Berjumpa teman Blogger

Diposting oleh Unknown on Kamis, 13 Agustus 2009


Teratai cik Mat terapung-apung
Warnanya merah semua serupa
Ielaz bercuti pulang ke kampung
Singgah ke Bangi kami berjumpa

Sudah lebih kurang seminggu umie tidak update n3. Tidak ada apa-apa yang menarik untuk dipaparkan. Masakan memang tidak ada kerana umie tidak lagi aktif memasak. Untuk n3 hari ini umie nak coretkan kisah pertemuan dengan Ielaz .

Minggu lalu Ielaz pulang bercuti ke tanah air bersama suami dan anaknya yang comel (iman chan). Ielaz telah meluangkan masa untuk ke rumah umie kerana hendak menghantar acuan tamagoyaki yang dikirim oleh si kakak.

Seronok sungguh dapat berjumpa dengan Ielaz sekeluarga. Sungguhpun itu merupakan pertemuan yang pertama tetapi sepertinya kami telah lama kenal. Ielaz dan suaminya begitu ramah dan mesra. Si comel, iman chan juga begitu mesra sebab tidak menangis bila dipegang :)

Pertemuan kami begitu singkat kerana suami Ielaz ada urusan lain untuk dibuat. Rasanya tidak puas bermesra dengan Ielaz dan si comel, Iman. Diharap akan ada waktu untuk kita bertemu lagi. Mungkin masa itu Iman sudah pandai berjalan dan bercakap bahasa Jepun ;)

Terima kasih ya Ielaz kerana sudi bersusah payah ke rumah. Semoga persahabatan yang terjalin ini akan terus berpanjangan...


{ 0 komentar... read them below or add one }

Posting Komentar