Tampilkan postingan dengan label daging. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label daging. Tampilkan semua postingan

Daging Bistik

Diposting oleh Unknown on Rabu, 03 September 2008


Kasawari berbuka dengan laksa

Laksa diletak ulam daun pegaga

Banyak sungguh hikmah puasa

Memberi kita kesihatan jiwa raga



Dading bistik ni lebih kurang je dengan masak kicap cuma agak pekat sikit je... Makan dengan nasi putih pun ok tapi kalau dimakan dengan nasi minyak rasanya lebih sedap tau...



Bahan

½ kilo daging (dipotong ikut suka)
¼ cawan serbuk black pepper (campur dengan sedikit air untuk jadikan pes)
15 tangkai cili kering - (kurang/tambah ikut suka pedas)
4-5 biji kentang * (potong wedges & goreng hingga garing)
2 sudu besar kicap manis (tambah/kurang ikut suka)
1 biji bawang merah *
5 ulas bawang putih
2cm halia *
sedikit garam, gula
air asam jawa
Minyak untuk menumis
bahan menumis (cengkih, pelaga etc)
Kacang peas secukupnya - gambar di atas umie tak letak sebab anak2 tak suka
Cara

1. Rebus daging bersama sedikit air sehingga empuk -ketepikan dulu (simpan air daging untuk tambahkan kuah)
2. Blend bahan yang bertanda *
3. Panaskan minyak-tumis bahan penumis dan bahan blend hingga wangi
4. Tumis hingga pecah minyak
5. Masukkan bancuhan serbuk lada hitam dan air asam jawa , kacau dan tambahkan kicap.
6. Tambah garam, gula dan tambah sedikit air daging jika terlalu kering
7. Masukkan daging-gaul rata dan masak seketika kemudian tambahkan kentang.
8. Apabila daging dah sebati / mesra boleh masukkan kacang peas

More aboutDaging Bistik

Tulang Lembu Goreng

Diposting oleh Unknown on Kamis, 08 Mei 2008




Si Ikin_mamaMyvi pergi ke Maran
Orangnya comel tetapi tahan lasak
Tulang lembu goreng jadi kegemaran
Senang tapi lama nak tunggu masak


Biasanya tulang lembu orang buat sup... tapi umie buat goreng macam goreng daging :D

Air rebusannya pula umie gunakan sebagai stok untuk masak mee dan sebagainya...
Bahan
1kg Tulang daging lembu
7 ulas bawang merah - dihiris halus
3 ulas bawang putih - dihiris halus
1 inci halia - dihiris halus
1 biji bawang besar - potong bulatlada merah/hijau
1 biji (atau cilipadi beberapa biji jika hendak lagi pedas) dihiris serong
1 besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
minyak untuk menumis
Cara
1. Bersihkan tulang dan rebus hingga empuk - tapis dan ketepikan airnya
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang dihiris hingga naik bau
3. Masukkan daging dan goreng bersama bahan tadi
4. Masukkan kicap+sos tiram+garam/perasa
5. Masukkan hirisan bawang besar dan lada.
6. Gaul rata dan goreng sehingga semuanya sebati.
More aboutTulang Lembu Goreng

Kari daging yogurt

Diposting oleh Unknown on Sabtu, 23 Februari 2008


Cik Mat tak boleh panas macam puteri lilin
Pandai masak macam-macam tidak terkira
Kari daging kesukaan bubble@baby@Adlin
Bila umie masak dia makan dengan selera


Bahan

4 biji kentang kecil (dibersihkan dan potong ikut suka)
500 gm daging lembu (dipotong dadu)
5 sudu besar serbuk kari daging
3 sudu besar plain yogurt
200ml susu segar atau 100ml susu cair+100ml air rebusan
3 ulas bawang putih*
7 biji bawang merah*
3 cm halia*
Bahan menumis (cengkeh, pelaga etc)
Garam secukupnya
Minyak untuk menumis

* blend semuanya

*** jika suka lebih cair, masukkan lebihan air rebusan daging


Cara

1. Rebus daging hingga empuk. Simpan air rebusan.
2. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis Bahan-bahan blend dan masukkan serbuk kari. Tuang yogurt dan susu segar.
3. Rasa garamnya dan masukkan daging dan kentang bersama air rebusannya.
More aboutKari daging yogurt

Beef Steak

Diposting oleh Unknown on Jumat, 08 Februari 2008



Zura dan kak e tak pernah bersua muka
Sedang merancang satu pertemuan
Western food anak-anak umie memang suka
Jadinya beef steak dan salad buat jamuan


Memang anak-anak umie suka sangat western food ni. Umie pun suka gak menyediakannya sebab biasanya western food ni senang je nak menyediakannya.

Bahan

Daging lembu yang sesuai untuk buat steak (ikut suka)
sedikit sos tiram
lada sula
dried herbs
garam

Cara

1. Bersihkan daging dang ketuk-ketukkannya - supaya mudah empuk masa digrill
2. Gaul semua bahan dan perap
3. Letak dalam grill hingga masak
4. Hidnagkan bersamad sos lada hitam dan salad


More aboutBeef Steak

Daging goreng kunyit

Diposting oleh Unknown on Selasa, 22 Januari 2008


Kalau hati dah suka sudah pasti terbayang-bayang
Asalkan jangan jadi gila bayang sampai ke tua
Daging goreng kunyit kegemaran hb tersayang
Resepi khas umie pelajari dari ibu mertua

Bahan

1/2 kg daging - dipotong nipis
Serbuk garam dan serbuk kunyit (kunyit hidup pun boleh)
7 ulas bawang merah - dihiris halus
3 ulas bawang putih - dihiris halus
1 biji bawang besar - potong bulat
lada merah/hijau 1 biji (atau cilipadi beberapa biji jika hendak lagi pedas) dihiris serong


Cara

1. Bersihkan daging dan hiris daging ikut suka
2. Perap hirisan daging dgn garam dan kunyit secukup rasa sekurang2nya 20 minit
3. Masak daging dengan api perlahan hingga air daging kering/daging empuk
4. Bila air daging kering, masukkan minyak masak dan goreng seperti biasa
5. Bila warna daging berubah /garing, masukkan bawang merah dan bawang putih yg dihiris tadi. goreng hingga layu.
6. Masukkan hirisan bawang besar dan lada. gaul rata dan goreng sehingga semuanya garing.


More aboutDaging goreng kunyit

Gulai darat daging

Diposting oleh Unknown on Senin, 07 Januari 2008



niksue ke perpustakaan bersama sina
suka membaca amalan yang berfaedah
masakan Kelantan di MR oleh Ekieyna
acar buah menjadi pengiring juadah




Bahan

1 kg daging
1 biji kelapa-ambil santannya
Garam secukup rasa
****BAHAN DIKISAR****
2-3 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
1/2 biji bawang besar
10 biji chili kering
1 batang serai
1 inchi lengkuas
1 inchi kunyit @ 1 sudu teh untuk kunyit serbuk
****BAHAN DITUMBUK****
2 sudu besar rempah butir
3 sudu besar kerisik kelapa
Cara
1. Gaulkan daging bersama bahan-bahan yang dikisar dan ditumbuk tadi itu sehingga sebati.
2. Selepas itu,masukkan sedikit santan.Masak sehingga daging empuk.
3. Pastu masukkan santan yang selebihnya, garam secukup rasa.

Resepi Kelantan kegemaran umie... ambil dari MR >>>
More aboutGulai darat daging

Lemak daging nangka muda

Diposting oleh Unknown on Minggu, 06 Januari 2008

Lilydvalley member MR memang dah lama
Pengetahuan amnya memang dibangga
Lemak daging nangka muda masakan lama
Masakan tradisi bangsa seharusnya dijaga
Bahan

1/2kg daging bahagian bahagian yang lembut
200ml santan
1 batang serai, diketuk
1 inci lengkuas, diketuk
250gm nangka muda, dibersihkan dan dipotong kecil - rebus sekejap

Bahan kisar

5 biji cili api hijau - ikut suka banyak/pedas
7 ulas bawang merah bawang kecil
1 inci halia
1 inci kunyit hidup

Cara

1. Rebus daging di dalam periuk bersama bahan kisar sampai empuk.
2. Kemudian masukkan santan, serai dan lengkuas kacau sehingga mendidih.
3. Masukkan nangka dan masak sehingga naik berminyak - jangan dampai pecah minyak
More aboutLemak daging nangka muda

Daging pedas

Diposting oleh Unknown on Sabtu, 05 Januari 2008


Kakfiza kini menetap di Penang
Ideanya di Forum MR semuanya bernas
Daging pedas nak masaknya senang
Sedap dimakan dengan nasi panas





Bahan

370 gm daging (dibasuh & dipotong kecil)
100 gm cili kisar
2 sudu besar kicap
2 sudu besar sos tomato
1.5 cm kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih (ditumbuk & dikisar)
5 ulas bawang merah (ditumbuk & dikisar)
1 ½ cawan air
1.5 cm halia
¼ cawan minyak


Cara

1. Masak daging bersama halia yang ditumbuk+bunga lawang+bunga cengkih+buah pelaga & kulit kayu manis dengan air daging yang keluar hingga daging empuk (boleh tambah air jika perlu).
2. Biarkan hingga lembut & tinggal sedikit airnya/kering.
3. Tuangkan minyak dan panaskan minyak, tumis cili kisar kacau hingga naik minyak. Gaulkan daging ke dalamnya
4. Tuangkan kicap & sos tomato kacau hingga kering sedikit kuahnya. Sebelum diangkat masukkan bawang besar yang dipotong (ikut sukA). Kacau sebentar hingga layu & hidangkan.
More aboutDaging pedas

Kurma daging

Diposting oleh Unknown on Selasa, 01 Januari 2008



Jo di Ireland jauh beribu batu
Rindu pada keluarganya tak terbayangkan
Hari ini Rabu, hari kedua tahun baru
Kurma daging diriku persembahkan

Bahan
1/2kg daging dipotong ikut suka
1000ml santan
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 biji bawang ebsar
3cm halia
1 peket rempah kurma ikut suka brand apa nak guna (campur sedikit air-jadikan pes)
2 biji kentang besar potong ikut suka (boleh belah 2 atau 4)
1 biji bawang besar dibelah empat
1 biji tomato dibelah dua
1 sudu makan kerisik
rempah menumis (cengkih/pelaga etc) secukupnya
garam, perasa
minyak untuk menumis
air secukupnya

Cara
1. Bawang besar/bawang/putih dan halia diblend.
2. Panaskan minyak dan tumis rempah penumis diikuti dengan bahan yang diblend sehingga kekuningan.
3. Masukkan pes kurma dan goreng sebentar hingga naik bau. Kemudian masukkan daging dan tutup periuk (tambah sedikit air jika perlu) sambil dikacau supaya tidak melekat pada periuk.
4. Gunakan api sederhana dan biarkan mendidih dan daging empuk baru masukkan santan, kemudian masukkan kentang.
5. Setelah beberapa minit masukkan pula bawang besar yg dibelah empat, garam/perasa.
6. Setelah kentang hampir empuk masukkan tomato dan kerisik. Biarkan seketika di atas dapur.
7. Bila kentang sudah empuk bolehlah dipadamkan api dapur.

More aboutKurma daging

Rendang tanpa kelapa

Diposting oleh Unknown on Selasa, 25 Desember 2007


Resepi kudapati dari majalah PEREMPUAN
Bersama pulut siap kuhidangkan
Bahan mudah sebagai ramuan
Sesiapa nak cuba umie alu-alukan ;)

Resepinya seperti dalam majalah yang umie minta hb tolong amekkan gambar di bawah ni, tengoklah eehhhhh rasanya nampak kot....

More aboutRendang tanpa kelapa

Jemput-jemput roti berdaging

Diposting oleh Unknown on Selasa, 04 Desember 2007


Merdu sungguh suara Rafeah Buang
Penyanyi kesukaan hingga ke sudah
Roti dah nak expired jangan dibuang
Boleh kita olah jadikan juadah


Jemput-jemput roti berdaging ni umie buat sebab nak habiskan bahan yang ada sebab dah nak expired. Kebetulan ada sedikit lagi daging cincang. OK jugalah kalau nak buat minuman petang yang simple dan easy...

Bahan

1 cawan daging cincang
8 keping roti (carik-carikkan)
2 biji telor
1/2 sudu teh lada sula (kurangkan jika tak suka pedas)
garam/perasa secukupnya
minyak untuk menggoreng
sos cili/tomato (jika suka)

Cara

1. Gaulkan daging bersama lada sula dan garam/perasa secukupnya
2. Campurkan roti yang telah dicarik-carik bersama adunan daging dan gaul rata.
3. Masukkan telor ke dalam adunan roti+daging dan gaul rata.
4. Ambil sejempu-sejemput dan goreng dalam minyak yang panas
5. Hidang bersama sos cili/tomato

More aboutJemput-jemput roti berdaging

Tauhu pok berdaging

Diposting oleh Unknown on Senin, 03 Desember 2007



Sebenarnya bila nampak dapur CMG ada 'tauhu tulip' terus semangat nak cuba buat tapi anak2 tak gemar intinya yang guna sweet potato. Lagipun di rumah cuma ada tauhu pok (ikut cam CMG sebut) yang panjang bukan yang segi empat cam yang CMG guna tu. Umie pun modified ler benda yang ada di rumah berdasarkan idea dari dapur CMG maka terhasillah tauhu pok berdaging ni...

Bahan

1 bungkus tauhu pok (lapan keping)
1/2 cawan daging cincang
1/2 sudu teh lada sula
1 biji telor ayam
garam/perasa secukupnya
*kalau suka bolehlah gaul sekali dengan daun sop/bawang (kat umah umie takde apa2 - dah kehabisan stock sebab nak bercuti2 M'sia)

Cara

1. Belah tauhu di bahagian tengah
2. Bersihkan daging cincang dan letak lada sula, garam/perasa dan telor - gaul rata
3. Ambil sikit adunan daging dan masukkan dalam tauhu hingga semuanya habis
4. Goreng dalam minyak yang sederhana panas
5. Hidangakan bersama sos cili/tomato

More aboutTauhu pok berdaging

Gulai daging bersusu

Diposting oleh Unknown on Sabtu, 24 November 2007


Berapa hari ni demam M tak reda-reda lagi... nak keluar rumah cari barang untuk masak pun tak bermaya :S Selongkar freezer adalah daging sikit tapi santan tak ada yang ada cuma susu cair... kentang pulak tinggal 2 biji :D fikir-fikir sesuai juga buat gulai so buatlah gulai dengan apa yang ada je... Resepinya mudah...

Bahan

1/2 kg daging ( potong kecil)
1 sudu besar rempah kurma
2 sudu besar rempah kari daging
1 biji abwang besar
3 ulas bawang putih
1 cm halia
1/4 cawan susu cair (boleh ganti dgn santan kalau nak)
2 biji kentang (ikut suka)
rempah menumis (pelaga/cengkeh etc)
garam/perasa secukupnya
minyak untuk menumis

Cara

1. Blend bawang/bawang putih dan halia.
2. Panaskan minyak dan tumiskan rempah menumis dan kemudian masukkan bahan yang telah diblend.
3. Masukkan serbuk kari daging+ serbuk kurma dan gaul rata.
4. Masukkan daging yang telag dibersihkan dan dipotong tadi serta air secukupnya.
5. Masak hingga daging agak empuk baru masukkan kentang.
6. Akhir sekali masukkan susu + garam/perasa.
More aboutGulai daging bersusu

Kuzi daging

Diposting oleh Unknown on Sabtu, 17 November 2007


Daging masak kuzi memang best. Umie pernah buat kuzi kambing (lamb) dari resepi kawan umie tapi panjang sungguh listnya :D Umie buat sekali tu je...
Resepi dibawah ni pula telah diubah-suai ikut selera dan kesesuaian ;)

Bahan
1 bungkus rempah kuzi (ada dijual kat kedai)
1kg daging (dipotong ikut suka besar)
125 ml susu cair
125 ml sos tomato
Sedikit garam dan gula pasir
minyak untuk menumis
rempah menumis (cengkeh, kayut manis etc)
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 inci halia*
15 biji lada hitam*
1 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
1 cm lengkuas*

*BLEND bahan bertanda*


Cara:
1. Panaskan minyak di dalam periuk dan tumis bahan2 penumis (cengkeh etc).
2. Masukkan bahan-bahan diBLEND halus dan kedua2 jenis serbuk jintan hingga ia terbit minyak.
2. Kemudian masukkan rempah kuzi dan kacau rata
3. Masukkan daging dan tutup rapat dengan api perlahan - air daging akan keluar
4. Bila daging sudah hampir empuk masukkan susu cair, sos tomato, garam dan gula
5. Masak hingga daging empuk, dan kuah pekat sambil dikacau sekali-sekala.
More aboutKuzi daging

Sop tulang

Diposting oleh Unknown on Jumat, 16 November 2007


Musim hujan ni makan sop dengan roti perancis memang uummmppppphhhhhh

Tambah pulak lada hitam lebih-lebih memang sure berasap telinga... silap-silap boleh jadi naga hehehehehhehe (eehhhh CMG lahir tahun naga ler... same with my hb >tahun naga juga)

Bahan
1kg tulang lembu
1 biji bawang besar -blend
5 ulas bawang putih - blend
1 inci halia - blend
i bungkus sop bunjut
1 bungkus rempah sop
3 biji kentang (dibelah 2 / ikut suka)
rempah menumis secukupnya ( bunga lawang etc)
lada hitam tumbuk secukupnya
garam/perasa ikut suka
minyak untuk menumis
air secukupnya

Cara

1. Bersihkan tulang, masukkan air secukupnya atau paras2 tulang, masukkan sop bunjut dan rebus dalam periuk hingga empuk (senang dan cepat masuk dalam presure cooker)
2. Panaskan minyak dalam periuk asing dan tumiskan semua bahan blend berserta rempah menumis (bunga lawang etc) hingga anaik bau
3. Masukkan rempah sop, lada hitam secukupnya, garam/perasa
4. Masukkan bahan yang telah ditumis ke dalam periuk rebusan tulang.
5. Masukkan kentang dan rebus lagi sampai kentang empuk


More aboutSop tulang

Daging goreng

Diposting oleh Unknown on Kamis, 15 November 2007


Here is another dish prepared and cooked by my hb. Daging goreng with some veges :) My kids don't really like 'read' meat so 'tak berapa jalan' hehehehehe

Bahan

1 kilo daging (potong ikut suka)
1 sudu teh kunyit serbuk
1 biji bawang besar dihiris
10 biji bawang merah - blend
5 ulas bawang putih - blned
1 inci halia - dihiris
2 biji cili merah - dihiris
sayur kacang ( banyak dan potong ikut suka)
1 biji lada benggala (capsicum - potong ikut suka)
garam/perasa secukup
1 sudu besar kicap manis
air secukupnya (jika perlu)
minyak untuk menumis

Cara

1. Bersihkan daging dan potong ikut suka dan gaul daging dengan kunyit serbuk dan garam
2. Rebus daging (jika perlu letakkan 1/2 cawan air)
3. Bila daging sudah empuk masukkan sedikit minyak, tunggu hingga minyak panas dan goreng daing tu dan kemudian baru masukkan bahan yang telah diblend dan halia hiris - kacau rata
4. Masukkan kicap+ perasa/garam dan akhir sekali sayur+lada+bawang hiris
5. Gaul sampai rata
More aboutDaging goreng

Masak lemak cili api daging

Diposting oleh Unknown on Kamis, 01 November 2007




Masak lemak cili api memang terkenal di kalangan orang Negeri Sembilan. Kampong umie pun kat Negeri Sembilan juga tapi umie jarang masak lemak cili api yang kaw-kaw pedasnya sebab anak2 nanti tak dapat nak makan...

Masak lemak cili api daging ni memang Kaw pedasnya - orang kata berasap ler... Tambah makan dengan nasi panas yang baru masak... anak2 makan kira berkipas kat mulut tu hehehehehe

Bahan

1/2 kilo daging (ikutlah suka banyak mana)
santan pekat 250ml (dalam kotak/tin/fresh)
kuniyt hidup 1 inci
cili api 10-15 biji (ikut suka pedas)
10-15 ulas bawang merah (yang kecik2 tu)
1-2 batang serai (diketuk2)
perasa secukupnya
air untuk merebus daging secukupnya
asam keping (ikut suka masak dan jenis asam)

Cara
1. Cuci daging dan potong ikut suka
2. Blend bawang+kunyit hidup+cili api
3. Masukkan daging + air+ bahan yang telah diblend dalam periuk dan masakkan daging hingga agak empuk
4. Bila dah agak empuk baru masukkan santan+serai+asam keping
5. Masak hingga puas hati dan padamkan api dapur



More aboutMasak lemak cili api daging