Mahzuz didenda!

Diposting oleh Unknown on Kamis, 03 September 2009

Mahzuz cuba mohon simpati supaya dilepaskan

Musim hari hujan kini melanda
Di negeri utara sampaikan bah
Si Mahzuz terpaksa kami denda
Supaya perangai dapat diubah


Mahzuz begitu marah dirinya dikurung

Mahzuz yang kini berusia hampir 6 bulan bertambah besar dan lawa. Selama hampir 4 bulan Mahzuz bersama kami, dia kami belai dengan penuh kasih sayang. Namun sudah tiga malam dia kami kurung kerana perangainya yang sudah tidak boleh ditolak-ansur. Selama hampir empat bulan setiap hari umie dan anak-anak terpaksa membersihkan tahi dan kencingnya di dalam rumah.

Dia sudah dilatih untuk kencing-berak di dalam toilet tetapi ternyata dia tidak masuk ajar. Kami juga telah sediakan bekas pasir agar dia tidak kencing-berak di atas lantai ruang tamu tetapi pasir yang sepatutnya menjadi tempat buangannya telah dijadikan bahan mainan sehingga habis satu rumah berpasir!

Akhirnya kami terpaksa bersabar dan terus membersihkan kencing-beraknya setiap hari. Masalahnya keadaan itu tidak bersih dan sihat di samping umie dan anak-anak penat untuk membersihkannya. Bukan itu sahaja, toilet rolls dan pencuci lantai juga terpaksa ditambah bilangannya.

Beberapa hari yang lepas, ayah seolah-olah sudah tidak boleh menerima keadaan yang sebegitu. Ayah dengan penuh hemah telah menunjukkan masalah kebersih dan kesihatan yang perlu kami jaga. Pada hari itu juga kami menjalankan operasi membersihkan seluruh ruang tamu. Semua perabut dialih dan dibersihkan berulang kali untuk memastikan keadaan yang betul-betul bersih.

Ayah mencadangkan supaya Mahzuz dikurung setiap malam supaya dia belajar untuk kencing-berak di tempat yang sepatutnya. Kami pernah lakukan hal ini kepada kucing-kucing yang lain dan kini mereka tidak memberi masalah kecuali Mahzuz. Mahzuz memang menjengkelkan kerana sepanjang dikurung dia tidak kucing dan berak. Dia sanggup menahan kencing dan berak sepanjang dirinya terkurung tetapi setelah dilepaskan dia akan cepat-cepat masuk ke dalam rumah dan melepaskan hajatnya sesuka hati dia!

Pada waktu siang, apabila Mahzuz tidak dikurung, kami terpaksa mengawasinya. Bila terlepas pandang sekejap sahaja, aroma harum daripada buangannya akan terhidu... Mahzuz seolah-olahnya tidak faham apa yang dia lakukan merupakan satu kesalahan. Selagi Mahzuz tidak mahu belajar membuang hajatnya di tempat yang sepatutnya, dia akan terus dikurung sepanjang malam kerana tiada siapa yang dapat mengawasinya di waktu itu.

Sekiranya sesiapa ada petua untuk membantu Mahzuz, dialu-alukan. Terima kasih.
* Sebenarnya sudahpun dicuba beberapa petua atau cadangan tetapi masih belum berhasil :(

{ 0 komentar... read them below or add one }

Posting Komentar