Flero ~ ikan jadian ke?! ~

Diposting oleh Unknown on Kamis, 22 Mei 2008

Flero suka sangat berehat di dalam bekas ikan tu

Iza cadang nak pergi ke Batu Pahat
Jika boleh sampai sana sebelum gelap
Ikan umie dimakan oleh kucing jahat
Kini bekas itu jadi tempat flero lelap


Flero rasa selesa begitu agaknya...

Flero ahli keluarga kami yang paling kurus! Mungkin Flero tidak akan menjadi gemuk kerana terencat dari kecil (agaknya kerana kurang zat kerana dibuang semasa masih kecil ) sebenarnya apa pun yang diberikan pada Flero pasti dimakan dengan penuh selera. Namun Flero tidak berisi macam kucing-kucing yang lain.

Doktor haiwan di klinik yang umie dapatkan rawatan untuk Flero juga merasa hairan mengapa Flero terlalu kurus sampai nampak tulang-temulangnya... Kalau vitamin, tak payah paksa, malah boleh over dose dimakannya :D tapi tak juga badan Flero bertambah isinya... malah makin kurus... risau betul lah...

Bekas ikan itu dikosongkan bila 2 ekor ikan puyu peliharaan umie mati dimakan oleh kucing jalang yang masuk dari pintu belakang... geram betul lah! Tak mungkin kucing rumah ni yang makan sebab ikan puyu tu bukan baru dibela... Biasanya di situlah (gambar Flero) tempat ikan puyu itu diletakkan tapi pada hari kejadian, ikan puyu diletakkan di dapur...

Sedih juga bila ikan puyu tu mati dibaham oleh kucing entah dari mana... selepas itu umie malas dah nak bela ikan lagi... umie suka ikan yang tak perlukan gas sebab senang nak uruskannya. Kini tiada lagi ikan belaan, biarlah bekas ikan itu kosong dan menjadi tempat istirehat si Flero saja...

* Ada seekor lagi belaan kami iaitu si Totis yang hanya bersendirian... bila-bila umie amek gambar Totis ya... Kesian kat Totis sebab tak pernah bercerita tentang dia hehehehehehe
More about → Flero ~ ikan jadian ke?! ~

Happy Birthday!

Diposting oleh Unknown



MamaAnis masak lemakcili api ikan keli
Dihidang bersama sambal petai nyonya
Hari ini ulang tahun Prof. yang dikenali
Lagi seorang kak Siti Rohana namanya

Sempena ulang tahun dua orang yang umie kenali, umie buatkan kek huruf 'S' and 'T' dari mula nama mereka. Keknya kek biasa je dengan butter icing (umie tak letak resepinya lagi ya...)

Icing yang digunakan sama untuk kedua-dua kek jadi maknanya sekali buat je lah... suka buat bentuk HURUF atau NOMBOR sebab senang dan cepat! simple!

More about → Happy Birthday!

Masak lemak ketam

Diposting oleh Unknown on Rabu, 21 Mei 2008


Murid-murid Nurul semuanya cerdik
Belajar bersungguh nak capai cita-cita
Masak lemak ketam ini kegemaran Adik
Kalau lama tak masak pasti Adik minta


Anak no.2 umie, Adik @ Sofiana memang suka sangat makan sea food ( dia ni memang turun umie habis ler!) Kalau lama je umie tak masak Adik akan minta dimasakkan sea food kesukaannya. Kadang-kadang malas nak masak ketam atau siput sebab leceh nak menguruskannya. Dahtu yang makan cuma kami berdua sebab ahli lain kurang suka...

Memandangkan Adik asyik sebut-sebut je minta masak ketam, umie buatkan jugalah ketam masak lemak sebab satu kelemahan umie bila anak-anak 'minta makanan'... Kalau tak dibuat/dibeli rasa cam tak sampai hati je... Masak lemak ni senang je... semua bahan yang ada pakai lebur dan tunggu mendidih je... memang cepatlah nak sediakannya...


Bahan

1 kg ketam
1 kotak santan (200ml)
garam/perasa
serai - dititik

Bahan unt ditumbuk/blend:

1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
12 batang cili padi - banyak ikut suka pedas
3 cm kunyit hidup

Cara

1. Campurkan kesemua bahan yang telah diblend bersama santan.

2. Masukkan serai yg sudah di titik

3. Kacau sampai sebati

4. Masukan garam/perasa secukupnya

5. Biarkan 1/2 mendidih dan masukkan ketam

6. Tunggu sehingga mendidih dan ketam masak

More about → Masak lemak ketam

ayam bersambal sos

Diposting oleh Unknown on Selasa, 20 Mei 2008

Cik Mat tergelak dengar lawak si Joyah
Banyak sangat gelak terhoyong-hayang
Nak buat masakan ini bukannya payah
Lauk kegemaran Baby@Adlin tersayang

Lauk seangaktan dengan 'ayam masak merah' merupakan kegemaran anak bungsu umie, kalau masak hari-hari pun tak apa... Resepi ini mudah saja, asalkan ada rupa 'masak merah' kegemarannya, dia sudah boleh tersenyum lebar tanda gembira...

Bahan

  • 2 kg ayam - potong ikut suka (garam kunyitkan dan goreng)
  • 2 sudu besar cili giling
  • 5 ulas bawang putih*
  • 1 biji bawang besar*
  • 1 inci halia*
  • 2 biji bawang besar - hiris bulat
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar kicap manis
  • minyak untuk menumis dan menggoreng ayam
  • garam/perasa

Cara:

  1. Blend bahan bertanada*
  2. Panaskan minyak dan goreng ayam yang telah di garam-kunyitkan)
  3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang telah diblend
  4. Setelah garing masukkan sos tomato, sos cili dan kicap manis - kacau rata
  5. Tambah sedikit air jika rasa diperlukan dan masukkan garam/perasa secukupnya
  6. Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul rata
  7. Masukkan bawang yang telah dihiris bulat > tutup periuk dan matikan api dapur.

More about → ayam bersambal sos

rendang telor

Diposting oleh Unknown


Adda pesan jaga kesihatan jangan dilupa
Walaupun banyak kerja perlu dilakukan
Apabila dah tak ada modal nak masak apa
Telor pun boleh dijadikan bahan masakan
Biasalah umie akan masak yang simple-simple je... walaupun begitu ada masa kepala buntuk apa maskan yang perlu dihidangkan. Bila dah tak ada modal nak masak apa, benda yang ada depan mata itulah yang menjadi bahannya hehehehehehe
Bahan
10 biji telor ayam - direbus200ml santan pekat
50 gm kerisik (boleh tambah jika suka)
2 batang serai*
1 cm lengkuas*
1 biji bawang besar*
5 ulas bawang putih*
2 cm halia*
5 tangkai cili kering - potong dan rendam dulu*
1 packet rempah serbuk rendang
1 helai daun kunyit
3 lembar daun limau purut
garam/perasa secukupnya
minyak untuk menggoreng/menumis
Cara
1. Bersihkan telor dan rebus - kupaskan dan goreng dalam minyak yang panas
2. Blend semua bahan bertanda*
3. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan yang telah diblend dan masukkan rempah kari+ daun kunyit dan daun limau purut
4. Masukkan santan pekat - kacau rata
5. Masukkan garam/perasa dan kerisik - kacau rata
6. Akhir sekali masukkan telor
More about → rendang telor

Quiz - What Should Your Superpower Be?

Diposting oleh Unknown on Senin, 19 Mei 2008

Your Superpower Should Be Mind Reading
You are brilliant, insightful, and intuitive.

You understand people better than they would like to be understood.

Highly sensitive, you are good at putting together seemingly irrelevant details.

You figure out what's going on before anyone knows that anything is going on!



Why you would be a good superhero: You don't care what people think, and you'd do whatever needed to be done



Your biggest problem as a superhero: Feeling even more isolated than you do now

Bila rasa nak relax2, mulalah pergi kat 'Blogthings.com' untuk mencari mana quiz untuk dibuat main :D



Di bawah ni soalan untuk kuiz yang dijawab. Bila submit je keluarlah jawapan untuk kuiz tu hehehehehehe

If you were going to have an animal sidekick (with it's own superpowers), it would be:

A cheetah

A pit bull

A cat

A monkey

A bear

A lion



If you were a superhero, how do you think you would come to have your powers?

Through contact with radioactive materials

From trying to deal with a childhood trauma

Through a genetic mutation

From a freak accident

From getting struck by lightening

From years and years of practice

What's the best thing about having superpowers?

Destroying stuff

Intimidating people

Seeing the true side of humanity

Doing whatever you want

Living a life outside of society

Just playing with the powers is enough for you

What's the closest thing that you have to superpowers right now?

You're athletic

You're pretty strong

You can draw any superhero... does that count?

You're super smart

You are almost superhuman when you're mad

You're have many geeky talents

What element of nature do you best connect with?

Water

Wind

Fire

Outer space

The weather

Earth

More about → Quiz - What Should Your Superpower Be?

Lucky ~ didera menyusu ? ~

Diposting oleh Unknown on Jumat, 16 Mei 2008


Intan suka berulamkan daun pegaga
Masak semur ayam letak buah keras

Lucky menyusu untuk hilang dahaga

Tetapi puting susunya amatlah keras




Bagi N3 hujung minggu ini, umie ingin mencoretkan sedikit tentang Lucky, ahli baru kami yang masih terlalu kecil untuk dibiarkan sendirian. Lucky ternyata masih memerlukan susu untuk pembesarannya namun dia tidak suka minum susu di dalam bekas minuman yang diberikan. Oleh itu kami membelikan set botol susu untuknya :)



Malangnya puting susu botol yang dibelikan agak keras untuk Lucky menghisapnya, terpaksalah kami bantu Lucky untuk menyusu. Lucky cepat tidur jika dibelai. Baru dapat sedikit susu dia dah terlena :D dan Lucky suka kalau dia dipeluk dengan erat... jika tidak dia pasti akan mengiau untuk mendapatkan perhatian.



Lucky sudah pandai 'membuang' di dalam bilik air tetapi ada masanya dia membuang merata-rata... sebab lucky masih kecil, kira taklah menjadi masalah besar untuk membersihkan buangannya... jangan sampai besar lucky buat perangai dah lah ya... tak sangguplah umie menguruskannya nanti...




More about → Lucky ~ didera menyusu ? ~