Chiku ~ Warded! ~

Diposting oleh Unknown on Rabu, 15 Oktober 2008




Cerahnya hari di waktu pagi
Matahari pun turut kelihatan
Chiku dibawa ke klinik lagi
Untuk terus dapat rawatan


Semalam Chiku telah dibawa ke klinik dan telahpun diberikan rawatan... Namun keadaan Chiku masih membimbangkan kerana Chiku masih tidak mahu makan... (Petanda kucing dalam keadaan sakit)


Kakak begitu risau dengan keadaan Chiku kesayangannya... Memandangkan Kakak masih ada lagi peperiksaan PMR dan tidak mahu konsentrasinya terganggu, maka umie bawa lagi Chiku ke klinik...


Bila vet tengok lagi, rupa2nya Chiku telah diserang penyakit kuning - juandice! Penyakit yang berkaitan dengan kerosakan hati :( Penyakit ini agak merbahaya jika menyerang kucing... Chiku pernah diserang juandice semasa dia masih kecik dan vet pernah mengatakan 'sudah tiada harapan'...


Namun, ajal-maut ditentukan oleh Allah SWT... dengan rawatan rapi Chiku telah pulih dan terus membesar TAPI kini Chiku diserang lagi... Alhamdulillah Chiku sudah diberikan suntikan vaksin, jadi daya ketahanan tubuhnya agak kuat untuk melawan penyakit yang menyerangnya...


Chiku terpaksa ditinggalkan di dalam wad untuk mendapatkan rawatan seterusnya... Semoga Chiku akan pulih lagi...
More about → Chiku ~ Warded! ~

Chiku ~ demam ~

Diposting oleh Unknown on Selasa, 14 Oktober 2008



Pergi ke pasar membeli ikan
Ikan disiang tak guna pisau
Chiku demam tak lalu makan
Buatkan semua menjadi risau



Chiku anak jantan umie yang garang itu, tiba-tiba menjadi begitu baik... tidak melawan bila dipegang... Apabila Chiku berperangai sedemikian, semua akan menjadi risau...tambahan bila Chiku tidak lalu makan...


Oleh kerana tidak mahu Chiku terus berkeadaan begitu, umie telah ajak ayah pergi bawa Chiku untuk dapatkan rawatan... Chiku telah diberikan suntikan dan juga dibekalkan dengan ubat-ubatan...


Semoga Chiku akan kembali sihat dan cergas...


* Susah hati juga kalau anak-anak bulu umie sakit-demam...
More about → Chiku ~ demam ~

ebi sushi

Diposting oleh Unknown


Sham bercuti pergi ke Maran
Ia kembalikan kisah semalam
Ebi sushi menjadi kegemaran
Buat hidangan makan malam

Anak-anak umie suka sangat makan sushi... ebi sushi ni simple je dan memang mudah nak buat... Cuma satu hal, nak kena dapatkan udang yang betul-betul segar...

Biasanya di sini susah benar nak dapat udang yang segar sebab itulah berapa kali buat ebi sushi rasanya tak menjadi.

Hujung minggu semalam umie ke Kota Kinabalu lagi, ambil kesempatan pergi ke pasar besar KK pada pagi Ahad. Semasa umie di pasar, rasanya macam 'gila' sebab tengokkan ikan-ikan yang segar dan pelbagai rupa! Geram betul...

Seperti biasa, bila ke KK, sudah pasti akan membeli buah tangan, kali ini umie beli ikan-ikan, udang dan ketam (masih hidup lagi) untuk dibawa pulang (Selain ikan kering, ikan bilis, udang kering etc dan juga gelang-gelang lah kan...) memang seronoklah...

Sampai saja di rumah, umie terus rebus ketam yang memang fresh tu, malangnya sampai di rumah ketam yang masih hidup sudah mati - (menyenangkan kerja membersihkannya sebab kalau masih hidup, takut dan tak sampai hati pulak nak masak... hehehehehehe)

Udang yang dibeli juga segar-segar lagi, jadi ambillah kesempatan untuk membuat ebi sushi ni...


Bahan:

udang harimau (atau apa2 udang yang adalah...)
nasi sushi (lihat rsepi sushi utk cara memasaknya)
wasabe paste

Cara:

1. Buang kepala udang dan cucuk dengan lidi (supaya lurus)
2. Rebus dalam air mendidih (jangan terlebih masak)
3. Stelah udang masak, buangkan kulit (tinggalkan ekor) dan belah di bahagian bawah udang (jangan sampai terputus dua tau...)
4. Ambil sedikit nasi sushi dan kepal-kepalkan dan kemudia sapukan sedikit wasabe paste pada bahagian udang yang dibelah tadi dana letakkan ke atas kepalan nasi...
5. Hidang bersama wasabe sauce (kicap+wasabe)

* ebi sushi ni si Kakak yang buat... umie tolong preparekan bahan-bahannya saja...

More about → ebi sushi

Good Luck & All The Best to Kakak

Diposting oleh Unknown on Minggu, 12 Oktober 2008

Shai menjemur baju di ampaian
Sambil menjemur shai bercerita
Tingkatkan diri mengejar impian
Terus usaha agar capai cita-cita
Hari ini merupakan hari yang penuh dengan debaran buat Kakak kerana hari ini Kakak akan menduduki peperiksaan PMR.
Semoga Kakak akan dapat menjawab semua soalan yang dikemukakan dengan baik. Umie faham kedaan Kakak yang telah ketinggalan dalam semua mata pelajaran (Kakak mula belajar di Tingkatan 3 tahun 2008 kerana sebelum ini Kakak tidak berada di Malaysia dari tahun 2001)
Memang sukar untuk Kakak catch up semua mata pelajaran terutamanya yang diajar dalam BM... kesian Kakak kerana kekurangan kosa kata dalam BM manambahkan lagi kesukaran Kakak untuk memahami apa yang dipelajari...
Umie tidak mengharapkan Kakak untuk mendapat 'A' dalam semua mata pelajaran kerana umie faham Kakak baru saja mula belajar awal tahun ini... Walaupun begitu umie yakin dengan kemampuan Kakak dan umie akan terus berdoa semoga Kakak akan mencapai target Kakak...
ALL THE BEST TO YOU KAKAK SAYANG...
More about → Good Luck & All The Best to Kakak

Shortbread Cookies ~ biskut raya ~

Diposting oleh Unknown on Selasa, 07 Oktober 2008


Tamu CMG datang bertalu-talu
Dihidangkan juada pelbagai rasa
Hari raya seminggu dah berlalu
Namun suasanan masih terasa

Hari raya kali ini rasa macam cepat sangat berlalu... mungkin kerana hari raya tahun ini jatuh pada tengah-tengah minggu @ hari Rabu. Walaupun begitu bagi umie lebaran kali ini memang istimewa kerana umie dapat beraya bersama ibu-bapa dan adik-adik umie... Terima kasih tak terhingga umie ucapkan buat hb tersayang kerana tanpa pemahaman darinya sudah pasti umie tidak dapat beraya dengan keluarga di Singapura...
Thanks darling sebab melayan kami untuk beraya... Raya tahun ini betul-betul bermakna...
Shortbread cookies di atas tu merupakan salah satu cookies yang umie buat untuk raya tahun ni... Kali ini tak banyak kuih muih yang umie buat disebab kesibukan yang ada...
Resipi untuk shortbread ni boleh didapati di banyak food blog yang lain seperti blog CMG ;)
More about → Shortbread Cookies ~ biskut raya ~

Masih beraya ya...

Diposting oleh Unknown on Minggu, 05 Oktober 2008


Baby main bunga api bersama si Irfan
Bunga api disimpan dah dari semalam
Salam Kak e hulur memohon kemaafan
Tanda kita semua bersaudara se Islam


Salam buat semua teman-teman yang disayang... Lama sungguh umie tak update n3 disebabkan kesibakan sejak bulan Ramadhan baru ini lagi. Umie memang bz dan sampai sekarang pun masih lagi tak berkesempatan nak menziarah blog teman-teman...


Terima kasih diucapakan kepada teman-teman yang masih sudi singgah di sini dan meninggalkan pesan di Msjbox yang tidak sempat umie balas... Jangan maerah ya... bila ada masa yang terluang umie singgah ok... Insya'allah...


Suasana hari raya masih lagi terasa kerana kebanyakan warga kota baru pulang dari kampung halaman masing-masing... Jika ada yang melewati kawasan tempat tinggal umie (Bandar baru bangi) sudi-sudilah singgah ke sini ya...


Ketupat di atas tu mummy umie yang anyam dan dibantu oleh anak umie, Kakak untuk mengisikan beras dan merebusnya... Lama betul umie tak menganyam dan menghidangkan ketupat seperti ini di hari raya sebab jika umie beraya di Kelantan, ketupat mereka tak sama...


Sampai jumpa lagi di n3 baru... Take care...
More about → Masih beraya ya...

Selamat Hari Raya ~ Maaf Zahir & Batin ~

Diposting oleh Unknown on Minggu, 28 September 2008


Ramadhan menyusur pergi walaupun ditangisi
Syawal muncul diiringi takbir memuji Illahi
Buat teman-teman yang senantiasa di sanubari
Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri



Sempena menjelang Syawal yang berbahagia ini... umie mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada semua...

Berhati-hati di jalan raya bagi yang akan pulang ke kampung halaman...

* Sorry tak dapat nak tulis panjang2.... nak balik kampung dah ni...


More about → Selamat Hari Raya ~ Maaf Zahir & Batin ~