Chiku's 1st Birthday!

Diposting oleh Unknown on Kamis, 01 Mei 2008


Kek @ jelly ulang tahun Chiku yang pertama


KakmOn berniaga di samping juga bekerja
Bila ada tempahan membuat bersama-sama
Hari ini banyak orang sambut hari pekerja
Chiku pula menyambut Birtdaynya pertama


Chiku bergambar di samping kek @ jelly ulang tahunnya

Hari ini dianggap sebagai ulang tahun chiku yang pertama kerana masa kami menemuinya pada 1 July 2007, kami ada membawa Chiku dan adik beradiknya untuk mendapatkan rawatan (mereka dalam keadaan sakit masa ditemui) dan doktor mengagak usia Chiku (adik-beradiknya juga lah kan....) ialah 2 bulan. Oleh kerana doktor haiwan mengandaikan usianya sedemikian, maka bila dikira, hari ini cukuplah 1 tahun usia Chiku (Chiku bersama kami akan cukup setahun pada 1 July nanti - akan ada sambutan lagi kan Chiku!)



Chiku merasmikan @ meniup lilin ulang tahun :)


Sempena ulang tahun Chiku yang pertama, umie telah membuatkan jelly ikan bersama dried food untuk Chiku dan juga kucing-kucing yang lain... Nak buatkan kek tak ada pula acuan berbentuk 'kucing' dan untuk umie membentuknya pasti akan mengambil masa... Oleh itu umie mengambil keputusan membuat jelly perasa strawberry yang mudah dan cepat untuk dibuat. Kebetulan pula umie ada acuan jelly yang berbentuk kucing untuk digunakan.

Gambar kecil ini pula di antara gambar2 yang diambil sempena ulang tahun Chiku, kelihatan 'adik-beradik angkat' Chiku yang lain begitu selera memakan kek @ jelly ulang tahun Chiku sambil diperhatikan olehnya (Chiku tak gemar makan beramai-ramai ~ biasanya setelah semua kucing-kucing lain makan, barulah dia akan makan kecuali kalau dia terlalu lapar >>> seperti gambar paling bawah tu dia hanya memerhatikan sahaja) Semoga Chiku akan terus membesar dan dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya... Aaammmiiiiinnnnn

{ 0 komentar... read them below or add one }

Posting Komentar