Kenduri perkahwinan ~Pok su~

Diposting oleh Unknown on Rabu, 28 Mei 2008

Adda dah kurus kini tambah berseri
Tambah menawan berkebaya merah
Pok Su memotong kek bersama isteri
Di majlis perkahwinan penuh sejarah




Itu gambar adik ipar umie, Pok Su dan isterinya semasa memotong kek. Lepas juga hajat umie untuk membuatkan kek perkahwinan bertingkat buatnya. Mulanya ingat nak buatkan warna pink tapi kerana pada hari itu pengantin berbaju biru, maka umie tukarkan warnanya menjadi biru.

Kek diletakkan di atas cake stand saja kerana umie belum berkeyakinan untuk menggunakan 'pilar' seperti kebanyakan kek perkahwinan bertingkat. Sebenarnya umie dah ada pilar untuk kek bertingkat tu cuma lebih selesa dan yakin menggunakan cake stand. cake stand tu memang umie beli khas untuk majlis Pok Su...

Walaupun hiasannya simple kerana umie tak pandai nak mendekorasi seperti pakar-pakar kek yang lain, namun umie tetap berpuas hati dengan hasilnya kerana peralatan yang terhad semasa berada di kampung. malah umie tak bawa pun turn table yang biasa umie gunakan... masa nak menyapu icing atas kek, umie 'turn' secara manual saja dengan seorang anak saudara dan juga bibik untuk memusingkannya hehehehehhe

* Thanks lagi pada sis Norz dan cik mat gebu kerana membantu umie dengan memberikan pandangan sehingga misi umie berjaya :)

{ 0 komentar... read them below or add one }

Posting Komentar