Soto Simple

Diposting oleh Unknown on Selasa, 15 April 2008

Syam termenung fikiran terawang-awang
Asyik melayan fikiran duduk bersedirian
Nampaknya 'dapur' dah mula bersawang
Sebab umie sibuk dengan aktivti seharian

Kesibukan melanda lagi... ermmmm sibuk dengan aktiviti seharian memang tak dapat nak dielakkan cuma ada ketika dapat jugalah mencuri masa. Namun kadang kala memang tak sempat langsung nak curi-curi :S
Hari ini cuba juga disempatkan untuk mengemas mana-mana yang patut tapi selepas ini nampaknya akan bersawang semula :D ermmmm kalau umie tak balas msg yang ditinggalkan, harap maklumlah ya... ;)

Bahan

Nasi impit - secukupnya
1 ekor ayam
Sedikit empah menumis (kulit kayu manis,buah pelaga etc)
1 bungkus rempah soto (Mak Siti -best!) atau rempah sup ADABI
3 sudu besar minyak masak
1 inci halia*
5 ulas bawang putih*
9 ulas bawang merah*
50gm suun - (goreng dalam minyak yang panas - dan simpan hingga diperlukan)
Sedikit taugeh
Sedikit daun sup/daun bawang/bawang goreng/kacang goreng
Sambal kicap
Keropok ikan (jika suka)

Cara

1. Bersihkan ayam -potong kecil (ikut suka)
2. Blend bahan bertanda*
3. Panaskan minyak masak dan tumis semua bahan-bahan menumis (kulit kayu manis, buah pelaga etc)
4. Apabila sudah naik bau masukkan bahan* yang telah diblend dan kacau sehingga kelihatan kekuningan.
5. Masukkan rempat soto Mak Siti (atau rempat sup ADABI)
6. Masukkan air dan diikuti dengan ayam biarkan sehingga mendidih.
7. Setelah sop masak bolehlah dihidangkan - nasi impit+kuah+bahan2 sampingan yang telah disediakan...

* resepi nasi impit dan sambal kicap telah ada sebeleum ini.







{ 0 komentar... read them below or add one }

Posting Komentar