
Keris sakti milik seorang pangeran
Kuasa saktinya sudah luas tersebar
Mereka beratur menunggu giliran
Mahzuz dan Envy yang tidak sabar



Setelah Chiku selesai makan, dia beralih untuk minum dan Mahzuz cepat-cepat bangun untuk menggantikan tempat Chiku. Envy yang tadinya berada di barisan belakang nampaknya tidak sabar dan dia langsung meluru ke depan untuk makan bersama dengan Mahzuz.

Seperti biasa Chiku akan minum air selepas makan. Mahzuz dan Envy mula untuk makan tetapi Envy memerhatikan si Itni yang masih berada di tempat duduk. Envy seolah-olah mempelawa Itni untuk bersama-samanya dan mahzuz untuk makan beramai-ramai tetapi Itni hanya mendiamkan diri.

Chiku pula kelihatannya masih terus menghilangkan rasa dahaganya selepas kenyang menjamah hidangan yang telah disediakan.

Apabila Chiku puas minum dan rasa hausnya hilang, dia terus berlalu dari ruang makan. Itni yang dari tadi duduk menuggu kemudian bergerak dan menuju ke arah Mahzuz dan Envy yang sedang asyik menjamu selera.

Itni terus duduk menunggu, rupa-rupanya Itni tidak lapar tetapi haus. Oleh kerana itulah Itni hanya menunggu sehingga Chiku selesai makan dan minum. Itni menghilangkan dahaganya...
* Seronok tengok kucing-kucing umie begitu bersopan begitu... umie rakamkan aksi mereka untuk kenangan :)
{ 0 komentar... read them below or add one }
Posting Komentar