Kau pergi jua ~ Jess ~

Diposting oleh Unknown on Selasa, 09 Juni 2009



Cantik pemandangan di sawah padi
Ambil gambar jangan sembarangan
Jess kami kini telah kekal bersemadi
Kepada kami ditinggalkan kenangan


Jess, salah satu kucing yang menjadi penghuni di rumah kami dan kisahnya umie telah letakkan dalam n3 bulan lalu telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya... Jess telah meninggal semasa kami bercuti (1-8 June) dan kami amat sedih kerana Jess tidak menunggu kepulangan kami :(


Sepanjang kami bercuti, adik umie (mak busu) telah berbaik hati untuk menguruskan kucing-kucing yang terpaksa ditinggalkan. Si kakak terus berpesan supaya umie bertanyakan khabar kucing-kucing dari mak busu. Semasa awal percutian kami, Jess tidak menampakkan sebarang masalah. Menurut mak busu, dia makan seperti biasa cuma dia hanya mau makan 'wet food' dan mak busu memberikan makanan yang memang telah disiapkan beberapa tin khusus untuknya.


Menurut mak busu yang tolong menjaga kucing-kucing umie, pada hari sabtu yang lalu (6 June 2009) tiba2 Jess menjadi lemah, jalan juga tidak bermaya. Mak busu cuba berikan makanan kepadanya tetapi dia tidak berselera. Akhirnya mam busu mengambil keputusan untuk balik ke kampung dan bawa bersamanya. Jess telah dirawat oleh mak busu namun Jess telah meninggalkan dunia pada keesokkannya (ahad - 7 June) pada pukul 5.45 petang :((


Jess telah dikebumikan di kampung (Port Dickson), apa yang sedihnya, gambar Jess tidak dapat dirakam :(( sebab biasanya bila kucing umie meninggal dunia, kami akan merakamkan gambar untuk kenangan akhir :(( Walaupun begitu kami tetap bersyukur kerana Jess meninggal dunia dalam pemerhatian mak busu dan anak-anak saudara umie. Malah Jess dijaga dan dibelai sehingga nafasnya yang akhir :(


Pada masa umie menulis n3 ini, hati umie begitu hiba sekali bila mengenangkan kucing-kucing umie yang telah meninggal dunia. Seperti Jess juga, mereka meninggal dunia ketika umie tiada di rumah seperti Flero, Kitty, dan Lucky. Mungkin ada baiknya juga sebab jika tidak, sudah pasti akan riuh rendah dengan tangisan anak-anak. Malah mereka akan terus menangis berhari-hari :((


Pemergian Jess sudah dijangkakan kerana Semasa umie bawa Jess beberapa kali berjumpa doktor haiwan, pada salah satu pertemuan untuk mendapatkan rawatan, Jess telah disuspek menderita cancer tetapi doktor haiwan tersebut minta umie rujuk ke UPM kerana di kliniknya tiada kelengkapan yang cukup. Umie telah merancang akan bawa Jess ke UPM setelah pulang dari bercuti, ternyata rancangan untuk membawa Jess untuk rawatan pakar di UPM tidak kesampaian :(


Semoga Jess tenang di sana... kami redha dengan pemergiannya kerana selama ini kami tidak sanggup melihatkan badannya yang kurus dan seperti tidak bermaya (walaupun selera makannya begitu tinggi) Jess akan tetap dalam kenangan...

{ 0 komentar... read them below or add one }

Posting Komentar