Pizza cawan

Diposting oleh Unknown on Minggu, 06 Januari 2008


Kepandaian Yani memasak tak tertandingi
Dalam MR resepinya banyak semuapun ada
Lupa mana letak mangkok kertas yang mat bagi
Jadi gunalah mangkok kertas yang umie ada

Bahan

Tepung gandum 500gm
Yis kering 1 bungkus
1 sudu besar minyak
1 sudu besar gula
secubit garam
450ml air
1 biji telor
mangkok kertas size besar

Toping

mozarella cheese (apa jenis pun blh)
sos tomato/sos cili
topping ikut kesukaan (tuna, cendawan, ayam, sausage, bawang dll)


Cara

1. Campurkan semua bahan bersama air dan uli semua bahan sehingga lembut. (sukatan air bergantung agar doh tidak melekat pada tangan dan bekas)

** masukkan dlm BM je kalau ada
2. Ambil sedikit doh dan leperkan doh di atas tangan dan masukkan ke dalam mangkok kertas.
3. Biarkan sehingga doh naik sekali ganda. Tekan2 dengan garfu supaya angin keluar.
4. Sapukan campuran sos tomato dan sos cili ke atas doh.
5. Letakkan topping apa2 yang disukai. Akhir sekali taburkan mozarella cheese.
6. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan dahulu pada suhu 180C sehingga masak


More about → Pizza cawan

Daging pedas

Diposting oleh Unknown on Sabtu, 05 Januari 2008


Kakfiza kini menetap di Penang
Ideanya di Forum MR semuanya bernas
Daging pedas nak masaknya senang
Sedap dimakan dengan nasi panas





Bahan

370 gm daging (dibasuh & dipotong kecil)
100 gm cili kisar
2 sudu besar kicap
2 sudu besar sos tomato
1.5 cm kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih (ditumbuk & dikisar)
5 ulas bawang merah (ditumbuk & dikisar)
1 ½ cawan air
1.5 cm halia
¼ cawan minyak


Cara

1. Masak daging bersama halia yang ditumbuk+bunga lawang+bunga cengkih+buah pelaga & kulit kayu manis dengan air daging yang keluar hingga daging empuk (boleh tambah air jika perlu).
2. Biarkan hingga lembut & tinggal sedikit airnya/kering.
3. Tuangkan minyak dan panaskan minyak, tumis cili kisar kacau hingga naik minyak. Gaulkan daging ke dalamnya
4. Tuangkan kicap & sos tomato kacau hingga kering sedikit kuahnya. Sebelum diangkat masukkan bawang besar yang dipotong (ikut sukA). Kacau sebentar hingga layu & hidangkan.
More about → Daging pedas

Donut bulat

Diposting oleh Unknown


Nita buat kek lapis bersama kak pah berhati-hati
Kek lapis yang dibuat rupanya berbelang-belang
Resepi donut kudapat dari blog Princessharyati
Makanan kegemaran anak-anak dan hb tersayang




Bahan

280ml air
300 g tepung roti (high protein flour)
200 g tepung gandum (plain flour)
10 g garam
60 g gula halus
20 g susu tepung
1/2 camca besar baking powder3
1/2 camca teh instant yeast
2 kuning telur
50 g lemak sayur (shortening)

Bahan

Gula halus
Coklat cair
Gula hiasan
Lemon curd/Cream custard

Cara

1. Satukan kesemua bahan kecuali air dan lemak sayur.
2. Adun hingga rata dan tuang air, gaul hingga menjadi doh lembut.
3. Masukkan lemak sayur sambil terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, kenyal dan tidak melekat di mangkuk adunan.
3. Bulat2kan doh (tak payah buat lubang di tengah), Masukkan dalam satu bekas dan biar 1 jam (hingga naik 1 x ganda).

* KAEDAH LAIN:-
Masukkan bahan2 diatas mengikut urutan ke dalam breadmaker, pilih setting untuk doh dan tekan. Tunggu hingga siap.

4. Keluarkan doh tadi dan uli sekejap, rehatkan 5 minit.
5. Bagi doh kepada 2 bahagian. Canai satu bahagian setebal 1/2 cm. Terap dengan penerap bulat dan alihkan ke dulang yg telah ditabur sedikit tepung. Buat hingga siap.
6. Rehatkan 30 minit hingga naik lagi.
7. Goreng donat dalam minyak sederhana panas, jangan goreng terlalu banyak, cukup sekadar4 - 5 biji saja, untuk mengelakkan suhu minyak jatuh mendadak.
6. Bila kuning keemasan pada kedua2 permukaan, boleh angkat dan toskan atas paper towel.
7. Donat yang siap digoreng boleh disalut dengan gula halus.
More about → Donut bulat

Keledek rebus gula

Diposting oleh Unknown on Jumat, 04 Januari 2008



dj_vjuice bertambah berat baju tak muat
Selalulah bersenam janganlah alpa
Keledek rebus gula senang nak buat
Makanan tradisi janganlah dilupa


Hari ni hujan je... panas jap pastu hujan lagi... petang-petang begini makan yang best ialah makanan tradisional kita lah kan...

Bahan

Ubi keledek - ikut suka banyak mana
Gula - ikut suka manis
Air secukupnya
Garam secukupnya

Cara

1. Kupas ubis keledek dan potong nipis serta besar ikut suka
2. Rebus bersama sedikit garam hingga empuk tapi jangan terlalu empuk sampai hancur
3. Panaskan periuk dan masakkan gula dengan secukup air - cam buat caramel tapi cair sikit
4. Masukkan ubi keledek yang dah empuk tadi dan gaul rata
More about → Keledek rebus gula

Mi goreng mamak

Diposting oleh Unknown on Kamis, 03 Januari 2008


Zaliana memang suka masak nasi lemak
Sambal tumisnya pula sedap dirasa
Semalam mi siam hari ni mi goreng mamak
Bukti Malaysia negara pelbagai bangsa
Bahan

1 bungkus mee kuning
1 biji bawang besar - blend
2 ulas bawang putih - blend
4 biji telur
2 sudu cili kering - blend
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap
Taugeh - ikut suka
Cili Merah, aun bawang/sup dan bawang goreng untuk hiasan
Garam secukup rasa
Kiub ayam - jika suka
Minyak untuk menumis
Cara

1.Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar, kemudian masukkan cili kering.
2. Goreng hingga naik bau dan pecah minyak.
3. Masukkan sos tomato, kicap ,garam dan kiub ayam.
4. Masukkan mee dan gaul sebati.
5. Kemudian masukkan telur dana kacau rata hingga agak-agak kering.
6. Akhir sekali masukkan taugeh dan goreng 1-2 minit hingga sekata.
7. Taburkan cili merah, daun bawang/sup dan bawang goreng di atasnya.
More about → Mi goreng mamak

Mi siam goreng

Diposting oleh Unknown on Rabu, 02 Januari 2008


Checkie atau ein orang yang sama
Sweet Lily pula baru habis pantang
Mi siam atau bee hoon bendanya sama
Boleh buat sarapan atau makan petang
Bahan

1 bungkus mee hoon - ikut suka brand apa dan rendam sampai lembut
2 sudu besar cili kering blend
1 sudu makan taucu
3 sudu besar bawang merah + bawang putih blend
1/2 cawan udang kering yang telah ditumbuk
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
Garam/perasa secukup rasa
minyak untuk menumis
250gm udang (jika suka)
3 batang sayur sawi (jika suka)

Cara

1. Panaskan minyak dan umis bawang merah + bawang putih blend.
2. Setelah naik bau masukkan cili kering blend. Tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan udang kering yang telah ditumbuk.
4. Masukkan taucu, sos tomato, sos tiram dan kicap manis.
5. Masukkan sedikit air supaya mee hoon yang telah direndam tadi lembut ketika digoreng.
6. Masukkan udang yang telah dibuang kulitnya dan sayur sawi.
7. Perasakan dengan garam.
8. Gaul dengan rata hingga mi siam lembut.
More about → Mi siam goreng

Kurma daging

Diposting oleh Unknown on Selasa, 01 Januari 2008



Jo di Ireland jauh beribu batu
Rindu pada keluarganya tak terbayangkan
Hari ini Rabu, hari kedua tahun baru
Kurma daging diriku persembahkan

Bahan
1/2kg daging dipotong ikut suka
1000ml santan
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 biji bawang ebsar
3cm halia
1 peket rempah kurma ikut suka brand apa nak guna (campur sedikit air-jadikan pes)
2 biji kentang besar potong ikut suka (boleh belah 2 atau 4)
1 biji bawang besar dibelah empat
1 biji tomato dibelah dua
1 sudu makan kerisik
rempah menumis (cengkih/pelaga etc) secukupnya
garam, perasa
minyak untuk menumis
air secukupnya

Cara
1. Bawang besar/bawang/putih dan halia diblend.
2. Panaskan minyak dan tumis rempah penumis diikuti dengan bahan yang diblend sehingga kekuningan.
3. Masukkan pes kurma dan goreng sebentar hingga naik bau. Kemudian masukkan daging dan tutup periuk (tambah sedikit air jika perlu) sambil dikacau supaya tidak melekat pada periuk.
4. Gunakan api sederhana dan biarkan mendidih dan daging empuk baru masukkan santan, kemudian masukkan kentang.
5. Setelah beberapa minit masukkan pula bawang besar yg dibelah empat, garam/perasa.
6. Setelah kentang hampir empuk masukkan tomato dan kerisik. Biarkan seketika di atas dapur.
7. Bila kentang sudah empuk bolehlah dipadamkan api dapur.

More about → Kurma daging