Mahzuz didenda!

Diposting oleh Unknown on Kamis, 03 September 2009

Mahzuz cuba mohon simpati supaya dilepaskan

Musim hari hujan kini melanda
Di negeri utara sampaikan bah
Si Mahzuz terpaksa kami denda
Supaya perangai dapat diubah


Mahzuz begitu marah dirinya dikurung

Mahzuz yang kini berusia hampir 6 bulan bertambah besar dan lawa. Selama hampir 4 bulan Mahzuz bersama kami, dia kami belai dengan penuh kasih sayang. Namun sudah tiga malam dia kami kurung kerana perangainya yang sudah tidak boleh ditolak-ansur. Selama hampir empat bulan setiap hari umie dan anak-anak terpaksa membersihkan tahi dan kencingnya di dalam rumah.

Dia sudah dilatih untuk kencing-berak di dalam toilet tetapi ternyata dia tidak masuk ajar. Kami juga telah sediakan bekas pasir agar dia tidak kencing-berak di atas lantai ruang tamu tetapi pasir yang sepatutnya menjadi tempat buangannya telah dijadikan bahan mainan sehingga habis satu rumah berpasir!

Akhirnya kami terpaksa bersabar dan terus membersihkan kencing-beraknya setiap hari. Masalahnya keadaan itu tidak bersih dan sihat di samping umie dan anak-anak penat untuk membersihkannya. Bukan itu sahaja, toilet rolls dan pencuci lantai juga terpaksa ditambah bilangannya.

Beberapa hari yang lepas, ayah seolah-olah sudah tidak boleh menerima keadaan yang sebegitu. Ayah dengan penuh hemah telah menunjukkan masalah kebersih dan kesihatan yang perlu kami jaga. Pada hari itu juga kami menjalankan operasi membersihkan seluruh ruang tamu. Semua perabut dialih dan dibersihkan berulang kali untuk memastikan keadaan yang betul-betul bersih.

Ayah mencadangkan supaya Mahzuz dikurung setiap malam supaya dia belajar untuk kencing-berak di tempat yang sepatutnya. Kami pernah lakukan hal ini kepada kucing-kucing yang lain dan kini mereka tidak memberi masalah kecuali Mahzuz. Mahzuz memang menjengkelkan kerana sepanjang dikurung dia tidak kucing dan berak. Dia sanggup menahan kencing dan berak sepanjang dirinya terkurung tetapi setelah dilepaskan dia akan cepat-cepat masuk ke dalam rumah dan melepaskan hajatnya sesuka hati dia!

Pada waktu siang, apabila Mahzuz tidak dikurung, kami terpaksa mengawasinya. Bila terlepas pandang sekejap sahaja, aroma harum daripada buangannya akan terhidu... Mahzuz seolah-olahnya tidak faham apa yang dia lakukan merupakan satu kesalahan. Selagi Mahzuz tidak mahu belajar membuang hajatnya di tempat yang sepatutnya, dia akan terus dikurung sepanjang malam kerana tiada siapa yang dapat mengawasinya di waktu itu.

Sekiranya sesiapa ada petua untuk membantu Mahzuz, dialu-alukan. Terima kasih.
* Sebenarnya sudahpun dicuba beberapa petua atau cadangan tetapi masih belum berhasil :(
More about → Mahzuz didenda!

Kek Olok * Merdeka! Merdeka! Merdeka! *

Diposting oleh Unknown on Minggu, 30 Agustus 2009


kek untuk Ian dihias dengan spiderman

Tentang rupanya Cik Mat berahsia
Perkara yang lain semuanya biasa
Salam Merdeka buat warga Malaysia
Semoga negara terus aman sentosa


kek set tiga serangkai - ada nama tuannya

Hari ini Ulang Tahun Malaysia yang ke-52! Malaysia dah bertambah berpengalaman dan matang dalam semua aspek. Semoga Negara kita akan terus aman sentosa dan rakyatnya dalam keadaan sejahtera sentiasa...

Kek BlackForest dengan hiasan Cherry (tempahan buah tangan untuk majlis tepung tawar)

Kek yang ditayang di sini merupakan kek olok yang telahpun berada di tangan tuannya. Untuk Birthday Boy, Ian yang ke-2, umie buatkan kek yang simple sahaja sebab budak-budak besar tu bukannya tahu apa-apa sangat. Cuma masa kek itu diserahkan, si Ian cuba untuk mencuitnya :D dan minta dari mummynya. Kesian juga kan... mengharap je budak kecik tu nak makan kek :)



Cuppies pula merupakan set 3 serangkai dan setiapnya telah diletakkan nama tuan punya iaitu Jasmine, Marie dan Soffi seperti yang diminta. Harap mereka gembira dengan cake dan cuppies mereka itu.

* Kalau ada sesiapa yang berminat untuk tempahan apa-apa majlis - silalah hubungi umie ya ;)

Kek BlackForest dihias dengan strawberry (tempahan di majlis perkahwinan)
More about → Kek Olok * Merdeka! Merdeka! Merdeka! *

Happy Birthday to Adik & Suhana

Diposting oleh Unknown on Selasa, 25 Agustus 2009


Fieza lagi membakar biskut susu
Sambil mencanai tepung di papan
Selamat Ulang tahun Adik dan Su
Semoga Allah rahmati kehidupan



Hari ini Adik, anak umie yang kedua menyambut ulang tahunnya. Pada tarikh yang sama juga, adik angkat umie, Suhana juga meraikan ulang tahun yang ke... (katanya masih muda)

Sempena ulang tahun mereka umie telah membuatkan kek sebagai tanda ingatan. Untuk Adik umie telah buatkan kek 'laptop' seperti yang ingin dimiliki. Di muka laptop screen telah dibuatkan bahagian profile MY SPACE kerana Adik sentiasa berada di MY SPACE!

Semoga Adik dan Suhana akan terus dalam perlindungan Allah SWT dan diberikan kesejahteraan rahmatNya berpanjangan. Doa umie Adik akan berjaya dalam kehidupan di dunia dan di akhirat juga.


Untuk Suhana pula, umie buatkan heart shape cake tanda ingatan dan kasih sayang seorang kakak pada adiknya. Semoga terus berbahagia di samping suami dan semoga Allah berikan rezeki memiliki zuriat seperti yang diingini...

*SELAMAT ULANG TAHUN*



More about → Happy Birthday to Adik & Suhana

Xing Yun Telah Ditemui :)

Diposting oleh Unknown on Senin, 24 Agustus 2009

ermmm yummy...

Masak pedas goreng limpa
Masak dalam periuk tanah
Xing Yun telah kami jumpa
Hilang rasa gundah gulanah


Xing Yun with kakak - on the way to the clinic

Xing Yun yang beberapa hari telah hilang kini kami temui semula. Puas kami mencari-carinya tetapi tidak kami temui... Pada petang hari, pulang dari ambil si Baby balik dari sekolah agama, umie telah singgah ke rumah jiran yang baik dan juga pencinta kucing sekadar untuk bertanya khabar. Tiba-tiba umie terpandang Xing Yun sedang duduk bersama kucing-kucing mereka.

Terus sahaja umie meluru mendapatkan Xing Yun dan umie memberitahu jiran umie, Xing Yun kucing baru kami yang telah menghilangkan diri. Menurut jiran umie, Xing Yun telah terkandas di atap rumahnya dan anaknya telah menyelamatkan Xing Yun. Xing Yun pula dibiarkan diam di rumah mereka kerana mereka tidak tahu Xing Yun kucing umie (belum ada kesempatan untuk bercerita) jika mereka tahu, pasti mereka sudah hantar Xing Yun ke rumah kami.

Kakak - helping the doctor to hold Xing Yun

Syukur Alhamdulillah... Xing telah diselamatkan oleh pencinta kucing, maka dirinya telah diberikan perlindungan. Apa yang pelik ialah Xing Yun tidak tahu pulang ke rumah padahal rumah jiran umie itu cuma selang sepintu sahaja! Rasanya Xing Yun memang jenis yang tidak tahu mencari jalan pulang sebab di dalam rumah ini pun dia hanya duduk di dalam bilik Adik. Makan minum di situ dan kencing-berak di dalam toilet Adik juga. Dia seolah-olah takut untuk keluar dari zon selesanya.

Selepas Xing Yun ditemui, umie telah membawanya berjumpa dengan doktor haiwan. Xing Yun telah diberikan suntikan dan ubat cacing. Harap-harap Xing Yun akan terus sihat cuma kakinya tidak dapat dibetulkan lagi. Puas umie tanya doktor kalau boleh dibuat sesuatu kepada kakinya yang lurus itu. Malangnya doktor tetap mengatakan tidak boleh berbuat apa-apa kerana tulangnya sudah mengeras begitu...

Xing Yun was given an injection

Sebelum hari raya ini, Xing Yun dan Mahzuz akan umie bawa ke klinik untuk 'dikasi' supaya Xing Yun bebas dari gangguan kucing jantan dan Mahzuz pula tidak akan menjadi 'liar' dan 'memancut' sesuka hati :D Harapannya mereka akan tambah sihat lagi...

Hope Xing Yun will be healthy
More about → Xing Yun Telah Ditemui :)

Pencinta Kucing - award -

Diposting oleh Unknown on Minggu, 23 Agustus 2009


Bertemu leyza jauh nun di sana
Bertemu juga dengan kak Shida
Award pemberian dari cintaana
Pencinta kucing diberikan kepada
Terima kasih kepada anna kerana memberikan award istimewa ini kepada semua pencinta kucing. Suka tengok gambar kucing yang mengintai tu... memang cute...
Sempena mendapat award ini, umie ingin bercerita tentang kucing-kucing umie yang terpaksa ditinggalkan kerana umie pulang berbuka puasa dan bersahur dengan keluarga umie di Singapura.
Rasa hati berat untuk meninggalkan mereka namun terpaksa kerana mereka tidak dibenarkan masuk ke sana. Kalau hendak dibawa ke Skudai, adik umie pun akan pulang bersama-sama. Akhirnya dengan sedihnya dan berat hati, umie telah meminta jiran yang baik dan juga pencinta kucing untuk tolong berikan makan dan tengok-tengokkan mereka.
Sampai sahaja di rumah, mula-mula sekali umie pastikan kucing-kucing umie ada dan alhamdulillah mereka meluru bila nampak kereta kami di muka pintu. Masing-masing mengekor di kaki, mungkin untuk bertanya ke mana kami semua pergi dan tinggalkan mereka sendiri.
Belum apa-apa lagi, umie dah mula memikirkan tentang mereka bila hari raya nanti... tidak mungkin mereka akan ditinggalkan dengan lama tanpa pengawasan sesiapa... Jika tinggalkan 'di hotel' rasanya sama saja... mereka tetap ditinggalkan dalam kurungan dan hanya diberi makanan dan minuman secukupnya... kena fikirkan awal-awal lagilah kan...
More about → Pencinta Kucing - award -

Selamat Berpuasa ~ Ramadahan al- mubarak ~

Diposting oleh Unknown on Kamis, 20 Agustus 2009


Anna membeli jus buah kurma
Jus dibawa dengan berhati-hati
Bulan Ramdhan kini menjelma
Semoga amalan akan diberkati


Pada kesempatan ini, umie ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramdhan kepada semua teman-teman dan kenalan...

Bersyukur kepada Allah SWT kerana kita telah diberikan peluang oleh Nya untuk bertemu sekali lagi dengan bulan Ramadhan al-mubarak ini...

Semoga pada bulan puasa ini kita akan berpuasa pada semua anggota kita, bukannya pada makan dan minum sahaja... :P

Sama-samalah kita meningkatkan amalan dan keimanan kita... Insyaallah kita akan dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna...

* Umie cuba edit gambar (dirakamkan dari depan rumah) dengan kata-kata tetapi tidak dapat dibaca kan... :S

Kata-kata di atas gambar tersebut ialah:

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.

- Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi
-

More about → Selamat Berpuasa ~ Ramadahan al- mubarak ~

Award & Ramadhan Cards * Thank You *

Diposting oleh Unknown on Rabu, 19 Agustus 2009





dari maiyah

Roses kak Shidah di dalam taman
Paling cantik yang warna pulasan
Award dan kad pemberian teman
Cuma terima kasih sebagai balasan


dari cikmin

dari aymy

dari alongroz


Terima kasih diucapkan kepada maiyah yang sudi berikan award khas darinya, cikmin, aymy dan alongroz yang sudi memberikan kad ucapan sempeda Ramadahan yang akan menjelang.

Semoga persahabat di alam maya ini akan terus berpanjangan hingga ke alam nyata...




More about → Award & Ramadhan Cards * Thank You *