SELAMAT HARI GURU

Diposting oleh Unknown on Kamis, 15 Mei 2008



Jie buat catatan supaya tidak lupa
Pesanan nazrida belikan berangan
Jasa guru-guruku tak akan dilupa
Budi mereka segar dalam ingatan


Sempena Hari Guru, umie mengambil peluang ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada SEMUA GURU :)

Seperti kata-kata Imam Ghazali di atas memang benar belaka dan untuk mendapat ilmu dan keberkatan dalam pelajaran, harus hormati guru... semasa umie di sekolah, umie sentiasa pastikan guru-guru dihormati...

Di halaman terbuka ini, umie ingin sekali mengucapkan Selamat Hari Guru buat bekas guru-guru umie yang hingga kini masih terus diingati cuma sudah tidak tahu di mana mereka berada... Sekiranya sesiapa yang terbaca coretan umie ini, mintalah agar dapat memghubungi umie dan menyampaikan di mana bekas guru-guru umie ini berada...

Guru-guru umie semasa di Sekolah Tinggi Port Dickson (STPD) dari tahun 1983-85 yang masih terus segar di ingatan umie hingga kini di antaranya :

* Ikut urutan abjad :)


Cikgu Johari/Joe - ajar Ekonomi
Cikgu Mary Thomas - ajar BI
Cikgu Marziah - ajar BM
Cikgu Noran Majid - ajar Sejarah Islam
Cikgu Normah Dollah - ajar Perdagangan
Cikgu Siti Ramlah - BM/Sastera
Cikgu Siti Zaleha - garang tapi baik dan suka mencubit (hehehehehehe)
Cikgu Sivatasan - garang sungguh tapi berkesan dalam mengajar Sejarah (selalu kena berdiri atas kerusi hehehehehehhehe)
Cikgu Yazid - masih ingat masa pergi lawatan dan singgah ke Jeram Toi, mandi manda di air terjun (hehehehhehe)
Ustaz Mat Yusuf - ajar Pendidikan Islam/agama


Itu di antara guru-guru yang terus berada di ingatan umie hingga kini kerana mereka begitu istimewa sekali sehingga tidak mungkin umie lupakan...


*** Sesiapa yang mengenali mereka (mungkin mereka telah bersara), harap dapat sampaikan kepada umei cara untuk hubungi mereka semula... Terima Kasih...


...JASAMU TERUS DIKENANG...
More about → SELAMAT HARI GURU

Pengat pisang

Diposting oleh Unknown


Shayz berehat panjang di dalam pantang
Semasa pantang dilarang memakan nenas
Pengat pisang dibuat hidangan waktu petang
Sedap dimakan semasa sejuk ataupun panas


Petang-petang hari sebegini memang enak kalau berhat di verandah sambil memakan pengat pisang :D

Bahan

20 biji pisang
400 ml santan
3 helai daun pandan
2 ketul gula melaka
5 sudu besar sagu
air secukupnya
*tambah gula jika perlukan lebih manis


Cara

1. Rendam sagu dan toskan.
2. Potong pisang ikut suka besar yang dikehendaki
3. Cairkan gula melaka dengan secukup air dan tapis.
4. Campurkan santan, gula melaka, sagu, daun pandan di dalam periuk & masak hingga mendidih.
5. Masukkan pisang ke dalam campuran itu & biarkan pisang agak lembut sebelum diangkat.





More about → Pengat pisang

Ayam bakar bermadu

Diposting oleh Unknown on Rabu, 14 Mei 2008


Hendak tunjukkan sayang ciumlah di pipi
Kepada anak-anaknya Nazrida lakukan
Lama sungguh umie tak berikan resepi
Jadi N3 ayam bakar bermadu diletakkan

Ayam bakar bermadu ni dah dibuat sebelum hari ni lagi tapi tak sempat nak diletakkan dalam n3. Hari ini umie ambil peluang untuk meletakkannya :)

Bahan

1 ekor ayam (potong 8 atau ikut suka)
1 batang serai*
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 cm halia*
2 sudu besar madu
garam/perasa secukupnya

Cara

1. Bersihkan ayam dan toskan.
2. Blend semua bahan bertanda*
3. Gaulkan ayam dengan kesemua bahan dan perapkan sekurang-kurangnya 1 jam (lebih lama lebih baik lagi)
4. Panaskan pembakar/arang dan bakar ayam hingga masak
** Jika tidak mahu bakar guna arang, masukkan dalam oven dengan suhu sederhana dan bakar hingga masak.

More about → Ayam bakar bermadu

Lemak Cili Api Siput Sedut

Diposting oleh Unknown on Selasa, 13 Mei 2008



Divahantu ajak Vampire pergi dangdut
Pontianak nak ikut tunggu di tepi kali
Nama lauk ini lemak cili api siput sedut
Masakan tradisi yang kini kurang dikenali


Dah lama juga dapur siber umie ni tak berasap kan... Hari ini umie nak letakkan n3 lauk masak lemak cili api siput sedut. Masakan ini merupakan masakan kesukaan umie dari kecik-kecik lagi. Malangnya sekarang ini susah juga nak jumpa siput sedut di pasar raya. Kalau ada pun dijual dalam pack kecik-kecik je... tak puaslah pulak nak masak sikit-sikit :D

Umie jarang masak siput sebab hb dan anak-anak tak makan siput (kecuali adik) Umie lepaskan geram masak seperiuk, dahtu yang makan umie dan adik berdua je... hehehehhe makan sampai puas.... Resepi masakan ni sama je cam masak lemak cili api biasa cuma umie letakkan siput saja ;) So resepinya umie tak letaklah di sini ya...

More about → Lemak Cili Api Siput Sedut

Mother's Day Gifts :)

Diposting oleh Unknown on Senin, 12 Mei 2008

Lukisan di atas canvas oleh Adik@Sofiana

'Kad' dari Adik@Sofiana

Masakan KakmOn semuanya enak
Banyak tempahan tidaklah terkira
Pemberian ikhlas dari anak-anak
Membuat hati umie jadi gembira


Lukisan di atas canvas oleh Baby@Adlin

Kad dan envelop dari Baby@Adlin


Sempena hari ibu anak-anak umie memberikan hadiah daripada hasil kerja tangan mereka... Thanks Kakak... Thanks Adik... Thanks Baby... :)

* Pemberian kakak tidak digambarkan ;)
More about → Mother's Day Gifts :)

Happy Mother's Day... ~ Selamat Hari Ibu~

Diposting oleh Unknown on Sabtu, 10 Mei 2008



Amy berjalan-jalan di dalam taman
Bersama Yati dan Siti mereka bertiga
umie ucapkan kepada semua teman
Happy Mother's Day semoga bahagia



SELAMAT HARI IBU... umie mengambil kesempatan ini mengucapakannya untuk semua yang bergelar ibu dan bakal menjadi ibu :)

Sempena hari ibu banyak ucapan yang diterima dari sahabat-handai :) di antaranya akan umie abadikan di sini...

* A mum is GOD's love in action. She looks with her heart & feels with her eyes. A mum is the bank where her children deposit all their worries and hurt. A mum is the cement that keeps her family togehter and her love last a ifetime...God bless. HAPPY MOTHER'S DAY!

* A mum is a rose whose petals are soft. A mum is a lily whose stem is tall & strong. A mum is a person who is never wrong & a mum is a person we should love for ever... Trust her, believe her & never doubt her...

* HAPPY MOTHER'S DAY! Think positive of your children will ease your pain and sorror....

* HAPPY MOTHER'S DAY! To all the wonderful mums I know. May Allah bless us all. May we be close knit with our loved ones always and even be united with them in Jannah in the after life. Amin... For now, enjoy special day. We deserve it!

* Dear mums... To be in your child's memory tomoorrow, be in their life's today. HAPPY MOTHER'S DAY!

Itu di antara beberapa ucapan yang umie terima, ada lagi tapi cukuplah dulu ya ;)







More about → Happy Mother's Day... ~ Selamat Hari Ibu~

The Keys To Your Life

Diposting oleh Unknown

The Keys to Your Life

Anything good in your life comes from your ability to play and be free.

The best way for you to solve a problem is to let go of it.

Anything bad in your life comes from fooling yourself or clinging to illusions.

Be strong enough to see the world clearly. Learn from your mistakes.

Hari ini fikiran rasa buntu sangat... macam biasa kalau dah buntu akan jawab mana-mana kuiz yang ada... Ini jwapan daripada jawapan kuiz yang dibuat... Good advice :)

More about → The Keys To Your Life