Bertemu leyza jauh nun di sana
Bertemu juga dengan kak Shida
Award pemberian dari cintaana
Pencinta kucing diberikan kepada
Terima kasih kepada anna kerana memberikan award istimewa ini kepada semua pencinta kucing. Suka tengok gambar kucing yang mengintai tu... memang cute...
Sempena mendapat award ini, umie ingin bercerita tentang kucing-kucing umie yang terpaksa ditinggalkan kerana umie pulang berbuka puasa dan bersahur dengan keluarga umie di Singapura.
Rasa hati berat untuk meninggalkan mereka namun terpaksa kerana mereka tidak dibenarkan masuk ke sana. Kalau hendak dibawa ke Skudai, adik umie pun akan pulang bersama-sama. Akhirnya dengan sedihnya dan berat hati, umie telah meminta jiran yang baik dan juga pencinta kucing untuk tolong berikan makan dan tengok-tengokkan mereka.
Sampai sahaja di rumah, mula-mula sekali umie pastikan kucing-kucing umie ada dan alhamdulillah mereka meluru bila nampak kereta kami di muka pintu. Masing-masing mengekor di kaki, mungkin untuk bertanya ke mana kami semua pergi dan tinggalkan mereka sendiri.
Belum apa-apa lagi, umie dah mula memikirkan tentang mereka bila hari raya nanti... tidak mungkin mereka akan ditinggalkan dengan lama tanpa pengawasan sesiapa... Jika tinggalkan 'di hotel' rasanya sama saja... mereka tetap ditinggalkan dalam kurungan dan hanya diberi makanan dan minuman secukupnya... kena fikirkan awal-awal lagilah kan...
{ 0 komentar... read them below or add one }
Posting Komentar