Nasi sayur campur tuna

Diposting oleh Unknown on Jumat, 02 Mei 2008


Semasa bercintan bagai di kayangan
Retna dan si sayang terlalulah mesra
Nasi sayur campur tuna jadi hidangan
Si Chiku makan dengan penuh selera




Biasalah umie ni tak tentu masa rajinnya hehehehhe banyak penyakit M sebenarnya :S

Dah dekat seminggu dapur siber umie tak berasap dan mula nak bersawang... hari ini ambil masa sedikit untuk kemaskan mana-mana yang patut :D

Oleh kerana n3 bulan Mei ini dimulai dengan sambutan ulang tahun Chiku dan keesokannya pula menerima ahli baru yang terbiar di jalanan, maka n3 kali ini akan diletakkan makanan untuk kucing tersayang.

Sesiapa yang ada kucing bolehlahlah cuba resepi ini untuk mengubah juadah ;) Namun seperti yang umie sering sebutkan, tidak semua kucing akan suka dengan hidangan yang kita buat... ikut kebiasaan juga agaknya...

Bahan

1 cawan nasi
1 sudu besar sayur campuran
1 tin tuna (makan kucing)

Cara

1. Campurkan kesemua bahan dan gaul rata
2. Hidangkan seperti biasa





{ 0 komentar... read them below or add one }

Posting Komentar