Xing Yun Menghilangkan Diri :(

Diposting oleh Unknown on Selasa, 18 Agustus 2009

Tedi goreng ikan sembilang
Potong bawang mata pedih
Xing Yun telah menghilang
Buatkan hati menjadi sedih


Xing Yun kucing yang umie baru bawa pulang lebih kurang sebulan yang lalu tiba2 telah menghilangkan diri! Semalam si Kakak menyedari bahawa Xing Yun tidak keluar makan. Malah diumpan dengan pelbagai makanan juga bayangnya tidak kelihatan. Selama ini dia hanya duduk di dalan rumah (dalam bilik) sahaja... dan kalau dia diumpan dengan makanan dia akan keluar untuk mendapatkan makanan yang dia suka.

Kami merasa risau sebab paling lewat esok Xing Yun harus mendapat suntikan vaksin yang ke-2. Jika tidak, vaksin pertama perlu diulang semula... Sebenarnya bukan itu yang menjadi masalah kami tetapi apa yang membuat kami sedih dan fikirkan ialah tentang keselamatannya...

Dalam keadaan cacat yang dialaminya, kami takut jika Xing Yun akan dibuli oleh kucing lain atau dianiaya oleh budak-budak nakal... Kami berdoa dan berharap Xing Yun akan pulang - mungkin Xing Yun tersesat jalan selepas cuba keluar bermain di luar rumah.

Kami akan terus mencari dia di sekitar kawasan perumahan ini. Malah kami akan cuba mengintai di tepi-tepi jalan raya. Takut kalau-kalau dia mengalami kemalangan sebab dia tidak boleh berlari dengan betul disebabkan kakinya yang cacat itu. Allah sahaja yang tahu kerisaun dan kesedihan hati kami... Walaupun baru lebih kurang sebulan kami memilikinya namun kami amat memikirkan tentang dirinya...





More about → Xing Yun Menghilangkan Diri :(

Kek untuk anak saudara

Diposting oleh Unknown on Sabtu, 15 Agustus 2009


Sudah lama tak jumpa kak Zara
Tidak tahu ke mana menghilang

Kek dibuat untuk anak suadara

Di majlis kahwin penuh gemilang

Semalam anak saudara umie meraikan majlis perkahwinanya. Tiga-empat hari sebelum majlis yang penuh gemilang itu diadakan, sepupu umie telah datang bertanya tentang kek kahwin dan umie telah bersetuju buatkan kek mengikut kemampuan umie untuk anaknya (maklumlah umie bukan pakar dan tidaklah pandai)

kek paling atas

Anak saudara umie tu pemain bola sepak negeri Selangor, pada majlis perkahwinannya sudah pasti banyak tetamu khas yang akan hadir... Pada mulanya umie rasa segan nak buatkan kek untuknya sebab takutlah kek umie tidak menjadi. Namun disebabkan sepupu umie dah berikan kepercayaan, maka umie buatkan juga...

kek di tengah

Selain kek kahwin, umie juga diminta untuk dibuatkan cuppies untuk meja tetamu khas. Malah 'kek olok' juga diminta sebagai salah satu 'pemberian merenjis air mawar' bagi tetamu. Untuk 'kek olok' yang diminta, umie buatkan 'black-forest with strawberry' ;) Banyak yang mahukan 'kek olok' tersebut yang jumlahnya sudah pasti terhad ;)


kek paling bawah

Apa-apapun yang penting ialah keberkatan majlis yang diadakan. Semoga pasangan pengantin akan terus kekal berbahagia hingga ke akhir hayat...

'kek olok' - black-forest slice

* Cuppies yang dibuat tidak sempat digambar sebab kelam kabut untuk siapkan - deconya biasa-biasa je pun...


More about → Kek untuk anak saudara

Terima Kasih...

Diposting oleh Unknown on Kamis, 13 Agustus 2009

Bunga dari ieta
Ucapan Ramadhan dari kak intan
Tidak juga dilupakan Ana di Nilai
Bunga dan kad tanda persahabatan
Pemberian ikhlas ini amat bernilai
kad dari kak intan


Terima kasih kepada ieta kerana sudi memberikan bunga-bunga kepada umie. Begitu juga kepada kak intan yang tidak melupai diri ini sempena Ramadahan yang bakal datang dengan memberikan kad ini.
* maaf lewat letak di sini sebab tidak berapa sihat kebelakangan ini...
More about → Terima Kasih...

Berjumpa teman Blogger

Diposting oleh Unknown


Teratai cik Mat terapung-apung
Warnanya merah semua serupa
Ielaz bercuti pulang ke kampung
Singgah ke Bangi kami berjumpa

Sudah lebih kurang seminggu umie tidak update n3. Tidak ada apa-apa yang menarik untuk dipaparkan. Masakan memang tidak ada kerana umie tidak lagi aktif memasak. Untuk n3 hari ini umie nak coretkan kisah pertemuan dengan Ielaz .

Minggu lalu Ielaz pulang bercuti ke tanah air bersama suami dan anaknya yang comel (iman chan). Ielaz telah meluangkan masa untuk ke rumah umie kerana hendak menghantar acuan tamagoyaki yang dikirim oleh si kakak.

Seronok sungguh dapat berjumpa dengan Ielaz sekeluarga. Sungguhpun itu merupakan pertemuan yang pertama tetapi sepertinya kami telah lama kenal. Ielaz dan suaminya begitu ramah dan mesra. Si comel, iman chan juga begitu mesra sebab tidak menangis bila dipegang :)

Pertemuan kami begitu singkat kerana suami Ielaz ada urusan lain untuk dibuat. Rasanya tidak puas bermesra dengan Ielaz dan si comel, Iman. Diharap akan ada waktu untuk kita bertemu lagi. Mungkin masa itu Iman sudah pandai berjalan dan bercakap bahasa Jepun ;)

Terima kasih ya Ielaz kerana sudi bersusah payah ke rumah. Semoga persahabatan yang terjalin ini akan terus berpanjangan...


More about → Berjumpa teman Blogger

Xing Yun *new member of the house*

Diposting oleh Unknown on Rabu, 05 Agustus 2009

Istimewa dengan kakinya yang lurus seperti batang kayu

Pergi ke Utara jumpa Mimi
Sampaikan salam dari Kakyu
Xing Yun ahli keluarga kami
Kakinya lurus bagaikan kayu

Lihatlah bagaimana Xing Yun berjalan... kakinya lurus tidak boleh dibengkokkan

Kami namakan Xing Yun dalam bahasa Cina (nasib yang bertuah) untuk kucing yang baru umie ambil dari jalanan ini. Umie jumpa Xing Yun semasa dia sedang duduk di jalanan, umie terpandang cara jalannya yang agak pelik, lalu umie pegang dan cuba lihat mengapa keadaannya begitu. Rupa-rupanya kaki belakang sebelah kirinya telah patah dan sudahpun mengeras bagai sebatang kayu yang lurus (tidak boleh dibengkokkan langsung).

Apabila melihat keadaannya yang begitu, umie telah membawanya balik ke rumah. Kemudian membawanya berjumpa doktor tetapi kakinya tidak dapat dibaiki. Pahanya patah dan begitu juga dengan kakinya itu semasa dia kecil, mungkin kerana dilanggar dan tidak cepat2 dibawa berubat (kalaulah dia diubati semasa dia baru dilanggar, mungkin keadaannya tidak begini). Maka dia akan terus berkeadaan begitu seumur hidupnya :(

Xing Yun telah diberikan suntikan vaksin yang pertama, dan kedua dalam masa lebih kurang dua minggu lagi. Selepas itu dia akan umie 'mandulkan' untuk memastikan dirinya lebih sihat. Lagipun, dalam keadaan kecacatan yang dialaminya, mungkin akan memberi kesakitan kepadanya untuk melahirkan anak.


Xing Yun suka bermain dengan kotak tisu - ada sesiapa yang perasan bekas tisu tu tak ;)


Walaupun Xing Yun cacat kakinya tetapi dia tetap aktif bermain. Dia juga manja dan suka dimanja. Cuma kesian sebab Itni (kucing umie yang paling baik) ternyata amat tidak suka pada Xing Yun. Setiap kali terpandang Xing Yun, Itni akan memukulnya dan Xing Yun akan melarikan diri bersembunyi.

Kucing-kucing yang lain semuanya sudah boleh menerima Xing Yun sebagai ahli keluarga terutamanya Mahzuz kerana Xing Yun dan mahzuz lebih kurang seusia. Mahzuz suka sangat bermain dengan Xing Yun.

Kucing umie bertambah lagi... tapi seperti biasa, tidak ada kucing yang 'cantik' tetapi kucing yang 'istimewa' :)

...aammiinnnnn



More about → Xing Yun *new member of the house*

Fake it!

Diposting oleh Unknown on Minggu, 02 Agustus 2009


Gunung Sibayak gunung berapi
Terletak sebelahan si pisu-pisu
kek tiga sederet tersususn rapi
Di antara kek itu ada yang tipu
Ikutkan tak larat nak update n3 tapi disebabkan dah janji dengan adik umie yang di S'pore untuk letakkan gambar faux cuppies dan cake ini, umie buat jugalah.
Adik umie dah buat tempahan bagi pihak kawan-kawannya di sana. Umie dah beritahu kakak tentang tempahan yang dibuat. Kakak baru balik dari camping pengakap dan dalam keadaan kurang sihat juga tapi kakak kata dia akan cuba siapkan tempahan seperti yang diinginkan dan pos ke sana secepat mungkin.
* Kakak dah ada idea untuk BDay cake little boy tu... tunggu je lah ya mak busu ;)
* Di sini umie ingin merakamkan jutaan kemaafan kepada puan D Wani kerana tidak membuat tempahan faux cuppies/cake untuknya. Si Kakak sibuk dengan camping pengakapnya dan umie pula tidak sihat... harap jangan marah ya...

** Cuppies dan cake yang ditayangkan ini telahpun menjadi milik orang...
More about → Fake it!

Demam lagi...

Diposting oleh Unknown


Mat ambil air dari perigi
Perigi milik si pak Mihat
Demam umie berbalik lagi
Rasa badan amat tak sihat

Berapa hari ini umie betul2 collapsed dengan keadaan deman dan batuk yang agak berat... seluruh badan rasa lenguh-lenguh dan tak larat nak bangun. Lepak je... makan minum anak-anak dan hb yang uruskan...

Semalam pergi klinik lagi tapi doktor kasi antibiotik untuk 3 hari sahaja - jika dalam masa tiga hari masih rasa lemah-lemah, kenalah pergi ke hospital (bab ni yang malas) harap-harap dengan kekuatan semangat yang ada demam umie akan pulih...

Tengkuk pun rasa berat je ni... tak dapat nak cerita panjang...
More about → Demam lagi...