Ahli Msjbox cadang pergi berkelah
Moga acara berjalan dengan selamat
Abah telah pulang ke Rahmatullah
Semoga rohnya Allah cucuri rahmat
Al fateha.... Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh bapa mentua umie yang dikasihi...
Terasa sedih kerana semasa beliau berangkat ke Mekah, sudah terdetik di dalam hati seolah-olah itulah kali terakhir bersamanya... Hati terasa sedih dan pilu namun tetap meredhai pemergian bapa mentua yang dikasahi...
Pagi tadi (tengah malam di Jeddah) umie menghubungi mak mentua umie yang turut sama mengerjakan haji. Sebelum ini, umie telefon, tidak dapat bercakap dengan bapa mentua sebab mereka berada di ruang yang berbeza tetapi pagi tadi kebetulan abah berada di klinik dan ma menemani beliau. Maka rezeki umie untuk bercakap dengan beliau...
* Rasa bersyukur kerana Allah memberikan kesempatan kepada umie untuk bercakap dengan allahyarham bapa mentua umie untuk kali yang terakhir... Alhamdulillah...
Jenazah bapa mentua umie akan diuruskan oleh LTH di sana dan sudah pasti ibu mentua umie dalam kesedihan kerana pada saat-saat getir begini beliau sendirian menghadapinya... umie hanya mampu menelefon dan bercakap dari jauh saja... Sungguhpun jauh tetapi doa kami tidak putus buat allahyarham bapa mentua umie... Semoga ma tabah di sana...
* Bapa mentuaku yang begitu baik dan memahami sekali... kini telah pergi mengadap Illahi...
{ 0 komentar... read them below or add one }
Posting Komentar