Biskut pertama! Biskut kuaci matahari

Diposting oleh Unknown on Rabu, 09 September 2009


Cik Mat Gebu keturunan nyonya
Keluarga Cinanya masih bersama
Ramadhan sudah dipenghujungnya
Kini hari raya pula bakal menjelma


Sekejap sahaja dahpun 19 hari kita berpuasa, tidak terasa bulan Ramadhan yang mulia ini sudah hampir sampai ke penghujungnya... Bagi umie dan keluarga, sambutan Ramadhan tahun ini amat bersederhana, hidangan juadah berbuka seala-kadarnya sahaja.

Sambutan hari raya juga tidaklah beria-ria sangat. Tidak tahulah kenapa tahun ini seperti 'tiada hati' untuk beraya seperti tahun lalu. Tahun ini, nak buat biskut atau kuih raya pun rasa seperti tidak bermaya. Namun dikumpulkan juga semangat untuk beraya dan akhirnya jadilah biskut raya pertama yang umie hasilkan.

Jika tidak teringatkan ibu mertua di kampung, rasanya umie malas nak buat kuih. Sejak 'bergewe' lagi umie pasti megirimkan kuih raya buatan sendiri kepada Ma. Sehinggalah berkahwin dan mempunyai anak, setiap tahun umie akan buat kuih raya sendiri. Pernah juga beberapa tahun dulu umie buat kuih semasa di kampung. Ma terpaksa melayan umie mencari bahan-bahan kuih di pasar hehehehehe (kenangan indah berharai raya).

Tahun ini kalau umie tidak buat sendiri, rasanya umie akan mematikan budaya mengirim kuih hasil air tangan sendiri kepada Ma. Alhamdulillah... kerana Ma umie kumpulkan semangat dan kerajinan untuk beberapa seketika sehingga biskut ini masak. Umie mulakan dengan biskut yang simple dulu. Nanti2 umie buat lagi... cadangnya buat yang mudah-nudah je lah...

Kalau ada yang nak cuba, bolehlah ya...

Bahan

50gm ghee
200ml minyak sayur (minyak masak)
400gm tepung gandum
200gm gula halus
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
1/2 cawan kuaci (sun flower seeds) - simpan sedikit untuk hiasan di atas

Cara

1. Campurkan ghee, minyak dan gula - kacau rata
2. Ayakkan tepung, baking powder dan garam
3. Masukkan tepung kedalam campuran tadi (no.1) - gaul jadikan doh (tak lekat dalam bekas/tangan)
4. Campurkan kuaci dan gaul rata ke dalam doh
5. Canai ikut ketebalan yang sederhana, potong2 ikut suka dan taburkan kuaci sebagai haisan.
5. Bakar pada suhu 180c sehingga kekuningan

{ 0 komentar... read them below or add one }

Posting Komentar