Takoyaki (3)

Diposting oleh Unknown on Selasa, 07 Juli 2009


Pelita kak azah bersusun tiga
Membeli pelita di waktu pagi
Takoyaki ini resepi yang ketiga
Makanan kesukaan dicuba lagi

Takoyaki merupakan kegemaran si kakak, sudah dua resipi dicuba dan ini merupakan resipi yang ketiga. Resipi ini paling kakak suka sekali.

Resipi untuk takoyaki kali ini umie belum sempat untuk menaipkan di sini. Bila-bila sempat umie letak ya... Sebenarnya resipi yang ketiga ini lebih kurang dengan yang pertama dan kedua cuma ada sedikit tokok-tambah di dalamnya ;)

Kalau nak tengok resipi yang sebelumnya iaitu yang pertama dan yang kedua kami cuba, bolehlah click di sini dan di sini ya :)
More about → Takoyaki (3)

Exchange Gift ~ Thank You ~

Diposting oleh Unknown on Minggu, 05 Juli 2009


masz73 orangnya tinggi lampai
Sayangkan anak tidak diabaikan
Pemberian EG telahpun sampai
Terima kasih ucapan diberikan
Rakan EG umie iaitu kak azah dari KK telah mengirimkan barang-barang seperti di dalam gambar di atas untuk umie. Terima kasih di atas EG yang telah umie terima. Oleh kerana umie lebih kepada memasak, maka kak azah telah memberikan buku masakan (kebetulan umie belum ada buku tersebut dan bolehlah dijadikan tambahan koleksi buku masakan), dua pelita minyak tanah dan dua helai sapu tangan ala-ala zaman masa umie kecik-kecik dulu :)
Terima kasih daun keladi ya kak azah dan juga mrsnor yang telah menjayakan EG ini :)
More about → Exchange Gift ~ Thank You ~

Barbie cake ~ again ~

Diposting oleh Unknown on Sabtu, 04 Juli 2009

Mama Fahmi berniaga kek cawan
Sudahpun terkenal di serata alam
Tolong buatkan untuk anak kawan
Birthday sudah disambut semalam
Seorang kawan minta tolong untuk decokan kek untuk anaknya. Umie janji untuk menyediakan semua bahan untuk deco. Dia datang bersama anak birthday girl untuk barbie cake ni. Birthday girl ada sama untuk melihat proses menghias kek barbienya...
Kawan umie pun teringin nak memicit icing dan umie berikan pada dia untuk sama-sama memicit BC ke atas barbie anaknya itu. Disebabkan dia datang juga sudah lebih jam 9.oopm dan perlu untuk menyiapkannya cepat, umie tolonglah semampunya...
Umie tidak dapat hadiri majlis itu, anggap deco barbie sebagai hadiah untuk birthday girl :)
* umie puas hati bila kanak2 rasa gembira... kegembiraan itu sudah cukup menjadi upah atau bayaran kepada apa yang umie dah lakukan :)
More about → Barbie cake ~ again ~

Exchange Gift (EG) ~ FAWA ~

Diposting oleh Unknown

Cik Mat mimpi pergi ke Surabaya
Mimipi kaki sakit jalan terketar
Berjumpa FAWA di Subang Jaya
Hantarkan EG cumalah sebentar
comelnya anak2 FAWA
Gubahan bunga di dalam pasu yang ala-ala aladin
Pagi-pagi lagi umie dah keluar untuk mengambil kakak angkat umie untuk temankan dia ke KL. Umie ambil kesempatan itu untuk membuat pertemuan dengan FAWA untuk menyerahkan EG yang umie patut berikan kepadanya. Seperti yang dijanjikan, umie telah menggubah bunga bersama pasu yang umie beli. Mungkin hasil gubahan umie tidaklah secantik pakar gubah bungaan namun umie berharap FAWA akan gembira menerimanya :)
cuppies dalam bekasnya
Seperti yang dijanjikan juga, umie berikan FAWA faux cuppies 'masterpiece' yang umie dan Kakak buat. Supaya cuppies ini diberikan bersama bekasnya maka umie telah membeli bekas kuih dan hiaskan bekas tersebut bersama renda warna 'kekuningan' untuk disesuaikan dengan warna bekasnya. Mungkin hasil faux cuppies umie kurang memuaskan namum umie amat berharap FAWA suka dengan hasil pertama itu :)

Inilah rupa faux cuppies yang umie sediakan khas untuk FAWA dan semasa di C4 Subang Jaya, ketika umie nak tinggalkan di tempat CUSTOMER SERVICE, pekerja di situ menyangka ianya cuppies betul dan tanya kalau dia boleh minta satu sebab esok birthday dia heheheheheh :D Kesian juga kat adik pekerja tu, umie hanya dapat ucapkan Happy Birthday saja kepadanya sebab faux cuppies ini memang sudah di khaskan untuk FAWA ;)

More about → Exchange Gift (EG) ~ FAWA ~

Faux Cuppies & cakes ~ we did it & Thanks to ana ~

Diposting oleh Unknown on Jumat, 03 Juli 2009


Si puteh anak kucing si Anna
Kena vaksin lemah terus rebah
Ilmu asal diajarkan oleh si ana
Kemudian sendiri yang tambah


Cuppies dan slice cake dalam gambar di atas itu umie dan si Kakak yang buat. Jalan-jalan kat blog ana dan nampak faux cuppies dan slice cakes yang cantik-cantik. Umie bertanya bagaimana untuk membuatnya dan dengan bermurah hati ana memberikan keterangan ~ thanks ya ~ dan si Kakak terus mencari maklumat tambahan di internet.


Kami berdua tak sabar-sabar untuk membuatnya dan akhirnya kami buatlah mengikut apa yang ada dan kreativiti sendiri sebab bahan-bahan yang sepatutnya kami gunakan tidak kami temui... Hasil daripada 'pandai-pandai' menggunakan bahan-bahan yang kami rasa dapat menggantikan bahan yang dicadangkan, maka terhasillah cuppies dan slice cakes yang tak seberapa kalau nak dibandingkan dengan yang dihasilkan oleh ana atau orang lain ;)


Umie ada satu lagi set cuppies dan slice cake (tidak sama seperti yang di atas sebab untuk EG dan tidak boleh dipublished sebelum diterima oleh tuannya) untuk umie berikan kepada FAWA sebagai EG (Exchange Gift) yang umie sertai. Ada satu lagi benda yang juga gabungan hasil tangan umie untuk FAWA tapi tidak dapat nak dipublishedkan sebab itu sudah dianggap sebagai 'hak' FAWA. Tunggulah bila umie dah serahkan kepadanya baru akan dipublishedkan ;)


Sudah ada yang berminat untuk menempah faux cuppies ni dari umie :D tapi umie masih memikirkan cara dan harganya sebab umie ni kan jenis yang tak pandai berniaga...ermmmm kalau ada siapa-siapa yang lain turut berminat nak menempah bolehlah ya... dapat juga umie buat biz kecil-kecilan kan... hehehehehehe :p





More about → Faux Cuppies & cakes ~ we did it & Thanks to ana ~

Awards ~ thanks ~

Diposting oleh Unknown on Kamis, 02 Juli 2009





Belajar buat faux cakes dari ana
letak dalam piring tidak beralas
Awards diberi oleh coco & catlina
hanya terima kasih dapat dibalas


Ucapan terima kasih kepada catlina dan coco di atas pemberian awards ini kepada umie. Disebabkan umie ada mood untuk buat nn3 tetapi tak dapat nak upload gambar untuk n3 hari ini, maka awards yang diberi umie letakkan di sini ya...
Terima kasih daun keladi...











More about → Awards ~ thanks ~

HAPPY BIRTHDAY TO ZUBIR & NIDA

Diposting oleh Unknown


Anna beri si Putih makan ikan
Si Putih berlari terkinja-kinja
Selamat ulang tahun diucapkan
Kepada adik-adik yang manja

Hari ini ulang tahun dua orang 'adik' umie yang manja. Seorang duduk dekat sahaja tempat tinggal umie dan seorang lagi berada jauh di seberang lautan (miss you sis!)

Sempena ulang tahun mereka berdua, umie ucapkan selamat hari lahir dan semoga kalian terus sihat sejahtera.

* Atas permintaan Zubir sendiri, umie buatkan PULUT KUNING & RENDANG AYAM sebagai hadiah hari lahir tahun ini (gambar belum dapat di-upload).

* Nida jauh sangat... :)



More about → HAPPY BIRTHDAY TO ZUBIR & NIDA