Xing Yun Telah Ditemui :)

Diposting oleh Unknown on Senin, 24 Agustus 2009

ermmm yummy...

Masak pedas goreng limpa
Masak dalam periuk tanah
Xing Yun telah kami jumpa
Hilang rasa gundah gulanah


Xing Yun with kakak - on the way to the clinic

Xing Yun yang beberapa hari telah hilang kini kami temui semula. Puas kami mencari-carinya tetapi tidak kami temui... Pada petang hari, pulang dari ambil si Baby balik dari sekolah agama, umie telah singgah ke rumah jiran yang baik dan juga pencinta kucing sekadar untuk bertanya khabar. Tiba-tiba umie terpandang Xing Yun sedang duduk bersama kucing-kucing mereka.

Terus sahaja umie meluru mendapatkan Xing Yun dan umie memberitahu jiran umie, Xing Yun kucing baru kami yang telah menghilangkan diri. Menurut jiran umie, Xing Yun telah terkandas di atap rumahnya dan anaknya telah menyelamatkan Xing Yun. Xing Yun pula dibiarkan diam di rumah mereka kerana mereka tidak tahu Xing Yun kucing umie (belum ada kesempatan untuk bercerita) jika mereka tahu, pasti mereka sudah hantar Xing Yun ke rumah kami.

Kakak - helping the doctor to hold Xing Yun

Syukur Alhamdulillah... Xing telah diselamatkan oleh pencinta kucing, maka dirinya telah diberikan perlindungan. Apa yang pelik ialah Xing Yun tidak tahu pulang ke rumah padahal rumah jiran umie itu cuma selang sepintu sahaja! Rasanya Xing Yun memang jenis yang tidak tahu mencari jalan pulang sebab di dalam rumah ini pun dia hanya duduk di dalam bilik Adik. Makan minum di situ dan kencing-berak di dalam toilet Adik juga. Dia seolah-olah takut untuk keluar dari zon selesanya.

Selepas Xing Yun ditemui, umie telah membawanya berjumpa dengan doktor haiwan. Xing Yun telah diberikan suntikan dan ubat cacing. Harap-harap Xing Yun akan terus sihat cuma kakinya tidak dapat dibetulkan lagi. Puas umie tanya doktor kalau boleh dibuat sesuatu kepada kakinya yang lurus itu. Malangnya doktor tetap mengatakan tidak boleh berbuat apa-apa kerana tulangnya sudah mengeras begitu...

Xing Yun was given an injection

Sebelum hari raya ini, Xing Yun dan Mahzuz akan umie bawa ke klinik untuk 'dikasi' supaya Xing Yun bebas dari gangguan kucing jantan dan Mahzuz pula tidak akan menjadi 'liar' dan 'memancut' sesuka hati :D Harapannya mereka akan tambah sihat lagi...

Hope Xing Yun will be healthy

{ 0 komentar... read them below or add one }

Posting Komentar