Bangun pagi kakak telah menjerit terperanjat dan cepat-cepat memberitahu umie bahawa dua-dua ekor hamsters telah tiada dan rumah mereka telah rosak dan berselerakan. Kami begitu panik dan terus mencari mereka berdua di bawah katil dan dalam seluruh bilik kakak... Namun bayangan mereka tidak kelihatan. Hati kami begitu sedih tetapi malangnya kami tidak dapat meneruskan pencarian kerana anak-anak harus ke sekolah dan umie juga perlu keluar dan menghantar mereka...
Untuk memastikan keadaan terkawal, kucing-kucing semua telah dikurung. Kasihan pula kepada kucing-kucing umie kerana mereka terpaksa berada dalam kurungan sedangkan tidak mungkin mereka yang melakukan penganiayaan terhadap kawan kecil mereka. Selama ini (sejak hamtaro kecil lagi) kucing-kucing umie telah mengenalinya dan begitu juga dengan orea @ beijo yang datang kemudian. Mereka tidak pernah menunjukkan sikap untuk menganiaya Hamtaro dan Orea @ Beijo...
Selama ini kucing-kucing umie begitu baik sekali dengan hamtaro dan oreo @ beijo dan mana mungkin baru sekarang mereka mahu menghapuskan kedua-dua kawan mereka itu... Kami mengsyaki kucing liar telah memasuki rumah kerana pintu sliding tidak ditutup dan kebetulan pula kakak lupa menutup pintu biliknya... Malang tidak berbau... Kakak pula tidak sedar suatu ancaman telah berlaku terhadap haiwan kesayangannya...
Sampai saat ini kami masih mengharap agar kedua-duanya selamat... hati umie menjadi sayu dan pilu apabila melihat makanan (kuaci yang telah siap ditanggalkan dari kulitnya) oleh hamtaro dan diletakkan di dalam rumah kecilnya :(( Bayangkan bagaimana hati tidak menjadi sayu apabila tingkah laku hamtaro yang suka menyimpan kuaci di dalam rumahnya terus terbayang dipandangan...
Harapan dan doa kami semoga Hamtaro dan Oreo @ Beijo selamat dan pulang ke pangkuan kami...
* PADA KESEMPATAN INI JUGA, KAK E MENGUCAPKAN BERBANYAK TERIMA KASIH DI ATAS INGATAN TERHADAP HARI LAHIR KAK E HARI INI. UCAPAN DAN DOA DARI KAWAN-KAWAN... BERKAT DOA KAWAN-KAWAN SEMUA, SEMOGA KEHIDUPAN KAK E AKAN TERUS SEJAHTERA DAN JUGA DIRAHMATI OLEH ALLAH SWT... TERIMA KASIH :)
{ 0 komentar... read them below or add one }
Posting Komentar