Yang mana satu?

Diposting oleh Unknown on Senin, 22 Juni 2009


Bila berjanji jangan jam karet
Itu istilah Indon akan waktu
Dua tiga ekor kucing berderet
Mahzuz pula yang mana satu
Umie nak bercerita sikit tentang Mahzuz yang bertambah nakal sekarang ini! Kalau pasal bermain memang tidak boleh dikata apa-apa... memang lincah! Disebabkan Mahzuz dalam tahap perkembangan yang suka bermain makan segala apa yang dia nampak akan menjadi mainannya...
Kalau dulu Chiku banyak mememcahkan perhiasan umie (sampai habislah hiasan di birai tingkap dapur umie dipecahkannya) kali ini Mahzuz pula mewarisi kenakalan Chiku. Habis barang-barang perhiasan umie dipecahkan kerana dia suka melompat dan menjatuhkan benda. Kalau benda yang dijatuhkan itu bukan kaca atau tidak pecah maka dia akan terus bermain tetapi kalau benda itu pecah, Mahzuz akan terpinga-pinga sebentar :D
Kadang-kadang geram juga dengan si Mahzuz ni tetapi apa nak dikata, benda dah berlaku dan dah pun pecah... marahpun tak guna lagi... Sekarang ini, umie terpaksa turunkan pasu-pasu bunga atau hiasan kaca di atas meja untuk mengelakkan Mahzuz terus memecahkannya. Ada anak kucing, sama juga macam ada anak kecil... awal-awal perkembangan/pembesaran mesti ada yang pecah... sementara dia nak faham bahawa bukan semua benda boleh dibuat main...
Gambar yang umie letak di atas, gambar Mahzuz duduk berehat di celah-celah susunan kucing-kucing mainan si Kakak. Mula-mula tu malas nak pedulikan dia sebab hati tengah marah dia baru pecahkan barang umie tetapi bila tengok telatah dia seperti ketakutan hendak melarikan diri dari kena marah dengan umie, hati pun jadi sejuk...
* Nasib baik mata dia bersinar kena flash camera, kalau tak pasti ingatkan dia salah satu daripada kucing-kucing mainan tu kan...

{ 0 komentar... read them below or add one }

Posting Komentar