Award ~ Thanks Fida ~

Diposting oleh Unknown on Selasa, 30 Juni 2009



Leyza masak sambal lada
Makan sama ikan tenggiri

Terima kasih kepada fida
Di atas award yang diberi
Hari ini tanggal 1 July 2009... Cepat sungguh masa berlalu! Hati menjadi semakin panic bila rasakan masa begitu cepat berlalu... Jadi takut... tak mungkin dapatbalik semula masa yang dah berlalu dan rasa seperti tidak mungkin juga akan dapat mengejar masa yang hanya tinggal beberapa hari saja sebelum December tiba...
Fida berikan 'award' ini kepada umie dan kebetulan tak ada apa-apa benda nak diupdate maka umie letakkanlah pemberian 'award' ini untuk n3 kali ini. Terima kasih ya...
More about → Award ~ Thanks Fida ~

My second attempt ~ Hadiah 3 tiers wedding cake ~

Diposting oleh Unknown on Sabtu, 27 Juni 2009

Kek ini umie buat sebagai hadiah kepada keluarga pengantin :)

KakChik sering buat kebajikan
Suaminya pula seorang pendidik
Kek perkahwinan umie buatkan
Untuk si pengantin dua beradik


Letak 2 patung pengantin seperti yang diminta oleh parents pengantin
sempena dua orang anak mereka yang bersanding

Hari sabtu, lepas mahgrib baru umie mula memikirkan design apa umie nak buatkan untuk kek perkahwinan yang telah umie janjikan sebagai hadiah. Ini merupakan kali kedua umie membuat wedding cake '3 tingkat' selepas buatkan untuk kali pertama pada majlis perkahwinan adik ipar umie tahun lalu. Umie bukanlah PRO yang boleh buat apa saja bentuk dan rupa makanya agak sukar untuk umie fikirkan cara untuk menghasilkan kek yang dapat memuaskan hati. Akhirnya umie buatlah yang ringkas tetapi masih lagi berlatarkan 'tema majlis perkahwinan' yang akan diadakan.



Tema perkahwinan yang akan dibuatlah ialah warna SILVER, puas umie fikirkan bagaimana cara untuk menghidupkan penampilan kek yang akan umie buat mengikut tema. Mula-mula umie nak gabungkan warna putih dan bunga roses BC warna kelabu tetapi seperti tidak naik serinya. Akhirnya umie beli ribbon silver dan bunga plastik putih dan digabungkan kedua-duanya sebagai hiasaan di atas kek. Papan alasnya pula umie letakkan renda-renda silver supaya 'naik seri' kek yang deconya umie buat simple.
Harap parents pengantin dan pengantin akan berpuashati dengan hadiah yang diberikan :)
* umie tak gamak nak minta bayaran apabila ada yang minta umie buatkan kek sebab itu umie anggap sebagai hadiah sahaja ;)
More about → My second attempt ~ Hadiah 3 tiers wedding cake ~

Latihan...

Diposting oleh Unknown on Jumat, 26 Juni 2009


Barangan lynn jual banyak pilihan
Ada juga barang unutk hiasan teras
Kek ini saja dibuat sebagai latihan
Bagi lembutkan tangan yang keras


Tengah malam (dah hari sabtu pun) umie bakar beberapa biji kek untuk kek kahwin yang umie janjikan bagi majlis perkahwinan anak kak Nah. Ada 3 biji kek lebih daripada kek yang diperuntukkan, maka umie jadikan sebagai latihan... tak pas-pas lagi menghasilkan bunga roses yang cantik :(

Kek di atas ini percubaan umie untuk buat roses bagi diletakkan di atas kek kahwin yang akan dibuat namun tidak ada keyakinan sebab nampak seperti 'tidak menjadi' maka deco untuk kek kahwin itu telah diubah mengikut tema majlis perkahwinan iaitu SILVER :) Kek kahwinnnya nanti umie letakkan ya sebab gambar keknya tak ada... kena pergi ke majlis perkahwinannya dulu baru boleh ambil gambar :p


More about → Latihan...

Chiku ~ macam-macam gaya tidur ~

Diposting oleh Unknown on Rabu, 24 Juni 2009


Emas 24K tekor ida isk disadur
Tambah cantik bila kena cahaya
Sungguh lenanya Chiku tertidur
Tidak sedar dibuat pelbagai gaya


Chiku... kucing sulung kami yang tidak suka dipegang-pegang. Seperti kucing yang lain, Chiku juga akan tidur di atas katil. Cuma Chiku jika ada penghuni lain di atas katil, Chiku akan tidur di hujung atau di tepi birai katil. Mungkin kerana Chiku tidak selesa kalau dirinya dihimpit atau terhimpit hehehehehe :D


Pada masa ini, tidak ada sesiapa yang tidur, maka Chiku bolehlah tidur dengan lena tanpa diganggu atau terganggu. Disebabkan tiada gangguan Chikut tidur dengan lenanya dan dengan pelbagai gayanya... Lucu pula melihatkan gaya Chiku tidur... Mula-mula mengiring, kemudian menggulung dan akhirnya melentang :D

* Agaknya apalah yang Chiku mimpikan tu ya... Kucing pun mimpi juga ke?


More about → Chiku ~ macam-macam gaya tidur ~

Menang membeli - menang memakai

Diposting oleh Unknown on Selasa, 23 Juni 2009


Mak Yah makan sop dengan bihun
Makan bersama dengan Along Mat
Sandal umie hampir sepuluh tahun
Kini riwayatya sudah hampir tamat


Hari ini ingin bercerita tentang sandal yang penuh berjasa. Sudah/hampir sepuluh tahun sandal ini bersama umie. Masa umie beli dulu harganya dalam 2-3 ringgit sahaja. Masa tu Kakak masih kecil dan si Baby belum ada rasanya (Baby pun sekarang dah darjah 5) Sandal ini umie gunakan untuk ke bilik air atau untuk berwudhuk tetapi ada masanya umie pakai ke mana-mana bila umie terlupa nak gantikannya.

Setelah sekian lama sandal ini berjasa dengan umie, riwayatnya sudah hampir tamat :( sandal ini sudah putus jalinan di atasnya atau sudah terkoyak. Kalau nak gunakan lagi, memang masih boleh tetapi jika ada orang yang nampak umie masih memakainya, sudah pasti akan ada yang salah anggapan... mungkin ada yang beranggapan umie ini begitu da'if atau paling teruk akan ada yang mengata umie ni kedekut atau tangkai jering!

Sebenarnya bukan tak ada sandal lain yang boleh digunakan tetapi umie rasa selesa sangat menggunakannya dan rasa amat sayang untuk membuangnya... Sudah berapa kali umie cuba membuangnya tetapi tidak sampai hati, umie ambil kembali dan letak di belakang pintu semula... Tadi pagi umie dah nak buang, tak jadi juga... Akhirnya umie ambil gambar sandal ni untuk kenangan umie...

Tidak sampai hati rasanya nak membuang benda yang disayang... perangai umie yang sebegitu membuatkan rumah umie dah macam 'entah apa rupanya'... tak ada tempat lagi nak simpan... seperti kata my darling hb - semua umie nak simpan dan jadi sampah : kesimpulannya (yang umie buat sendirilah) umie suka simpan sampah :-S hehehehehehe

* Bagi kawan-kawan yang koleksi barang-barang lama dan antik, agak-agaknya sandal umie ni termasuk dalam kategori mana ya??? :D
More about → Menang membeli - menang memakai

Yang mana satu?

Diposting oleh Unknown on Senin, 22 Juni 2009


Bila berjanji jangan jam karet
Itu istilah Indon akan waktu
Dua tiga ekor kucing berderet
Mahzuz pula yang mana satu
Umie nak bercerita sikit tentang Mahzuz yang bertambah nakal sekarang ini! Kalau pasal bermain memang tidak boleh dikata apa-apa... memang lincah! Disebabkan Mahzuz dalam tahap perkembangan yang suka bermain makan segala apa yang dia nampak akan menjadi mainannya...
Kalau dulu Chiku banyak mememcahkan perhiasan umie (sampai habislah hiasan di birai tingkap dapur umie dipecahkannya) kali ini Mahzuz pula mewarisi kenakalan Chiku. Habis barang-barang perhiasan umie dipecahkan kerana dia suka melompat dan menjatuhkan benda. Kalau benda yang dijatuhkan itu bukan kaca atau tidak pecah maka dia akan terus bermain tetapi kalau benda itu pecah, Mahzuz akan terpinga-pinga sebentar :D
Kadang-kadang geram juga dengan si Mahzuz ni tetapi apa nak dikata, benda dah berlaku dan dah pun pecah... marahpun tak guna lagi... Sekarang ini, umie terpaksa turunkan pasu-pasu bunga atau hiasan kaca di atas meja untuk mengelakkan Mahzuz terus memecahkannya. Ada anak kucing, sama juga macam ada anak kecil... awal-awal perkembangan/pembesaran mesti ada yang pecah... sementara dia nak faham bahawa bukan semua benda boleh dibuat main...
Gambar yang umie letak di atas, gambar Mahzuz duduk berehat di celah-celah susunan kucing-kucing mainan si Kakak. Mula-mula tu malas nak pedulikan dia sebab hati tengah marah dia baru pecahkan barang umie tetapi bila tengok telatah dia seperti ketakutan hendak melarikan diri dari kena marah dengan umie, hati pun jadi sejuk...
* Nasib baik mata dia bersinar kena flash camera, kalau tak pasti ingatkan dia salah satu daripada kucing-kucing mainan tu kan...
More about → Yang mana satu?

Ikan KK bersambal

Diposting oleh Unknown on Minggu, 21 Juni 2009


Ada barang kak Ina nak beli
Bila di kedai semuanya mahu
Di Kota Kinabalu ikan dibeli
Tapi namanya tidaklah tahu
Ikan ni umie masak beberapa hari lalu tapi tak berkesempatan untuk dibuat tayangan :P hehehehe. Ikan ni umie beli semasa pergi ke KK hari tu. Masa beli ikan ni memang fresh tapi tak sempatlah nak masak pada masa itu juga (umie kan dah jarang masak) maka ikan-ikan yang dibeli tersimpan dalam freezer begitu saja sehinggalah umie berpeluang untuk memasaknya :-S
Ikan ini umie tak tahu namanya sebab umie akan beli ikan yang tak ditemui atau sukar didapati di pasar kat sini. Ikan ini memang tak nampak di pasar kat sini, maka umie pun beli dan sebab tak tahu namanya maka umie panggil ikan KK je lah hehehehehe . Kawan umie yang tinggal di KK kata dia pun tak pernah beli ikan tu :D
Rasa ikan ini kira ok lah juga. Isinya agak kasar dan padat. Sisiknya besar-besar tetapi telah disuruh bersihkan sebelum umie bawa pulang. Ikan ini umie goreng dan dicurahkan sambal tumis di atasnya sebab hb dan anak-anak suka masakan simple begitu. Cara masa sambal ikan ni sama macam cara umie masak sambal tumis ikan bilis, udang dan sotong - cuma yang ini sambal tumis kosong dan dicurahkan atas ikan yang telah digoreng.
More about → Ikan KK bersambal