Ikan KK bersambal

Diposting oleh Unknown on Minggu, 21 Juni 2009


Ada barang kak Ina nak beli
Bila di kedai semuanya mahu
Di Kota Kinabalu ikan dibeli
Tapi namanya tidaklah tahu
Ikan ni umie masak beberapa hari lalu tapi tak berkesempatan untuk dibuat tayangan :P hehehehe. Ikan ni umie beli semasa pergi ke KK hari tu. Masa beli ikan ni memang fresh tapi tak sempatlah nak masak pada masa itu juga (umie kan dah jarang masak) maka ikan-ikan yang dibeli tersimpan dalam freezer begitu saja sehinggalah umie berpeluang untuk memasaknya :-S
Ikan ini umie tak tahu namanya sebab umie akan beli ikan yang tak ditemui atau sukar didapati di pasar kat sini. Ikan ini memang tak nampak di pasar kat sini, maka umie pun beli dan sebab tak tahu namanya maka umie panggil ikan KK je lah hehehehehe . Kawan umie yang tinggal di KK kata dia pun tak pernah beli ikan tu :D
Rasa ikan ini kira ok lah juga. Isinya agak kasar dan padat. Sisiknya besar-besar tetapi telah disuruh bersihkan sebelum umie bawa pulang. Ikan ini umie goreng dan dicurahkan sambal tumis di atasnya sebab hb dan anak-anak suka masakan simple begitu. Cara masa sambal ikan ni sama macam cara umie masak sambal tumis ikan bilis, udang dan sotong - cuma yang ini sambal tumis kosong dan dicurahkan atas ikan yang telah digoreng.
More about → Ikan KK bersambal

~ Hari ini dalam sejarah ~ Pergi Majlis perkahwinan seorang sahabat :)

Diposting oleh Unknown

Kek ini umie yang buatkan sebagai hadiah
Barang antik Sue jadi idaman
banyak koleksi milik peribadi
Hari ini perkahwinan teman
Semoga bahagia kekal abadi

Hari ini merupakan majlis perkahwinan seorang sahabat umie. Perkahwinan yang kedua kalinya dan umie doakan semoga perkahwinan kali ini akan membawa kebahagian yang berkekalan. Hari ini dalam sejarah - umie beranikan diri untuk memandu luar dari kawasan perumahan umie (umie ni kira pemandu kereta dalam kampung je) kerana hb umie tiba-tiba ada urusan yang perlu diselesaikan.

Sebelum hb umie keluar, umie minta diberikan sedikit penerangan dan cara untuk menuju ke rumah sahabat umie itu. Hb buatkan peta dan terangkan pada umie ( biasanya hb yang pandu kereta - umie duduk sebelah pejamkan mata @ tidur hehehehe ) dan umie sepertinya faham dan dapat gambarkan akan penerangan dan peta yang dibuatkan.

Umie pergi berdua bersama Baby @ Adlin sebab Kakak dan Adik tidak mahu ikut sama (mereka ada kerja sekolah yang masih perlu diselesaikan). Perjalanan umie penuh dengan keyakinan sehingga sampailah ke kawasan yang dituju tetapi ada kesilapan semasa memasuki simpang selepas bulatan. Umie teruskan memandu sampai ke hujung jalan - jalan mati dan sunyi. Nasib baik Baby ada jadi taklah rasa cuak sangat.

Baby suruh umie pusing semula mencari jalan awal-awal tadi dan umie pun hubungi sahabat umie itu bertanyakan jalan dan arah ke rumahnya. Penjelasan telah dibuat tetapi umie end-up melalui jalan mati yang sama sebanyak 3 kali! Setelah berpusing-pusing di tempat yang sama akhirnya umie sampai juga ke destinasinya. Alhamdulillah... sampai juga akhir...

Begitulah kisahnya ~ Hari ini dalam sejarah ~ umie memandu sendiri sehingga sampai ke destinasi yang dituju ;) untuk menghadiri majlis perkahwinan sahabat umie :)

More about → ~ Hari ini dalam sejarah ~ Pergi Majlis perkahwinan seorang sahabat :)

Cuppies for Maria

Diposting oleh Unknown on Jumat, 19 Juni 2009


Shayz pagi lagi pergi ke pejabat
Banyaknya kerja jangan ditanya
Kek cawan khas untuk sahabat
Bagi meraikan perkahwinannya

Esok majlis perkahwinan sahabat umie. Umie telah berjanji akan membuatkan cuppies dan cake sebagai hadiah. Mula-mulanya umie janji untuk buatkan 600 biji cuppies tetapi akhirnya umie hanya buatkan 250 biji sahaja kerana tiba-tiba umie ada hal yang tidak dapat dielakkan...

Umie mula buat cuppies ni selepas mahgrib! Bayangkanlah pukul berapa umie nak siapkan kesemuanya... Memang umie tak akan tidur sehinggalah semuanya siap...

* umie buat kek cokelat sahaja dan dihias dengan BC :)
More about → Cuppies for Maria

Barbie ~ hadiah hari jadi ~

Diposting oleh Unknown on Kamis, 18 Juni 2009


Nak jumpa Leyza asyik tidak jadi
Kalau ke Skudai cuma semalaman
Kek barbie hadiah untuk hari jadi
Buat anak saudara seorang teman




Seorang kawan umie memberitahu umie tentang anak saudaranya yang ingin sangat kek barbie. Sebenarnya hari jadi anak saudara kawan umie sudah lepas bulan lalu. Oleh kerana hari jadi pertama adik si anak saudara kawan umie pada esok hari dan sudah pasti 'si kakak' akan menangis jika dia tidak diraikan juga (budak umur dua tahun cam tu - setiap hari jadi orang lain - hari jadi dia juga hehehehehe). Maka umiepun bersetuju untuk buatkan kek barbie untuknya.


Petang Jumaat, selepas umie ambil anak-anak balik dari sekolah, umie bakar kek cokelat sebentar. Malam lepas mahgrib umie deco dengan BC dan berikan warna pink seperti yang disukai oleh anak saudara kawan umie tu. Selepas Isyak adik kawan umie datang untuk mengambil kek barbie yang umie dah siapkan se-ala kadarnya saja...


Sebenarnya, kawan umie nak bayar tapi umie tak mahu ambil bayaran kerana umie bukannya berniaga... umie pun tak sampai hati nak ambil duit dari kawan... Maka umie katalah kek barbie itu sebagai hadiah untuk anak saudara kawan umie tu :) Bagi umie, apa yang penting anak-anak atau budak-budak rasa gembira :)
More about → Barbie ~ hadiah hari jadi ~

Apakah sebabnya???

Diposting oleh Unknown on Senin, 15 Juni 2009

gambar kenangan di PD


Cik Mat Gebu memasak pulut berinti
Dihidangkan pada rakan dan taulan
Berblogging Kasawari akan berhenti
Moga persabahatan akan berkekalan

Semalam semasa jalan-jalan ke 'rumah maya' Kasawari, tiba-tiba umie seperti tidak percaya dengan tajuk n3 terkininya yang ringkas iaitu "Entri Terakhir". Mula-mula umie menyangka Kasawari akan berehat untuk bercuti atau kerana kerja tetapi bila umie terus membaca ternyata Kasawari akan terus berhenti daripada berblog...

Umie jadi tertanya-tanya, apakah sebabnya... sehingga Kasawari mengambil tindakan untuk terus berhenti... Jika sibuk dengan kerja, umie yakin masih ada ruang atau ketikanya Kawasari boleh mengupdate entri dan kawan-kawan juga akan memahami. Namun untuk berhenti sama sekali merupaka suatu yang sukar untuk diterima... Mengapa ya...

Walaupun umie merasa sedih kerana Kasawari akan berhenti untuk mengaktifkan dirinya di 'blog Kasawari - Beep.. Beep' tetapi umie terima keputusan yang telah dibuat olehnya. Mungkin Kasawari mempunyai alasan tersendiri. Umie yakin Kasawari telah membuat pertimbangan yang sewajarnya untuk terus berhenti dari berblogging. Sudah pasti juga ianya merupakan keputusan yang terbaik untuk dirinya...

Umie doakan semoga Kasawari akan terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan berbahagia bersama keluarga tercinta. Semoga persahabatan yang terjalin antara kita akan terus berkekalan di alam nyata...
More about → Apakah sebabnya???

Kau pergi jua ~ Jess ~

Diposting oleh Unknown on Selasa, 09 Juni 2009



Cantik pemandangan di sawah padi
Ambil gambar jangan sembarangan
Jess kami kini telah kekal bersemadi
Kepada kami ditinggalkan kenangan


Jess, salah satu kucing yang menjadi penghuni di rumah kami dan kisahnya umie telah letakkan dalam n3 bulan lalu telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya... Jess telah meninggal semasa kami bercuti (1-8 June) dan kami amat sedih kerana Jess tidak menunggu kepulangan kami :(


Sepanjang kami bercuti, adik umie (mak busu) telah berbaik hati untuk menguruskan kucing-kucing yang terpaksa ditinggalkan. Si kakak terus berpesan supaya umie bertanyakan khabar kucing-kucing dari mak busu. Semasa awal percutian kami, Jess tidak menampakkan sebarang masalah. Menurut mak busu, dia makan seperti biasa cuma dia hanya mau makan 'wet food' dan mak busu memberikan makanan yang memang telah disiapkan beberapa tin khusus untuknya.


Menurut mak busu yang tolong menjaga kucing-kucing umie, pada hari sabtu yang lalu (6 June 2009) tiba2 Jess menjadi lemah, jalan juga tidak bermaya. Mak busu cuba berikan makanan kepadanya tetapi dia tidak berselera. Akhirnya mam busu mengambil keputusan untuk balik ke kampung dan bawa bersamanya. Jess telah dirawat oleh mak busu namun Jess telah meninggalkan dunia pada keesokkannya (ahad - 7 June) pada pukul 5.45 petang :((


Jess telah dikebumikan di kampung (Port Dickson), apa yang sedihnya, gambar Jess tidak dapat dirakam :(( sebab biasanya bila kucing umie meninggal dunia, kami akan merakamkan gambar untuk kenangan akhir :(( Walaupun begitu kami tetap bersyukur kerana Jess meninggal dunia dalam pemerhatian mak busu dan anak-anak saudara umie. Malah Jess dijaga dan dibelai sehingga nafasnya yang akhir :(


Pada masa umie menulis n3 ini, hati umie begitu hiba sekali bila mengenangkan kucing-kucing umie yang telah meninggal dunia. Seperti Jess juga, mereka meninggal dunia ketika umie tiada di rumah seperti Flero, Kitty, dan Lucky. Mungkin ada baiknya juga sebab jika tidak, sudah pasti akan riuh rendah dengan tangisan anak-anak. Malah mereka akan terus menangis berhari-hari :((


Pemergian Jess sudah dijangkakan kerana Semasa umie bawa Jess beberapa kali berjumpa doktor haiwan, pada salah satu pertemuan untuk mendapatkan rawatan, Jess telah disuspek menderita cancer tetapi doktor haiwan tersebut minta umie rujuk ke UPM kerana di kliniknya tiada kelengkapan yang cukup. Umie telah merancang akan bawa Jess ke UPM setelah pulang dari bercuti, ternyata rancangan untuk membawa Jess untuk rawatan pakar di UPM tidak kesampaian :(


Semoga Jess tenang di sana... kami redha dengan pemergiannya kerana selama ini kami tidak sanggup melihatkan badannya yang kurus dan seperti tidak bermaya (walaupun selera makannya begitu tinggi) Jess akan tetap dalam kenangan...
More about → Kau pergi jua ~ Jess ~

Balik dari bercuti Bercuti

Diposting oleh Unknown on Senin, 08 Juni 2009



Hanis Zalikha cantik didandan
Lincah bergaya pandai bicara
Kami bercuti pergi ke Medan
Anak-anak sungguh gembira


Pada tanggal 1 hingga 8 June, kami sekeluarga telah bercuti di Medan, selama di sana anak-anak amat gembira. Percutian yang tekah dirancang beberapa bulan yang lalu, alhamdulillah telah memberikan kenangan dan pengalaman buat anak-anak khususnya. Anak-anak dapat mempelajari erti kehidupan dengan lebih bermakna kerana mereka dapat melihat adanya insan yang kurang bernasib baik jika dibandingkan dengan mereka.


Percutian ini, bukan sahaja sekadar bercuti dan menghiburkan hati, namun disebalik itu, ada tujuannya iaitu inginkan anak-anak lebih menghargai kehidupan mereka dan akan lebih bersyukur dengan apa yang Allah SWT berikan kepada mereka selama ini. Diharapakan mereka akan mengerti akan kehidupan di dunia ini yang tidak semuanya indah dan senang sentiasa.


Semoga anak-anak umie mendapat pengalaman dan pengajaran daripada percutian kami ini :)
More about → Balik dari bercuti Bercuti