Princess haryati baru juga berpindah
Ajak teman ke rumah tanda bersopan
Kenangan di Yan kedah sungguh indah
Di ingatan pasti akan kekal kusimpan
Pada hujung minggu lalu (14-16 March 2008) umie telah ke Yan, Kedah. Adik angkat umie, Suhana (Cempaka adrini) bersama umie. Kami menginap di sebuah 'chalet' di tepi jalan berdekatan dengan kampung Raga. Bilik penginapan kami agak luas dan selesa dilengkapi dengan hawa dingin. Ada televisyen tapi malangnya tak dapat siaran. Puaslah kami pusingkan ariel tv ke kiri dan ke kanan tapi siaran sekejap ada sekejap tak ada... yang paling tension bila terpaksa berdiri dan pegang ariel tv tu supaya dapat siarannya hehehehehe lenguhlah weiiii :p :D
Pada hari Ahad, sebelum kami berangkat ke Alor Setar kami telah singgah di Hutan Lipur Titi Hayun. Hutan Lipur ini terletak tidak jauh dari pekan Yan, dengan kenderaan cuma beberapa minit sahaja. Hutan simpan Titi Hayun ini agak menarik kerana terletak dalam hutan simpan gunung jerai. Di sana juga terdapatnya air terjun dengan airnya yang agak jernih - mungkin kerana hari tidak hujan ;)
Di hutan simpan Titi Hayun ini kami melewati 'titi gantung' untuk ke seberang. Memang seronok sebab terhayun-hayun, sebab itu agaknya hutan simpan ini dinamakan Titi Hayun... agaknya perkataan slanga 'mangkok hayun' pun diambil sempena titi gantung yang terhayun-hayun tu juga hehehehehhe :D
Di situ juga terdapat laluan untuk ke gunung jerai iaitu terdapatnya tangga kenari yang katanya mempunyai seribu anak tangga untuk sampai ke atas. Katanya Titi Hayun ini merupakan kaki gunung jerai - gunung yang tertinggi di semenanjung Malaysia (ye ke???? ingat-ingat lupalah pulak hehehehe ) Kami sempat bergambar di kaki tangga kenari sahaja sebab tak larat nak panjat anak tangga yang banyak tu :-S
Di sekitar kawasan Titi Hayun itu terdapat pelbagai flora dan fauna yang menghijau. Sayangnya kawasan ini tidak dijaga dengan baik. Sampai sarap merata-rata telah mencemarkan keindahan alam semula jadi :( ermmmmm mengapalah sikap segelintir masyarakat kita begitu ya... tak tau menjaga kebersihan alam sendiri... Rasa malulah kalau pengunjung asing datang dan melihat pencemaran di sekitar alam semula jadi yang memang indah tetapi kurang bersih dan sepatutnya dijaga dengan baik...
.
p/s: Gambar-gambar tu semua sumbangan orang kat sebelah umie tu ;) umie ni kalau berjalan memang tak bawa camera... Thanks eekkkkk :-* mmuaahhhhhhhhhh
{ 0 komentar... read them below or add one }
Posting Komentar