Tampilkan postingan dengan label kek tipu. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kek tipu. Tampilkan semua postingan

Faux Cake ~ Latest Order : Best Of Luck ~

Diposting oleh Unknown on Senin, 14 Desember 2009


Maiyah senyum jarang ketawa
Kerusi roda dipusing perlahan
Faux cake tempahan istimewa
Designed by Kakak jadi pilihan



Those are the faux cuppies and a cake ordered by umie's MyR friend. She wanted a cake with 'Best Of Luck' written on it. She said anything will do for the colour and design . So Kakak did that design for her.

She also ordered 5 cuppies with any design too! Here are the cuppies. Anyone interested can email umie or leave massage here because Kakak is still constructing a blog on her Arts & Craft. The blog is there but she still needs to organise it properly. When the blog is ready to be published, surely umie will inform ;)

The cake above cost only RM50 and the cuppies cost RM 7.50 a piece! What a bargain for those 'look like real' stuffs :P ( I am promoting for kakak hehehehe)
More about → Faux Cake ~ Latest Order : Best Of Luck ~

Kek untuk anak saudara

Diposting oleh Unknown on Sabtu, 15 Agustus 2009


Sudah lama tak jumpa kak Zara
Tidak tahu ke mana menghilang

Kek dibuat untuk anak suadara

Di majlis kahwin penuh gemilang

Semalam anak saudara umie meraikan majlis perkahwinanya. Tiga-empat hari sebelum majlis yang penuh gemilang itu diadakan, sepupu umie telah datang bertanya tentang kek kahwin dan umie telah bersetuju buatkan kek mengikut kemampuan umie untuk anaknya (maklumlah umie bukan pakar dan tidaklah pandai)

kek paling atas

Anak saudara umie tu pemain bola sepak negeri Selangor, pada majlis perkahwinannya sudah pasti banyak tetamu khas yang akan hadir... Pada mulanya umie rasa segan nak buatkan kek untuknya sebab takutlah kek umie tidak menjadi. Namun disebabkan sepupu umie dah berikan kepercayaan, maka umie buatkan juga...

kek di tengah

Selain kek kahwin, umie juga diminta untuk dibuatkan cuppies untuk meja tetamu khas. Malah 'kek olok' juga diminta sebagai salah satu 'pemberian merenjis air mawar' bagi tetamu. Untuk 'kek olok' yang diminta, umie buatkan 'black-forest with strawberry' ;) Banyak yang mahukan 'kek olok' tersebut yang jumlahnya sudah pasti terhad ;)


kek paling bawah

Apa-apapun yang penting ialah keberkatan majlis yang diadakan. Semoga pasangan pengantin akan terus kekal berbahagia hingga ke akhir hayat...

'kek olok' - black-forest slice

* Cuppies yang dibuat tidak sempat digambar sebab kelam kabut untuk siapkan - deconya biasa-biasa je pun...


More about → Kek untuk anak saudara

Fake it!

Diposting oleh Unknown on Minggu, 02 Agustus 2009


Gunung Sibayak gunung berapi
Terletak sebelahan si pisu-pisu
kek tiga sederet tersususn rapi
Di antara kek itu ada yang tipu
Ikutkan tak larat nak update n3 tapi disebabkan dah janji dengan adik umie yang di S'pore untuk letakkan gambar faux cuppies dan cake ini, umie buat jugalah.
Adik umie dah buat tempahan bagi pihak kawan-kawannya di sana. Umie dah beritahu kakak tentang tempahan yang dibuat. Kakak baru balik dari camping pengakap dan dalam keadaan kurang sihat juga tapi kakak kata dia akan cuba siapkan tempahan seperti yang diinginkan dan pos ke sana secepat mungkin.
* Kakak dah ada idea untuk BDay cake little boy tu... tunggu je lah ya mak busu ;)
* Di sini umie ingin merakamkan jutaan kemaafan kepada puan D Wani kerana tidak membuat tempahan faux cuppies/cake untuknya. Si Kakak sibuk dengan camping pengakapnya dan umie pula tidak sihat... harap jangan marah ya...

** Cuppies dan cake yang ditayangkan ini telahpun menjadi milik orang...
More about → Fake it!

Faux Cuppies/Cakes For sale

Diposting oleh Unknown on Kamis, 16 Juli 2009

Strawbeery Swirl with coloured sugar and Choc Spoge Cake with vanilla topping

Kak ina pergi jalan-jalan
Singgah jap di Trengganu
Si kakak nak cuba jualan
Kalau mahu kasilah tahu

Si kakak memang suka sangat dengan 'kraf'. Macam2 yang dia suka cuba dan buat. Kelmarin umie dah belikan dia macam2 barang untuk 'kerja tangan' di kedai Multiffila. Beratus jugalah duit umie melayang kat situ sebab harga barang-barang tu semua bukannya murah. Oleh kerana minat dan dia suka sangat maka umie ikutkan sahaja.

Sesiapa yang ingin membeli faux cuppies (lihat juga di sini dan di sini ) bolehlah buat tempahan di sini ya... Si kak baru hendak berjinak-jinak untuk mencari duit pocket supaya dapat terus membeli bahan-bahan kraf yang dia perlukan. (Takkan terus2 nak minta umie belikan... kenalah pandai rolling modal kan...)

Umie akan cuba bantu kakak sebaik yang boleh...

* Design cuppies/cakes boleh seperti cuppies yang benar. Berikan sahaja contoh dan rupanya dan akan dibuatkan :)

* Boleh dibuat sebagai hadiah dan diletakkan ke dalam bekas seperti 'dome'


HARGA MINIMA hanya RM10 SATU! (Tempahan lebih dari 10 biji akan diberikan harga lebih murah)
More about → Faux Cuppies/Cakes For sale

Exchange Gift (EG) ~ FAWA ~

Diposting oleh Unknown on Sabtu, 04 Juli 2009

Cik Mat mimpi pergi ke Surabaya
Mimipi kaki sakit jalan terketar
Berjumpa FAWA di Subang Jaya
Hantarkan EG cumalah sebentar
comelnya anak2 FAWA
Gubahan bunga di dalam pasu yang ala-ala aladin
Pagi-pagi lagi umie dah keluar untuk mengambil kakak angkat umie untuk temankan dia ke KL. Umie ambil kesempatan itu untuk membuat pertemuan dengan FAWA untuk menyerahkan EG yang umie patut berikan kepadanya. Seperti yang dijanjikan, umie telah menggubah bunga bersama pasu yang umie beli. Mungkin hasil gubahan umie tidaklah secantik pakar gubah bungaan namun umie berharap FAWA akan gembira menerimanya :)
cuppies dalam bekasnya
Seperti yang dijanjikan juga, umie berikan FAWA faux cuppies 'masterpiece' yang umie dan Kakak buat. Supaya cuppies ini diberikan bersama bekasnya maka umie telah membeli bekas kuih dan hiaskan bekas tersebut bersama renda warna 'kekuningan' untuk disesuaikan dengan warna bekasnya. Mungkin hasil faux cuppies umie kurang memuaskan namum umie amat berharap FAWA suka dengan hasil pertama itu :)

Inilah rupa faux cuppies yang umie sediakan khas untuk FAWA dan semasa di C4 Subang Jaya, ketika umie nak tinggalkan di tempat CUSTOMER SERVICE, pekerja di situ menyangka ianya cuppies betul dan tanya kalau dia boleh minta satu sebab esok birthday dia heheheheheh :D Kesian juga kat adik pekerja tu, umie hanya dapat ucapkan Happy Birthday saja kepadanya sebab faux cuppies ini memang sudah di khaskan untuk FAWA ;)

More about → Exchange Gift (EG) ~ FAWA ~

Faux Cuppies & cakes ~ we did it & Thanks to ana ~

Diposting oleh Unknown on Jumat, 03 Juli 2009


Si puteh anak kucing si Anna
Kena vaksin lemah terus rebah
Ilmu asal diajarkan oleh si ana
Kemudian sendiri yang tambah


Cuppies dan slice cake dalam gambar di atas itu umie dan si Kakak yang buat. Jalan-jalan kat blog ana dan nampak faux cuppies dan slice cakes yang cantik-cantik. Umie bertanya bagaimana untuk membuatnya dan dengan bermurah hati ana memberikan keterangan ~ thanks ya ~ dan si Kakak terus mencari maklumat tambahan di internet.


Kami berdua tak sabar-sabar untuk membuatnya dan akhirnya kami buatlah mengikut apa yang ada dan kreativiti sendiri sebab bahan-bahan yang sepatutnya kami gunakan tidak kami temui... Hasil daripada 'pandai-pandai' menggunakan bahan-bahan yang kami rasa dapat menggantikan bahan yang dicadangkan, maka terhasillah cuppies dan slice cakes yang tak seberapa kalau nak dibandingkan dengan yang dihasilkan oleh ana atau orang lain ;)


Umie ada satu lagi set cuppies dan slice cake (tidak sama seperti yang di atas sebab untuk EG dan tidak boleh dipublished sebelum diterima oleh tuannya) untuk umie berikan kepada FAWA sebagai EG (Exchange Gift) yang umie sertai. Ada satu lagi benda yang juga gabungan hasil tangan umie untuk FAWA tapi tidak dapat nak dipublishedkan sebab itu sudah dianggap sebagai 'hak' FAWA. Tunggulah bila umie dah serahkan kepadanya baru akan dipublishedkan ;)


Sudah ada yang berminat untuk menempah faux cuppies ni dari umie :D tapi umie masih memikirkan cara dan harganya sebab umie ni kan jenis yang tak pandai berniaga...ermmmm kalau ada siapa-siapa yang lain turut berminat nak menempah bolehlah ya... dapat juga umie buat biz kecil-kecilan kan... hehehehehehe :p





More about → Faux Cuppies & cakes ~ we did it & Thanks to ana ~