HAPPY NEW YEAR 2008!

Diposting oleh Unknown on Senin, 31 Desember 2007



Cik Mat Gebu kawannya si Bedah
Mereka berkawan memang dah lama
Tahun 2007 berlalulah sudah
Tahun 2008 pula kini menjelma

Apek'D tinggal tak jauh dari Alma
Rumah siapa agaknya di seksyen lapan
Selamat tinggal si tahun lama
Harap tahun baru akan gemerlapan

Anak ikin kuat menangis tapi tak nakal
Si Iqa anak masz_73 pula suka menari
Madah, syair, pantun cuba kukekal
Harap blog umi_e ada ciri tersendiri

Delila pergi rekreasi di gunung Tahan
Sedang mendaki tiba-tiba rebah
Semoga blog umie akan terus bertahan
Impian agar resepi kian bertambah

Kak Pah orangnya bijak laksana
Si Noreen pun tak kalah pandai
Tahun 2008 semoga cita-cita terlaksana
Dapat siapkan semua kerja yang terbengkalai

KakmOn memang suka tenunan tekad
Buat hamparan jadikan perhiasan
Marilah kita semua kuatkan tekad
Semoga azam 2008 menjadi kenyataan



Salam Tahun Baru 2008 buat semua teman-teman umie di alam maya dan juga di alam nyata... Semoga kita meninggalkan tahun 2007 dengan semangat dan azam yang lebih kuat. Insya'Allah tahun 2008 ini akan membawa sinar yang lebih gemerlapan buat kita semua... Apa yang diharapkan ialah cita-cita, harapan dan impian yang tersirat di sanubari kita akan menjadi nyata... HAPPY NEW YEAR!!!!!!!!!!!!!!!


More aboutHAPPY NEW YEAR 2008!

Roti Jala

Diposting oleh Unknown


Anggunnya sitifadzillah berkurung Kedah
Sedang memasak dan menggoreng kentang
Roti jala umie jadikan juadah
Untuk santapan minuman petang


Roti jala merupakan makanan kegemaran puteri-puteri umie. Resepinya ambil dari MR... nanti kita check bersama resepinya ya di sini ok ... http://www.myresipi.com/top/detail/62

Bahan

  • 450g tepung gandum
  • 1 camt garam
  • 1/2 camt serbuk kunyit
  • 450 ml susu segar
  • 3 biji telur (di pukul sedikit )
  • 450 ml air ( sekiranya semasa menyediakan adunan, ianya agak pekat tambahkan sedikit air )
  • 2 camb mentega cair
  • minyak untuk melenser
  • acuan roti jala

Cara

  1. Ayak tepung, garam dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk besar. Buatkan lubang di tengahnya. Tuangkan susu, telur, separuh daripada air dan setengah mentega cair ke dalamnya. Gunakan pemutar belon / balloon whisk untuk membancuh. Masukkan baki air dan mentega hingga adunan tidak bergentel. Tapis dengan penapis halus.
  2. Ketepikan adunan selama 20-30 minit.
  3. Panaskan kuali leper yang tidak melekat atas api sederhana. Kemudian lenserkan sedikit minyak panas dengan berus lenser atau berus pandan.
  4. Kacau dan isikan 80ml adunan ke dalam acuan roti jala.
  5. Bermula dari bulatan luar, pusingkan acuan kira-kira 6-8 cm di atas kuali. Terus memusing dalam bulatan untuk membentuk juraian roti jala. Jangan buat pada bahagian yang sama dua kali kerana roti jala akan menjadi tebal. Biarkan masak tetapi jangan sampai keperangan.
  6. Angkat dan lipat roti dalam bentuk baji atau gulungkan. Ulangi proses yang sama sehingga semua adunan habis di gunakan.
  7. Tips: Untuk membuat berus pandan, ambil 4 helai daun panda, belah setiap helai kepada 2 secara memanjang. Kemudian hiris sepanjang 20 cm. Akhirnya ikat pada satu hujung dengan getah bulat.
More aboutRoti Jala

Pulut santan dan kelapa

Diposting oleh Unknown on Minggu, 30 Desember 2007


Kucing umie terhendap-hendap
Mengintai pula si kucing jiran
Pulut santan dan kelapa memang sedap
Tambahan dimakan di musim hujan


Pulut ni memang senang nak buat...

Bahan

3 cawan pulut
3 cawan santan
sedikit garam
beberapa helai daun pandan
kelapa parut


*Sampingan
ikan kering

Cara

1. Cuci pulut dan rendam.
2. Masak pulut dengan santan bersama daun pandan dan garam (macam masak nasi)
3. Setelah masak bolehlah dimakan bersama kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam atau bersama ikan kering.
More aboutPulut santan dan kelapa

Hati lembu goreng

Diposting oleh Unknown on Kamis, 27 Desember 2007



Makdaro ke pasar nak beli ikan
Sebelum membeli bertanya harga
Hati lembu goreng umie masakan
Buat hidangan seisi sekeluarga


Orang kata, sapa yang 'tak cukup darah' elok makan hati... tapi jangan ler 'makan hati' yang tu sebab nanti bukan tambah darah... 'naik darah' ler gamaknya... hehehehehehhee :P

Bahan

1/2 kg hati lembut
2 batang cili hijau
sebiji bawang besar
1 sudu kicap manis
garam/perasa secukupnya
minyak untuk menggoreng

Cara

1. Cuci hati lembu dan potong ikut duka
2. Masuk dalam periuk dan biarkan sehingga air dari hati lembu keluar dan kering
3. Setelah airnya kering, tuangkan sedikit minyak dan goreng hati hingga agak garing
4. Masukkan bawang dan cili yang telah dihiris serta masukkan garam/perasa


More aboutHati lembu goreng

2 months old BlogDay (BDay)

Diposting oleh Unknown



Hari ini kira cukuplah 2 bulan blog umie terbina... Sempena BDay 2 bulan blog ini, umie nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua rakan-rakan kerana memberi sokongan. Semoga blog umie ini akan terus 'hidup' di alam maya ini... Dua bulan rasanya macam dah dua tahun lamanya... ermmmm umie nak cuba bersyairlah pulak ;)

Jomlah... baca dengan nada bersyair ya....


Buatlah blog... kawan-kawanku pelawa
Sungguhpun begitu hati belum terbuka
Tapi tiba-tiba dapat seru agaknya
Tanggal 28 Oktober maka blogku terbina

Genaplah dua purnama blogku dibina
Masa berjalan begitu cepat tidak terasa
Sukanya hati amatlah gembira
Blog umie masih terus bernyawa

Terima kasih kuucapkan padan kawan semua
Tanpa kalian blogku tak akan bermakna
Semoga persahabatan kita terjalin mesra
Walaupun bersua dan bercerita di alam maya




More about2 months old BlogDay (BDay)

Tuna & onion sandwich

Diposting oleh Unknown on Rabu, 26 Desember 2007



Berkaki ayam terpijak paku
Teramat sakit tidak terbayangkan
Ini adalah hasil kerja anak-anakku
Tuna & onion sandwich nama diberikan

Cempaka-ardini sungguh rupawan
Tambah jelita bertudung sutera
Tuna & onion sandwich mudah disesediankan
Buat puteri-puteriku menjamu selera




Sandwich ni si tiga gadis pingatan tu yang buat dan sediakan... diaorang buat, diaornag yang makan... pastu tangkapa gambar suruh umie letak kat sini... ikutkan je lah... slowly nanti diaorang bolehlah sediakan masakan yang agak heavy ;)

Bahan

6 keping roti
1 tin tuna (dalam air)
1 biji bawang besar - potong dadu
sedikit air asam limau
*sos cili/mayonis untuk hiasan

Cara

1. Campurkan kesemua bahan dan gaul rata (kecuali roti)
2. Ambil sedikit adunan dan sapukan ke atas roti
3. Hiasa dengan sos/mayonis ikut suka
More aboutTuna & onion sandwich

Pisang tanduk goreng

Diposting oleh Unknown


Sudah lama tidak berpantun, teringin pula nak buat pantun berkait...

Pergi mengail bersama pak Amat
Tiba-tiba umpan jatuh berselerak
Pisang tanduk ole-ole dari cik Mat
Lama diperam baru kini dapat kumasak

Pisang tanduk ole-ole dari cik Mat
Lama diperam baru kini dapat kumasak
Rasanya memang manislah amat
Baunya pulak harum sermerbak

Rasanya sungguh manislah amat
Baunya pulak harum sermerbak
Terima kasih buat adindaku cik Mat
Buatku terharu dan terasa sebak



p/s: errmmmm adindaku, Su...
betul ke pantun kekandamu?


Bahan:

Pisang tanduk
Tepung beras
Air kapur
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara:

1. Kupas pisang dan potong tebal ikut suka
2. Bancuh kesemua bahan dan agak2 pekatnya dapat salut pisang
3. Panaskan minyak dan goreng hingga garing



More aboutPisang tanduk goreng

Jemput-jemput bawang berkentang

Diposting oleh Unknown on Selasa, 25 Desember 2007



Cuaca mendung suram terasa
Bangun pagi terfikir nak sarapan apa
Tengok bahan tak banyak yang ada
Akhirnya buat sarapan sekadarnya saja

Jemput-jemput mudah untuk disediakan
Tambahan pula bila tak cukup bahan
Tepung, bawang dan ketang jadi ramuan
Buat hidangan keluargaku bersarapan

Bahan

1 biji kentang besar (potong nipis dan panjang macam lidi mancis)
1 biji bawang besar (hiris halus)
200gm tepung gandum
100gm tepung naik sendiri
1 biji telor
1 sudu kecil serbuk pati ikan bilis
1 sudu besar cili giling
garam secukupnya
air secukupnya
minyak untuk menggoreng

Cara

1. Campur semua bahan dalam bekas dan masukkan air secukupnya (agak2 kepekatannya)
2. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan
3. Boleh dihidangkan bersama sos cili/tomato/mayonis
More aboutJemput-jemput bawang berkentang

Rendang tanpa kelapa

Diposting oleh Unknown


Resepi kudapati dari majalah PEREMPUAN
Bersama pulut siap kuhidangkan
Bahan mudah sebagai ramuan
Sesiapa nak cuba umie alu-alukan ;)

Resepinya seperti dalam majalah yang umie minta hb tolong amekkan gambar di bawah ni, tengoklah eehhhhh rasanya nampak kot....

More aboutRendang tanpa kelapa

Pulut kuning @ Nasi kunyit

Diposting oleh Unknown


Pulut kuning kesukaan hb tersayangku
Beras pulut ada 5kg tak buat, lama2 naik kutu

Tiba-tiba je cam dapat seru

Apa lagi, mana boleh tunggu-tunggu :p


Pulut pun kurendam selalu

Sambil2 termenung apa lagi yang boleh dijamu
Takkan pulut kuning semata je camtu

Apa lagi, kenalah rajinkan diri selak buku

Ada resepi yang suka tapi bahan utama tak ada
Akhirnya jumpa resepi rendang tanpa kelapa
Majalah Perempuan thn sembilan belas sembilan puluh dua
Hati gembira memang tak terkata :D



Resepi pulut kuning ni umie buat macam yang ada dalam MR >>>> http://www.myresipi.com/top/detail/771

Bahan

  • 4 cawan beras pulut
  • 1 tin santan (400ml) - jgn campur air
  • 1 sudu teh kunyit serbuk
  • garan secukup rasa

Cara

  1. Rendam pulut bersama serbuk kunyit lebih kurang 1-2 jam atau sehingga pulut bertukar warna kuning
  2. Cuci dan toskan pulut dan kukus hingga 1/2 masak
  3. Setelah 1/2 masak keluarkan dari kukusan dan masukkan dlm bekas. Kemudian tuangkan santan yang dicampurkan secukup garam ke dalam pulut tadi dan gaul hingga rata
  4. Masukkan semula ke dalam kukusan dan kukus hingga masak
More aboutPulut kuning @ Nasi kunyit

Roti John

Diposting oleh Unknown on Senin, 17 Desember 2007


Induk monyet mencari kutu
Anak monyet menggaruk kepala
Roti john dibuat untuk gathering hari itu
Simple saja untuk juadah makan bersama


Sekarang ni semuanya mahal kan... nak beli roti john kat pasar malam pun dah berapa harganya... kalau beli satu je oklah juga, tapi untuk anak-anak umie memang tak cukup, so kira-kira baiklah umie buat sendiri je... bolehlah makan sepuas yang dikehendaki...

Bahan


2 biji roti (untuk buat roti john)
250gm daging/ayam cincang
3 biji telor
1 biji bawang besar - potong dadu
1-2 tangkai daun sop/bawang - potong halus
perasa secukupnya
minyak - untuk melenser

Cara

1. Campurkan kesemua bahan kecuali roti
2. Panaskan kuali leper, ambil secukup bancuhan daging+telor dan letak atas kuali, kemudian baru letakkan roti (telangkupkan)
3. Biar sampai masak baru di terbalikkan
4. Letak sos cili/tomato dan mayomis
More aboutRoti John

ayam tomato mudah

Diposting oleh Unknown on Sabtu, 15 Desember 2007


'Ayam kuah merah' kesukaan baby, anak bungsuku
Kalau boleh hari2 nak suruh masuk yang tu
Baru je nak masak kawan dah sampai depan pintu
So masak je lah apa yang mampu

Nak buat ayam masak merah tentu makan masa juga
Umie nak cepat sebab kawan lama dah ada depan mata
Umie pun masaklah cara yang paling segera
Ayam tomato mudah untuk match dengan nasi rempah kurma

Bahan

2 kg ayam - potong ikut suka

10 tangkai cili kering (ikut suka banyak/pedas) - potong dan rendam
5 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
1 inci halia
3 sudu besar tomota puri
1 tin chopped tomatoes
3 sudu besar minyak untuk menumis
1 biji bawang besar dipotong bulat
garam+gula+perasa


Cara:


1. Blend cili kering+ bawang putih/besar+halia
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang telah diblend
3. Setelah garing masukkan tomato puri- kacau
4. Masukkan chopped tomatoes+garam+gula+perasa
5. Masukkan ayam yang telah dibersihkan - gaul rata
6. Bila ayam dah masak - masukkan bawang yang telah dipotong bulat > tutup periuk dan matikan api adapur.

p/s: memang cepat dan mudah sebab tak perlu nak goreng ayam dulu ;)
More aboutayam tomato mudah

Nasi rempah kurma

Diposting oleh Unknown


Nasi ni umie buat ikut terlintas idea di kepala
Sebenarnya plan nak masak nasi daging tapi lain jadinya...
Umie kan suka yang simpe n easy je
So kalau nasi daging rasanya cam makan masa...
Tu yang tukar jadi nasi repah kurma :D hehehehe

Nasi ni rasanya mengancam juga
Mula2 masak 6 cawan tapi kena masak kali kedua
Kebetulan ada kawan singgah rumah kita
Tak sempat nak prepare yang istimewa
Lauknya pun cuma satu je...


Bahan

6 cawan beras basmati/beras ikut suka

1 cawan susu segar +5 cawan air biasa (air ikut jenis beras)
2 sudu minyak sapi
3 ulas bawang putih + 1 biji bawang besar + 1 inci halia (diblend)
2 sudu besar rempah kurma
1 susu teh stok ayam
bahan2 penumis (cengkih,bunga lawang etc)
daun pandan
garam secukupnya

Cara:

1. Cuci beras dan toskan airnya
2. Panaskan minyak dlm periuk nasi dan tumiskan bahan penumis sebentar dan kemudian masukkan bahan yang telah diblend.
3. Masukkan rempah kurma dan sedikit air (dari sukatan utk nasi)
4. Masukkan susu segar
5. Masukkan stok ayam
6. Kacau rata dan masukkan beras serta lebihan air
7. Masukkan garam dan daun pandan
8. Masak macam biasa hingga nasi kering - masak


Anak bungsu umie dengan nasi rempah kurma
Kalau sapa2 sudi singgahlah kat blog dia
Alamatnya bubble-a.blogspot.com/ ya...
Di blognya bolehlah kita baca cerita ;)
More aboutNasi rempah kurma

Waffle

Diposting oleh Unknown on Jumat, 14 Desember 2007


Sudah lama teringin nak buat waffle sendiri...
Anak-anak suka sangat makan waffle tapi bila nak makan pergi beli...
Baru-baru ni pergi kedai tertanyalah tokeh tu kalau ada waffle maker
kebetulan tokeh tu kata "ada"
errmmmm teruslah terfikir, "baik beli je lah..."


Waffle maker ni hasilnya taklah cam waffle yang jual kat kedai tu
sebab yang ni kecil dan nipis je...
tapi kira boleh dan sesuailah untuk hidangan keluarga.
Sesiapa yang anak-anaknya suka makan waffle cam anak-anak umie semua,
memang recommended ler untuk membelinya ;)


Bahan

850g Crispy Waffle Cake Mix (mudah dan rasanya memang sedap)

4 biji telor 900ml air
80ml minyak jagung

1/2 sudu teh Waffle vanilla (essence)


Cara

1. Campur kesemua bahan

2. Panaskan waffle maker dan tuangkan 2 senduk adunan dan tutup hingga masak

3. Hidangkan ikut suka

p/s: Bahan2-bahan tersebut tercatat di atas bungkusan tepung waffle yang umie beli... senang kan...
More aboutWaffle

Sweet sushi

Diposting oleh Unknown on Kamis, 13 Desember 2007



Sushi memang kesukaan anak-anakku.
Buat sushi ni cepat sungguh!
Tak sampai 5 mins dah siap camtu...
Bahan-bahannya pun senang
dan tak perlu nak masak-masak :D


Banyak gambar sebab dah dia yang amek...
kenalah tempek :p


Bahan

1 bungkus roti twiggies vanilla 1 (dapat 5 potong)
7 keping gula2 jelly (6 warna hijau dan 1 merah)
beberapa batang pencungkil gigi



Cara

1. Potong roti twiggies mengikut lebar gula-gula (umie dapat 5 potong)
2. Balutkan gula-gula di keliling roti dan sematkan dengan pencungkil gigi (dipotong kecil)
3. potong gula-gula warna merah dan hijau nipis dan selitkan di tengah2 roti (seolah-olah seperti kita letak isi sushi)



More aboutSweet sushi

Asam Pedas Melaka Ikan Tenggiri

Diposting oleh Unknown on Rabu, 12 Desember 2007


Asam pedas memang umie suka...
my kids pun suka juga...
Resepi ni amek dari MR oleh Jun
http://www.myresipi.com/top/detail/1329

Memang selalu buat tapi masa tu takde blog nak letak
so bila dah ada ni boleh ler letak untuk rujukan anak-anak ;)

p/s: Asam pedas ni bubuh tomato dan daun kantan tapi tenggelam khikhikhikhi :p


Bahan
  • 3 keping ikan tenggiri (ikan lain pon boleh)
  • Bahan kisar:-
  • 3 biji bawang merah
  • 10biji cili kering
  • 1/2 in halia
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1/4 sudu teh lada hitam
  • 1/2 in kunyit hidup
  • 2 ulas bawang putih
  • Bahan tumis:-
  • @ 1/2 bawang besar-hiris
  • @ 1/4 sudu teh biji sawi
  • @ 1/4 sudu teh halba
  • @ 2 tangkai daun kari
  • air asam jawa secukupnya
  • air secukupnya
  • 1 biji tomato-potong2
  • 1 serai-diketuk
  • 1/2 bunga kantan atau daun kesum secukupnya
  • minyak masak
  • garam dan gula jika suka

Cara

  1. panaskan minyak. tumis bahan tumis. masukkan bahan kisar, biar pecah minyak.
  2. masukkan air asam jawa dan air. biar mendidih, masukkan ikan dan bahan2 lain.
  3. masukkan garam dan gula, biar hingga masak.
More aboutAsam Pedas Melaka Ikan Tenggiri

Peach cup cake

Diposting oleh Unknown


Umie dapat idea buat cake ni dari dark cherry cake CMG kita.
Umie modified bahan yang digunakan ikut apa yang ada.
Hasilnya amat memuaskan hati kerana semua yang makan kata "BEST LER!"
Terima kasih ya CMG sebab kasi idea :)



Bahan


200 g mentega
3 biji telur
150 g gula halus (blend jap)
1 camca teh esen vanilla
300 g tepung naik sendiri
1 sudu teh ovelet
1 tin peach (ditoskan airnya dan potong cubes)

Cara
  1. Panaskan oven (pre-heat)
  2. Pukul mentega, esen vanilla dan gula halus hingga gula hancur. Masukkan telur satu persatu dan terus memutar hingga putih, tak perlu hingga kembang.
  3. Masukkan ovelet dan pukul lagi.
  4. Gunakan speed sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Putar hingga semua sebati dan rata.
  5. Masukkan buah peach dan gaul hingga bercampur ke dalam tepung.
  6. Tuang adunan ke dalam mangkok cake (umie dapat 24 biji)
  7. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C, selama 15 - 25 minit (cucuk sampai lidi keluar dengan bersih)
More aboutPeach cup cake

Kek marble 3 warna

Diposting oleh Unknown on Senin, 10 Desember 2007



Cake ni umie buat untuk birthday anak sedara umie sehari sebelum umie pergi ke Johor... so memang tak sempat nak update n3. Hari ni baru berkesempatan. Base untuk cake birthday ni umie guna resepi noreen tri-colour marble cake memang lembut... cuma lain kali umie kena kurangkan gula kalau nak disalut dengan butter icing sebab cake dah manis, tambah pulak dengan icing so jadi double manis nya... errrmmmmm manis-manis pun habis hehehehehe THANKS noreen sebab resepi yang memang best!


Bahan-bahan:

250gm butter
1 camt esen vanilla
250gm gula kastor
3 biji telur
330gm self-raising flour
180ml susu
2 camb serbuk koko
2 camb susu - extra
sedikit pewarna pink

cara:
  • pukul butter, esen vanilla dan gula hingga gebu dan kembang
  • masukkan telur satu persatu
  • tuangkan tepung dan susu diselang-selikan dan kacau sebati
  • bahagikan adunan kepada 3 bahagian
  • ayakkan serbuk koko dan masukkan ke dalam satu bahagian adunan dan masukkan 2 camb susu sambil dikacau sebati
  • tuangkan sedikit pewarna pink ke dalam aduanan satu lagi sambil dikacau rata
  • adunan yg balance tu dibiarkan
  • tuangkan 3 adunan berselang seli dlm loyang bulat size 8inci dan kalau suka boleh jugak gunakan chopstick utk dikacau adunan atas bawah
  • bakar adunan dengan suhu 175C selama 1 jam
  • bila cake sudah masak biarkan sejuk dan bolehlah dipotong
More aboutKek marble 3 warna

Terima kasih daun keladi... Ole-ole dari CMG

Diposting oleh Unknown



Dengan izin Allah, pada 10-12-07 sekitar jam 1 petang umie telah dapat bersua muka dan beramah mesra dengan teman di alam maya - CMG - Memang tak disangka-sangka perancangan untuk singgah ke mahligai CMG menjadi nyata... Kedatangan kami telah disambut dengan penuh mesra oleh CMG sekeluarga. Walaupun itu merupakan pertemuan yang pertama tetapi ianya seolah-olah seperti kami telah pernah bersua sebelumnya... bonda CMG dan abang Longnya juga begitu ramah dan mesra...

Kebetulan memang kami dah janji untuk singgah semasa perjalanan pulan kami ke Bangi, kira-kira memang nak makan tengahari kat rumah CMG ler hehehehehe ermmmmm sampai-sampai je dah disiapkan pelbagai juadah... Memang tak tolahkrezekilah... kami makan tengahari dengan masakan ala kampung yang membuka selera... asam pedas ikan tenggiri, masak lemak tahu fucuk, sayur campur, ayam grill ala-ala mat salleh dan juga sambal belacan buah binjai yang memang BEST!

Dessert bukan main lagi... muffin strawberry/kiwi fillings dengan hiasan cream yang memang cantik dan gebu :D tau.... bukan itu sahaja, ada lagi... cheese cake lapis berkukus. Memang sedap! Dahtu ada perlbagai buah-buahan pulak... kiranya memang tak terhabis makan ler... Anak-anak umie pun makan dengan penuh selera... balik siap kata... kalau boleh nak makan lagi tapi perut dah penuh hehehehehehehe

Waktu nak balik CMG siap bawakan ole-ole pisang tanduk dari tanaman sendiri... fillings strawerry, kiwi, serbuk untuk hiasan kat cheese cake (tak tau namanya) dan juga mangkok muffins yang cantik... ermmmmm bilalah nak buat tu eekkkkkk sebab sepanjang December ni nampaknya memang dapur tak berasap sebab ada macam-macam program... camna pun... sure umie akan gunakan bahan-bahan yang CMG dah berikan tu... TERIMA KASIH DAUN KELADI...

p/s: Sesiapa yang menghala ke Johor tu, singgah-singgahlah ke mahligai CMG tau... tak rugi you :P
More aboutTerima kasih daun keladi... Ole-ole dari CMG

Award of the month... Thanks Jun...

Diposting oleh Unknown on Jumat, 07 Desember 2007


Tak sangka ada orang nak kasi award pada umie yang baru sebulan jagung dengan blog ni... Thanks Jun... rasa begitu terharu sekali... ya lah... bukan senang nak dapat award kan :p
Tak lupa juga umie nak ucapkan tahniah juga kepada mereka yang terpilih mendapat award ni dari Jun :)
Harap umie akan lebih rajin lagi untuk update n3... sekarang ni sedang jalan-jalan so memang tak berasaplah dapur kat rumah ;)
MANY THANKS...
More aboutAward of the month... Thanks Jun...

Inari sushi

Diposting oleh Unknown on Rabu, 05 Desember 2007



Anak2 umie memang suka dengan sushi... si kakak suka sangat surf internet... pastu jumpalah resepi inari sushi tapi aburage tak ada kat dapur so ubah suai je dengan 'tauhu pok' @ tauhu kering tu. OKlah juga rasanya... umie pun suka... So ini dia resepinya...


Bahan

1 mangkok nasi sushi (macam nak buat sushi biasa)
wasabi paste (secukupnya)
crab stick (secukupnya) - potong ikut suka
8 keping tauhu pok/ aburage (digoreng)

Cara

1. Belah tauhu di tengah2
2. Ambil sedikit nasi sushi dan letak 1/2 dalam tauhu
3. Letak sedikit wasabi paste kat dalam tauhu bernasi tadi dan kemudian letak inti crab stick dan kemudian ditutup dengan sedikit lagi nasi hingga penuh
4. Boleh dimakan dengan sauce kicap+wasabi



More aboutInari sushi

Jemput-jemput roti berdaging

Diposting oleh Unknown on Selasa, 04 Desember 2007


Merdu sungguh suara Rafeah Buang
Penyanyi kesukaan hingga ke sudah
Roti dah nak expired jangan dibuang
Boleh kita olah jadikan juadah


Jemput-jemput roti berdaging ni umie buat sebab nak habiskan bahan yang ada sebab dah nak expired. Kebetulan ada sedikit lagi daging cincang. OK jugalah kalau nak buat minuman petang yang simple dan easy...

Bahan

1 cawan daging cincang
8 keping roti (carik-carikkan)
2 biji telor
1/2 sudu teh lada sula (kurangkan jika tak suka pedas)
garam/perasa secukupnya
minyak untuk menggoreng
sos cili/tomato (jika suka)

Cara

1. Gaulkan daging bersama lada sula dan garam/perasa secukupnya
2. Campurkan roti yang telah dicarik-carik bersama adunan daging dan gaul rata.
3. Masukkan telor ke dalam adunan roti+daging dan gaul rata.
4. Ambil sejempu-sejemput dan goreng dalam minyak yang panas
5. Hidang bersama sos cili/tomato

More aboutJemput-jemput roti berdaging

Tauhu pok berdaging

Diposting oleh Unknown on Senin, 03 Desember 2007



Sebenarnya bila nampak dapur CMG ada 'tauhu tulip' terus semangat nak cuba buat tapi anak2 tak gemar intinya yang guna sweet potato. Lagipun di rumah cuma ada tauhu pok (ikut cam CMG sebut) yang panjang bukan yang segi empat cam yang CMG guna tu. Umie pun modified ler benda yang ada di rumah berdasarkan idea dari dapur CMG maka terhasillah tauhu pok berdaging ni...

Bahan

1 bungkus tauhu pok (lapan keping)
1/2 cawan daging cincang
1/2 sudu teh lada sula
1 biji telor ayam
garam/perasa secukupnya
*kalau suka bolehlah gaul sekali dengan daun sop/bawang (kat umah umie takde apa2 - dah kehabisan stock sebab nak bercuti2 M'sia)

Cara

1. Belah tauhu di bahagian tengah
2. Bersihkan daging cincang dan letak lada sula, garam/perasa dan telor - gaul rata
3. Ambil sikit adunan daging dan masukkan dalam tauhu hingga semuanya habis
4. Goreng dalam minyak yang sederhana panas
5. Hidangakan bersama sos cili/tomato

More aboutTauhu pok berdaging

Kek Cokelat Tanpa Telor

Diposting oleh Unknown on Sabtu, 01 Desember 2007


Hujung minggu ni umie tak ada di rumah... tapi nak jugalah update entry kat sini. So intai2 kalau ada benda yang boleh share so umie nak share cake choc tanpa telor yang umie buat utk BDay anak kawan umie bulan puasa baru ni...

Resepi kek choc tanpa telor tu boleh dilihat dalam MR. http://www.myresipi.com/top/detail/1008


Bahan
3 cawan tepong gandum
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan gula (castor sugar)
2 sudu teh baking powder
(Kesemua bahan ini bolehlah disatukan)
2 cawan air
2/3 cawan minyak masak
2 sudu makan cuka
1 sudu teh esen vanilla
(Kesemua bahan cairan bolehlah disatukan)
Cokelat urai (untuk hiasan atau apa2 yang disukai)

Cara
Masukkan kesemua bahan ke dalam bekas adunan (bahan kering dan bahan cairan)
Putar/pukul sehingga semua bahan rata dan sebati
Masukkan ke dalam acuan yang telah disapu dengan margerin (supaya tak lekat) dan bakar sehingga masak (bila masukkan lidi keluar dgn bersih)
Setelah kek masak dan sebelum sejuk bolehah ditaburkan cokolat urai ke atasnya (kalau dah sejuk nanti tak melekat)
More aboutKek Cokelat Tanpa Telor

Sambal Telor Ceplok

Diposting oleh Unknown on Kamis, 29 November 2007



Sambal telor ceplok ni my fav. Makan dengan roti pun best! Kalau bandingkan sambal telor rebus dengan telor ceplok ni, umie suka sambal telor ceplok lagi sebab sambal dan telor lebih bersatu ;)


Bahan

4 biji telor (ikut suka)

1 genggam ladan kering - potong2 dan rendam

1 biji bawang besar

5 ulas bawang putih

1 inci halia

2 sudu besar kicap manis

garam/gula/perasa secukupnya

minyak untuk menumis

1 cawan air asam jawa (jangan terlalu cair)

1 biji bawang besar ( dipotong bulat)

Cara

1. Blend cili kering+bawang besar+bawang putih+halia+belacan hingga lumat

2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan blend tadi hingga garing

3. Masukkan air asam jawa+kicap manis+garam+gula/perasa

4. Bila sudah mendidih masukkan bawang yang telah dihiris dan biar bawang layu

5. Pecahkan telor satu persatu (jangan dikacau) dan tutupkan periuk/kuali.



More aboutSambal Telor Ceplok

Nasi goreng ikan kering

Diposting oleh Unknown on Rabu, 28 November 2007


.
Apa lagi yang boleh dibuat kalau masih demam M kecuali nasi goreng je... Kali ini buat nasi goreng ikan masin je ler.


Bahan:

3 pinggan nasi putih
7 ulas bawang merah (kecil)
3 ulas bawang putih
1 sudu besar cili giling
1 sudu besar sos tiram
satu genggam ikan bilis - cuci dan tumbuk kasar
2 biji telor
isi ikan masin kuran/tenggiri (ikut suka) - potong kecil
1 biji lada merah - hiris
1 biji lada hijau - hiris
air - secukupnya
garam - perasa secukupnya
minyak - untuk menumis

Cara:

1. Panaskan minyak dan gorengkan ikan bilis, lada hijau/merah yang telah dihiris dan masukkan bawang/putih hiris.
2. Masukkan cili giling dan gaul rata dan diikuti dengan sos tiram serta garam/perasa secukupnya (Tambah air jika perlu)
3. Masukkan ikan masin serta pecahkan telor dan gaul rata.
4. Masukkan nasi dan kacau semuanya sebati.

More aboutNasi goreng ikan kering

kek tanpa telor

Diposting oleh Unknown on Selasa, 27 November 2007



Kek ni umie buat sempena blog day umie yang ke-4 minggu tu... tapi tak sempat nak letak sebab kesibukan masa dan kemalasan yang tak terhingga...


Hari ni baru dapat letak resepinya. Kek ini tanpa telor... Rasanya ok sebab dah disalut dengan butter icing... Kalau tak salut pun ok juga cuma mungkin agak 'kurang kolesterol' sebab tak ada telor :p hehehehehehe
p/s: Sorry ya sebab gambar kek tu (isinya) tak ada sebab kek ni diberikan kepada my neigbour ;)


Bahan


2 gelas tepung gandum

1 tin susu cair

1 gelas gula kastor
1 gelas minyak kacang

1 sudu besar soda bikarbonat


Cara


1. Pukul gula dengan 1/2 tin susu hingga kembang.

2. Ayak tepung+bicarbonate soda

3. Campurkan sedikit, tepung yang sudah diayak dengan soda bikarbonat di selang-seli dengan susu yang lebih tadi (lagi 1/2 tin) kedalam adunan yang telah kembang

4. Akhir sekali campurkan minyak ke dalam adunan tadi & gaul hingga rata.

5. Bakar hingga lidi yang dicucuk keluar dengan bersih pada api perlahan

More aboutkek tanpa telor

Donut choc spread

Diposting oleh Unknown


As I mentioned earlier, my hb loves donut so much. The donut recipe here is from cikgu Suria (MTM).
Berbeza sikit dengan resepi donut yang sebelum ni.


Bahan

3 cawan tepung
1 cawan air
3 sudu makan susu tepung
3 sudu makan gula
2 sudu makan shortening
2 1/2 sudu teh yis
secubit garam


Toppings

sapuan chocolate ( choc spread) - secukupnya
Choc rice - ikut suka


Cara

1.campur aje sume2 n uli.

2.bentuk2 n rehatkan 30min.

3. goreng dalm minyak panas hingga kekuningan

4. bila sejuk bolehlah disapukan dengan choc spread sdi atasnya dan tabur dengan choc rice atau manik warna
More aboutDonut choc spread

egg mee with meat ball soup

Diposting oleh Unknown on Minggu, 25 November 2007


Cuaca mendung dan hujan camni memang membuatkan penyakit M umie bertambah-tambah... Musim hujan camni, makan sop memang best... kena lak panas-panas...


Bahan:


Bebola daging (ikut suka banyak)

1 biji bawang besar -blend

3 ulas bawang putih -

blend1 cm halia - blend
1/2 sudu besar rempah sop

rempah menumis secukupnya ( bunga lawang etc)

lada hitam tumbuk secukupnya

garam/perasa ikut suka

minyak untuk menumisair secukupnya

daun bawang/sop/bawang goreng utk hiasan

mee telor (macam rupa maggi mee) secukupnya


Cara


1. Panaskan minyak dalam periuk asing dan tumiskan semua bahan blend berserta rempah menumis (bunga lawang etc) hingga naik bau
2. Masukkan rempah sop dan air secukupnya

3. Masukkan lada hitam secukupnya, garam/perasa
4. Kemudian masukkan bebola daging dan masak hingga mendidih.

5. Panaskan secukup air dalam periuk dan rebuskan mee telor secukupnya dan toskan airnya

6. Ambil secukup mee yang diperlukan dan letakkan sop diatasnya dan hias dengan daun bawang/sop/bawang goreng
More aboutegg mee with meat ball soup

Cheese and sausage sandwich

Diposting oleh Unknown


Berapa hari ni bersarapan dengan roti je lah ya... Hari ni tengok apa benda yang ada... ermmmm nampaknya boleh buat cheese and sausage sandwich je... Kira ada jugalah untuk alas perut ;)


Bahan

4 keping roti

2 batang sosej - potong kecil-kecil

cheese (ikut suka banyak) - parut halus

mayonese (jika suka)

Sos tomato/cili (ikut suka)

butter untuk sapuan

Cara

1. Sapu sedikit butter pada roti dan letak sojek dan cheese

2. Letak mayonese + sos tomato/cili jika suka

3. Lapik dua roti dan bakar dalam sandwich maker hingga garing.

More aboutCheese and sausage sandwich

Today is my 4th week blog day!

Diposting oleh Unknown


Today is the fourth week of me having my own blog. Alhamdulillah that this blog is still breathing :) although sometimes it gets attacked by the 'asthma' hehehehehehehe

Starting from next month I will celebrate my blog day monthly. Hope that I will remember the 28th of every month because this blog was first created on October 28th 2007.

Thank you so much to my loving, caring and understanding hb and girls. I am also thankful to my friends here who are always supporting me to make sure that this blog is still alive.

* This cake was specially made for my 4th week blog day :)
but I gave it away to my good neighbour :D
I will give the recipe later ;)
OK :p

More aboutToday is my 4th week blog day!

Asam pedas ayam berempah

Diposting oleh Unknown



Hari ini anak umie nak makan asam pedas tapi yang ada cuma ayam. Kalau buat asam pedas biasa dengan ayam rasanya macam tak berapa ngam... So umie modified dengan bahan lain yang ada supaya agak ngam dengan ayam yang ada tu...

Akhirnya jadilah asam pedas ayam berempah. Anak umie kata sedap :P ( Kalau tak puji jawabnya esok demam M lagi hehehehehehe )


* Lunch hari ni >>> asam pedas ayam berempah, kerang steam, air asam, telor dadar dan sambal belacan buah zaiton. Simple je...



Bahan

1 kilo ayam
2 sudu besar asam jawan (ramas/bancuh dengan 1 cawam air)
2 sudu besar (1 bungkus kecil) serbuk kari ayam/daging
Minyak untuk menumis
Garam/perasa secukupnya
1 biji buat tomato - belah 4 (yang besar)
15 tangkai cili kering (ikut suka pedas)*
2 batang serai*
1 cm lengkuas*
1 cm halia*
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*

*(Blend semuanya)

Cara

1. Bersihkan ayam dan potong ikut suka besar.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang telah diblend dan diikuti dengan serbuk kari hingga garing dan naik baunya.
3. Masukkan ayam dan gaulkan dengan bahan tumisan tadi
4. Kemudian masukkan air asam jawa, garam/perasa secukupnya dan kacau rata (tambah air ikut suka)
5. Biarkan ayam empuk dan masukkan buat tomato - matikan api

* jika kurang masam bolehlah ditambah asam keping


More aboutAsam pedas ayam berempah

Sambal belacan buah zaiton

Diposting oleh Unknown


Biasanya kita buat sambal belacan buah mangga atau buah kuinin atau buah tempatan yang sesuai. Hari ni hb umie nak makan sambal belacan dengan buah zaiton. Buah zaiton memang kesukaan hb dan umie juga but not the kids. :D

Kalau dah tak ada sayur, buah zaiton yang dalam botol (dah dijeruk ) tu pun jadi sebagai juadah sampingan kami.


Bahan

3 batang cili hijau
2 batang cili merah
1 cm belacan - dibakar
2 sudu besar buah zaiton
1 kasturi
garam/gula

Cara

1. Blend/tumbuk kedua jenis cili bersama belacan.
2. Tambah garam/gula secukupnya
3. Perah air limau kasturi
4. Masukkan buah zaiton dan gaulkan
More aboutSambal belacan buah zaiton

Sugar and butter sandwich

Diposting oleh Unknown



My M fever is getting worse... I just don't feel like making breakfast for the family... Finally I end up with my sugar and butter sandwich... ermmmmm just have it ok....

Ingredients

3 slices of white bread
Butter
Sugar

Method

1. Spread butter over the 3 slices of bread as much as you like.
2. Sprinkle sugar over the butter as mush as you like.
3. Stick the 3 slices of bread which already buttered and sprinkled with sugar together
4. Cut the sandwich diagonally

* Senang je kan ;)hehehehehe - demam M teruk sangat ni....
More aboutSugar and butter sandwich

Sambal telor

Diposting oleh Unknown on Sabtu, 24 November 2007


Bila masak gulai daging bersusu tadi, nak kena cari partnernya juga... takkanlah gulai tu sendiri je kan ;)

Sebab ada telor so buatlah sambal telor. Kiranya oklah tu... Anak-anak umie kena makan je ler apa-apa yang ada... Kalau tak mau makan, kenalah masak sendiri hehehehehe :P



Bahan:


6 biji telor (ikut suka) - rebus
1 genggam ladan kering - potong2 dan rendam
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sudu besar kicap manis
garam/gula/perasa secukupnya
minyak untuk menumis
1 cawan air asam jawa (jangan terlalu cair)
1 biji bawang besar ( dipotong bulat)

Cara

1. Blend cili kering+bawang besar+bawang putih+halia+belacan hingga lumat
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan blend tadi hingga garing
3. Masukkan air asam jawa+kicap manis+garam+gula/perasa
4. Masukkan telor yang telah direbus dan dikupas kulitnya
5. Akir sekali masukkan bawang yang telah dihiris
More aboutSambal telor

Gulai daging bersusu

Diposting oleh Unknown


Berapa hari ni demam M tak reda-reda lagi... nak keluar rumah cari barang untuk masak pun tak bermaya :S Selongkar freezer adalah daging sikit tapi santan tak ada yang ada cuma susu cair... kentang pulak tinggal 2 biji :D fikir-fikir sesuai juga buat gulai so buatlah gulai dengan apa yang ada je... Resepinya mudah...

Bahan

1/2 kg daging ( potong kecil)
1 sudu besar rempah kurma
2 sudu besar rempah kari daging
1 biji abwang besar
3 ulas bawang putih
1 cm halia
1/4 cawan susu cair (boleh ganti dgn santan kalau nak)
2 biji kentang (ikut suka)
rempah menumis (pelaga/cengkeh etc)
garam/perasa secukupnya
minyak untuk menumis

Cara

1. Blend bawang/bawang putih dan halia.
2. Panaskan minyak dan tumiskan rempah menumis dan kemudian masukkan bahan yang telah diblend.
3. Masukkan serbuk kari daging+ serbuk kurma dan gaul rata.
4. Masukkan daging yang telag dibersihkan dan dipotong tadi serta air secukupnya.
5. Masak hingga daging agak empuk baru masukkan kentang.
6. Akhir sekali masukkan susu + garam/perasa.
More aboutGulai daging bersusu

Nasi goreng sosej bertelor

Diposting oleh Unknown on Jumat, 23 November 2007


Tak taulah kenapa umie asyik diserang penyakit M je :-S

Kalau jadi cam CMG ke, cam Noreen ke, cam Lydia ke, cam Yati ke, cam Jun ke... cam sapa2 ler yang memang rajin tu kan bagus... sure meriah je meja makan tu... ni tak memanjang kena demam M :(


Oleh sebab demam M menyerang... maka anak-anak umie makan ler nasi goreng sosej bertelor ni...

Kakak takmo makan takpe, nanti buat pizza ke, sushi ke sendiri eekkkkk - elok juga tau... cepat sikit ler turun berat badan tu hehehehehehehe)



* Kakak tu anak sulong umi > CT



Bahan

2 pinggan nasi putih
3 batang sosej
10 ulas bawang merah - cincang halus
5 ulas bawang putih - cincang halus
1 sudu teh serbuk lada sulah
2 biji telur
2 sudu besar soso tiram
Garam/perasa secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara

1. Panaskan minyak dan tumis bawang/putih yang telag dicincang halus
2. Masukkan sosej yang telah dipotong
3.
Masukkan sos tiram ,lada sula, garam/perasa secukupnya - kacau rata
4. Pecahkan telor - kacau rata dan masukkan nasi - gaul rata

More aboutNasi goreng sosej bertelor