Mama Ranggie menetap di Negeri Sembilan
Adik angkat umie kampungnnya di Keluang
Hari ini hb umie pungut Lucky di tepi jalan
Tak sampai hati lihat anak kucing dibuang

Hari ini tanggal 2 Mei 2008, seekor anak kucing berkeliaran di tepi jalan dekat kawasan perumahan kami. Anak-anak umie menyampaikan berita tentang seekor anak kucing terbiar dan mengiau-ngiau minta perlindungan. Namun umie memberitahu mereka jangan sesekali membawa anak kucing itu ke rumah... Cukuplah dengan kucing-kucing 'datang' yang telah menghuni rumah kami.
Sehingga lewat petang kucing itu masih mengiau-ngiau dan mengejar kaki siapa saja yang melintasinya namun tiada seorangpun yang mahu mengambilnya. Kisah kucing terbiar di tepi jalan telah disampaikan kepada hb umie. Umie pula berpesan jangan lagi mengambil mana-mana kucing kerana cukup dengan yang telah kami ada.
Di kejauhan terdengar ngiaun anak kucing yang cuba mendapatkan perhatian manusia. Hari menjelang senja dan mahgrib dah tak lama sedangkan ngiaun si kecil bertambah nyaring. Hb umie rasa tak sampai hati membiarkan anak kucing itu merayap di jalan dalam keadaan bertambah gelap. Kemungkinan untuk dilanggar oleh kenderaan memang ada kerana si kecil masih belum tahu erti bahaya. Akhirnya hb umie mengambilnya dan membawa pulang ke rumah...
Anak-anak keriangan mendapat ahli baru... Si kecil mereka namakan LUCKY kerana bertuah telah diambil oleh si ayah pulang ke rumah kerana tanpa 'green light' dari si ayah sudah pasti LUCKY tidak akan menjadi sebahagian dari ahli keluarga kami. Anak-anak gembira dan berpuas hati namun umie juga yang rasa tidak selesa hehehehe (Bertambahlah kerja umie... tu yang tak mau bela banyak kucing )
* Tugas pertama umie untuk si kecil ~> bawa berjumpa doktor untuk dapatan suntikan vaksin yang pertama dan seterusnya... errrmmmm tu yang malas tu tapi kena buat jugalah sebab dah jadi ahli keluarga... macam jaga anak kecil juga... leceh kan... :D

{ 0 komentar... read them below or add one }
Posting Komentar