Kek Cokelat Tanpa Telor

Diposting oleh Unknown on Sabtu, 01 Desember 2007


Hujung minggu ni umie tak ada di rumah... tapi nak jugalah update entry kat sini. So intai2 kalau ada benda yang boleh share so umie nak share cake choc tanpa telor yang umie buat utk BDay anak kawan umie bulan puasa baru ni...

Resepi kek choc tanpa telor tu boleh dilihat dalam MR. http://www.myresipi.com/top/detail/1008


Bahan
3 cawan tepong gandum
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan gula (castor sugar)
2 sudu teh baking powder
(Kesemua bahan ini bolehlah disatukan)
2 cawan air
2/3 cawan minyak masak
2 sudu makan cuka
1 sudu teh esen vanilla
(Kesemua bahan cairan bolehlah disatukan)
Cokelat urai (untuk hiasan atau apa2 yang disukai)

Cara
Masukkan kesemua bahan ke dalam bekas adunan (bahan kering dan bahan cairan)
Putar/pukul sehingga semua bahan rata dan sebati
Masukkan ke dalam acuan yang telah disapu dengan margerin (supaya tak lekat) dan bakar sehingga masak (bila masukkan lidi keluar dgn bersih)
Setelah kek masak dan sebelum sejuk bolehah ditaburkan cokolat urai ke atasnya (kalau dah sejuk nanti tak melekat)
More about → Kek Cokelat Tanpa Telor

Sambal Telor Ceplok

Diposting oleh Unknown on Kamis, 29 November 2007



Sambal telor ceplok ni my fav. Makan dengan roti pun best! Kalau bandingkan sambal telor rebus dengan telor ceplok ni, umie suka sambal telor ceplok lagi sebab sambal dan telor lebih bersatu ;)


Bahan

4 biji telor (ikut suka)

1 genggam ladan kering - potong2 dan rendam

1 biji bawang besar

5 ulas bawang putih

1 inci halia

2 sudu besar kicap manis

garam/gula/perasa secukupnya

minyak untuk menumis

1 cawan air asam jawa (jangan terlalu cair)

1 biji bawang besar ( dipotong bulat)

Cara

1. Blend cili kering+bawang besar+bawang putih+halia+belacan hingga lumat

2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan blend tadi hingga garing

3. Masukkan air asam jawa+kicap manis+garam+gula/perasa

4. Bila sudah mendidih masukkan bawang yang telah dihiris dan biar bawang layu

5. Pecahkan telor satu persatu (jangan dikacau) dan tutupkan periuk/kuali.



More about → Sambal Telor Ceplok

Nasi goreng ikan kering

Diposting oleh Unknown on Rabu, 28 November 2007


.
Apa lagi yang boleh dibuat kalau masih demam M kecuali nasi goreng je... Kali ini buat nasi goreng ikan masin je ler.


Bahan:

3 pinggan nasi putih
7 ulas bawang merah (kecil)
3 ulas bawang putih
1 sudu besar cili giling
1 sudu besar sos tiram
satu genggam ikan bilis - cuci dan tumbuk kasar
2 biji telor
isi ikan masin kuran/tenggiri (ikut suka) - potong kecil
1 biji lada merah - hiris
1 biji lada hijau - hiris
air - secukupnya
garam - perasa secukupnya
minyak - untuk menumis

Cara:

1. Panaskan minyak dan gorengkan ikan bilis, lada hijau/merah yang telah dihiris dan masukkan bawang/putih hiris.
2. Masukkan cili giling dan gaul rata dan diikuti dengan sos tiram serta garam/perasa secukupnya (Tambah air jika perlu)
3. Masukkan ikan masin serta pecahkan telor dan gaul rata.
4. Masukkan nasi dan kacau semuanya sebati.

More about → Nasi goreng ikan kering

kek tanpa telor

Diposting oleh Unknown on Selasa, 27 November 2007



Kek ni umie buat sempena blog day umie yang ke-4 minggu tu... tapi tak sempat nak letak sebab kesibukan masa dan kemalasan yang tak terhingga...


Hari ni baru dapat letak resepinya. Kek ini tanpa telor... Rasanya ok sebab dah disalut dengan butter icing... Kalau tak salut pun ok juga cuma mungkin agak 'kurang kolesterol' sebab tak ada telor :p hehehehehehe
p/s: Sorry ya sebab gambar kek tu (isinya) tak ada sebab kek ni diberikan kepada my neigbour ;)


Bahan


2 gelas tepung gandum

1 tin susu cair

1 gelas gula kastor
1 gelas minyak kacang

1 sudu besar soda bikarbonat


Cara


1. Pukul gula dengan 1/2 tin susu hingga kembang.

2. Ayak tepung+bicarbonate soda

3. Campurkan sedikit, tepung yang sudah diayak dengan soda bikarbonat di selang-seli dengan susu yang lebih tadi (lagi 1/2 tin) kedalam adunan yang telah kembang

4. Akhir sekali campurkan minyak ke dalam adunan tadi & gaul hingga rata.

5. Bakar hingga lidi yang dicucuk keluar dengan bersih pada api perlahan

More about → kek tanpa telor

Donut choc spread

Diposting oleh Unknown


As I mentioned earlier, my hb loves donut so much. The donut recipe here is from cikgu Suria (MTM).
Berbeza sikit dengan resepi donut yang sebelum ni.


Bahan

3 cawan tepung
1 cawan air
3 sudu makan susu tepung
3 sudu makan gula
2 sudu makan shortening
2 1/2 sudu teh yis
secubit garam


Toppings

sapuan chocolate ( choc spread) - secukupnya
Choc rice - ikut suka


Cara

1.campur aje sume2 n uli.

2.bentuk2 n rehatkan 30min.

3. goreng dalm minyak panas hingga kekuningan

4. bila sejuk bolehlah disapukan dengan choc spread sdi atasnya dan tabur dengan choc rice atau manik warna
More about → Donut choc spread

egg mee with meat ball soup

Diposting oleh Unknown on Minggu, 25 November 2007


Cuaca mendung dan hujan camni memang membuatkan penyakit M umie bertambah-tambah... Musim hujan camni, makan sop memang best... kena lak panas-panas...


Bahan:


Bebola daging (ikut suka banyak)

1 biji bawang besar -blend

3 ulas bawang putih -

blend1 cm halia - blend
1/2 sudu besar rempah sop

rempah menumis secukupnya ( bunga lawang etc)

lada hitam tumbuk secukupnya

garam/perasa ikut suka

minyak untuk menumisair secukupnya

daun bawang/sop/bawang goreng utk hiasan

mee telor (macam rupa maggi mee) secukupnya


Cara


1. Panaskan minyak dalam periuk asing dan tumiskan semua bahan blend berserta rempah menumis (bunga lawang etc) hingga naik bau
2. Masukkan rempah sop dan air secukupnya

3. Masukkan lada hitam secukupnya, garam/perasa
4. Kemudian masukkan bebola daging dan masak hingga mendidih.

5. Panaskan secukup air dalam periuk dan rebuskan mee telor secukupnya dan toskan airnya

6. Ambil secukup mee yang diperlukan dan letakkan sop diatasnya dan hias dengan daun bawang/sop/bawang goreng
More about → egg mee with meat ball soup

Cheese and sausage sandwich

Diposting oleh Unknown


Berapa hari ni bersarapan dengan roti je lah ya... Hari ni tengok apa benda yang ada... ermmmm nampaknya boleh buat cheese and sausage sandwich je... Kira ada jugalah untuk alas perut ;)


Bahan

4 keping roti

2 batang sosej - potong kecil-kecil

cheese (ikut suka banyak) - parut halus

mayonese (jika suka)

Sos tomato/cili (ikut suka)

butter untuk sapuan

Cara

1. Sapu sedikit butter pada roti dan letak sojek dan cheese

2. Letak mayonese + sos tomato/cili jika suka

3. Lapik dua roti dan bakar dalam sandwich maker hingga garing.

More about → Cheese and sausage sandwich