Home » Posts filed under nasi
Diposting oleh
Unknown on Minggu, 05 Oktober 2008

Baby main bunga api bersama si Irfan
Bunga api disimpan dah dari semalam
Salam Kak e hulur memohon kemaafan
Tanda kita semua bersaudara se Islam
Salam buat semua teman-teman yang disayang... Lama sungguh umie tak update n3 disebabkan kesibakan sejak bulan Ramadhan baru ini lagi. Umie memang bz dan sampai sekarang pun masih lagi tak berkesempatan nak menziarah blog teman-teman...
Terima kasih diucapakan kepada teman-teman yang masih sudi singgah di sini dan meninggalkan pesan di Msjbox yang tidak sempat umie balas... Jangan maerah ya... bila ada masa yang terluang umie singgah ok... Insya'allah...
Suasana hari raya masih lagi terasa kerana kebanyakan warga kota baru pulang dari kampung halaman masing-masing... Jika ada yang melewati kawasan tempat tinggal umie (Bandar baru bangi) sudi-sudilah singgah ke sini ya...
Ketupat di atas tu mummy umie yang anyam dan dibantu oleh anak umie, Kakak untuk mengisikan beras dan merebusnya... Lama betul umie tak menganyam dan menghidangkan ketupat seperti ini di hari raya sebab jika umie beraya di Kelantan, ketupat mereka tak sama...
Sampai jumpa lagi di n3 baru... Take care...
More about → Masih beraya ya...
Diposting oleh
Unknown on Rabu, 27 Agustus 2008

Along Arman jalan berdua bergandinganSedang berjalan bertembung kak NurmaBuat keluarga nasi ketumbar jadi hidanganHidang bersama kuah ayam masak kurmaNasi ketumbar ini mudah nak memasaknya. Rasanya pula membuka selera anak-anak... Sesuai dihidangkan bersama gulai kari atau kurma dan ditambah dengan ulam-ulaman sudah cukup membuatkan anak-anak makannya bertambah ;)
Bahan
4 cawan beras basmathi (ikut suka - beras apapun boleh)
4 cawan air (ikut jenis beras yang digunakan)
7 ulas bawang merah*
2 cm halia*
5 ulas bawang putih*
3 tangkai daun ketumbar*
3 sudu margerin
1 helai daun pandan
2 sudu besar serbuk ketumbar
Bahan penumis secukupnya (cengkeh, pelaga etc)
garam/perasa secukup rasa
stok ayam - jika suka
Cara
1. Cuci beras dan toskan.
2. Blend bahan bertanda*
3. Panaskan margerin dan tumiskan bahan penumis, bahan-bahan yang telah diblend dan serbuk ketumbar sehingga kuning keemasan/naik baunya.
4. Masukkan beras, daun pandan, stok ayam (jika suka), garam dan air secukupnya.
5. Biarkan masak seperti biasa.
More about → Nasi Ketumbar
Diposting oleh
Unknown on Sabtu, 23 Agustus 2008

AlongRoz masak ayam bersantan
Masz pula membuat ubi bersira
Nasi kerabu terkenal di Kelantan
Kini nasi kerabu telah diubah caraNasi kerabu merupakan makanan kegemaran hb umie... Resepi di atas merupakan resepi yang telah diubah suai daripada resipi tradisional oleh generasi kini. Malah sekarang nasi kerabu goreng sudah begitu terkenal.
Resipi di atas merupakan hasil masakan hb umie :) Kalau bab masakan/makanan tradisional kelantan hb umie memang terer tau!
Di bawah ini bahan dan cara untuk membuat nasi kerabu goreng (sebenarnya lebihan nasi untuk nasi kerabu biasa)
Cara
4 cawan nasi (nasi untuk nasi kerabu)
5 ulas bawang merah - tumbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk
5 biji cili api-ditumbuk (boleh tambah jika mau pedas)
2 biji telor ayam
1 batang serai-dimayang halus*
1 batang bungan kantan*
1 pohon daun kesum*
100 gm kacang panjang
100 gm kobis*
sedikit minyak untuk menumis
sedikit garam/perasa
Cara
1. Mayang halus semua bahan yang bertanda *
2. Panaskan minyak kemudian tumis semua bahan-bahan yang telah ditumbuk halus, garam/perasa.
3. Apabila sudah garing masukkan telor serta sebahagian daripada bahan yang telah dimayang dan kacau rata.
4. Kemudian masukkan nasi dan kacau hingga sebati.
5. Hidangkan bersama lebihan kerabu (sayuran yang telah dimayang halus)
** Boleh dimakan dengan lauk kesukaan seperti ayam goreng, daging bakar, ikan goreng tepung, keropok ikan, sambal lada :)
More about → Nasi Kerabu Goreng
Diposting oleh
Unknown

Rossy ceria tidak suka berdukaBaginya buang masa bersedihanNasi impit makanan yang disukaBolehlah digoreng jika berlebihanKebetulan ada nasi impit lebih... umie pun buatlah lontong goreng ni. Sayang juga kalau sampai terbuang. So umiepun jadikanlah makanan lain... Resepi ini umie dah pernah letak di My Resipi.com. Boleh click di sini ---> http://www.myresipi.com/top/detail/615
Bahan
2 bungkus nasi impit yang telah direbus
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu makan lada boh/giling (tambah ikut suka pedas)
1 sudu makan udang kering
3 sudu besar sayuran campuran
2 biji telur sederhana besar
1 sudu besar kicap manis
Secubit garam
2 sudu besar minyak masak
daun sop/bwang dan bwang goreng ( untuk hiasan dan tambahan rasa )
Cara
- Potong nasi impit dalam bentuk empat segi kecil/sederhana (ikut suka)
- Mesin bawang besar, bwang putih dan udang kering
- Panaskan minyak masak dan tumis bahan yang telah dimesin dengan cili boh
- Setelah garing, masukkan sayur campuran, kicap dan secubit garam serta gaulkan rata.
- Pecahkan telur ke dalam bahan yang telah ditumis tadi dan kacau hingga telur masak dan sebati
- Masukkan nasi impit yang sudah dipotong tadi dan gaul hingga rata
- Setelah sebati, hidang dan hiaskan bersama daun sop/bawang dan bawang goreng.
More about → Lontong Goreng
Diposting oleh
Unknown on Kamis, 10 Juli 2008
Msjbox adakan promosi kemerdekaanPromosi istimewa bukan ada sentiasaNasi mentega amat mudah disediakanMenambahkan perisa dalam nasi biasa
Lama juga tak letak n3 masakan sebab masak benda yang sama je hehehehehe
Hari ini nak letak resepi nasi mentega mudah... Memang senang nak membuatnya, sekadar untuk menambahkan perisa dalam nasi biasa. Kalau orang yang sedang diet memang tak sesuailah sebab akan menambahkan lemak dan kolesterol saja...
Resepinya...
Bahan:
Nasi secukupnya
2 sudu mentega
Cara:
1. Gaulkan nasi yang baru masak dengan mentega.
2. Gaul rata-rata
More about → Nasi mentega mudah
Diposting oleh
Unknown on Senin, 16 Juni 2008
Diva hantu hati-hati seberang jalanDengan pontianak dia bergandinganBila penyakit malas telah menyerangBubur nasilah saja menjadi hidanganPenyakit malas memanglah akan sentiasa menyerang... kalau dah malas tambah pulak tak ada idea nak masak apa, mulalah tanya anak apa yang mereka nak makan. Masalahnya kalau tanya mereka, sudah pasti makanan kesukaan mereka yang kalau masak hari-haripun tak apa hehehehehe
Bubur nasi antara kegemaran anak-anak. Biasanya umie akan buat bubur nasi yang 'all in' :D Masukan semua bahan termasuk sayuran - kira macam bubur lambuk cuma tak gunakan santan saja... tapi kali ini buat bubur nasi kosong saja. Lepas tu makan dengan apa-apa yang disukai seperti ikan masin, telur masin, ikan bilis dan apa-apa yang boleh nak dimasukkan dalam bubur termasuklah sambal kicap...
Dalam keadaan ekonomi gawat, elok juga kalau biasakan makan bubur camni hehehehehe sebab harga beraskan dah naik... petrol pun naik so secara tak langsung semua barang akan anaik harga atau dahpun dinaikkan...
*resepinya umie tak letakkan sebab sama saja macam masak nasi cuma dilebihkan air dan diletakkan sedikit garam sebagai perasa... isi/hiasan tambahan ikut selera masing-masing...
More about → Bubur Nasi
Diposting oleh
Unknown on Minggu, 27 April 2008

Bro KS kelihatan sentiasa gembira
Namun tiada yang tahu isi hatinya
Nasi mixed-vege menambat selera
Boleh cuba kalau nak tau rasanya
Nasi mixed-vege ni sama je macam nasi pandan yang umie buat baru ni cuma diletakkan mixed vege di dalamnya :)
Bahan
4 cawan beras basmathi (ikut suka - beras apapun boleh)
4 cawan air (ikut jenis beras yang digunakan)
1 biji bawang besar*
3 cm halia*
5 ulas bawang putih*
2 sudu butter + 1 sudu minyak masak
1 helai daun pandan
2 cawan mixed-vege (toskan airnya)
1 kiub stok ayam
garam/perasa secukup rasa
Cara
1. Cuci beras dan toskan.
2. Blend bahan bertanda*
3. Panaskan butter+minyak dan tumiskan bahan-bahan yang telah diblend sehingga kuning keemasan/naik baunya dan masukkan kiub stok ayam.
4. Campurkan beras, daun pandan, garam dan air secukupnya.
5. Bila nasi sudah hampir kering airnya, masukkan mixed-vege dan kacau rata
6. Biarkan nasi masak seperti biasa.
More about → Nasi mixed-vege
Diposting oleh
Unknown on Sabtu, 26 April 2008
Kasawari tengok CONGKAK orang penuh sesakSebelum ke pawagam minta Linda berdandan
Kerana kesibukan umie tak sempat nak masak
Hari ini ada masa umie masakkan nasi pandan
Biasalah kalau dah sibuk umie jarang dapat masak yang 'istimewa' untuk anak-anak. Kalau masakpun yang biasa-biasa dan yang cepat siap saja. Hari ini umie agak berpeluang untuk masak sesuatu yang 'memikat' selera anak-anak untuk makan. Jadi umie masakkan mereka nasi pandan butter berlaukkan ayam merah tomato berkicap (lupa pulak nak amek gambar lauk ayam tomato berkicap tu)
Nasi ni umie buat ikut resepi sendiri (main buat je hehehehhe) Kalau nak cuba bolehlah ya...
Bahan
4 cawan beras basmati (kalau guna beras lain pun boleh)
4 cawan air (ikut sukatan berdasarkan beras yang diguna)
7 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 cm halia*
3 helai daun pandan (ambil patinya - bolehlah gantikan dengan 1/2 sudu teh pandan paste)
2 sudu besar butter + 1 sudu besar minyak masak
garam/perasa secukupnya
Cara
1. Blend semua bahan bertanda *
2. Bersihkan beras dan toskan
3. Panaskan butter+minyak dan tumiskan bahan yang telah diblend hingga naik bau.
4. Masukkan pati pandan atau pandan paste dan garam kemudian kacau rata
5. Masukkan beras + air secukupnya
6. Masak macam biasa - kacau supaya rata semasa nasi hampir kering air dan biarkan hingga betul2 masak baru di kacau untuk peroikan nasi
More about → Nasi pandan butter
Diposting oleh
Unknown on Selasa, 15 April 2008
Syam termenung fikiran terawang-awang
Asyik melayan fikiran duduk bersedirian
Nampaknya 'dapur' dah mula bersawang
Sebab umie sibuk dengan aktivti seharian
Kesibukan melanda lagi... ermmmm sibuk dengan aktiviti seharian memang tak dapat nak dielakkan cuma ada ketika dapat jugalah mencuri masa. Namun kadang kala memang tak sempat langsung nak curi-curi :S
Hari ini cuba juga disempatkan untuk mengemas mana-mana yang patut tapi selepas ini nampaknya akan bersawang semula :D ermmmm kalau umie tak balas msg yang ditinggalkan, harap maklumlah ya... ;)
Bahan
Nasi impit - secukupnya
1 ekor ayam
Sedikit empah menumis (kulit kayu manis,buah pelaga etc)
1 bungkus rempah soto (Mak Siti -best!) atau rempah sup ADABI
3 sudu besar minyak masak
1 inci halia*
5 ulas bawang putih*
9 ulas bawang merah*
50gm suun - (goreng dalam minyak yang panas - dan simpan hingga diperlukan)
Sedikit taugeh
Sedikit daun sup/daun bawang/bawang goreng/kacang goreng
Sambal kicap
Keropok ikan (jika suka)
Cara
1. Bersihkan ayam -potong kecil (ikut suka)
2. Blend bahan bertanda*
3. Panaskan minyak masak dan tumis semua bahan-bahan menumis (kulit kayu manis, buah pelaga etc)
4. Apabila sudah naik bau masukkan bahan* yang telah diblend dan kacau sehingga kelihatan kekuningan.
5. Masukkan rempat soto Mak Siti (atau rempat sup ADABI)
6. Masukkan air dan diikuti dengan ayam biarkan sehingga mendidih.
7. Setelah sop masak bolehlah dihidangkan - nasi impit+kuah+bahan2 sampingan yang telah disediakan...
* resepi nasi impit dan sambal kicap telah ada sebeleum ini.
More about → Soto Simple
Diposting oleh
Unknown on Senin, 07 April 2008

Manje cerita ibunya hanya dua beradik
Tokwan meninggal amat menyedihkan
Bubur nasi memang kegemaran Adik
Masak seperiuk pun boleh dihabiskan
Bubur nasi ni anak umi yang no.2 (Adik) suka sangat tapi kali ini umie buat bukan di atas permintaan adik kerana masa itu Adik minta masakkan nasi impit (anak-anak umie panggil nasi empat segi) -> nak makan lontong.
Kakak pula pada masa umie sedang buatkan nasi impituntuk adik, dia ada di dapur. Umie pun tanya kalau dia pun ada permintaan juga. Jadi diapun sebut kalau boleh buatkan bubur nasi ayam. Kebetulan bahan semuanya dah tersedia, jadi umie buatkanlah juga.
* Nasib baik masa tu Baby tak ada kat dapur... kalau tak apa pulaklah yang dia minta dibuatkan eekkkkk :D
Bahan
2 cawan beras
6 cawan air
500gm ayam cincang
7 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 cm halia*
1 sudu besar rempah kurma
minyak untuk menumis
1 kiub stok ayam
garam/perasa secukupnya
daun sup/bawang goreng/cili merah - ricih halus
Cara
1. Bersihkan beras dan masak bersama 6 cawan air (tambah jika perlu)
2. Blend bahan*
3. Panaskan minyak kemudian tumis bahan blend dan rempah kurma
4. Masukkan kiub ayam+garam/perasa
5. Masukkan ayam cincang dan gaul sebati hingga masak dan padamkan api
6. Setelah bubur masak (nasi hancur) baru campurkan bahan yang telah dimasak tadi ke dalamnya.
7. Kacau rata dan tambah garam jika perlu
8. Hidangkan bersama daun sup/bawang goreng/cili merah dan serbuk lada sula (jika suka)
* anak umie suka letak kicap pedas sebagai tambahan ;)
More about → Bubur nasi ayam
Diposting oleh
Unknown on Sabtu, 29 Maret 2008

Pak Brahim pancing ikan siakap
Cik Mat masak dengan jelatah
Nasi daging menu yang lengkap
Makannya bersama acar mentah
Nadi daging ni pun senang juga disediakan cuma ambil sikit masa untuk mengempukkan dagingnya saja. Sebelum ini umie pernah kasi resepinya kepada Shah @ superman dan Shah kata dah cuba membuatnya. Nasi daging ini mungkin tak sama macam nasi daging yang sedia ada sebab umie dah ubah suai ikut selera...
Bahan
5 cawan beras Basmathi
1/2 kilo daging
2 biji kentang - kupas dan potong 4
1 biji carrot - kupas dan potong kasar
1 sudu rempah sup
1 bungkus besar rempah kurma
1 inci halia
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 sudu makan minyak sapi
rempah menumis - pelaga, cengkih etc
1 cawan susu cair (nanti campur dengan 4 cawan air rebusan daging)
sedikit garam/ perasa
*blend semua bawang+bawang putih+halia
Cara
- Rebus daging bersama rempah sup bunjut Adabi dan sedikit garam.
- Pastikan daging empuk. Simpan air rebusan daging untuk masak nasinya.
- Basuh beras dan toskan.
- Panaskan minyak dan tumis 1/2 bahan blend* sehingga naik bau dan masukkan rempah kurma. Masukkan daging yang telah diketepi (airnya diambil utk masak nasi) dan masukkan carot serta kentang - masak hingga empuk dan ketepikan
- Panaskan minyak sapi dan rempah menumis (kulit kayu manis,buah pelaga etc) dan dikuti dengan 1/2 lagi bahan yang dah diblend didalam periuk nasi hingga naik bau.
- Masukkan beras dan kacau sekejap.
- Masukkan air rebusan daging. (Pastikan air rebusan daging yang dimasukkan ikut sukatan beras iaitu 4 cawan beras+ 1 cawan susu cair+garam) atau ikut kesesuaian beras yang digunakan.
- Bila beras sudah agak kembang jangan lupa kacau supaya nasi sebati dan biarkan nasi kering.
- Bila nasi sudah kering, masukkan tumisan daging ke dalam periuk nasi dan kacau supaya agak bercampur dan biarkan hingga nasi betul2 masak.
More about → Nasi daging
Diposting oleh
Unknown on Rabu, 26 Maret 2008

Kak Norza hebat tiada tandingannyaBersama bro e sentiasa sahaja mesraNasi jagung mudah saja membuatnyaRasanya memang sedap tidak terkira
Anak-anak umie tak berapa gemar makan sayuran yang dimasak tapi kalau sayuran mentah @ salad mereka suka... Supaya agak seimbang hidangan untuk mereka jadi nasi jagung dimasak. Mereka makan lah pulak... cuma tak bolehlah nak masak hari-hari sebab mereka akan jadi muak...
Bahan
4 cawan beras basmathi (ikut suka - beras apapun boleh)
4 cawan air (ikut jenis beras yang digunakan)
1 biji bawang besar*
3 cm halia*
5 ulas bawang putih*
3 sudu minyak sapi
1 helai daun pandan
2 cawan jagung dalam tin (toskan airnya)
Bahan penumis secukupnya (cengkeh, pelaga etc)
garam/perasa secukup rasa
Cara
1. Cuci beras dan toskan.
2. Blend bahan bertanda*
3. Panaskan minyak sapi dan tumiskan bahan penumis dan bahan-bahan yang telah diblend sehingga kuning keemasan/naik baunya.
4. Campurkan beras, jagung, daun pandan, garam dan air secukupnya.
5. Biarkan masak seperti biasa.
* Kacau nasi semasa air nasi hampir mengering supaya bahan dan jagung tegaul rata.
More about → Nasi jagung
Diposting oleh
Unknown on Jumat, 22 Februari 2008

Nampaknya si Aina banyak orang berkenan
Rupanya cantik dan manis so tidaklah hairan
Nasi minyak dulunya hidangan perkahwinan
Sekarang sudah menjadi hidangan seharian
Bahan
3 cawan beras basmati (boleh gunakan beras lain ikut suka)
2 cawan air + 1 cawan susu cair (ikut sukatan biasa beras yang digunakan)
2 sudu makan minyak sapi
1 labu bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
bahan penumis (cengkeh, pelaga etc)
pewarna kuning
secubit garam
beberapa helai daun pandan
* blend semuanya
Cara
- Cuci beras dan toskan
- Blend bawang besar, bawang putih dan halia
- Panaskan periuk dan masukkan minyak sapi hingga cair
- Tumiskan bahan penumis dan juga bahan yang telah di blend hingga naik baunya
- Masukkan 2 cawan air dan 1 cawan susu cair, garam dan daun pandan
- Masukkan beras dan masak hingga nasi kering
- Setelah nasi kering, buatkan lubang dengan belakang sudu pada mana-mana bahagian yang dalam periuk nasi dan masukkan sedikit pewarna kuning ke dalam lubang tadi dan tutup semula dengan nasi.
- Biarkan hingga nasi masak.
- Kacau nasi setelah betul2 masak
More about → Nasi minyak simple
Diposting oleh
Unknown on Jumat, 01 Februari 2008

Orang Utan sudah jadi haiwan yang langka
Izam ke hutan nak cari sekor tapi tak cam-cam
Udang geragau boleh dapatkannya di Melaka
Bukan saja untuk buat belacan tapi macam-macam
Bahan:
3 pinggan nasi putih
7 ulas bawang merah (kecil)
3 ulas bawang putih
1 genggam udang geragau - cuci dan tumbuk kasar
1 sudu besar sos tiram
1 biji carrot - hiris
air - secukupnya
garam - perasa secukupnya
minyak - untuk menumis
Cara:
1. Panaskan minyak dan gorengkan udang geragau dan bawang merah/putih hiris.
2. Masukkan sos tiram serta garam/perasa secukupnya (Tambah air jika perlu)
3. Masukkan carrot dan gaul rata - masah hingga carrot agak layu
4. Masukkan nasi dan kacau semuanya sebati.
* boleh hidangkan bersama udang geragau goreng :)
More about → Nasi goreng udang geragau
Diposting oleh
Unknown on Rabu, 30 Januari 2008

Syam81 di Trengganu segak berkaca mata
Suka keropok Losong yang banyak ikan
Ini nasi kegemaran anak-anak tercinta
Nampak macam pelik tapi senang disediakan
Resepi ini umie pernah letak di MR >>> http://www.myresipi.com/top/detail/668
Bahan
3 cawan beras basmati (boleh gunakan beras lain ikut suka)
3 cawan air (ikut sukatan biasa beras yang digunakan)
1 ketul stok ayam
2 sudu makan margerin
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
pewarna merah, hijau dan kuning
secubit garam
beberapa helai daun pandan
Cara
- Cuci beras dan toskan
- Blend bawang besar, bawang putih dan halia
- Panaskan periuk dan masukkan margerin hingga cair
- Tumiskan bahan yang telah di blend hingga naik baunya
- Masukkan 3 cawan air, stok ayam, garam dan daun pandan
- Masukkan beras dan masak hingga nasi kering
- Setelah nasi kering, buatkan lubang dengan belakang sudu pada 3 bahagian yang berbeza dan masukkan sedikit ketiga2 pewarna ke dalam lubang yang berbeza.
- Biarkan hingga nasi masak.
- Kacau nasi setelah betul2 masak
More about → Nasi 3 warna
Diposting oleh
Unknown on Sabtu, 19 Januari 2008
Edazman diganggu si lelaki miangKena penumbuk suami eda itulah padahNasi Carrot menjadi hidangan siangBersama ayam goreng jun yang mudahNasi carrot ni umie dah banyak kali buat. Resepi dari MR >>> http://www.myresipi.com/top/detail/675
Bahan
- Bahan A - dikisar
- 10 biji cili hijau
- 1 sd besar lada putih
- 1 sd besar jintan manis
- 5 ulas bawang putih
- Bahan utk menumis:
- Buah pelaga, Bunga lawang
- Bunga cengkih, Kulit kayu manis
- 4 cawan beras (cuci & toskan)
- 600 gm carrot (di parut)
- ½ ekor ayam (potong kecil)
- 300 gm tomato (potong dadu & campurkan gula batu sedikit)
- 3 biji bawang besar (di hiris)
- 4 sd besar minyak sapi
- 3 cawan air rebusan ayam
- 1 cawan santan
- garam
- daun pandan
Cara
- Gaulkan carrot bersama beras.
- Rebus ayam bersama 3 cawan air.
- Panaskan minyak sapi, tumis bawang besar hingga kekuningan. Masukkan bahan penumis, bahan A, garam, dan biarkan hingga naik bau.
- Masukkan stok ayam ngan ayam skali la, santan, tomato dan beras yg digaul bersama carrot. Kacau sebentar. Tutup periuk dan biarkan nasi masak.
More about → Nasi carrot
Diposting oleh
Unknown on Kamis, 17 Januari 2008
Shai ke Port Dickson menaiki sampanDiajak sama mikaounik yang manjaMasa dulunya dimakan untuk sarapanKini nasi lemak dimakan bila-bila sajaBahan
4 cawan beras - dicuci dan toskan
4 cawan santan
garam secukupnya
daun pandan - ikut suka
beberapa biji cengkeh
Cara
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk nasi - sampai masak
2. Gemburkan nasi yang telah dimasak.
More about → Nasi lemak
Diposting oleh
Unknown on Sabtu, 15 Desember 2007
Nasi ni umie buat ikut terlintas idea di kepalaSebenarnya plan nak masak nasi daging tapi lain jadinya...Umie kan suka yang simpe n easy jeSo kalau nasi daging rasanya cam makan masa...Tu yang tukar jadi nasi repah kurma :D heheheheNasi ni rasanya mengancam juga Mula2 masak 6 cawan tapi kena masak kali keduaKebetulan ada kawan singgah rumah kitaTak sempat nak prepare yang istimewa Lauknya pun cuma satu je... Bahan
6 cawan beras basmati/beras ikut suka1 cawan susu segar +5 cawan air biasa (air ikut jenis beras)2 sudu minyak sapi3 ulas bawang putih + 1 biji bawang besar + 1 inci halia (diblend)2 sudu besar rempah kurma
1 susu teh stok ayam
bahan2 penumis (cengkih,bunga lawang etc)
daun pandangaram secukupnyaCara:1. Cuci beras dan toskan airnya2. Panaskan minyak dlm periuk nasi dan tumiskan bahan penumis sebentar dan kemudian masukkan bahan yang telah diblend.3. Masukkan rempah kurma dan sedikit air (dari sukatan utk nasi)4. Masukkan susu segar5. Masukkan stok ayam6. Kacau rata dan masukkan beras serta lebihan air7. Masukkan garam dan daun pandan8. Masak macam biasa hingga nasi kering - masak
Anak bungsu umie dengan nasi rempah kurma
Kalau sapa2 sudi singgahlah kat blog dia
Alamatnya bubble-a.blogspot.com/ ya...
Di blognya bolehlah kita baca cerita ;)
More about → Nasi rempah kurma
Diposting oleh
Unknown on Rabu, 28 November 2007

.
Apa lagi yang boleh dibuat kalau masih demam M kecuali nasi goreng je... Kali ini buat nasi goreng ikan masin je ler.
Bahan:
3 pinggan nasi putih
7 ulas bawang merah (kecil)
3 ulas bawang putih
1 sudu besar cili giling
1 sudu besar sos tiram
satu genggam ikan bilis - cuci dan tumbuk kasar
2 biji telor
isi ikan masin kuran/tenggiri (ikut suka) - potong kecil
1 biji lada merah - hiris
1 biji lada hijau - hiris
air - secukupnya
garam - perasa secukupnya
minyak - untuk menumis
Cara:
1. Panaskan minyak dan gorengkan ikan bilis, lada hijau/merah yang telah dihiris dan masukkan bawang/putih hiris.
2. Masukkan cili giling dan gaul rata dan diikuti dengan sos tiram serta garam/perasa secukupnya (Tambah air jika perlu)
3. Masukkan ikan masin serta pecahkan telor dan gaul rata.
4. Masukkan nasi dan kacau semuanya sebati.
More about → Nasi goreng ikan kering
Diposting oleh
Unknown on Jumat, 23 November 2007
Tak taulah kenapa umie asyik diserang penyakit M je :-S
Kalau jadi cam CMG ke, cam Noreen ke, cam Lydia ke, cam Yati ke, cam Jun ke... cam sapa2 ler yang memang rajin tu kan bagus... sure meriah je meja makan tu... ni tak memanjang kena demam M :(
Oleh sebab demam M menyerang... maka anak-anak umie makan ler nasi goreng sosej bertelor ni...
Kakak takmo makan takpe, nanti buat pizza ke, sushi ke sendiri eekkkkk - elok juga tau... cepat sikit ler turun berat badan tu hehehehehehehe)
* Kakak tu anak sulong umi > CT
Bahan
2 pinggan nasi putih
3 batang sosej
10 ulas bawang merah - cincang halus
5 ulas bawang putih - cincang halus
1 sudu teh serbuk lada sulah
2 biji telur
2 sudu besar soso tiram
Garam/perasa secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara
1. Panaskan minyak dan tumis bawang/putih yang telag dicincang halus
2. Masukkan sosej yang telah dipotong
3. Masukkan sos tiram ,lada sula, garam/perasa secukupnya - kacau rata
4. Pecahkan telor - kacau rata dan masukkan nasi - gaul rata
More about → Nasi goreng sosej bertelor