Cik Mat mimpi pergi ke Surabaya
Mimipi kaki sakit jalan terketar
Berjumpa FAWA di Subang Jaya
Hantarkan EG cumalah sebentar
comelnya anak2 FAWA
Gubahan bunga di dalam pasu yang ala-ala aladin
Pagi-pagi lagi umie dah keluar untuk mengambil kakak angkat umie untuk temankan dia ke KL. Umie ambil kesempatan itu untuk membuat pertemuan dengan FAWA untuk menyerahkan EG yang umie patut berikan kepadanya. Seperti yang dijanjikan, umie telah menggubah bunga bersama pasu yang umie beli. Mungkin hasil gubahan umie tidaklah secantik pakar gubah bungaan namun umie berharap FAWA akan gembira menerimanya :)
cuppies dalam bekasnya
Seperti yang dijanjikan juga, umie berikan FAWA faux cuppies 'masterpiece' yang umie dan Kakak buat. Supaya cuppies ini diberikan bersama bekasnya maka umie telah membeli bekas kuih dan hiaskan bekas tersebut bersama renda warna 'kekuningan' untuk disesuaikan dengan warna bekasnya. Mungkin hasil faux cuppies umie kurang memuaskan namum umie amat berharap FAWA suka dengan hasil pertama itu :)
Inilah rupa faux cuppies yang umie sediakan khas untuk FAWA dan semasa di C4 Subang Jaya, ketika umie nak tinggalkan di tempat CUSTOMER SERVICE, pekerja di situ menyangka ianya cuppies betul dan tanya kalau dia boleh minta satu sebab esok birthday dia heheheheheh :D Kesian juga kat adik pekerja tu, umie hanya dapat ucapkan Happy Birthday saja kepadanya sebab faux cuppies ini memang sudah di khaskan untuk FAWA ;)
{ 0 komentar... read them below or add one }
Posting Komentar