Xing Yun Menghilangkan Diri :(

Diposting oleh Unknown on Selasa, 18 Agustus 2009

Tedi goreng ikan sembilang
Potong bawang mata pedih
Xing Yun telah menghilang
Buatkan hati menjadi sedih


Xing Yun kucing yang umie baru bawa pulang lebih kurang sebulan yang lalu tiba2 telah menghilangkan diri! Semalam si Kakak menyedari bahawa Xing Yun tidak keluar makan. Malah diumpan dengan pelbagai makanan juga bayangnya tidak kelihatan. Selama ini dia hanya duduk di dalan rumah (dalam bilik) sahaja... dan kalau dia diumpan dengan makanan dia akan keluar untuk mendapatkan makanan yang dia suka.

Kami merasa risau sebab paling lewat esok Xing Yun harus mendapat suntikan vaksin yang ke-2. Jika tidak, vaksin pertama perlu diulang semula... Sebenarnya bukan itu yang menjadi masalah kami tetapi apa yang membuat kami sedih dan fikirkan ialah tentang keselamatannya...

Dalam keadaan cacat yang dialaminya, kami takut jika Xing Yun akan dibuli oleh kucing lain atau dianiaya oleh budak-budak nakal... Kami berdoa dan berharap Xing Yun akan pulang - mungkin Xing Yun tersesat jalan selepas cuba keluar bermain di luar rumah.

Kami akan terus mencari dia di sekitar kawasan perumahan ini. Malah kami akan cuba mengintai di tepi-tepi jalan raya. Takut kalau-kalau dia mengalami kemalangan sebab dia tidak boleh berlari dengan betul disebabkan kakinya yang cacat itu. Allah sahaja yang tahu kerisaun dan kesedihan hati kami... Walaupun baru lebih kurang sebulan kami memilikinya namun kami amat memikirkan tentang dirinya...





{ 0 komentar... read them below or add one }

Posting Komentar