Peach jelly

Diposting oleh Unknown on Minggu, 23 Maret 2008

Musim busy camni umie memang kalut
Hendak update entry pun tak sempat
Jelly buah peach untuk pencuci mulut
Letak dalam bekas pemberian cik Mat



Keadaan sibuk dengan kegiatan seharian agak menghalang umie untuk aktif beraktiviti di dapur... sebenarnya umie masuk juga ke dapur tapi hanya dapat menyediakan yang simple-simple sahaja. Kebetulan serbuk agar-agar dan buah peach masih ada dalam simpanan jadi umie buatlah jelly yang senang ni :)


Bahan

1 tin buah peach
4 gm serbuk agar-agar
50 gm gula pasir
400 ml air + 100ml jus dari tin buah peach

Cara-cara
1. Masakkan campuran air, agar-agar, gula dan jus buah peach hingga mendidih.
2. Tuangkan ke dalam bekas yang disukai dan masukkan buah peach. Biarkan sejuk dan mengeras.


* mangkok cupcakes yang nak digunakan biarlah yang agak tebal dan diletakkan ke dalam dulang muffin sebelum dituangkkan agar-agar ke dalamnya - supaya bentuknya dapat dikekalkan.

More about → Peach jelly

Kari ayam

Diposting oleh Unknown on Sabtu, 22 Maret 2008

Shai kena hujan bajunya habis basah
Tunggu di rumah KS sampai ke senja
Kari ayam nak sediakan taklah susah
Bukan hanya hidangan untuk nasi saja

Sebenarnya umie rasa terkilan juga tak dapat nak join member MsjBox pergi ke rumah KS seprti yang telah dirancang :( Kalau tidak kerana adik umie sekeluarga datang dari Johor, sudah pasti umie akan turut sama di rumah KS. Insya'allah lain kali kalau ada aktiviti lain umie akan join ya...

Hujung minggu kembar umie sekeluarga ada di rumah. Memang seronoklah kalau dapat bersua dan bercerita... Keadaan sudah pastinya riuh rendah dengan anak-anak dan anak-anak saudara yang ada :) Adik umie pulak dah plan nak bawa anak-anak pergi ke Pusat Sains Malaysia jadi seperti yang di rancangkan kamipun pergi ke sana.

Kami di sana sehingga waktu Zohor sahaja sebab adik umie perlu balik ke Johor semula. Ikutkan anak-anak mereka nak berlama-lama di sana tapi umie rasa boring sebab rasanya taklah menarik sangat benda yang dipamerkan :D

Dalam perjalanan umie telefon hb minta tolong masakkan nasi dan keluarkan ayam dari freezer. Sampai rumah je terus masak kari sebab itu saja masakan yang cepat. Sebahagian lagi dari ayam tu di goreng rangup sebab anak-anak suka ;)
More about → Kari ayam

Mee udang

Diposting oleh Unknown on Jumat, 21 Maret 2008


Di Tambak Johor memang sesak
Mak daro tersekat di perjalanan
Mee udang amat senang dimasak

Juadah mudah untuk hidangan


Dalam keadaan yang agak sibuk, masakan yang nak dihidangkanpun kalau boleh yang senang dan cepat disediakan. Rasanya mee udang ni senang dan cepat untuk dimasak... Makan panas-panas memang best!

Bahan

1 bungkus mee kuning
250 gm udang basah - sederhana besar
10 batang crab meat (jika suka)
7 tangkai cili kering (kurang atau lebih ikut suka pedas)*
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 cm halia*
1 sudu teh sos cili
1 sudu makan sos tomato
garam/perasa secukupnya
minyak untuk menumis
100 gm sawi putih (atau sayuran yang disukai)
100 gm taugeh
daun bawang/daun /cili merah-hijau/bawang goreng (untuk hiasan)



Cara

1. Blend semua bahan bertanda *
2. Bersihkan udang dan ketepikan kepalanya - blend dengan secukup air dan tapis dan ketepikan.
3. Panaskan minyak masak dan tumis bahan belnded*.
4. Setelah naik bau baru masukan air tapisan kepala udang yang telah diketepikan tadi.
5. Masukkan sos cili/tomato, garam/perasa.
6. Masukkan udang, crab meat dan sayur - setelah mendidih padamkan apinya.
7. Mee dan taugeh hendak lah dicelur terlebih dahulu.
8. Ambil sedikit mee/taugeh dan tuangkan kuah yang telah mendidih bila selesai semuanya hidangkan bersama bahan hiasan yang ada/disukai.

More about → Mee udang

Cornflakes Madu

Diposting oleh Unknown on Kamis, 20 Maret 2008



Del dah kurus baju lama pun dah muat
Bolehlah bergaya bila pergi ke Sedenak
Cornflakes rangup yang mudah dibuat
Makanan kesukaan untuk kanak-kanak

Cookies cornflakes madu ni merupakan makanan ringan yang disukai oleh kebanyakan kanak-kanak. Resepi ini umie dah pernah letak di MR http://www.myresipi.com/top/detail/727

Bahan

  • 250gm cornflakes (kotak kecil)
  • 125gm butter (1/2 buku)
  • 1/2 cawan gula perang (tambah kalau suka manis)
  • 5 sudu makan madu (saya guna golden syrup masa ni sebab tak ada madu)
  • manik warna warni untuk hiasan


Cara

  1. Campurkan butter dan gula dan masak atas api perlahan hingga gula larut bersama butter
  2. (Masukkan cornflakes ke dalam adunan yang dah cair dan masukkan madu (masa ni saya guna golden syrup)
  3. Aduk sampai rata
  4. Masukkan dalam acuan dan taburkan manik warna warni dan bakar selam 10-15 mins atau sampai dasar kekuningan (jap je tau)



More about → Cornflakes Madu

Manggo Juice

Diposting oleh Unknown on Selasa, 18 Maret 2008


Senyuman si Iyandz manis ibarat gula
Jangan sampai ada yang termimpikan
Musim buah mangga kembali semula
Buat minuman sungguh menyegarkan


Semasa umie ke Kedah hujung minggu baru ni, setiap perhentian pasti ada orang menjual buah mangga. Bermacam-macam jenis dengan pelbagai nama. Semasa di Alor Setar buah mangganya juga boleh dikira murah, 3kilo RM10 sahaja. Buahnya pun cantik dan besar-besar.

Buah mangga ni kesukaan umie, kalau yang sudah terlalu masak, diblend dan buat air memang sungguh menyegarkan. Tambahan bila musim panas melanda...


Bahan

1 biji mangga masak
ais secukupnya
gula (jika suka)


Cara

1. Kupas buah mangga dan ambil isinya sahaja
2. Blend buah mangga bersama sedikit air
3. Letak dalam gelas dan masukkan ais secukupnya
4. Tambah gula jika suka *umie tak tambah sebab buah mangga tu dah manis...
More about → Manggo Juice

Bekal

Diposting oleh Unknown



Di depan Pekan Rabu banyak penjaja
Banyak juga pengemis mencuit perasaan
Bekal atau bento disedia untuk si manja
Pelbagai campuran makanan kesukaan


Anak-anak umie pergi sekolah memang bawa bekal dari rumah. Satu yang bagusnya bekal anak-anak umie yang simple-simple je. Mereka tak mau bawa bekal yang berat-berat macam nasi atau mee. Bekal mereka sekadar yang mudahkan kerja umie... Contoh bekal mereka macam di atas ni... kiranya yang instant jugalah... tinggal nak prepare sikit je...



More about → Bekal

Kuih Goyang Hantaran

Diposting oleh Unknown on Senin, 17 Maret 2008



CMG buatkan Mak Yah Teh O satu kole
Airnya tak manis kerana kesihatan dijaga
Kuih goyang hantaran dijadikan ole-ole
Untuk teman-teman dan juga keluarga


Semalam umie berada di Alor Setar. Semasa mencuci mata di PEKAN RABU bersama adik angkat umie (Cempaka adrini) tiba2 terpandang kuih yang begitu menyerlah di antara gantungan pelbagai makanan yang dijual. Umie perhatikan kuih yang cantik dan berwarna warni ini, tidak ubah seperti 'kuih ros' yang selalu dibuat oleh arwah emak umie apabila menjelang hari raya semasa umie kecik-kecik dulu cuma kuih ini dinamakan 'kuih goyang hantaran' oleh penjualnya. Menurut kakak yang menjual kuih ini, nama tersebut diberikan kerana kuih goyang ini begitu terkenal sekarang ini sebagai salah satu bahan untuk hantaran di majlis pertunangan atau perkhawinan. Ternyata masyarakat kita begitu kreatif sekali... kuih yang hampir pupus ditelan masa ini telah dapat dikomersilkan dan dipopularkan kembali.

Kebetulan umie memang sedang mencari sesuatu untuk dijadikan ole-oleh kepada teman-teman dan juga keluarga. Disebabkan kuih ini begitu cantik dan menarik maka umie borong kesemua yang ada digantungan kedai yang umie singgah tu. Hehehehehehe hilang pening kepala umie memikirkan benda/makanan apa nak dibeli untuk dibawa pulang. Kepada teman-teman umie, itu sajalah yang dapat diberikan sebagai ingatan semasa umie ke Kedah hujung minggu baru ni. Bila berkesempatan di lain masa, umie akan ceritakan sedikit kisah perjalanan umie ke Kedah. Malangnya umie terlupa untuk membawa kamera (sokmo tak bawa kamera kalau pergi ke mana-mana). Nantilah umie minta pada adik angkat umie kalau dia ada gambar yang menarik semasa kami di sana...




More about → Kuih Goyang Hantaran