CMG buatkan Mak Yah Teh O satu kole
Airnya tak manis kerana kesihatan dijaga
Kuih goyang hantaran dijadikan ole-ole
Untuk teman-teman dan juga keluarga
Semalam umie berada di Alor Setar. Semasa mencuci mata di PEKAN RABU bersama adik angkat umie (Cempaka adrini) tiba2 terpandang kuih yang begitu menyerlah di antara gantungan pelbagai makanan yang dijual. Umie perhatikan kuih yang cantik dan berwarna warni ini, tidak ubah seperti 'kuih ros' yang selalu dibuat oleh arwah emak umie apabila menjelang hari raya semasa umie kecik-kecik dulu cuma kuih ini dinamakan 'kuih goyang hantaran' oleh penjualnya. Menurut kakak yang menjual kuih ini, nama tersebut diberikan kerana kuih goyang ini begitu terkenal sekarang ini sebagai salah satu bahan untuk hantaran di majlis pertunangan atau perkhawinan. Ternyata masyarakat kita begitu kreatif sekali... kuih yang hampir pupus ditelan masa ini telah dapat dikomersilkan dan dipopularkan kembali.
Kebetulan umie memang sedang mencari sesuatu untuk dijadikan ole-oleh kepada teman-teman dan juga keluarga. Disebabkan kuih ini begitu cantik dan menarik maka umie borong kesemua yang ada digantungan kedai yang umie singgah tu. Hehehehehehe hilang pening kepala umie memikirkan benda/makanan apa nak dibeli untuk dibawa pulang. Kepada teman-teman umie, itu sajalah yang dapat diberikan sebagai ingatan semasa umie ke Kedah hujung minggu baru ni. Bila berkesempatan di lain masa, umie akan ceritakan sedikit kisah perjalanan umie ke Kedah. Malangnya umie terlupa untuk membawa kamera (sokmo tak bawa kamera kalau pergi ke mana-mana). Nantilah umie minta pada adik angkat umie kalau dia ada gambar yang menarik semasa kami di sana...
{ 0 komentar... read them below or add one }
Posting Komentar