kari bebola ayam

Diposting oleh Unknown on Jumat, 07 Maret 2008


Resepi Cik Mat dari pelbagai idea
Semua sedap dan orangpun suka
Kari bebola ayam bila tak ada idea
Mudah tapi anak-anak umie suka


Kari bebola ayam ni umie buat sebab dah tak ada idea nak masak apa. Lagi satu anak-anak umie kalau umie masak yang mereka tak suka, nanti mereka makan sikit je... Jadi umie pun masakkan kari kesukaan mereka dengan bebola ayam yang mereka suka juga. Letakkan sedikit carrot di dalamnya... mudah je kan...

Resepinya: Sama je macam resepi kari ayam/daging yang umie letak di n3 yang ada dalam ni... cuma digantikan dengan bebola ayam/carrot saja...

More about → kari bebola ayam

Asam pedas bendi

Diposting oleh Unknown on Rabu, 05 Maret 2008





Gincu ween cantik warna merah saga
Orangnya manis belum lagi berpunya

Asam pedas kesukaan umie sekeluarga

Ikan tenggiri jadikan lauk di dalamnya


Asam pedas memang kami suka... kalau tak habis, umie panskan pastu cicah pulak dengan roti... errmmmm best!

Bahan

1/2 ekor ikan tenggiri - potong ikut suka
15 tangkai cili kering*
9 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 potong belacan*
4 - 6 batang daun kesum
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit air asam jawa
Garam/perasa secukupnya
7 batang sayur bendi


Cara

1. Blend semua bahan bertanda *
2. Ikan disiang dan dicuci bersih.
3. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan digiling halus hingga garing. Kemudian masukkan daun kesum. Kacau rata.
4. Masukkan ikan dan air asam jawa + aram/perasa.
5. Masak sampai mendidih dan baru masukkan sayur bendi


More about → Asam pedas bendi

Cheese cake

Diposting oleh Unknown


Umie ke FD MSjBox anak beranak
Singgah di tepi jalan beli rambutan
Cheese cake juga kesukaan anak-anak
Buat bila betul-betul ada kesempatan


Cheese cake memang kesukaan anak-anak umie cuma sekarang ini umie jarang buat sebab kemalasan yang melanda... hehehehehehe

Disebabkan dalam peti ais tu masih ada lagi cream cheese so umie buatlah juga cheese cake yang mudah- dibakar ;)


Bahan

500 gram keju
3 sudu besar jus oren
250 gram buter
6 oz gula halus
100 gram tepung gandum
4 sudu besar susu segar
4 biji telur


Cara

1. Pukul keju dengan gula selama 5 minit.
2. Masukkan butter pukul sampai berkrim, masukkan telur satu persatu
4. Masukkan tepung gandum berserta dengan susu sear dan jus oren.
5. Selepas adunan dicampurkan semua pukul hingga sebati.
6. Masukkan dalam ketuhar dan bakar hingga masak dalam suhu sederhana.

More about → Cheese cake

Kuih Keria

Diposting oleh Unknown on Selasa, 04 Maret 2008

Cempaka adrini umie dah kenal lama
Orangnya peramah pandai jaga diri
Kuih keria kuih tradisi bertahan lama
Dibuat santapan keluarga di petang hari


Kuih keria ini pun umie suka. Masa buat anak-anak dan hb makan panas-panas... memang best kan waktu petang ;)

Resepinya umie amek dari dapur CMG... sebelum tu umie dah bual-bual dengan CMG tentang kuih keria ni sebab umie nak buat tapi rasa MALAS je...

Bila terpandang ubi keledek yang terperuk kat atas cabinet dapur tu, akhirnnya umie kuatkan juga semangat untuk ke daput dan buat kuih keria ni. Cuma siranya tak berapa menjadi tapi anak-anak dan hb kata OK - sedap... yang penting habis!


Bahan

600 g keledek
1 camca teh garam
1 cawan tepung gandum + sedikit lagi tepung
1 camca teh baking powder
80 g gula pasir
1/4 cawan air

Cara membuatnya :-)

  1. Kupas keledek, potong kecil2 dan rebus dengan 1 camca teh garam hingga keledek empuk. Toskan dan lenyek hingga lumat. Masukkan 1 cawan tepung gandum dan baking powder, gaul rata hingga menjadi doh yang lembut.
  2. Jika terlalu lembut, tambah 1 - 2 camca besar tepung. Sapu tapak tangan dengan sedikit tepung. Ambil doh tadi (lebih kurang 35 g), bulat2 dan leperkan, cucuk bahagian tengahnya untuk membuat lubang. Kemaskan dan alih ke dalam loyang. Buat hingga siap.
  3. Panaskan minyak untuk goreng terendam, goreng dengan api sederhana kuih keria hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan, buat hingga siap.
  4. Alih minyak ke dalam bekas, dan dengan kuali yang sama, masukkan gula pasir dan 1/4 cawan air, masak hingga gula pekat, masukkan kuih keria tadi dan gaul rata2 hingga menyaluti kesemua kuih keria tadi.
  5. Kemudian boleh diangkat, bila sejuk kuih keria tadi akan "bersakar" dengan gula seperti gambar diatas...selamat mencuba!!

More about → Kuih Keria

Sayur campur

Diposting oleh Unknown on Senin, 03 Maret 2008


Retna suka jalan-jalan cari makan
Jalan-jalan ke Johor jumpa Kasawari
Sayuran campur mudah disediakan
Buat hidangan keluarga di tengahari





Bahan

200gm bunga kubis
1 biji lada benggala
1 batang lobak merah
1 bungkus pucuk jagung (baby corn)
5 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 sudu besar udang kering*
2 sudu minyak masak
garam/perasa secukupnya
Kicap cair secukup rasa

1 sudu besar sos tiram
3 sudu air



Cara

1. Sediakan sayur-sayuran - Basuh dan potong ikut suka.
2. Blend bahan-bahan*.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan blend*
4. Masukkan sos tiram dan kemudian masukkan 3 sudu air.
5. Masukkan sayuran dan kacau rata.
6. Tutup dan jangan sampai sayur terlalu empuk/masak


More about → Sayur campur

Best Friends Award ~ Thank You!

Diposting oleh Unknown on Sabtu, 01 Maret 2008


Edazman baru tadi chat dengan umie
Lepas tu dengan Cik Mat bercerita sakan
Award BFA ini umie dapat dari naomie
Hanya terima kasih saja dapat diucapkan


Terima kasih kak e ucapkan pada noamie kerana pemberian BFA yang begitu bermakna sekali buat umie :) Walaupun perkenalan dan kemesraan setakat ini hanya di alam maya tapi tetap bermakna seperti di alam nyata...

Seperti tradisinya award ini akan dipanjangkan perjalanannya... umie suka untuk berikan award ini kepada semua yang berkunjung ke sini... tak perlulah umie sebutkan nama satu-satu ya... selagi terpandang BFA di sini semasa bertandang, sudi2lah terima dan bawa pulang...

*** Kalau sempat umie singgah dan beritahu tentang award ini, kalau tak sempat umie minta maaf sebab tak dapat nak berikan secari peribadi sendiri-sendiri...


More about → Best Friends Award ~ Thank You!

Sushi

Diposting oleh Unknown


Lawa dah lama tak jalan-jalan ke mari
Petang Sabtu ni tak sangka Lawa tiba
Sushi makanan anak-anak umie gemari
Kalau ada yang suka nanti bolehlah cuba


Kebelakangan ini kesibukan bertambah menjadi-jadi... Hari ni ambil peluang untuk kemas kini entri :D Sekadar untuk menayangkan juadah untuk sabtu hari ini... Cuma sempat buat sushi untuk anak-anak umie ;)

* Resepi sushi sama je seperti yang pernah umie letakkan di n3 sebelum ini. Cuma kali ini umi buat yang bulat dan balutkan nori ditengah-tengah nasi...
More about → Sushi