Musim sibuk melanda...

Diposting oleh Unknown on Kamis, 28 Februari 2008



Sis honey kirim izam belik ikan terubuk
Terubuk dimasak dengan sambal kelapa
Kebelakangn ini umie memang amat sibuk
Namun kawan-kawan semua tidak umie lupa


Musim sibuk melanda diri... tak sempat nak update n3 :-S

Kesibukan dengan kegiatan harian yang pastinya akan berterusan... Kadang-kala tertanya-tanya pada diri, apakah akan berakhir kesibukan ini... jawapannya pada diri sendiri, kesibukan tidak akan habis tapi mungkin akan berkurangan...

Biasanya bila kurang sibuk, sempat juga menziarah rakan-rakan alam maya atau bertanya khabar jika sempat singgah... Bila musim sibuk melanda... jangankan kata nak berjalan-jalan ke blog rakan-rakan tapi untuk menjawab mesej yang ditinggalkan juga tidak berkesempatan...

Umie akan kembali menziarahi raka-rakan lagi jika musin sibuk telah reda... walaupun sibuk namun rakan-rakan tidak akan dilupa :)
More about → Musim sibuk melanda...

Happy Birthday Wan & Mawar

Diposting oleh Unknown on Rabu, 27 Februari 2008


Combi memang pandai tawar menawar
Kalau nak pergi shopping ajaklah dia
Hari ini ulang tahun Wan dan Mawar
Doa kak e semoga akan terus bahagia


Tanggal 27 Februari biasanya umie akan ingat sebab ulang tahun adik angkat umie :) Kebetulan dua orang celebrate hari yang sama :) Wan genap umur 40 tahun ini! ermmmmm dah masuk angkat 4 di depan umur tu :p Takpe... umur hanyalah angka ;) yang penting jiwa sentiasa muda hehehehhehe



Hari ini juga hari lahir seorang lagi yang umie harap tidak akan terlupa iaitu Mawar tapi Mawar masih jauh lagi untuk sampai ke angkat 4 di depan umurnya ;) So dah tentulah masih lagi 'muda' ;) dan pasti angka 4 akan tiba juga :p

Sempena kedua-dua ulang tahun dinda kak e yang dikasihi, kak e buatkan kek sekadar yang termampu... Untuk Wan, apa2 je boleh kan... tapi untuk Mawar kak e buatkan kek cokelat sebab bulan lepas Mawar dah sebut, birthday Mawar nak kek cokelat :D

Kak e doakan semoga kalian berdua terus bahagia dan tercapai cita-cita untuk memiliki apa jua yang diingini... Insyaallah doa kak e sentiasa bersama kalian berdua :)
More about → Happy Birthday Wan & Mawar

Award again! Thanks Baby!

Diposting oleh Unknown on Selasa, 26 Februari 2008


Cik Mat orangnya mesra suka pula ketawa
Pandai memasak boleh kalahkan Chef Wan
Anugerah ini dari anakanda amat istimewa
Akan umie panjangkan pada kawan-kawan

Kali ini nak selesaikan bab award yang dah lama diberikan tapi kerana kesibukan dengan kegiatan harian, award-award yang diberikan sampai tergendala untuk digantung kat dapur umie... Terima kasih dan harap jangan berkecil hati ya kepada mereka yang telah memberi tapi lewat diambil... bukan tak sudi tapi sebab tak berkesempatan sama sekali...

Award ini anak bungsu umie, Adlin, http://bubble-a.blogspot.com (baby) yang memberikannya dan dia ada menyebut di n3 dia "Kalau awak ada mak yang ada blog bagi lah dia ini!If you have a mom that has a blog give her this!" (mungkin dia menujukannya kepada sesiapa sahaja yang singgah ke blog dia) dan kerana mummy umie tak ada blog, so seperti tradisinyalah umie nak panjangkan award ini kepada kawan-kawan umie di sini yang telah menjadi mummy ;)

ermmmm yang belum jadi mum tu, tunggu eekkkk ;) jadi umie harap kawan-kawan umie yang singgah di sini yang sudah menjadi mummy harap sudi-sudilah terima award ini ya :)

* sorry sebab sibuk sangat sampai tak sempat nak melawat dan jemput secara personal untuk teima award ini... harap jangan berkecil hati ya.... semua yang sudah menjadi ibu kepada anak-anak silalah terima award ini ya... :)

More about → Award again! Thanks Baby!

Award - Sorry lambat ambil ;)

Diposting oleh Unknown on Senin, 25 Februari 2008



Pemberian daripada sis norz :)


Daripada Dayang :)


Pemberian daripada Farah :)


Daripada ween :)

Mama Ranggie jumpa Ween di Pekan
Pertama kali jumpa mata terkebil-kebil
Award istimewa sudah lama diberikan
Sayangnya baru kini umie sempat diambil

Sorry kepada mereka yang telah memberikan umie award (ada yang saya nak ambil tapi dah expired hehehehehe) kerana lewat mengambilnya... apapun terima kasih banyak kerana kesudiaan menganugerahkan award kepada umie :)

p/s: Kawan-kawan yang memberikan award pada umie tetapi tidak di sini harap jangan berkecil hati sebab bila pergi nak ambil dah tak boleh :S

More about → Award - Sorry lambat ambil ;)

Kari daging yogurt

Diposting oleh Unknown on Sabtu, 23 Februari 2008


Cik Mat tak boleh panas macam puteri lilin
Pandai masak macam-macam tidak terkira
Kari daging kesukaan bubble@baby@Adlin
Bila umie masak dia makan dengan selera


Bahan

4 biji kentang kecil (dibersihkan dan potong ikut suka)
500 gm daging lembu (dipotong dadu)
5 sudu besar serbuk kari daging
3 sudu besar plain yogurt
200ml susu segar atau 100ml susu cair+100ml air rebusan
3 ulas bawang putih*
7 biji bawang merah*
3 cm halia*
Bahan menumis (cengkeh, pelaga etc)
Garam secukupnya
Minyak untuk menumis

* blend semuanya

*** jika suka lebih cair, masukkan lebihan air rebusan daging


Cara

1. Rebus daging hingga empuk. Simpan air rebusan.
2. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis Bahan-bahan blend dan masukkan serbuk kari. Tuang yogurt dan susu segar.
3. Rasa garamnya dan masukkan daging dan kentang bersama air rebusannya.
More about → Kari daging yogurt

Nasi minyak simple

Diposting oleh Unknown on Jumat, 22 Februari 2008


Nampaknya si Aina banyak orang berkenan
Rupanya cantik dan manis so tidaklah hairan
Nasi minyak dulunya hidangan perkahwinan
Sekarang sudah menjadi hidangan seharian




Bahan

3 cawan beras basmati (boleh gunakan beras lain ikut suka)
2 cawan air + 1 cawan susu cair (ikut sukatan biasa beras yang digunakan)
2 sudu makan minyak sapi
1 labu bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
bahan penumis (cengkeh, pelaga etc)
pewarna kuning
secubit garam
beberapa helai daun pandan

* blend semuanya

Cara

  1. Cuci beras dan toskan
  2. Blend bawang besar, bawang putih dan halia
  3. Panaskan periuk dan masukkan minyak sapi hingga cair
  4. Tumiskan bahan penumis dan juga bahan yang telah di blend hingga naik baunya
  5. Masukkan 2 cawan air dan 1 cawan susu cair, garam dan daun pandan
  6. Masukkan beras dan masak hingga nasi kering
  7. Setelah nasi kering, buatkan lubang dengan belakang sudu pada mana-mana bahagian yang dalam periuk nasi dan masukkan sedikit pewarna kuning ke dalam lubang tadi dan tutup semula dengan nasi.
  8. Biarkan hingga nasi masak.
  9. Kacau nasi setelah betul2 masak

More about → Nasi minyak simple

Bila musim demam selsema melanda...

Diposting oleh Unknown

Flero dalam keadaan murung kerana sukar bernafas agaknya...

Farish anak zaliana pipinya tembam
Siapa saja yang tengok mesti geram

Bila kucing umie diserang demam
hati umie pula jadi tidak tenteram


Sekarang ini banyak orang ditimpa demam dan selema... mungkin kerana keadaan cuaca menyebabkan penyakit tersebut menular. Alhamdulillah di rumah umie semua manusianya sihat walafiat :) Namun demam dan selsema telah menyerang kucing-kucing kesayangan umie :( Punca asalnyanya dari Flero kerana minggu lalu ketika musim hujan, Flero telah 'bermandi hujan' menyebabkan badannya yang kurus kering itu tidak dapat menahan virus demam selsema :( Keadaan Flero semasa di serang demam dan selsema amat menyedihkan kerana hidung kecilnya tersumbat sehinggakan dia sukar untuk bernafas seperti biasa. Flero terpaksa bernafas melalui mulut yang kelihatannya begitu menyesakkan...

Kesibukan dengan kegiatan harian menyebabkan umie tidak berkesempatan membawa Flero cepat berjumpa doktor (vet) dengan segera tetapi umie tetap memberikannya vitamin dengan harapan deman dan selsemanya akan sembuh... ternyata selepas dua hari keadaan Flero bertambah gawat... tak tergamak rasanya membiarkan dia terus begitu... umie terpaksa berjaga untuk mengelap dan memastikan dia tidak parah... perasaan ketika itu seolah-olah ingin menyedut hidungnya yang tersumbat (seperti yang umie pernah lakukan kepada anak-anak umie semasa mereka bayi) tapi tidak mungkin kerana hidung Flero terlalu kecil...

Envy walaupun demam dan selsema tetapi tetap cergas...

Belum lagi keadaan Flero pulih, Envy dan Jess pula diserang demam selsema... umie jadi tambah tidak selesa... Alhamdulillah... hb umie telah meluangkan masanya untuk membawa kucing-kucing itu semua ke klinik. Mereka telah diberikan suntikan dan dibekalkan ubat dan juga antibiotik. Setelah diberikan ubat-ubat tersebut, keadaan Flero kini telah bertambah baik. Flero sudah boleh bernafas seperti biasa dan berselera...

Jess yang baru sebulan lebih datang ke rumah... mata Jess sakit :(

Keadaan Envy tidak seteruk Flero, mungkin kerana Envy dan Jess telah dibawa ke klinik dengan segera. Namun begitu tiba-tiba jess telah diserang penyakit mata, matanya berair dan merah... pelik juga sebab jess telah diberikan ubat mata sebelum itu kerana umie dah jangka pasti akan dijangkiti penyakit mata dari Flero juga. Kini keadaan mata Jess bertambah baik tapi amat sukar untuk mengubatkan mata Jess kerana Jess penakut... Kadang-kadang jadi geram sebab dia takut sungguh makan ubat dan bila nak diubati...

Itni diam je... buatlah apa je kat dia...

Bila keadaan Flero dan Envy sudah agak pulih dan Jess masih lagi mengalami sakit mata, Itni pulak diserang demam selsema... Namun Itni tidak payah untuk memberikannya ubat. Itni jenis yang pendiam dan tidak tahu membantah... kepatuhan Itni membantu untuk memberikan ubat setiap kali masa untuk dia makan ubat-ubat yang diperlukan. Kini Itni kelihatan lebih sihat dari hari sebelumnya...


Chiku sentiasa berselera... makan sampai comot!


Keempat-empat kucing umie yang lain semuanya diserang demam selsema kecuali Chiku... Ketahanan tubuh Chiku ternyata begitu kuat untuk menepis virus demam dan selsema yang melanda. Ini mungkin disebabkan masa Chiku 'bayi' lagi dia telah dibawa untuk mendapatkan suntikan vaksin dan diikuti suntikan seterusnya... Malang bagi kucing-kucing yang lain kerana mereka kucing 'datang' yang sudah pasti tidak mendapat suntikan semasa masih kecil. Menurut doktor (vet) dengan mendapat suntikan vaksin dari 'bayi' amat membantu ketahanan tubuh kucing. Alhamdulillah Chiku memang sihat...

Sebenarnya kebelakangan ini umie memang agak sibuk dengan kegiatan seharian dan dengan kesihatan kucing-kucing umie sebenarnya amat membantu meringankan kerja yang sedia ada banyaknya... Umie amat mengharap agar kucing-kucing umie semuanya sihat dan kini sedang menunggu agar mereka semua betul2 pulih supaya dapat diberikan suntikan vaksin bagi menguatkan ketahanan tubuh mereka...

ermmmmmmmm ternyata kesihatan itu amat penting dalam kehidupan... bukan sahaja kehidupan 'tuan' nya tetapi dalam kehidupan kucing-kucing nya juga kerana dengan kesihatan yang ada mengurangkan kerja umie dan yang pastinya umie tidak akan bersusah hati...
More about → Bila musim demam selsema melanda...