Sebelum ke pawagam minta Linda berdandan
Kerana kesibukan umie tak sempat nak masak
Hari ini ada masa umie masakkan nasi pandan
Biasalah kalau dah sibuk umie jarang dapat masak yang 'istimewa' untuk anak-anak. Kalau masakpun yang biasa-biasa dan yang cepat siap saja. Hari ini umie agak berpeluang untuk masak sesuatu yang 'memikat' selera anak-anak untuk makan. Jadi umie masakkan mereka nasi pandan butter berlaukkan ayam merah tomato berkicap (lupa pulak nak amek gambar lauk ayam tomato berkicap tu)
Nasi ni umie buat ikut resepi sendiri (main buat je hehehehhe) Kalau nak cuba bolehlah ya...
Bahan
4 cawan beras basmati (kalau guna beras lain pun boleh)
4 cawan air (ikut sukatan berdasarkan beras yang diguna)
7 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 cm halia*
3 helai daun pandan (ambil patinya - bolehlah gantikan dengan 1/2 sudu teh pandan paste)
2 sudu besar butter + 1 sudu besar minyak masak
garam/perasa secukupnya
Cara
1. Blend semua bahan bertanda *
2. Bersihkan beras dan toskan
3. Panaskan butter+minyak dan tumiskan bahan yang telah diblend hingga naik bau.
4. Masukkan pati pandan atau pandan paste dan garam kemudian kacau rata
5. Masukkan beras + air secukupnya
6. Masak macam biasa - kacau supaya rata semasa nasi hampir kering air dan biarkan hingga betul2 masak baru di kacau untuk peroikan nasi

{ 0 komentar... read them below or add one }
Posting Komentar