Selamat Menyambut Hari Raya & Selamat Tinggal Ramadhan :(

Diposting oleh Unknown on Sabtu, 19 September 2009


Inahar membuat serikaya
Untuk diberi kepada rakan
Esok kita sambut hari raya
Pakaian sudah disediakan

Hari ini merupakan hari terakhir kita berpuasa. Ramadhan akan ktia tinggalkan dengan penuh kesedihan dan keinsafan. Semoga Ramadhan ini memberikan pelbagai nikmat dan ganjaran sebagai bekalan di alam yang kekal abadi... Esok pula kita semua akan menyambut hari raya. Pada masa ini sudah banyak rakan-rakan yang telahpun sampai ke kampung halaman. Semoga semuanya akan selamat sampai ke destinasinya dengan sejahtera.

Persiapan hari raya terutamanya pakaian sudah tentu telah disiapkan. Jika belum, hari inilah merupakan hari untuk membeli dan melengkapkan mana-mana yang dirasakan kurang. Tahun ini, tema pakaian raya umie sekeluarga ialah 'kehijauan'. Dari dulu-dulu lagi, setiap tahun kami akan berpakaian sedondon.

Gambar di atas, merupakan baju ayah yang telah disiapakn. Bersama baju ayah itu adalah baju-baju 'anak-anak bulu' umie. Pakaian mereka juga disesuaikan warnanya - sepadan dengan warna baju ayah.

Esok kami semua akan berpakaian sedondon dan umie akan merakamkan gambar setiap daripada 'anak-anak bulu' umie dengan pakaian raya mereka ;)

*Selamat bergembira ya...


More about → Selamat Menyambut Hari Raya & Selamat Tinggal Ramadhan :(

Biskut Arab Susu

Diposting oleh Unknown on Rabu, 16 September 2009

Watie bersiap untuk lebaran
Semua diperiksa berkali-kali
Biskut Arab jadi kegemaran
Diubah sesuai dari yang asli
Tahun ini merupakan TAHUN PALING MALAS kerana buat biskut raya pun se-ala kadar sahaja. Biskut Arab ini merupakan kegemaran kak e, jadi kak e pun buatlah sekadar memenuhi peruntakan yang telah dicadang.
Resepi biskut Arab ini senang dan umie ubah sesuai mengikut resepi lain. Sesiap nak mencubanya bolehlah ya...
Bahan
250gm minyak sapi
250gm gula halus
500gm tepung
Penyalut:
2 sudu besar tepung susu
1 sudu besar gula icing
* Gaul sebati kedua-duanya (untuk disalut ke atas biskut)
Cara
1. Campur minyak sapi dan gula - kacau sebati
2. Masukkan tepung dan uli hingga menjadi doh yang lembut
3. Buat bulat-bulat (ikut suka) dan letak dalam loyang atau letak dalam mangkuk kertas
4. Bakar hingga masak/kekuningan
5. Bila sudah hampir sejuk, gaulkan dengan tepung susu+gula
More about → Biskut Arab Susu

Berjaya Juga Akhirnya!

Diposting oleh Unknown on Selasa, 15 September 2009

Agar impian jadi kenyataan
Siang-malam Anna berjaga
Usaha itu tangga kejayaan
Akhirnya ia berjayalah juga



Salam... banyak betul pertandingan yang dilakukan dalam blog-blog dan umie turut sertai tapi malang tidak satupun yang berjaya menjadi atau rezeki memihak kepada umie. Pertandingan seumpama ini pernah dibat oleh Kak Jun di Cupcakekasih dan umie berharap sangat akan menang. Tiap-tiap hari umie masuk ke blognya dengan harapan akan menjadi pengunjung bertuah tetapi tidak berjaya :(
Hari ini, lepas subuh tadi, singgah di bloh sI tEDI dan seperti sudah kemestian menziarahnya di sana dan ada pulak pertandingan seperti yang dibuat oleh Kak Jun. Umie pun bersemangat dan berusaha untuk memenangi pertandingan ini. Entah berapa puluh kali umie keluar masuk ke blognya untuk melihat sudah berapa orang yang ada di situ hehehehehehe :D Semangat untuk menang membuatkan seseorang itu berusaha dengan gigihnya :P
Alhamdulillah usaha kali ini membuahkan kejayaan untuk menjadi pengunjung yang ke 10000 di blog bos dan utih :p



Selepas umie buat printscreen, umie masuk sekali lagi ke blog tedi tapi kelihatannya belum ada orang lain yang menjenguk dan umie pun printscreen lagi kerana angkanya yang cantik :p



More about → Berjaya Juga Akhirnya!

My first homemade Chocolate ;)

Diposting oleh Unknown on Sabtu, 12 September 2009

3 Syawal Maiyah tak lupakan
Peristiwa tetap akan dikenang
Cokelat ni pertama dihasilkan
Membuatnya amatlah senang

Semalam umie beria-ia sangat nak buat chocolate sendiri. Sebenarnya bahan utamanya dah lama dibeli dan sudah hampir ke tarikh luput!

Setelah bertanya kepada Jue (kawan di MyR) cara untuk membuatnya 'dengan betul' akhirnya umie buat ikut cara sendiri sebab kalau nak ikut cara Jue jelaskan memang tak dapat dibuat sebab tidak ada peralatan untuk digunakan.

Umie double-broiler chocolate yang ada dan kemudia dituangkan ke dalam acuan. Di dalamnya umie letakkan badam cincang yang telah dipanggang dalam oven. Senang sungguh untuk membuat chocolate sendiri! Sesiapa yang berminat bolehlah mencubanya ya...

More about → My first homemade Chocolate ;)

Mahzuz Again! Is now behaving well...

Diposting oleh Unknown on Jumat, 11 September 2009


tEDi pergi kerja dengan kereta
Pulang kerja singgah di Kinrara
Mahzuz kini sudah dengar kata
Buat hati gembira tidak terkira

Mahzuz yang buat perangai kencing-berak di dalam rumah sejak dia dibawa pulang, kini telah pandai kencing-berak di luar atau di dalam toilet. Alhamdulillah... rasa lega dan amat gembira bila melihat 'buangan'nya di dalam toilet - umie kenal siapa punya 'buangan' jadi Mahzuz tidak boleh hendak tuduh sesiapa jika dia buat hal berak di ruang tamu :p hehehehehe


Mahzuz tidur bersama Chiku

Denda duduk dalam kurungan ternyata akhirnya telah berjaya membuat Mahzuz menyesali perbuatannya :D Mahzuz juga telah dimarah dan diberitahu supaya berkelakuan baik, jika tidak dia akan dihantar semula ke tempat asal dia dijumpai (mengugut eekkkk - tak baik kan...) hehehehe :D Agaknya Mahzuz faham akan ugutan yang diberikan - padahal tak mungkin pun dia akan dikembalikan ke tempat asalnya :(

Sudah beberapa hari ini tidak ada lagi kencing-berak Mahzuz di dalam rumah dan harap-harap Mahzuz akan terus berkelakuan baik... Jika dalam seminggu Mahzuz tetap begini, insya'allah dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu. Doa dan harapan umie Mahzuz berperangai baik untuk selamanya... aminnn

Mahzuz tidur lasak sungguh...

* Terima kasih di atas segala nasihat, pandangan, cadangan dan juga petua-petua yang diberikan oleh kawan-kawan semua. Tidak umie nafikan semua itu amat membantu dan memberi semangat untuk umie terus bersabar terhardap Mahzuz. TERIMA KASIH!
More about → Mahzuz Again! Is now behaving well...

2nd Exchanged Gift (EG-Raya)

Diposting oleh Unknown on Rabu, 09 September 2009


Dibuat khas untuk FA, si Kakak kata cakes in a cake ;)

Kak Intan berjoging setiap pagi
Buat badannya sihat tidak terkira
EG kali kedua ini umie sertai lagi
Harap FA terima dengan gembira

Terima kasih kepada mrsnor kerana mengundang umie untuk sertai EG kali kedua sempena sambutan hari raya ini.

Pasangan umie ialah FA (Beautifulpottery) atau Far Away memang jauh sungguh di UK sana! Mula-mula dapat pasangan dengan FA, kak e terfikir, nak kasi apa agaknya sebab FA tidak perlukan lagi barang2 ala-ala Inggeris atau antik sebab FA tokeh untuk itu.

Setelah berbincang dengan si Kakak, akhir kami bersetuju untuk buatkan FA faux cakes. FA juga tidak kebratan menerima apa saja dari umie. Rancangan awal untuk buatkan FA 'sebiji' cake dan beberapa cuppies tetapi si Kakak kata harus buatkan sesuatu yang lain dan istimewa namun tetap sebagai sebuah cake!

Kakak mengatakan ini merupakan salah satu 'product' yang dia akan buat jika ada tempahan daripada sesiapa yang berminat. Cake yang boleh dimultigunakan iaitu sebagai haisan dan juga tempat untuk menyimpan barang-barang berharga. Menurut si Kakak, orang tak akan tahu jika itu adalah suatu tempat menyimpan barang kecuali kalau diberitahu.

Kakak dapat idea daripada 'DeviantArt ' yang dia jadi member di alam maya tetapi kakak telah modified idea asal menjadi cake seperti di atas. Hari-hari kakak melepak di situ untuk melihat dan berkongsi idea segala macam bentuk seni!Umie pun jadi leka melihat hasil seni yang begitu cantik dan mengagumkan di situ! Memang mengasyikanlah!

* Nak tolong promosikan untuk si Kakak - kalau ada sesiapa yang berminat boleh hubungi umie ya...

** dan kata Kakak lagi (kakak tak ada blog) - kalau ada sesiapa yang berminat untuk meniru idea ini - tolonglah berikan kredit - jangan buat seolah-olah idea asal sendiri ;)
More about → 2nd Exchanged Gift (EG-Raya)

Biskut pertama! Biskut kuaci matahari

Diposting oleh Unknown


Cik Mat Gebu keturunan nyonya
Keluarga Cinanya masih bersama
Ramadhan sudah dipenghujungnya
Kini hari raya pula bakal menjelma


Sekejap sahaja dahpun 19 hari kita berpuasa, tidak terasa bulan Ramadhan yang mulia ini sudah hampir sampai ke penghujungnya... Bagi umie dan keluarga, sambutan Ramadhan tahun ini amat bersederhana, hidangan juadah berbuka seala-kadarnya sahaja.

Sambutan hari raya juga tidaklah beria-ria sangat. Tidak tahulah kenapa tahun ini seperti 'tiada hati' untuk beraya seperti tahun lalu. Tahun ini, nak buat biskut atau kuih raya pun rasa seperti tidak bermaya. Namun dikumpulkan juga semangat untuk beraya dan akhirnya jadilah biskut raya pertama yang umie hasilkan.

Jika tidak teringatkan ibu mertua di kampung, rasanya umie malas nak buat kuih. Sejak 'bergewe' lagi umie pasti megirimkan kuih raya buatan sendiri kepada Ma. Sehinggalah berkahwin dan mempunyai anak, setiap tahun umie akan buat kuih raya sendiri. Pernah juga beberapa tahun dulu umie buat kuih semasa di kampung. Ma terpaksa melayan umie mencari bahan-bahan kuih di pasar hehehehehe (kenangan indah berharai raya).

Tahun ini kalau umie tidak buat sendiri, rasanya umie akan mematikan budaya mengirim kuih hasil air tangan sendiri kepada Ma. Alhamdulillah... kerana Ma umie kumpulkan semangat dan kerajinan untuk beberapa seketika sehingga biskut ini masak. Umie mulakan dengan biskut yang simple dulu. Nanti2 umie buat lagi... cadangnya buat yang mudah-nudah je lah...

Kalau ada yang nak cuba, bolehlah ya...

Bahan

50gm ghee
200ml minyak sayur (minyak masak)
400gm tepung gandum
200gm gula halus
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
1/2 cawan kuaci (sun flower seeds) - simpan sedikit untuk hiasan di atas

Cara

1. Campurkan ghee, minyak dan gula - kacau rata
2. Ayakkan tepung, baking powder dan garam
3. Masukkan tepung kedalam campuran tadi (no.1) - gaul jadikan doh (tak lekat dalam bekas/tangan)
4. Campurkan kuaci dan gaul rata ke dalam doh
5. Canai ikut ketebalan yang sederhana, potong2 ikut suka dan taburkan kuaci sebagai haisan.
5. Bakar pada suhu 180c sehingga kekuningan
More about → Biskut pertama! Biskut kuaci matahari