Faizah manis sudahpun berpunya
Chiku tidur dengan begitu lena... mimpi indah pastinya ;)
Untuk n3 hari ini umie ingin bercerita tentang chiku, satu-satunya kucing jantan yang ada di rumah umie. Chiku asalnya 3 beradik yang ditinggalkan di halaman rumah kami. Malangnya 2 daripada adik beradiknya tidak hidup lama. Malah Chiku sendiri pernah ditolak oleh vet kerana dikatakan 'tidak dapat diselamatkan' :(
Pada masa itu umie amat marah sekali pada doktor haiwan tersebut kerana sehari sebelumnya Chiku telah diberikan rawatan di klinik itu. Doktor di situ telah berpesan jika Chiku masih kelihatan lemah, bawalah semula ke klinik untuk rawatan selanjutnya. Selepas mahgrib umie menelefon untuk membuat temu janji. tetamu janji telah dibuat namun amat menjengkelkan apabila sampai di klinik doktor haiwan di situ tidak mau membuat apa-apa ke atas Chiku :(
Dengan perasaan marah umie telah pergi ke satu lagi klinik haiwan (pernah pergi ke klinik ini dan berpuas hati tetapi kawan umie telah mencadangkan umie ke klinik yang tadi) dan sampai saja umie di klinik tersebut, vet di situ cepat2 menyambut Chiku dan Koko (masa itu masih hidup lagi). Mereka berdua dengan segera diberikan suntikan dan 'drip' oleh doktor tersebut. Selepas hampir sejam dirawat, Chiku dibenarkan pulang tetapi Koko terpaksa tinggal di klinik :(
Keadaan Chiku kembali pulih namun Koko pula on-off , Koko tidak berhenti dengan rawatan dan ubat-ubatan sehinggalah Koko meninggal dunia :( Mungkin kematian adalah yang terbaik buatnya :(( Sementara itu Chiku terus pulih dan dengan suntikan vaksin yang regular menambahkan lagi tahap kesihatannya. Alhamdulillah...
Chiku terus membesar dan manja... tak sangka Chiku yang dikatakan 'sudah tidak ada harapan' masih bernafas hingga kini... Jika pada masa itu umie hanya akur dengan kata-kata doktor haiwan itu, mungkin Chiku juga sudah tidak bernyawa seperti adik-beradiknya... Ternyata dalam hidup ini, usaha dan yakin serta dengan kehendak Allah SWT segalanya berkemungkinan :)
{ 0 komentar... read them below or add one }
Posting Komentar