Ramadhan al-Mubarak ~ Selamat Berpuasa ~

Diposting oleh Unknown on Minggu, 31 Agustus 2008


Meera dapat hadiah cincin suasa
Cincin dihias dengan batu putih
Siang hari kita semua berpuasa
Di malam hari kita solat Tarawih


ramadhan datang lagi
untuk mengulangi tuntutan hakiki
sambil berputar fikiran ini
bertanya pada diri
apakah ramadhan kali ini
sama seperti akhir kali
yang banyak di biarkan berlalu
tanpa di isi dengan iqra dan zikir
tanpa tasbih dan takbir...

syukur pada ilahi kerana ramadhan masih sempat di tempuhi....



Umie ambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua... Umie mohon kemaafan sekiranya terkasar bahasa, terlanjur kata-kata sehingga mengusik rasa...

Semoga Ramadhan ini barakah untuk kita semua... Aminnnnnn

Beberapa tahun yang lalu umie mendapat email berkaitan dengan Ramadhan dan umie masih menyimpannya kerana ia merupakan suatu yang baik untuk dijadikan panduan... Di sini umie letakkan email yang umie dapat beberapa tahun dulu untuk semua :)


JADUAL HARIAN SEORANG MUSLIM DI BULAN RAMADHAN

4.00 a.m.

1.Bangun berdoa kepada ALLAH dengan doa:

“Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadanyalah aku akan dikembalikan.”


2.Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu.

3.Mandi dan membersihkan diri.

4.Mengambil whudu' dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.


4.20 a.m.



1.Solat sunat Taubat Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
–Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun,
–Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas.
–Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.

2.Solat sunat Tahajjud Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
–Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun,
–Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas.
–Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.


3.Solat sunat Hajat Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala

–Rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali Selepas Al-Fatihah
–Rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali
–Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.

4.Solat sunat Witir Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat.

Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, terima taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.

5.00 a.m.

1.Makan sahur
2.Mengosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.

5.30 a.m.

1.Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat. Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.

2.Elakkan tidur selepas Subuh, kerana waktu itu adalah waktu paling berkat untuk memulakan pekerjaan.

7.00 a.m.

1.Membuat persiapan ke tempat kerja. Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan dengan berniat dengan niat yang baik-baik.
2.Mulakan kerja dengan Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA, Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW samada menyebutnya atau di hati.
3.Banyakkan istighfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggung jawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang dilakukannya dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.

10.00 a.m.

1.Sembahyang sunat Dhuha, Ia adalah sumber rezeki yang berkat kalau istiqamah diamalkan. Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala.

2.Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yang sia-sia.
– Contoh dosa-dosa : Mengumpat mengutuk,menyindir yang menyakitkan orang,bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan yang bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dengan kerja

12.45 tghari

1.Bersiap untuk solat Zohor.
2.Menunggu waktu sembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.
3.Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

4.15 p.m.

1.Bersedia untuk solat Asar.
2.Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah.
3.Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA

5.30 p.m.

Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun Syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dalam diri kita!


6.30 p.m.

1.Memperbanyakkan doa sebelum berbuka kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.

2.Apabila masuk waktu Maghrib, bacalah doa berbuka :

“Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka.”

3.Berbuka puasa dengan makanan yang manis seperti buah kurma dan jangan makan terlalu banyak.

5.Seeloknya setelah memakan kurma dan meminum air, terus menunaikan solat

6.maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan yang berat.

8.00 p.m.

1.Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Taraweh
2.Cuba pertahankan solat taraweh walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan

11.00 p.m.

1.Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.
2.“Berniatlah untuk puasa esok hari dengan berniat : Sahaja aku berpuasa hari esok, untuk menunaikan Puasa Ramadhan yang wajib ke atasku, tahun ini kerana ALLAH Taala.
3.Tidur awal agar dapat bangun awal untuk beribadah.
4.Bacalah doa tidur : Ertinya : Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yang sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.





More about → Ramadhan al-Mubarak ~ Selamat Berpuasa ~

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Diposting oleh Unknown on Sabtu, 30 Agustus 2008


Amer dan Chime tersenyum lawa
Senyuman istimewa dari mereka
31 hari bulan Ogos hari istimewa
Rakyat malaysia rayakan merdeka

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Itulah laungan yang sering kita dengar apabila menjelangnya tanggal 31hb Ogos setiap tahun.

Apakah makna MERDEKA sebenarnya???

Macam-macam jawapan boleh kita berikan mengikut tafsiran, pengalaman dan keperluan diri masing-masing sebenarnya (selain daripada makna denotasi Merdeka itu sendiri) ...

Jadinya apa erti merdeka pada diri anda???

Hehehehehehehe - diri saya akan MERDEKA apabila 'perkara' yang saya 'perlu selesaikan' dapat diselesaikan secara tuntas!
More about → Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Awards ~ Thanks all! ~

Diposting oleh Unknown on Kamis, 28 Agustus 2008



From zan

Bibie di Sarawak pergi ke Serian
Bb pergi ke sana menaiki kereta
Terima kasih di atas pemberian
Semoga kekal persahabatan kita



From Azza


Hari ini umie nak ambil kesempatan yang ada untuk meletakkan n3 awards/pemberian dari kawan-kawan... :) Terima kasih tidak terhingga di atas ingatan kalian...



From AlongRoz


Umie mohon maaf kepada kawan-kawan lain sekiranya ada pemberian kalian yang umie terlewat letakkan di sini... Mohon berbanyak kemaafan... lantaran kesibukan yang melanda umie jadi terlupa... Walaupun begitu umie tetap hargai setiap pemberian jauh di sudut hati :)

From mama

More about → Awards ~ Thanks all! ~

Nasi Ketumbar

Diposting oleh Unknown on Rabu, 27 Agustus 2008


Along Arman jalan berdua bergandingan
Sedang berjalan bertembung kak Nurma
Buat keluarga nasi ketumbar jadi hidangan
Hidang bersama kuah ayam masak kurma


Nasi ketumbar ini mudah nak memasaknya. Rasanya pula membuka selera anak-anak... Sesuai dihidangkan bersama gulai kari atau kurma dan ditambah dengan ulam-ulaman sudah cukup membuatkan anak-anak makannya bertambah ;)


Bahan

4 cawan beras basmathi (ikut suka - beras apapun boleh)
4 cawan air (ikut jenis beras yang digunakan)
7 ulas bawang merah*
2 cm halia*
5 ulas bawang putih*
3 tangkai daun ketumbar*
3 sudu margerin
1 helai daun pandan
2 sudu besar serbuk ketumbar
Bahan penumis secukupnya (cengkeh, pelaga etc)
garam/perasa secukup rasa
stok ayam - jika suka


Cara

1. Cuci beras dan toskan.
2. Blend bahan bertanda*
3. Panaskan margerin dan tumiskan bahan penumis, bahan-bahan yang telah diblend dan serbuk ketumbar sehingga kuning keemasan/naik baunya.
4. Masukkan beras, daun pandan, stok ayam (jika suka), garam dan air secukupnya.
5. Biarkan masak seperti biasa.
More about → Nasi Ketumbar

Kittens Again!!

Diposting oleh Unknown on Selasa, 26 Agustus 2008


Azie buat kuih layang-layang
Tak tahu resepi Azie bertanya
Anak kucing perlukan sayang

Dari insan yang mulia hatinya


Masih lagi nak tayang gambar anak-anak kucing yang comel ni... Mereka masih lagi menunggu seseorang untuk memberikan mereka perlindungan dan kasih sayang... Kalau boleh umie nak simpan mereka semua tapi seperti yang umie sebutkan sebelum ini, umie tak berdaya... umie memang tak mampu menyimpan mereka semua... :(


Lihatlah rupa anak-anak kucing yang comel dan cerdik ini. Mereka begitu menghiburkan sekali... Pandai bermain dan amat menghiburkan hati... Kalau masa tengah stress atau tension dengan kerja atau apa saja, bermain dengan anak-anak kucing seperti ini pasti akan melegakan... Malah akan memberikan ketenteraman hati kepada kita tau... :)
More about → Kittens Again!!

Kittens Again!

Diposting oleh Unknown


Nor_67 dan Ziehelmy pergi ke Tumpat
Jalan melintas padang terpijak semalu
Dagang Pak Malau dangan bertempat

Dagang si kucing ini menumpang lalu


Sebenarnya umie sahajalah meletakkan n3 tentang kucing-kucing ini supaya seseorang yang berhasrat untuk mengambil anak-anak kucing ini dapat terus melihat telatah mereka yang memang menghiburkan. Lapipun ibarat pepatah Melayu, dari mana datangnya cinta, dari mata turun ke hati... maka bila seseorang itu melihat gambar kucing-kucing ini, mungkin terus berkenan dan menarik hatinya... ;)



Semoga gambar kucing-kucing ini akan dapat menarik perhatian seseorang itu, maka dari pandangan matanya akan terus menerbitkan suatu rasa di hatinya... Dengan adanya rasa itu diharapkan akan timbul pula rasa cinta untuk memiliki anak-anak kucing ini :)




More about → Kittens Again!

Happy Birthday To Adik & Siti Suhana

Diposting oleh Unknown on Minggu, 24 Agustus 2008

Kasawari peramah suka bercanda
Tidak suka pikirkan apa2 masalah
Selamat ulang tahun buat anakda
Doa restu umi pinta kepada Allah

Hari ini merupakan hari lahir Nur Sofiana @ Adik yang ke-12. Sempena ulang tahun Adik, dia mahu umie buatkan cake cokelat dan dihiaskan dengan gambar zgifara. Rancangan awal untuk keluar berjalan terpaksa ditangguhkan kerana harus membuatkan kek birthday untuk Adik.

Selain daripada Adik, hari ini juga merupakan hari lahir adik angkat umie, Siti Suhana @ Cempaka_adrini. Semoga dirimu terus dilimpahi rahmat oleh Nya :)



Adik suka sangat dengan girafa, apa saja yang ada girafa dia akan simpan. Kek birthday adik kali ini, dia nak gambar girafa... senanglah kalau camtu!!! Umie ada tukang lukis @Kakak hehehehehehe Gambar girafa di atas kek Adik, Kakak yang lukiskan. Lepas itu umie tinggal meletakkan icing dan hiasan pada lakaran yang telah Kakak lukiskan. Thanks Kakak!

*Menurut Adik, birthday cake Adik habis kerana kawan-kawan Adik sukakannya :) Alhamdulillah...

More about → Happy Birthday To Adik & Siti Suhana