Birthday Card From Adlin@Baby@Bubble

Diposting oleh Unknown on Senin, 31 Maret 2008

Muka depan kad

Bahagian depan kad - boleh dibuka

Bahagian dalam kad (kiri)

Bahagian dalam kad (kanan)

Bahagian belakang kad

Combi kini berada nun jauh di Sabah
Hati gembira walaupun mana berada
Ulang tahun makna umur bertambah
Umur berubah tapi jiwa tetap muda


Tanggal 1 April sering diingati kerana "April's Fool!" yang sering 'dikenakan' kepada seseorang... Hari ini merupakan hari Ulang Tahun umie. Kebetulan pula hari ini cikgu tuition kakak (anak sulung umie) telefon memberitahu bahawa kelas tution tidak ada kerana guru yang mengajarnya tidak sihat TETAPI anak umie menyangkakan ia hanyalah "April's Fool!" yang umie akan kenakan dia hehehehehhehe Sampai begitu sekali... :D

Sempena ulang tahun umie, Baby telah memberikan kad yang dia buat sendiri. Setiap tahun pasti ada 'hand made' kad darinya. Kali ini dia hanya membuatnya di atas kertas biasa yang nipis saja namun begitu bermakna kerana selain dari Baby, imagenary friends Baby turut menandatanganinya :D hehehehehehe Baby ada banyak 'kawan khayalan' yang menjadi temannya... :S


Umie juga mengucapkan terima kasih di atas ingatan dan ucapan yang diberikan oleh kawan-kawan di sini... Ingatan dan ucapan kalian semua amat bermakna buat umie :)
More about → Birthday Card From Adlin@Baby@Bubble

Birthday cakes buat teman

Diposting oleh Unknown on Minggu, 30 Maret 2008


Intan bawa anak-anak ke taman
Anak-anak pula berlari-lari suka
Sempena ulang tahun dua teman
Kek ini umie buat untuk mereka


Sempena ulang tahun dua orang teman, umie buatkan kek yang simple saja... nak deco cantik-cantik macam orang lain umie tak pandai... jadi buatlah mana-mana yang boleh je... Buat Norida, umie letakkan roses yang segera dan letak icing guna star nozzle je. Buat Dr. Misran pula, umie tanya kepada isterinya, apa yang dia suka, jadi buatkan gambar tennis court dan reketnya sebab itu permainan suka yang disuka...

More about → Birthday cakes buat teman

Nasi daging

Diposting oleh Unknown on Sabtu, 29 Maret 2008


Pak Brahim pancing ikan siakap
Cik Mat masak dengan jelatah
Nasi daging menu yang lengkap
Makannya bersama acar mentah

Nadi daging ni pun senang juga disediakan cuma ambil sikit masa untuk mengempukkan dagingnya saja. Sebelum ini umie pernah kasi resepinya kepada Shah @ superman dan Shah kata dah cuba membuatnya. Nasi daging ini mungkin tak sama macam nasi daging yang sedia ada sebab umie dah ubah suai ikut selera...


Bahan

5 cawan beras Basmathi

1/2 kilo daging

2 biji kentang - kupas dan potong 4

1 biji carrot - kupas dan potong kasar

1 sudu rempah sup

1 bungkus besar rempah kurma

1 inci halia

1 biji bawang besar

5 ulas bawang putih

2 sudu makan minyak sapi

rempah menumis - pelaga, cengkih etc

1 cawan susu cair (nanti campur dengan 4 cawan air rebusan daging)

sedikit garam/ perasa

*blend semua bawang+bawang putih+halia

Cara

  1. Rebus daging bersama rempah sup bunjut Adabi dan sedikit garam.
  2. Pastikan daging empuk. Simpan air rebusan daging untuk masak nasinya.
  3. Basuh beras dan toskan.
  4. Panaskan minyak dan tumis 1/2 bahan blend* sehingga naik bau dan masukkan rempah kurma. Masukkan daging yang telah diketepi (airnya diambil utk masak nasi) dan masukkan carot serta kentang - masak hingga empuk dan ketepikan
  5. Panaskan minyak sapi dan rempah menumis (kulit kayu manis,buah pelaga etc) dan dikuti dengan 1/2 lagi bahan yang dah diblend didalam periuk nasi hingga naik bau.
  6. Masukkan beras dan kacau sekejap.
  7. Masukkan air rebusan daging. (Pastikan air rebusan daging yang dimasukkan ikut sukatan beras iaitu 4 cawan beras+ 1 cawan susu cair+garam) atau ikut kesesuaian beras yang digunakan.
  8. Bila beras sudah agak kembang jangan lupa kacau supaya nasi sebati dan biarkan nasi kering.
  9. Bila nasi sudah kering, masukkan tumisan daging ke dalam periuk nasi dan kacau supaya agak bercampur dan biarkan hingga nasi betul2 masak.

More about → Nasi daging

Nasi sardin ikan goreng - Cat Food

Diposting oleh Unknown on Jumat, 28 Maret 2008


Jewel-jewel di N3 nya TokNabe paparkan
N3 Mat udang yang Pak Brahim pancing
Hidangan ringkas 2 minit boleh siapkan
Nasi sardin ikan goreng untuk si kucing


Hari ini kak e masak jugalah untuk anak-anak sebab hari sabtu semua ada di rumah... Kak e masak lauk kesukaan si Baby @ Adlin @ Bubble dan juga lauk kesukaan Adik... Belum sempat nak letak di N3 sebab gambar belum dapat dipindahkan dari memory card camera cik abe sayang umie tu...

Oleh sebab umie ada sikit masa untuk mengadap computer, jadi umie letakkan saja resepi yang umie dah siapkan lebih awal untuk kucing-kucing umie tersayang... Sapa-sapa yang ada kucing bolehlah try ;) Cuma macam umie sebutkan sebelum ini, selera kucing tak sama tapi apa salahnya mencuba...

Sebenarnya umie nak buat cookies untuk kucing-kucing umie tapi tak berkesempatan... bila-bila sempat umie akan share di sini... Untuk resepi nasi sardin ikan goreng ni pula mudah saja...

Bahan

1 mangkok nasi
1/2 tin makanan basah - perisa sardin
Beberapa keping ikan

Cara
1. Goreng ikan sehingga kekuningan - ketepikan
2. Gaul nasi dan sardin tadi hingga rata
3. Hiaskan dengan ikan yang telah digoreng

*** sure kucing akan makan ikan tu dulu kan... hehehehehhe :p
Gaul


More about → Nasi sardin ikan goreng - Cat Food

Happy BDay (Joe's birthday & 5th months blog's day)

Diposting oleh Unknown on Kamis, 27 Maret 2008


Pendekar meniup wisel memberi signal
Supaya Khal boleh cepat seberang jalan
Hari ini hari lahir Joe yang kak e kenal
Bersamaan juga blogday yang ke-5 bulan



Hari ini cukup 5 bulan kak e ada blog sendiri :) Sebelum tu cuma blog-hopping dan lepak kat blog kawan-kawan sahaja... lima bula tapi rasa macam dah lima tahun, kadang-kadang sempat bersawang 'dapur siber' kak e ni kerana tak sempat nak update n3!

Hari ini juga ulang tahun Joe, seorang adik yang kak e kenali beberapa tahun yang lalu, kak e ingin mengucapkan Selamat Hati Lahir... Semoga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa dirahmati oleh Allah SWT...

In soft gleaming night of stars may all your dreams come true
May every star of every night bring love and joy to you
Let Allah decorates each golden ray of the sun reaching you
With wishes of success, happiness and prosperity for you


Kak e & family wish you

A super happy birthday to you!!!




More about → Happy BDay (Joe's birthday & 5th months blog's day)

Ayam Golek Rosemary

Diposting oleh Unknown


Program abang Budin dijadikan tayangan
Kisah menarik tentang Dunia punya cerita
Ayam golek rosemary dijadikan hidangan
Istimewa buat santapan keluarga tercinta


Ayam golek??? Kenapa ya dipanggil begitu? errmmmm dah tentu kerana ayam tu tergolek-golek dalam pinggan setelah dipanggang :p

Anak-anak memang suka menu ini tapi umie jarang berkesemptan untuk membuatnya kerana sibuk dengan aktiviti lain yang ada...

Bila ada peluang tu, buat jugalah untuk mereka... makan macam tu je pun ok... ikutlah selera masing-masing macam mana cuma masa masak ni umie jodohkan dengan nasi jagung...

Bahan

1 ekor ayam (sederhana besar)
1 sudu besar ketumbar serbuk
1 sudu besar jintan serbuk
1 biji bawang besar*
5 ulas bawang putih*
2 cm halia*
1 batang serai*
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar madu
1 sudu besar kicap manis/masin
1 sudu besar butter/margerin
1 sudu besar rosemary kering
Garam/perasa secukupnya


Cara

1. Bersihkan ayam dan biarkan seekor.
2. Blend bahan bertanda * dan campurkan bahan-bahan yang sudah diblend bersama ketumar dan jintan serbuk, sos tiram, madu, kicap manis/masin, garam/perasa dan butter/margerin.
3. Perapkan ayam dengan campuran rempah tadi selama kurang-kurang 2 jam (atau lebih).
4. Masukkan ayam telah diperap dalam kaserol dan taburkan rosemary kering.
5. Bakar dalam api perlahan hingga ayam empuk.




More about → Ayam Golek Rosemary

Nasi jagung

Diposting oleh Unknown on Rabu, 26 Maret 2008


Kak Norza hebat tiada tandingannya
Bersama bro e sentiasa sahaja mesra
Nasi jagung mudah saja membuatnya
Rasanya memang sedap tidak terkira

Anak-anak umie tak berapa gemar makan sayuran yang dimasak tapi kalau sayuran mentah @ salad mereka suka... Supaya agak seimbang hidangan untuk mereka jadi nasi jagung dimasak. Mereka makan lah pulak... cuma tak bolehlah nak masak hari-hari sebab mereka akan jadi muak...

Bahan

4 cawan beras basmathi (ikut suka - beras apapun boleh)
4 cawan air (ikut jenis beras yang digunakan)
1 biji bawang besar*
3 cm halia*
5 ulas bawang putih*
3 sudu minyak sapi
1 helai daun pandan
2 cawan jagung dalam tin (toskan airnya)
Bahan penumis secukupnya (cengkeh, pelaga etc)
garam/perasa secukup rasa


Cara

1. Cuci beras dan toskan.
2. Blend bahan bertanda*
3. Panaskan minyak sapi dan tumiskan bahan penumis dan bahan-bahan yang telah diblend sehingga kuning keemasan/naik baunya.
4. Campurkan beras, jagung, daun pandan, garam dan air secukupnya.
5. Biarkan masak seperti biasa.

* Kacau nasi semasa air nasi hampir mengering supaya bahan dan jagung tegaul rata.

More about → Nasi jagung