Ramadhan al-Mubarak ~ Selamat Berpuasa ~

Diposting oleh Unknown on Minggu, 31 Agustus 2008


Meera dapat hadiah cincin suasa
Cincin dihias dengan batu putih
Siang hari kita semua berpuasa
Di malam hari kita solat Tarawih


ramadhan datang lagi
untuk mengulangi tuntutan hakiki
sambil berputar fikiran ini
bertanya pada diri
apakah ramadhan kali ini
sama seperti akhir kali
yang banyak di biarkan berlalu
tanpa di isi dengan iqra dan zikir
tanpa tasbih dan takbir...

syukur pada ilahi kerana ramadhan masih sempat di tempuhi....



Umie ambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua... Umie mohon kemaafan sekiranya terkasar bahasa, terlanjur kata-kata sehingga mengusik rasa...

Semoga Ramadhan ini barakah untuk kita semua... Aminnnnnn

Beberapa tahun yang lalu umie mendapat email berkaitan dengan Ramadhan dan umie masih menyimpannya kerana ia merupakan suatu yang baik untuk dijadikan panduan... Di sini umie letakkan email yang umie dapat beberapa tahun dulu untuk semua :)


JADUAL HARIAN SEORANG MUSLIM DI BULAN RAMADHAN

4.00 a.m.

1.Bangun berdoa kepada ALLAH dengan doa:

“Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadanyalah aku akan dikembalikan.”


2.Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu.

3.Mandi dan membersihkan diri.

4.Mengambil whudu' dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.


4.20 a.m.



1.Solat sunat Taubat Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun,
Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas.
Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.

2.Solat sunat Tahajjud Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun,
Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas.
Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.


3.Solat sunat Hajat Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala

Rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali Selepas Al-Fatihah
Rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali
Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.

4.Solat sunat Witir Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat.

Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, terima taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.

5.00 a.m.

1.Makan sahur
2.Mengosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.

5.30 a.m.

1.Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat. Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.

2.Elakkan tidur selepas Subuh, kerana waktu itu adalah waktu paling berkat untuk memulakan pekerjaan.

7.00 a.m.

1.Membuat persiapan ke tempat kerja. Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan dengan berniat dengan niat yang baik-baik.
2.Mulakan kerja dengan Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA, Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW samada menyebutnya atau di hati.
3.Banyakkan istighfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggung jawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang dilakukannya dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.

10.00 a.m.

1.Sembahyang sunat Dhuha, Ia adalah sumber rezeki yang berkat kalau istiqamah diamalkan. Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala.

2.Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yang sia-sia.
Contoh dosa-dosa : Mengumpat mengutuk,menyindir yang menyakitkan orang,bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan yang bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dengan kerja

12.45 tghari

1.Bersiap untuk solat Zohor.
2.Menunggu waktu sembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.
3.Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

4.15 p.m.

1.Bersedia untuk solat Asar.
2.Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah.
3.Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA

5.30 p.m.

Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun Syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dalam diri kita!


6.30 p.m.

1.Memperbanyakkan doa sebelum berbuka kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.

2.Apabila masuk waktu Maghrib, bacalah doa berbuka :

“Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka.”

3.Berbuka puasa dengan makanan yang manis seperti buah kurma dan jangan makan terlalu banyak.

5.Seeloknya setelah memakan kurma dan meminum air, terus menunaikan solat

6.maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan yang berat.

8.00 p.m.

1.Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Taraweh
2.Cuba pertahankan solat taraweh walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan

11.00 p.m.

1.Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.
2.Berniatlah untuk puasa esok hari dengan berniat : Sahaja aku berpuasa hari esok, untuk menunaikan Puasa Ramadhan yang wajib ke atasku, tahun ini kerana ALLAH Taala.
3.Tidur awal agar dapat bangun awal untuk beribadah.
4.Bacalah doa tidur : Ertinya : Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yang sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.





More aboutRamadhan al-Mubarak ~ Selamat Berpuasa ~

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Diposting oleh Unknown on Sabtu, 30 Agustus 2008


Amer dan Chime tersenyum lawa
Senyuman istimewa dari mereka
31 hari bulan Ogos hari istimewa
Rakyat malaysia rayakan merdeka

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Itulah laungan yang sering kita dengar apabila menjelangnya tanggal 31hb Ogos setiap tahun.

Apakah makna MERDEKA sebenarnya???

Macam-macam jawapan boleh kita berikan mengikut tafsiran, pengalaman dan keperluan diri masing-masing sebenarnya (selain daripada makna denotasi Merdeka itu sendiri) ...

Jadinya apa erti merdeka pada diri anda???

Hehehehehehehe - diri saya akan MERDEKA apabila 'perkara' yang saya 'perlu selesaikan' dapat diselesaikan secara tuntas!
More aboutMerdeka! Merdeka! Merdeka!

Awards ~ Thanks all! ~

Diposting oleh Unknown on Kamis, 28 Agustus 2008



From zan

Bibie di Sarawak pergi ke Serian
Bb pergi ke sana menaiki kereta
Terima kasih di atas pemberian
Semoga kekal persahabatan kita



From Azza


Hari ini umie nak ambil kesempatan yang ada untuk meletakkan n3 awards/pemberian dari kawan-kawan... :) Terima kasih tidak terhingga di atas ingatan kalian...



From AlongRoz


Umie mohon maaf kepada kawan-kawan lain sekiranya ada pemberian kalian yang umie terlewat letakkan di sini... Mohon berbanyak kemaafan... lantaran kesibukan yang melanda umie jadi terlupa... Walaupun begitu umie tetap hargai setiap pemberian jauh di sudut hati :)

From mama

More aboutAwards ~ Thanks all! ~

Nasi Ketumbar

Diposting oleh Unknown on Rabu, 27 Agustus 2008


Along Arman jalan berdua bergandingan
Sedang berjalan bertembung kak Nurma
Buat keluarga nasi ketumbar jadi hidangan
Hidang bersama kuah ayam masak kurma


Nasi ketumbar ini mudah nak memasaknya. Rasanya pula membuka selera anak-anak... Sesuai dihidangkan bersama gulai kari atau kurma dan ditambah dengan ulam-ulaman sudah cukup membuatkan anak-anak makannya bertambah ;)


Bahan

4 cawan beras basmathi (ikut suka - beras apapun boleh)
4 cawan air (ikut jenis beras yang digunakan)
7 ulas bawang merah*
2 cm halia*
5 ulas bawang putih*
3 tangkai daun ketumbar*
3 sudu margerin
1 helai daun pandan
2 sudu besar serbuk ketumbar
Bahan penumis secukupnya (cengkeh, pelaga etc)
garam/perasa secukup rasa
stok ayam - jika suka


Cara

1. Cuci beras dan toskan.
2. Blend bahan bertanda*
3. Panaskan margerin dan tumiskan bahan penumis, bahan-bahan yang telah diblend dan serbuk ketumbar sehingga kuning keemasan/naik baunya.
4. Masukkan beras, daun pandan, stok ayam (jika suka), garam dan air secukupnya.
5. Biarkan masak seperti biasa.
More aboutNasi Ketumbar

Kittens Again!!

Diposting oleh Unknown on Selasa, 26 Agustus 2008


Azie buat kuih layang-layang
Tak tahu resepi Azie bertanya
Anak kucing perlukan sayang

Dari insan yang mulia hatinya


Masih lagi nak tayang gambar anak-anak kucing yang comel ni... Mereka masih lagi menunggu seseorang untuk memberikan mereka perlindungan dan kasih sayang... Kalau boleh umie nak simpan mereka semua tapi seperti yang umie sebutkan sebelum ini, umie tak berdaya... umie memang tak mampu menyimpan mereka semua... :(


Lihatlah rupa anak-anak kucing yang comel dan cerdik ini. Mereka begitu menghiburkan sekali... Pandai bermain dan amat menghiburkan hati... Kalau masa tengah stress atau tension dengan kerja atau apa saja, bermain dengan anak-anak kucing seperti ini pasti akan melegakan... Malah akan memberikan ketenteraman hati kepada kita tau... :)
More aboutKittens Again!!

Kittens Again!

Diposting oleh Unknown


Nor_67 dan Ziehelmy pergi ke Tumpat
Jalan melintas padang terpijak semalu
Dagang Pak Malau dangan bertempat

Dagang si kucing ini menumpang lalu


Sebenarnya umie sahajalah meletakkan n3 tentang kucing-kucing ini supaya seseorang yang berhasrat untuk mengambil anak-anak kucing ini dapat terus melihat telatah mereka yang memang menghiburkan. Lapipun ibarat pepatah Melayu, dari mana datangnya cinta, dari mata turun ke hati... maka bila seseorang itu melihat gambar kucing-kucing ini, mungkin terus berkenan dan menarik hatinya... ;)



Semoga gambar kucing-kucing ini akan dapat menarik perhatian seseorang itu, maka dari pandangan matanya akan terus menerbitkan suatu rasa di hatinya... Dengan adanya rasa itu diharapkan akan timbul pula rasa cinta untuk memiliki anak-anak kucing ini :)




More aboutKittens Again!

Happy Birthday To Adik & Siti Suhana

Diposting oleh Unknown on Minggu, 24 Agustus 2008

Kasawari peramah suka bercanda
Tidak suka pikirkan apa2 masalah
Selamat ulang tahun buat anakda
Doa restu umi pinta kepada Allah

Hari ini merupakan hari lahir Nur Sofiana @ Adik yang ke-12. Sempena ulang tahun Adik, dia mahu umie buatkan cake cokelat dan dihiaskan dengan gambar zgifara. Rancangan awal untuk keluar berjalan terpaksa ditangguhkan kerana harus membuatkan kek birthday untuk Adik.

Selain daripada Adik, hari ini juga merupakan hari lahir adik angkat umie, Siti Suhana @ Cempaka_adrini. Semoga dirimu terus dilimpahi rahmat oleh Nya :)



Adik suka sangat dengan girafa, apa saja yang ada girafa dia akan simpan. Kek birthday adik kali ini, dia nak gambar girafa... senanglah kalau camtu!!! Umie ada tukang lukis @Kakak hehehehehehe Gambar girafa di atas kek Adik, Kakak yang lukiskan. Lepas itu umie tinggal meletakkan icing dan hiasan pada lakaran yang telah Kakak lukiskan. Thanks Kakak!

*Menurut Adik, birthday cake Adik habis kerana kawan-kawan Adik sukakannya :) Alhamdulillah...

More aboutHappy Birthday To Adik & Siti Suhana

Nasi Kerabu Goreng

Diposting oleh Unknown on Sabtu, 23 Agustus 2008



AlongRoz masak ayam bersantan
Masz pula membuat ubi bersira
Nasi kerabu terkenal di Kelantan
Kini nasi kerabu telah diubah cara


Nasi kerabu merupakan makanan kegemaran hb umie... Resepi di atas merupakan resepi yang telah diubah suai daripada resipi tradisional oleh generasi kini. Malah sekarang nasi kerabu goreng sudah begitu terkenal.

Resipi di atas merupakan hasil masakan hb umie :) Kalau bab masakan/makanan tradisional kelantan hb umie memang terer tau!

Di bawah ini bahan dan cara untuk membuat nasi kerabu goreng (sebenarnya lebihan nasi untuk nasi kerabu biasa)



Cara

4 cawan nasi (nasi untuk nasi kerabu)
5 ulas bawang merah - tumbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk
5 biji cili api-ditumbuk (boleh tambah jika mau pedas)
2 biji telor ayam
1 batang serai-dimayang halus*
1 batang bungan kantan*
1 pohon daun kesum*
100 gm kacang panjang
100 gm kobis*
sedikit minyak untuk menumis
sedikit garam/perasa


Cara

1. Mayang halus semua bahan yang bertanda *
2. Panaskan minyak kemudian tumis semua bahan-bahan yang telah ditumbuk halus, garam/perasa.
3. Apabila sudah garing masukkan telor serta sebahagian daripada bahan yang telah dimayang dan kacau rata.
4. Kemudian masukkan nasi dan kacau hingga sebati.
5. Hidangkan bersama lebihan kerabu (sayuran yang telah dimayang halus)


** Boleh dimakan dengan lauk kesukaan seperti ayam goreng, daging bakar, ikan goreng tepung, keropok ikan, sambal lada :)
More aboutNasi Kerabu Goreng

Lontong Goreng

Diposting oleh Unknown


Rossy ceria tidak suka berduka
Baginya buang masa bersedihan
Nasi impit makanan yang disuka
Bolehlah digoreng jika berlebihan

Kebetulan ada nasi impit lebih... umie pun buatlah lontong goreng ni. Sayang juga kalau sampai terbuang. So umiepun jadikanlah makanan lain... Resepi ini umie dah pernah letak di My Resipi.com. Boleh click di sini ---> http://www.myresipi.com/top/detail/615


Bahan

2 bungkus nasi impit yang telah direbus
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu makan lada boh/giling (tambah ikut suka pedas)
1 sudu makan udang kering
3 sudu besar sayuran campuran
2 biji telur sederhana besar
1 sudu besar kicap manis
Secubit garam
2 sudu besar minyak masak
daun sop/bwang dan bwang goreng ( untuk hiasan dan tambahan rasa )


Cara
  1. Potong nasi impit dalam bentuk empat segi kecil/sederhana (ikut suka)
  2. Mesin bawang besar, bwang putih dan udang kering
  3. Panaskan minyak masak dan tumis bahan yang telah dimesin dengan cili boh
  4. Setelah garing, masukkan sayur campuran, kicap dan secubit garam serta gaulkan rata.
  5. Pecahkan telur ke dalam bahan yang telah ditumis tadi dan kacau hingga telur masak dan sebati
  6. Masukkan nasi impit yang sudah dipotong tadi dan gaul hingga rata
  7. Setelah sebati, hidang dan hiaskan bersama daun sop/bawang dan bawang goreng.


More aboutLontong Goreng

Three Little Kittens ~Comelnya~

Diposting oleh Unknown on Jumat, 22 Agustus 2008



Marahkan pelajar Ween Mengomel
Buatkan si bonda terntanya-tanya
Masih lagi dengan si kucing comel
Senang hati melihatkan telatahnya


Masih lagi bercerita tentang si comel... Hati akan terasa senang dan tenang bila bersama si comel... Betullah... kucing boleh buat kita rasa gembira...


Si Adik terlena setelah puas bermain dengan anak-anak kucing yang comel tu... anak-anak kucing tu pula masih segar untuk terus bermain... memerhatikan saja si Adik tertidur...



More aboutThree Little Kittens ~Comelnya~

Three Littke kittens ~ comel ~

Diposting oleh Unknown


Izam diam di bandar Kuching
Kekasih hatinya di luar negara
Riang sungguh si anak kucing
Bermain bersama tiga saudara



Comel sungguhkan ketiga-tiga anak kucing ni??? Bayangkanlah kalau sempat mereka membesar di tepi jalan atau tanpa ada tempat perlindungan...



Kalau boleh hendak saja disimpan dan dijaga mereka semua namun apa kan daya tidak mampu melakukannya...


Alhamdulillah... sudah ada yang berminat untuk memberikan perlindungan dan kasih sayang pada mereka... harap akan dijaga kesemua mereka...


Lena sungguh si kecil diulit mimpi... mimpi apalah agaknya ya... mungkin mimpi indah berada di syurga...







More aboutThree Littke kittens ~ comel ~

Happy Birthday ~ Mak Busu Eton ~

Diposting oleh Unknown on Kamis, 21 Agustus 2008



Arsaili berusaha untuk masa depan

Sanggup hadapi segala yang berliku

Ku minta angin sampaikan ucapan

Selamat Ulang Tahun buat adikku

Hari ini merupakan hari lahir adik umie - mak busu eton :)

Walaupun jarang bersua namun ingatan tetap sentiasa bersama... Kami doakan semoga mak busu eton akan terus dilimpahi rahmati oleh Nya. Semoga mak busu eton akan berjaya dalam bidang yang diceburinya...

Semoga kasih sayang antara kita terus bertambah dan persaudaraan kita akan berkekalan hingga ke generasi masa depan...

More aboutHappy Birthday ~ Mak Busu Eton ~

~ Busy ~

Diposting oleh Unknown on Selasa, 19 Agustus 2008


Fikiran sis lawa terawang-awang
Duduk termenung layan perasaan
Nampaknya blog sudah bersawang
Kawan-kawan pun menjadi bosan

Keadaan beberapa hari ini memang betul-betul busy! Ada jugalah draft post konon2 nya nak publish tapi ternyata tak berkesempatan...

Sebenarnya, busy tu taklah sampai tak boleh nak duduk depan PC tapi Penyakit M yang lebih besar... apo nak dikato...


More about~ Busy ~

dua dari tiga... cutenya!

Diposting oleh Unknown on Kamis, 14 Agustus 2008



Cikgu jawe menternak cacing
Cacing membiak tidak terkira
Cantik sungguh si anak kucing
Buatkan hati terhibur gembira







































Ini merupakan dua ekor daripada tiga ekor kucing yang dibawa oleh ibunya ke rumah jiran... Kebetulan jiran umie tidak minat dengan haiwan ini tetapi tidak keberatan untuk membiarkan anak-anak kucing ini diam di belakang rumah mereka.

Anak-anak umie memang suka sangat maka mereka telah memberi makan dan rawatan kepada ketiga-tiga anak kucing ini. Semasa gambar ini di ambil, salah seekor anak kucing itu telah 'hilang'... mungkin dibawa berjalan oleh ibu kucing.

Seronok dapat bermain dengan anak-anak kucing sebesar ini kerana mereka akan hanya mendiamkan diri hehehehehehe meh ler main sama-sama ;)




More aboutdua dari tiga... cutenya!

Musim Anugerah Kembali lagi...

Diposting oleh Unknown on Rabu, 13 Agustus 2008


Cik Mat pembersih tak suka selerak
Pokok bunga ditanam kanan dan kiri
Musim anugerah kembali semarak
Terima kasih kepada yang memberi
Terima kasih kepada Tirana kerana menganugerahkan award ini... Malulah pulak rasanya sebab macam tak setanding je dengan anugerah yang diterima... Namun kak e tetap memberikan ucapan terima kasih di atas pemberian anugerah ini... Nak kena pass kat member lain... cuma kak e tak tau ler camna nak link-link ni... kak e buat seadanyanya ya... kak e link ikut cara lama lah ya hehehehehehehe
**************************************************************************************
Brilliant Weblog is a prize given to sites and blogs that are smart and brilliant both in their content and their design. The purpose of the prize is to promote as many blogs as possible in the blogsphere.
Here are the rules to follow:
1) Put the logo on your blog.
2) Add a link to the person who awarded you.
3) Nominate at least 7 other blogs.
4) Add links to those blogs on yours.
5) Leave a message for your nominees on their blogs.
***************************************************************************************
Oleh kerana syaratnya nak kena nominate 7 orang yang seperti dalam purpose penganugerahan award ini... maka kak e dengan besar hatinya menganugeahkan award ini kepada mereka yang kak e fikir memang layak! :

1. Mat Gebu - http://tiffinbiru.blogspot.com/
2. Jun - http://yummylicious-jun.blogspot.com/
3. Skyblue - http://mykitch3n.blogspot.com/
4. Shamen - http://lifeprettyshort.blogspot.com/
5. ummibudiman - http://ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com/
6. Siti Azma - http://food-research.blogspot.com/
7. Yani - http://yani.jugem.jp/
More aboutMusim Anugerah Kembali lagi...

Barang lama...

Diposting oleh Unknown on Selasa, 12 Agustus 2008

Cantik2 dan lawa anak-anak mama

Mereka suka sangat makan mee hun

Poster di atas itu antara barang lama

Dari sticker tunjukan sudah 20 tahun

Tadi kawan umie suruh umie tengok kat poster yang tergantung di dinding depan PC ni... Dia suka kata-kata dalam poster tu. Umie pun bacakanlah kata-kata tu untuk dia dan amekkan gambar poster tu untuk dihantar padanya juga...

Bila amek gambar baru terperasan kat bawah poster tu rupa-rupanya ada sticker olympic tahun 1988 ! Tiba-tiba terfikirlah pulak kenapa pada tahu itu kerajaan Korea tak buat pada tarikh 8-8-88 eekkkkkk (17 Sept - 2 Okt 1988)

Olympic 2008 di China... Olympic di Malaysia bilalah agaknya ya...

More aboutBarang lama...

Award ~ Thanks ya! ~

Diposting oleh Unknown on Senin, 11 Agustus 2008

Syakirah konvo pakai jubah Merah
Ditemani keluarga rasa bahagianya
Tersentuh hati mendapat anugerah
Award diterima tak pandan rasanya
Award ini diterima dari Cik Mat Gebu dan juga Cendawanintim (sorry ya... lambat gantung kat dapur usang kak e ni) dan juga daripada Bibie (kak e terus gantung sebab ada masa lapang hari ni)
Terlebih dahulu diucapkan berbanyak terima kasih kepada Cik Mat Gebu kerana masih terus mengingati diri ini... Seterusnya kepada Cendawanintim dan Bibie yang turut memberikan award yang rasanya tak sepadan dengankreativiti yang dibuat pada blog ini...
Walaupun begitu, pemberian 'award' ini tetap diterima dengan hati yang berbunga-bunga hehehehehe :D TERIMA KASIH DAUN KELADI...
Sempena bulan 'award' umie nak jugalah panjang-panjangkan 'award, ini kepada mereka yang tak semua di sebutlah ya...
* sis lawa - tiraihidup.blogspot.com
* ann hani - annhani.blogspot.com
* kiyo - kiyohashim.blogdrive.com
* syam - syam81.blogspot
* shai - shaizar.blogspot.com
* chime - i-chimera.blogspot.com
* topek - diari-hidupku.blogspot.com
* iela - sakuraku.blogspot.com
* ros - rossickky.blogspot.com
* aziz - azizlaikar.blogspot.com
More aboutAward ~ Thanks ya! ~

How should you get fit? (Blogthings.com)

Diposting oleh Unknown


Ann Hani kini beradi di luar ngeri
Pergi bersiar-siar hingga ke senja
Hari ini rasa letih ke sana ke mari
Rasanya seperti bersenam sahaja


Hari ini boleh dikatakan masa 'penuh' dengan aktiviti yang ada... dari pagi sampailah ke petang hari. Kalau nak kira, badan sentiasa saja bergerak, kira macam bersenamlah kan... tapi... kenapa berat badan masih tak berkurangan??? ermmmmmm badan bertambah berat ada lah... sekali fikir macam nak pergi bersenam secara sempurna, ikut teknik dan guba alatan yang betul... tapi ada ke waktu untuk itu...

Masa berehat di depan PC, umie pergilah ke blogthings dan terpandanglan kuiz yang bertajuk seperti di title n3 tu. Sambil berehat dambil buatlah kuiz yang cuma lima soalan tu... Jawapan yang diperoleh dari kuis seperti di bawah ni...





Your Fitness Type: Playful

You enjoy exercise as long as it doesn't feel like work.
Working out is your playtime, and you're up for any exercise that's fun.

Try exercise that involves a little friendly competition, like basketball, softball, or volleyball.
Or you may even like exercising with a fitness video game. Anything that makes you feel like a kid again.

How Should You Get Fit?
More aboutHow should you get fit? (Blogthings.com)

Three little kittens

Diposting oleh Unknown on Minggu, 10 Agustus 2008


Wajah manis sis Lawa sering terbayang
Wajahnya serupa anak yang perempuan
Tiga ekor kucing perlukan kasih sayang
Insan berhati mulia ingin dijadikan tuan



Ini merupakan tiga ekor anak kucing yang dibelai dan disayang oleh ibunya. Namun kasih sayang ibu kucing belum memadai kerana anak-anak kucing ini perlukan makanan, tempat perlindungan dan juga perlukan belaian insan...

Anak-anak umie memang suka sangat dan sementara ini kami cuna menjinakkan anak-anak kucing ini dengan memberi makanan dan membersihkan mata mereka. Selepas itu mereka akan dipegang dan dibelai sekejap :)

Pada awalnya, anak-anak kucing ini begitu takut dengan bayangan manusia... Pertama kali dipegang mereka mengiau-ngiau ketakutan. Walaupun begitu setelah beberapa kali dipegang dan dibelai mereka sudah mula kenal dan mengerti tidak semua manusia akan mengkhianati...

Malang sungguh, kami tidak dapat menyimpan mereka sebagai peliharaan rasmi kerana yang ada di rumah juga sudah memadai... Kami hanya mampu memberi mereka makan, merawat mereka jika perlukan rawatan tanpa boleh membawa mereka mendiami rumah kami :((


* Anak-anak umie kata kucing-kucing itu sudah 1/2 menjadi milik mereka sebab mereka memberi makan dan merawat anak-anak kucing tersebut :D
More aboutThree little kittens

Quick breakfast

Diposting oleh Unknown on Jumat, 08 Agustus 2008


Abg Budin keje dengan media
Siarannya di TV buat tatapan
Makanan segera cepat disedia
Enak sungguh dibuat sarapan
Makanan segera sering menjadi kegemaran anak-anak... kalau anak umie, si Baby, pantang ke mana-mana nampak orang jual nugget mesti nak beli! Kadang2 umie tak belikan dengan alasan nugget ada kat rumah hehehehehe
Juadah yang tersedia ni merupakan hasil masakan anak-anak umie sendiri. Mereka masak dengan grill je sosej dan nugget tu cuma telur umie tolong masakkan sebab perlu menggunakan api dan minyak - umie takut membenarkan mereka menggunakan dapur untuk memasak ;)
Senang je nak sediakannyanya cuma perlukan:
Bahan
Sosej
Nugget
Telur ayam
sos cili
sos tomato
mayonis
Cara
1. Masak sosej dan nugget (goreng atau grill)
2. Goreng telur
3. Hidangkan dengan sos cili, sos tomato dan mayonis
More aboutQuick breakfast

Selamat Pengantin Baru Buat "B" & "S"

Diposting oleh Unknown on Kamis, 07 Agustus 2008

Che Ros orangnya tenang
Kak Teh tak banyak tingkah
Dimulai dengan bertunang
Kini dua hati diakad-nikah

Hari ini, 08-08-08 merupakan tarikh yang cantik untuk dijadikan sebagai tarikh keramat! Oleh kerana tarikh yang begitu cantik ini banyak orang mengambil kesempatan untuk menjadikannya sebagai suatu tarikh yang istimewa dalam hidup mereka. Banyak betul undangan pernikahan dan persandingan pada tarikh ini kan...


Sempena tarikh yang cantik ini juga dua orang sahabat di alam maya akan melangsungkan pernikahan mereka. Mula-mula perkenalan mereka hanya di alam maya dan kini di alam nyata! Perkenalan, persahabatan dan kemesraan yang terbina menjalinkan ikatan kasih mesra dan cinta hinggalah ke ambang pernikahan.


Semoga kasih cinta kalian berdua akan terus berkekalan... seandainya nanti bahtera yang dilayari tiba-tiba goyang dilambung ombak, ingatlah saat-saat suka duka yang harus kalian harungi untuk dapat hidup bersama... Jangan dilupa, yang pastinya akan ada dugaan dan cabaran dalam melayari bahtera rumah tangga...


Di ruangan ini, sebagai tanda kegembiraan meraikan pernikahan kalian, kak e buatkan pantun dengan nama-nama siber rakan-rakan kita semasa sering di room MyQalam :)
* Room MyQalam hanya tinggal kenangan...

Bro G kenalan YM yang mula-mula
Kegemarannya makan gula permin
Di Yahoo Messenger ianya bermula
Berkenalan kini ke jinjang pelamin

Dang Anum juga nikahlah sudah
Majlis turut diaraikan oleh rakan
Bercinta dan kasih bertahun sudah
Kini tiba masanya diijab-kabulkan

Moy menunggu si Peter di tepi titi
Nampak bayang senyuman berseri
Hari bahagia ini yang dinanti-nanti
Rasmilah kini menajdi suami isteri

Mc Nods sudah ada kereta
Majlis kahwin pergi sendiri
Hati gembira tidak terkata
Kekasih kini menjadi isteri

Farhakete suka duduk di hujung
Dalam room Qalam itu tempat dia
Ramai tetamu datang berkunjung
Meraikan sama hari yang bahagia

Pak Wed antara chatter tertua
Dalam room MQ cakap perlahan
Doa kak e untuk kalian berdua
Moga bahagia terus berkekalan
More aboutSelamat Pengantin Baru Buat "B" & "S"