Bubur nasi ayam

Diposting oleh Unknown on Senin, 07 April 2008



Manje cerita ibunya hanya dua beradik
Tokwan meninggal amat menyedihkan
Bubur nasi memang kegemaran Adik
Masak seperiuk pun boleh dihabiskan


Bubur nasi ni anak umi yang no.2 (Adik) suka sangat tapi kali ini umie buat bukan di atas permintaan adik kerana masa itu Adik minta masakkan nasi impit (anak-anak umie panggil nasi empat segi) -> nak makan lontong.

Kakak pula pada masa umie sedang buatkan nasi impituntuk adik, dia ada di dapur. Umie pun tanya kalau dia pun ada permintaan juga. Jadi diapun sebut kalau boleh buatkan bubur nasi ayam. Kebetulan bahan semuanya dah tersedia, jadi umie buatkanlah juga.

* Nasib baik masa tu Baby tak ada kat dapur... kalau tak apa pulaklah yang dia minta dibuatkan eekkkkk :D



Bahan

2 cawan beras
6 cawan air
500gm ayam cincang
7 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 cm halia*
1 sudu besar rempah kurma
minyak untuk menumis
1 kiub stok ayam
garam/perasa secukupnya
daun sup/bawang goreng/cili merah - ricih halus


Cara

1. Bersihkan beras dan masak bersama 6 cawan air (tambah jika perlu)
2. Blend bahan*
3. Panaskan minyak kemudian tumis bahan blend dan rempah kurma
4. Masukkan kiub ayam+garam/perasa
5. Masukkan ayam cincang dan gaul sebati hingga masak dan padamkan api
6. Setelah bubur masak (nasi hancur) baru campurkan bahan yang telah dimasak tadi ke dalamnya.

7. Kacau rata dan tambah garam jika perlu

8. Hidangkan bersama daun sup/bawang goreng/cili merah dan serbuk lada sula (jika suka)




* anak umie suka letak kicap pedas sebagai tambahan ;)
More about → Bubur nasi ayam

Popia isi ketam

Diposting oleh Unknown on Minggu, 06 April 2008

Wajah kak norz sering terbayang
Senyuman manis mengubat luka
Resepi ini dari kembarku sayang
Anak-anak umie amatlah suka


Cerita-cerita rupanya adik umie buat camni untuk anak-anak dia. Cuma dia kata dia tak letak sayur di dalamnya. Umie letak sayur kobis je... ternyata anak-anak umie memang suka dan minta untuk dibuatkan lagi :D

Bahan

1 bungkus isi ketam (lebih kurang 16 keping atau lebih)
Kulit popia (size kecil atau sederhana) ikut jumlah banyaknya isi ketam
200gm kobis (atau sayur ikut suka) - diricik halus
4 sudu besar mayonis*
2 sudu besar sos cili*
Minyak untuk menggoreng

* Campurkan mayonis bersama sos cili dan gaul rata

Cara

1. letakkan isi ketam di atas kulit popia
2. Letakkan 1 sudu besar sayur + sadu kecil campuran mayonis
3. Gulung seperti gulung popia biasa
4. Goreng dalam minyak yang panas dengan api sederhana


*** Dah lama umie tak letak apa-apa kat MR :-S Hari ni umie letaklah resipi ini untuk dikongsi sebab senang dan anak-anakpun suka :) http://myresipi.com/top/detail/4090
More about → Popia isi ketam

Ayam Percik

Diposting oleh Unknown on Sabtu, 05 April 2008

Syam ke pasar membeli buah ciku
Buah belimbing juga tak dilupakan
Ayam percik kepakaran suamiku
Ingin nak makan pasti dibuatkan


Ini ayam percik resepi hb umie. Dia memang pakar masak masakan Kelantan ;) Kalau rasa teringin nak makan je, pasti dengan rela hati hb umie akan memasaknya. Ayam percik ini hasil masakannya untuk dikongsi bersama ;)


Bahan

1 ekor ayam (potong 4 atau ikut suka)
1 inci halia*
1/2 inci kunyit hidup*
7 tangkai cili kering*
3 batang serai
3 labu bawang besar*
6 ulas bawang putih*
200ml santan
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan air (tambah jika perlu)




Cara


1. Bersihkan ayam.
2. Serai dititik
3. Bancuh tepung dengan sair
4. Blend bahan*
5. Masukkan semua bahan* belnd, santan, serai,tepung, dan garam/perasa ke dalam periuk dan masakkan kesemuanya.
6. Kuah dimasak hingga pekat kemudian masukkan ayam ke dalamnya.
6. Alas loyang dengan aluminium foil dan susun ayam yang telah bersalut kuah - bakar dalam oven hingga masak.
7. Lebihan kuah boleh disiram di atas ayam semasa membakar.
8. Tuangkan lebihan kuah ke atas ayam semasa menghidang.
More about → Ayam Percik

Ayam black pepper

Diposting oleh Unknown on Jumat, 04 April 2008


Lawa gembira tersenyum sakan
Senyuman manis itu biarlah lama
Ayam black papper jadi kesukaan
Nasi putih saja dimakan bersama


Aktiviti harian menghalang umie untuk mengupdate. Hujung minggu begini bolehlah umie ambil sedikit ruang dan masa untuk mengemas 'dapur' umie yang hampir berabuk ni...


Bahan

1 ekor ayam - bersih dan potong ikut suka
½ inci kunyit*
½ inci halia*
1 sudu besar lada hitam*
1biji bawang besar *
3 ulas bawang putih*
1 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil kicap pekat
garam/perasa secukupnya
minyak untuk menggoreng ayam dan menumis
air
- ikut keperluan
1 cawan tepung KFC - boleh dapat di supermarket#
1 biji telor#

blend semua bahan bertanda*




Cara

1. Bersihkan ayam dan toskan.
2. Bancuh tepung dan ayam# kemudian celupkan ayam.
3. Panaskan minyak untuk menggoreng dan goreng ayam bersalutkan tepung hingga habis dan ketepikan.
3. Panaskan dua sudu besar minyak masak dan tumiskan bahan blend sehingga garing kemudian masukkan sedikit air.
4. Masukkan kicap manis+kicap pekat dan tambah sedikit garam dan kacau rata sebelum memasukkan ayam. Biarkan mereneh sehingga kuah dan ayam sebati.

More about → Ayam black pepper

Tiramisu

Diposting oleh Unknown on Kamis, 03 April 2008


Izam tak sabar untuk dipanggil Pak su
Hadiah bakal anak saudara dah disedia
Anak-anak umie suka sangat tiramisu
Senang je nak buat tapi masanya tiada

Tiramusu hidangan yang mudah untuk disediakan. Sebenarnya selalu buat sebab selain senang juga merupakan kesukaan anak-anak umie. Masa seorang teman blogger ke rumah bulan lepas, umie buat juga tiramisu ni sebagai dessert ;)

Resepinya umie pernah letak di MR http://www.myresipi.com/top/detail/957



Bahan
  • 2 bungkus biskut tiramisu/sponge fingers/boudoir
  • 250g cream cheese
  • 250g whipping cream
  • 150g gula (boleh kurang atau tambah ikut suka manis)
  • satu cawan bancuhan air nescafe (tanpa gula)
  • serbok kok/cokolat utk hiasan

Cara

  1. satukan cream cheese+whipping cream+gula dan pukul hingga kembang
  2. Celupkan biskut ke dalam bancuhan nescafe dan susun dalam bekas sederhana besar
  3. Setelah itu letakkan satu lapisan bancuhan yang telah dipukul tadi ke atas biskut dengan rata. Ulang proses ini sehingga menjadi dua atau tiga lapisan. (ikut suka dan ukuran bekasnya juga)
  4. Bila semua bancuhan telah habis dan bahagian atas disapu rata, bolehlah ditutup dan disimpan dalam peti ais. Hias kan dengan taburan koko/cokolat di atasnya ikut suka.


More about → Tiramisu

Sayur campur masak air pedas

Diposting oleh Unknown


Shayz tak sabar tunggu bulan depan
Baby di kandungan akan dilahirkan
Sayuran campur dijadikan santapan
Dengan nasi panas selera dimakan


Kalau sayuran dimasak lebih awal kurang menyelerakan.... Masakan macam ni memang cepat dan mudah. Sesuai sangat bagi umie sebab nak cepat-cepat masak untuk anak balik sekolah. Makan dengan nasi panas dan ayam goreng je dah cukup untuk mereka menambah makan :)

Bahan

1 bungkus cendawan basah - di supermarket ada banyak :p
2 biji tomato
2 batang lobak merah
1 bungkus pucuk jagung (baby corn)
5 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 sudu besar udang kering*
7 tangkai cili kering*
2 sudu minyak masak
garam/perasa secukupnya
3 sudu air - tambah ikut suka


Cara

1. Sediakan sayur-sayuran - Basuh dan potong ikut suka.
2. Blend bahan-bahan*.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan blend*
4. Masukkan 3 sudu air + garam/perasa.
5. Masukkan sayuran dan kacau rata.
6. Tutup dan jangan sampai sayur terlalu empuk/masak



More about → Sayur campur masak air pedas

Happy Birthday Sis!!! (Kembarku Sayang)

Diposting oleh Unknown on Selasa, 01 April 2008


MamaRanggie mesra suka ketawa
Ke mana-mana adiknya bersama
Kami kembar seiras yang istimewa
Hari ulang tahun kami tidak sama

Selamat ulang tahun buat seorang adik yang begitu bermakna dalam hidup ini. Seorang yang ibarat 'nyawa' buat diri ini. Suka duka kepada dialah tempatnya untuk mengadu dan bercerita. Dia adalah sebahagian daripada kehidupan ini... Tidak dapat dibayangkan tanpanya... bagaimanalah kehidupan ini agaknya...

Kami mempunyai kisah yang unik dan tersendirin kerana walaupun kami kembar seiras tapi hari lahir kami berbeza sehari. Bukan itu sahaja, hari lahir kami sebenarnya senagaja ditukar mengikut kepercayaan orang tua. Mengikut kepercayaan orang tua, sekiranya kembar seiras, yang lahir dulu adalah 'adik' dan yang lahir kemudian adalah 'kakak'.

Ikutkan dari kelahiran, adik umie ni lahir dulu dan umie kemudian. Namun disebabkan kepercayaan yang orang-orang tua pegang, maka semasa mendaftar kelahiran, tarikh lahir umie didahulukan (kerana selepas 12 tengah malam akan dikira sebagai hari yang berbeza). Jadinya umie yang lahir kemudian telah diberikan tarikh lahir awal (kerana percaya yang lahir dahulu itu adik). Tak tahulah nak kata bagaimana, naluri umie memang merasakan umie 'kakak' dan dia 'adik'.

Kami kembar seiras yang sering menjadi tumpuan dari kecil hinggalah sekarang ini. Masa kami kecil/remaja, banyak orang kata kami 'serupa' walaupun kami tidak merasakannya... namun ada ketika bila melihat semula gambar-gambar lama, kami pun saling bertanya, gambar-gambar itu milik siapa, milik umie atau milik dia... hehehehehe

Kini kami masing-masing sudah berkeluarga dan sudah pasti tidak 'serupa' seperti yang pernah disebut-sebut oleh siapa saja, namun kalau kami ke mana-mana berdua pasti ada yang menegur atau bertanya sekiranya kami berdua 'kembar' ermmmmmm dah tua-tua pun orang nak tanya juga ke... :p

Semoga adikku terus dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan dirahmati kehidupan oleh Allah SWT... LOVE YOU FOREVER!!!!




More about → Happy Birthday Sis!!! (Kembarku Sayang)