Itni demam lagi.... :(

Diposting oleh Unknown on Rabu, 06 Agustus 2008


Terserempak si dia Ween tergamam
Semuanya berlaku tidaklah terduga
Sekarang ini memang musim demam
Bukan orang je kucing pun kena juga


Kesian kat Itni sebab dia demam lagi... Itni memang jenis yang diam saja, jadi bila demam dia akan menjadi lebih pendiam... susah hati juga melihatkan Itni tidak lalu makan... Seperti biasa umie akan menyuruh kakak memberikan ubat kepada Itni tapi Itni memang cerdik, dia akan simpan ubat di dalam mulutnya, umie ingatkan ubat dah ditelan, bila lepaskan je dia, dia terus keluarkan....

Kucing pun takut dan tak suka makan ubat... Harap Itni akan cepat sembuh sebab umie risau juga bila melihat 'anak-anak' umie demam begini...




More about → Itni demam lagi.... :(

Real cups cake

Diposting oleh Unknown

Cawan ini penuh kenangan sebab ia merupakan 'dinner set' (Mikasa) pertama yang umie beli

Shai bersiar ke Indera Kayangan
Singgah di gerai membeli kentang
Kek di isi dalam cawan kenangan
Untuk hidangan minuman petang


Kek ini merupakan bancuhan dari ready sponge mix je... Sesiapa yang nak buat kek cawan seperti ini bolehlah beli sponde mix di supermarket atau di kedai jual bahan kek ;)

* Pastikan cawan yang digunakan merupakan jenis tahan panas atau yang sesuai untuk oven

More about → Real cups cake

Kakak melukis Envi

Diposting oleh Unknown on Senin, 04 Agustus 2008


Ummi Budiman rajin buat kaya
Kaya dibuat khas untuk ibunnya

Kakak lagi ada mood nak berkarya

Si Envi pula jadi model lukisannya



Kakak memang suka melukis, dari kecil dia akan melukis apa saja yang dia suka. Masih ada lagi lukisannya yang umie simpan dan framekan sebagai kenangan. Hingga sekarang juga dia suka melukis cuma ikut mood dialah... Masa mood baik apa saja pun menjadi bahan untuk dia duduk melukis...



Si Envi pula sedang tidur dengan lenanya... Masa inilah kakak ambil peluang untuk melukis gambar Envi yang kalau dalam keadaan sedar, sudah pasti sukar melukis gambarnya. Envi jenis tidak tahu diam... aktif sungguh...



Inilah hasil gambar lukisan yang kakak dah siap melakar... ini baru lakaran saja... entah bilalah nak siap sepenuhnya...

More about → Kakak melukis Envi

Bubur kacang durian

Diposting oleh Unknown on Kamis, 31 Juli 2008


Cik Mat hidangkan mee suah
Rajin memasak juadah harian

Sekarang ini kan musim buah
Bubur kacang pun letak durian


Durian dari kebun yang dibekalkan oleh adik semasa balik ke Melaka


Sekarang ini kan musim buah, macam-macam buah ada... Minggu lalu umie balik Melaka menziarah abang yang dimasukkan ke hospital. Pulang dari ziarah abang, umie singgah di rumah adik. Lama jugalah tidak ke sana, sehinggakan buah pun dah 'di hujung-hujung' :p

Ada rezeki jualah nak merasa durian dari kebun sebab adik umie simpankan mana yang ada bila tahu umie akan ke sana. Buah manggis, rambutan dan duku langsat memang masih banyak cuma tak larat je nak punggah bawa balik hehehehhe

Bila musin buah terutamanya durian, macam-macam juadah dihidangkan berkaitan dengan durian, salah satunya bubur kacang... Senang je nak buatnya tapi umie letak jugalah resepinya di sini, mana tahu esok-esok anak umie nak buat sendiri :D


Bahan

500 gm kacang hijau
250 gm gula merah atau gula melaka
1 liter santan kelapa
2 helai daun pandan
Sedikit garam
Isi durian - ikut suka banyak


Cara

1. Bersihakan dan rendam kacang hijau lebih kurang 2 jam
2. Rebus kacang hijau sampai lembut
3. Masukkan gula merah atau gula melaka dan sedikit garam
4.
Masukkan santan bersama daun pandan
5. Masukkan durian/isi durian dan masak hingga mendidih
More about → Bubur kacang durian

Tag ~ Thanks Naz! ~

Diposting oleh Unknown

Chiku sedang tidur dengan lenanya mendakap erat Pooh :) ermmm cute kan!

Senyuman si Ryan buat wajah berseri
Begitu juga manis senyuman Angriani
Terima kasih naz kasikan bahan entri
Jadinya bolehlah kak e update blog ini


1. Nama-nama timangan oleh orang tersayang

* siapa dia orang tersayang tu eekkk??? ( Soalan kabur :p sebab banyak kategori 'orang tersayang' so umie tak jawablah hehehehehehe )


2. Anda seorang yang...

* HAPPY GO LUCKY :D hehehehehe (Life is short so enjoy your life... )


3. Insan teristimewa. describe apa yg membuatkan dia terlalu istimewa di mata anda.

* Dia seorang yang penyabar! (Sabar dengan perangai umie yang... hehehehehehe )


4. Makanan favourite anda

* Banyaklah juga... Tapi kalau makan nasi campur, hari-hari lauk asam pedas pun tak apa hehehehehehe


5. Favourite color

*Hijau, kuning dan hitam


6. Favourite song

*Lagu-lagu yang evergreen dan lagu2 yang nostalgik :D

Antaranya...

Without You - Air supply

I dont want to talk about it - Rod Stewart

When I need you - Leo sayer

Hello - Lionel Ritchie

Right here waiting - Richard Marx

Nothing can cahnge my love for you - George Benson

Everything i do, i do it for you - Bryan Adams

Careless whisper - George Michael

I don't like to sleep alone - Paul Anka


~ banyaklah lagi :p cukuplah tu kan... nostalgic!


7. Sikap yg membuatkan anda stress

* Orang yang tak tahu menghormati orang lain, sombong tak bertempat, tak tau menghargai kebaikan orang...


8. 3 bende yg mesti ade dalam handbag anda

* Kunci, hand phone, dokumen (lesen, ic, cards)


9. kali terakhir anda menangis beriya-iya..kenapa

* Kematian kucing... hehehehehehe


10. tag 5 rakan anda

* Nak tag sapa eekkkkk????


~ sesiapa yang beri komen di sini, silalah jwab tag ni ok heheheheheh Pleaseeeeeeeeeee :D and Thank you! :-*


More about → Tag ~ Thanks Naz! ~

Happy Birthday Buat Kekanda ( Mamok)

Diposting oleh Unknown on Senin, 28 Juli 2008


Shaira dan Ted suka bercanda
Buat orang jadi tertanya-tanya
Happy Birthday buat kekanda
Iringan doa kupohon dari Nya
Happy birthday buat kekanda yang menjadi teman bercerita dan ke mana-mana... Semoga Allah lanjutkan usia dan memberikan kesihatan yang lebih baik sehingga dapat beribadah dengan lebih sempurna...
More about → Happy Birthday Buat Kekanda ( Mamok)

Carlifornian Roll

Diposting oleh Unknown


Erina memang peminat sushi
Jika boleh nak makan hari-hari
Carlifornian roll ini sejenis sushi
Ada masa bolehlah buat sendiri

Anak-anak umie memang suka sushi tapi mereka 'macam tak boleh masuk' sushi yang dijual di luar. Pelik juga kan... Jadinya kalau teringin nak makan sushi kenalah buat sendiri. Malah anak-anak umie dah boleh buat sendiri dari memasak nasi sampailah menggulung.

Anak-anak umie suka juga carlifornian roll sebab katanya macam makan 'nasi yang digulung' hehehehehe (dah melayu tu melayu jugalah.... mana puas makan yang kecil-kecil cam sushi tu) sebab tu suka carlifornian roll yang sekali makan pun boleh setengah kenyang :D

Sesiapa yang nak cuba, bolehlah lihat resepi sushi yang ada di sini cuma cara menggulungnya saja berbeza. Carlifornian roll ini lebih mudah sebab digulung dalam bentuk 'cone' sahaja... Selamat mencuba kepada peminat sushi...
More about → Carlifornian Roll