepper

Sayur campur masak air pedas

Diposting oleh Unknown on Kamis, 03 April 2008


Shayz tak sabar tunggu bulan depan
Baby di kandungan akan dilahirkan
Sayuran campur dijadikan santapan
Dengan nasi panas selera dimakan


Kalau sayuran dimasak lebih awal kurang menyelerakan.... Masakan macam ni memang cepat dan mudah. Sesuai sangat bagi umie sebab nak cepat-cepat masak untuk anak balik sekolah. Makan dengan nasi panas dan ayam goreng je dah cukup untuk mereka menambah makan :)

Bahan

1 bungkus cendawan basah - di supermarket ada banyak :p
2 biji tomato
2 batang lobak merah
1 bungkus pucuk jagung (baby corn)
5 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 sudu besar udang kering*
7 tangkai cili kering*
2 sudu minyak masak
garam/perasa secukupnya
3 sudu air - tambah ikut suka


Cara

1. Sediakan sayur-sayuran - Basuh dan potong ikut suka.
2. Blend bahan-bahan*.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan blend*
4. Masukkan 3 sudu air + garam/perasa.
5. Masukkan sayuran dan kacau rata.
6. Tutup dan jangan sampai sayur terlalu empuk/masak



More aboutSayur campur masak air pedas

Ayam Golek Rosemary

Diposting oleh Unknown on Kamis, 27 Maret 2008


Program abang Budin dijadikan tayangan
Kisah menarik tentang Dunia punya cerita
Ayam golek rosemary dijadikan hidangan
Istimewa buat santapan keluarga tercinta


Ayam golek??? Kenapa ya dipanggil begitu? errmmmm dah tentu kerana ayam tu tergolek-golek dalam pinggan setelah dipanggang :p

Anak-anak memang suka menu ini tapi umie jarang berkesemptan untuk membuatnya kerana sibuk dengan aktiviti lain yang ada...

Bila ada peluang tu, buat jugalah untuk mereka... makan macam tu je pun ok... ikutlah selera masing-masing macam mana cuma masa masak ni umie jodohkan dengan nasi jagung...

Bahan

1 ekor ayam (sederhana besar)
1 sudu besar ketumbar serbuk
1 sudu besar jintan serbuk
1 biji bawang besar*
5 ulas bawang putih*
2 cm halia*
1 batang serai*
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar madu
1 sudu besar kicap manis/masin
1 sudu besar butter/margerin
1 sudu besar rosemary kering
Garam/perasa secukupnya


Cara

1. Bersihkan ayam dan biarkan seekor.
2. Blend bahan bertanda * dan campurkan bahan-bahan yang sudah diblend bersama ketumar dan jintan serbuk, sos tiram, madu, kicap manis/masin, garam/perasa dan butter/margerin.
3. Perapkan ayam dengan campuran rempah tadi selama kurang-kurang 2 jam (atau lebih).
4. Masukkan ayam telah diperap dalam kaserol dan taburkan rosemary kering.
5. Bakar dalam api perlahan hingga ayam empuk.




More aboutAyam Golek Rosemary

Kari ayam

Diposting oleh Unknown on Sabtu, 22 Maret 2008

Shai kena hujan bajunya habis basah
Tunggu di rumah KS sampai ke senja
Kari ayam nak sediakan taklah susah
Bukan hanya hidangan untuk nasi saja

Sebenarnya umie rasa terkilan juga tak dapat nak join member MsjBox pergi ke rumah KS seprti yang telah dirancang :( Kalau tidak kerana adik umie sekeluarga datang dari Johor, sudah pasti umie akan turut sama di rumah KS. Insya'allah lain kali kalau ada aktiviti lain umie akan join ya...

Hujung minggu kembar umie sekeluarga ada di rumah. Memang seronoklah kalau dapat bersua dan bercerita... Keadaan sudah pastinya riuh rendah dengan anak-anak dan anak-anak saudara yang ada :) Adik umie pulak dah plan nak bawa anak-anak pergi ke Pusat Sains Malaysia jadi seperti yang di rancangkan kamipun pergi ke sana.

Kami di sana sehingga waktu Zohor sahaja sebab adik umie perlu balik ke Johor semula. Ikutkan anak-anak mereka nak berlama-lama di sana tapi umie rasa boring sebab rasanya taklah menarik sangat benda yang dipamerkan :D

Dalam perjalanan umie telefon hb minta tolong masakkan nasi dan keluarkan ayam dari freezer. Sampai rumah je terus masak kari sebab itu saja masakan yang cepat. Sebahagian lagi dari ayam tu di goreng rangup sebab anak-anak suka ;)
More aboutKari ayam

Gulai Sardin

Diposting oleh Unknown on Rabu, 12 Maret 2008


Rumah Melaka terkenal tangga batu
Menara Petronas di Kuala Lumpur
Sardin bahan yang banyak membantu
Terutama bila tiada benda di dapur

Sardin merupakan makanan kesukaan umie. Anak-anak dan hb umie tak berapa suka kecuali anak no.2 umie, Adik yang suka. Adik ni banyak ikut umie... kebanyakan orang kata rupa dia pun cam umie. Pernah juga masa dia kecik-kecik ikut masuk pertandingan 'ibu dan anak seiras' dan kami menang... hehehehhehe


Resepi gulai sardin ini sama saja macam umie buat gulai kari ayam/daging - boleh semak di n3 tersebut kecuali letakkan sardin di dalamnya...


More aboutGulai Sardin

kari bebola ayam

Diposting oleh Unknown on Jumat, 07 Maret 2008


Resepi Cik Mat dari pelbagai idea
Semua sedap dan orangpun suka
Kari bebola ayam bila tak ada idea
Mudah tapi anak-anak umie suka


Kari bebola ayam ni umie buat sebab dah tak ada idea nak masak apa. Lagi satu anak-anak umie kalau umie masak yang mereka tak suka, nanti mereka makan sikit je... Jadi umie pun masakkan kari kesukaan mereka dengan bebola ayam yang mereka suka juga. Letakkan sedikit carrot di dalamnya... mudah je kan...

Resepinya: Sama je macam resepi kari ayam/daging yang umie letak di n3 yang ada dalam ni... cuma digantikan dengan bebola ayam/carrot saja...

More aboutkari bebola ayam

Asam pedas bendi

Diposting oleh Unknown on Rabu, 05 Maret 2008





Gincu ween cantik warna merah saga
Orangnya manis belum lagi berpunya

Asam pedas kesukaan umie sekeluarga

Ikan tenggiri jadikan lauk di dalamnya


Asam pedas memang kami suka... kalau tak habis, umie panskan pastu cicah pulak dengan roti... errmmmm best!

Bahan

1/2 ekor ikan tenggiri - potong ikut suka
15 tangkai cili kering*
9 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 potong belacan*
4 - 6 batang daun kesum
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit air asam jawa
Garam/perasa secukupnya
7 batang sayur bendi


Cara

1. Blend semua bahan bertanda *
2. Ikan disiang dan dicuci bersih.
3. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan digiling halus hingga garing. Kemudian masukkan daun kesum. Kacau rata.
4. Masukkan ikan dan air asam jawa + aram/perasa.
5. Masak sampai mendidih dan baru masukkan sayur bendi


More aboutAsam pedas bendi

Sayur campur

Diposting oleh Unknown on Senin, 03 Maret 2008


Retna suka jalan-jalan cari makan
Jalan-jalan ke Johor jumpa Kasawari
Sayuran campur mudah disediakan
Buat hidangan keluarga di tengahari





Bahan

200gm bunga kubis
1 biji lada benggala
1 batang lobak merah
1 bungkus pucuk jagung (baby corn)
5 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 sudu besar udang kering*
2 sudu minyak masak
garam/perasa secukupnya
Kicap cair secukup rasa

1 sudu besar sos tiram
3 sudu air



Cara

1. Sediakan sayur-sayuran - Basuh dan potong ikut suka.
2. Blend bahan-bahan*.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan blend*
4. Masukkan sos tiram dan kemudian masukkan 3 sudu air.
5. Masukkan sayuran dan kacau rata.
6. Tutup dan jangan sampai sayur terlalu empuk/masak


More aboutSayur campur

Kari daging yogurt

Diposting oleh Unknown on Sabtu, 23 Februari 2008


Cik Mat tak boleh panas macam puteri lilin
Pandai masak macam-macam tidak terkira
Kari daging kesukaan bubble@baby@Adlin
Bila umie masak dia makan dengan selera


Bahan

4 biji kentang kecil (dibersihkan dan potong ikut suka)
500 gm daging lembu (dipotong dadu)
5 sudu besar serbuk kari daging
3 sudu besar plain yogurt
200ml susu segar atau 100ml susu cair+100ml air rebusan
3 ulas bawang putih*
7 biji bawang merah*
3 cm halia*
Bahan menumis (cengkeh, pelaga etc)
Garam secukupnya
Minyak untuk menumis

* blend semuanya

*** jika suka lebih cair, masukkan lebihan air rebusan daging


Cara

1. Rebus daging hingga empuk. Simpan air rebusan.
2. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis Bahan-bahan blend dan masukkan serbuk kari. Tuang yogurt dan susu segar.
3. Rasa garamnya dan masukkan daging dan kentang bersama air rebusannya.
More aboutKari daging yogurt

Sambal gulai tempoyak (pucuk ubi, petai dan ikan bilis)

Diposting oleh Unknown on Kamis, 21 Februari 2008


Api cinta Puteri Ilya Natasha kian semarak
Sado pula hanya menyimpan perasaannya
Sambal gulai tempoyak sedap tidak terkata
Makanan tradisi masakan dari negeri Perak


Bahan

5 sudu besar tempoyak
4 papan petai - ambil isinya
1 ikat pucuk ubi - ambil daun (rebus dan potong2)
segenggam ikan bilis
sehelai daun kunyit muda - dihiris halus
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup*
10 biji cili api *(banyak ikut suka pedas)
garam/perasa
200ml santan (1 kotak)

* blend semuanya



Cara

1. Masukkan semua bahan yang telah diblend* bersama santan dan sedikit air (jika perlu).
2. Masukkan tempoyak, ikan bilis, petai dan pucuk ubi serta perasa secukupnya - tunggu sehingga layu/masak.
3. Masukkan daun kunyit tunggu sebentar dan angkat.
More aboutSambal gulai tempoyak (pucuk ubi, petai dan ikan bilis)

Onion & sausages Omelette

Diposting oleh Unknown on Senin, 18 Februari 2008



Sheda dan Tuah macam belangkas
Buat bodoh walaupun orang perhati
Telur dadar hidangan yang ringkas
Boleh dimakan dengan nasi dan roti


Telur dadar merupakan hidangan yang pasti ada jika penyakit M menyerang :) Lagipun telur dadar ni boleh disesuaikan dengan pelbagai hidangan. Kalau tak mau makan dengan nasi, boleh saja makan dengan roti buat sandwich ataupun makan begitu sahaja bersama kentang goreng atau kentang rebus. Apa yang pasti telur dadar memang mudah dan ringkas :)


Bahan

5 biji telur
3 batang sausage - potong bulat nipis
1 biji bawang besar -sederhana besar (cincang segi empat)
1 batang daun sop dan daun bawang
garam/perasa
butter - menggoreng

Cara

1. Pukul telur hingga sebati dan masukkan semua bahan yang telah disediakan
2. Panaskan kuali dan letakkan sedikit butter hingga cair
3. Masukkan bancuhan telur dan tutup kuali
4. Masak dengan api perlahan
5. Terbalikkan dengan hati-hati setelah bahagian bawah kekuningan
More aboutOnion & sausages Omelette

Sambal tumis sardin

Diposting oleh Unknown


ShadowX_19 ke Port Dickson membawa kawan
Tiba dah malam pemandangan tak jelas
Malangnya sardin menjadi mangsa keadaan
Masakan umie masa diserang penyakit malas


Bila dah tak tau nak masak apa... Sardin ler jadi mangsa hehehehehe tapi sardin ni sekali sekala makan boleh membuka selera... Makan dengan nasi panas-panas memang best oooooooo :D Kalau tak habis, panaskan pastu modify lak makan ngan roti... errmmmmm yummy yummy :p

Bahan

1 tin sardin
15 tangkai lada kering (boleh lebihkan ikut suka) - potong2 dan rendam sampai lembut*
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 cm belacan*
sedikit air asam jawa
minyak untuk menumis
gram/perasa secukupnya
1 biji bawang besar - hiris bulat


Cara

1. Blend semua bahan bertanda*
2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan semua bahan yang dah diblend*
3. Biar hingga agak 'garing' dan masukkan air asam+perasa
4. Setelah mendidih baru masukkan sardin
5. Masukkan bawang yang telah dihiris
More aboutSambal tumis sardin