Ahli keluarga baru ~ MAHZUZ ~

Diposting oleh Unknown on Senin, 27 April 2009

Mahzuz setelah dimandikan

Kak ina balik terburu-buru
Lawat anak di asrama puteri
Ini ahli keluarga yang baru
MAHZUZ nama yang kami beri

Ini merupakan ahli baru keluarga kami. Kucing ini kami jumpa semasa dalama perjalanan untuk membeli makanan bagi kucing-kucing di rumah. Anak umie, si kakak kesian bila melihatkan 'rupa' nya yang herot. Keadaan yang comot dan kotor - berpenyakit kulit dan perutnya yang buncit. Kakak ingin sangat membawanya pulang tapi umie rasa keberatan kerana di rumah sudah ada beberapa ekor.

Banyak perkara yang harus umie ambil kira jika anak kuing itu dibawa pulang. Masalah utama bila kami tiada di rumah - pulang kampung atau bercuti di luar. Hati menjadi berat sangat untuk meninggalkan kucing-kucing dibawa jagaan orang lain... Namun setelah melihatkan keadaannya, akhirnya dia dibawa pulang ke rumah.

Anak kucing ini diberikan nama MAHZUZ yang bermaksud 'bertuah' (lelaki) dan juga mengambil sempena perkataan LUCKY seperti nama kucing yang pernah kami ambil tetapi telah meninggal dunia:(

Mahzuz diam saja semasa dimandikan

Sampai di rumah, kakak terus masak air untuk mandikan si kucing. Anak kucing itu dimandikan supaya kotorannya dapat dibersihkan (kalau tak umie tak mau pegang hehehehehehe). Dia diam saja bila dimandikan. Setelah mandi dan dilapkan badannya, dia diberikan makanan dalam tin kerana keadaan mulutnya mungkin tidak sesuai untuk diberikan makanan kering.

Mahzuz dilapkan - lihatlah mulutnya yang 'herot' itu

Esoknya kami bawa Mahzuz pergi berjumpa doktor haiwan di Klinik Haiwan Mesra (biasanya kami bawa kucing kami ke Klinik Doctor Pet) kerana klinik mesra baru berpindah tempat dan kami mahu tahu kedudukan klinik barunya. Mahzuz telah diberikan rawatan dan diperiksa oleh doktor haiwan dan daripada pemeriksaan yang dibuat, ternyata mulutnya yang 'herot' itu bukan dari kelahiran tetapi disebabkan kecederaan yang dialami olehnya.

Menurut doktor haiwan, rahang Mahzuz telah terpatah dua yang menyebabkan ianya jatuh tetapi kini telah 'mengeras' dan tidak dapat dipulihkan kerana kecederaan itu dikira telah berlaku sebulan yang lalu (sebelum dia kami temui). Menurut doktor, berdasarkan pemeriksaan giginya, umur Mahzuz baru sahaja 2 bulan dan kejadian yang menimpanya semasa dia berusia sekitar satu bulan! Kesian kan... bayangkan kesakitan yang dialaminya pada waktu itu...

Doktor haiwan itu juga memberitahu kami bahawa 'perut buncit' Mahzuz bukan disebabkan cacing tetapi kerana ususnya telah 'terborai' di dalam perutnya dan hanya ditampung oleh kulit perutnya... kalau dipegang memang akan terasa 'urat usus' Mahzuz... keadaan itu juga mungkin disebabkan kecederaan yang dialaminya... mungkin ada orang telah memukulnya dengan benda berat atau dia telah disepak oleh seseorang tanpa menyedari perbuatan itu telah mencederakan seekor anak kucing...

Mahzuz telah diberikan suntikan vaksin dan ubat cacing pada hari itu. Dalam masa sebulan selepas suntikan pertama Mahzuz akan dibawa untuk suntikan kedua. Cuma keadaan ususnya belum boleh dilakukan apa-apa sehingga dia berusia lebih 6 bulan. Mahzuz akan dibedah untuk 'membaiki' ususnya... Insyaallah semasa umurnya 6 bulan dia akan dihantar untuk menjalani pembedahan...

* umie JANJI TIDAK MAHU ambil kucing lagi TETAPI ternyata umie TIDAK BERJAYA...

{ 0 komentar... read them below or add one }

Posting Komentar