Wedding Cake ~ 1st try! ~

Diposting oleh Unknown on Rabu, 28 Mei 2008


Nurul berdoa selepas sembayang
Doa agar sihat dan bahagia juga
Resepi kek dari kak norz sayang
Icing kek pun sama darinya juga


Perancangan untuk membuatkan kek perkahwinan untuk adik ipar umie ~Pok Su~ memang dah lama, sejak sebelum dia bersedia untuk berumahtangga :)

Apabila mendapat tahu Poksu akan mengakhiri zaman bujangnya, umie dah berangan-rangan nak buatkan kek bertingkat untuknya. Masalahnya umie tak pernahpun membuatnya sebelum ini...

Beberapa hari sebelum itu, n3 kak norz tentang kek cawan begitu memikat hati :) umie pun bertekad nak buatkan kek untuk Pok Su menggunakan resepi kak norz.

Sempat jugalah umie menghubungi kak norz untuk bertanyakan beberapa perkara untuk kepastian :) Thanks sis kerana tunjuk ajar sis :)

* hasilnya mungkin kurang memuaskan kerana pada masa nak buat kek mesing penimbang buat hal (bateri out agaknya) jadi kenalah sukat ikut measuring jug saja... Walaupun begitu semua orang puji kesedapannya... errrmmmm kalau penimbang tak buat hal sure lagi sedap kan sis! hehehehehehe

** Resepi di bawah tu umie ambil terus dari blog sis norz... Thanks ya sis :-*

KEK CAWAN(Menghasilkan anggaran 25 biji kek cawan.)

Bahan-bahannya

250 gm mentega
230 gm gula kastor
2 camca teh Quick 75
4 biji telur Gred A
270 gm tepung serbaguna } diayak1 camca teh serbuk penaik }
60 gm susu pekat
2 camca besar susu segar/cair
1 camca teh vanila

Cara membuatnya

1. Putar mentega, gula dan Quick 75 hingga gebu.
2. Masukkan sebiji demi sebiji telur, pukul sebati setiap kali.
3. Campurkan bahan ayak, kacau rata.
4. Bubuh susu pekat, susu cair dan vanila.
5. Bila sebati, timbang sebanyak 44 gm untuk setiap cawan kek (saiz sederhana).
6. Bakar pada 190 C selama 20-25 minit atau hingga masak.7. Biar kek sejuk sebelum dihias ikut suka.



AISING MENTEGA SUSU

Bahan-bahannya

125 gm mentega (bukan mentega tulen/pure)
125 gm krimwell
100 gm susu pekat
20 gm gula aising, diayak
1/2 camca teh vanila

Cara membuatnya

1. Pukul semua bahan dengan pemutar elektrik.
2. Pastikan berhenti sekali-sekali dan kacau dengan spatula supaya semuanya sebati.
3. Bila kembang, pucat dan gebu, bahagikan mengikut warna yang dikehendaki.
4. Sapukan kek dengan aising kemudian hiaskan mengikut citarasa masing-masing.

{ 0 komentar... read them below or add one }

Posting Komentar