Award & Tag from KakChik

Diposting oleh Unknown on Minggu, 24 Mei 2009


K.Cik kawan MyR ada di Kemaman
Dengan keluarga pergi ke Tasik Cini
Award & tag dari Kak Chik budiman
Dijadikan sebagai entri untuk hari ini

Terima kasih di atas pemberian Award dan juga Tag ini. Sebenarnya umie rasa dihargai dengan pemberian seperti ini, cuma masalahnya umie berpenyakit M yang agak kronik untuk menjawab dan menyelesaikan tag yang diberikan...

Kali ini kak e cuba lah ya kakchik :)

Peraturan nak jawab tag ni ialah:

1. Copy badge "2009 Cute's 3logger Award" untuk diletakkan di blog anda.

- Dah letak kat atas tu :P

2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

- Dah disebutkan ditajuk entri hari ini ;) - KakChik dari "keluarga kusayang"

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).

1. Suka sangat dengan kucing

2. Cukup marah kalau tahu 'tuan kucing' tidak beri kebajikan kepada kucingnya :{

3. Suka warna hijau (apa saja jenis hijau)

4. Gemar memakai warna hitam (tudung memang pasti hitam setiap hari khikhikhikhi)

5. 'Happy go lucky'

6. Boleh dijadikan teman untuk meluanhkan perasaan ;)

7. Senang berkawan dan boleh berkawan dengan siapa sahaja

8. Minat memasak :)

9. Menonton 2 siri je dalam seminggu - hari2 biasa iaitu DH & UB (tekalah sendiri ceritanya)

10. Suka membebel hehehehehehehe (membebel bertempat ler)


4. Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog.

Kak e buka Award ini kepada semua pengunjung di blog ini - Tag tu rasanya tak payahlah buat kalau tak nak buat hehehehehehehe

* Jangan marah ya sebab kak e tukar 'rule' :P

More about → Award & Tag from KakChik

Cakes for a birthday girl

Diposting oleh Unknown on Sabtu, 23 Mei 2009


Azis anak kak Zana sangat pemalu
Suka senyum tapi tak suka makan
Hari jadi anak kawan baru je berlalu
Kek barbie dan castle umie buatkan



Dua-dua kek ini untuk seorang anak kawan umie. Namanya cantik, secantik dan seayu orangnya. Comel dan pandai pulak tu :) Namanya Tihani Ayu Karmila... cantikkan nama dia ;)

Memandangkan kawan umie memberi keyakinan untuk umie buatkan kek ulang tahun ke-6 anak bungsunya, umie pun cubalah buatkan sebaik mungkin... Harapan umie anak kawan umie akan gembira dengan kek yang dibuatkan itu...


Hasilnya itulah dia... isi kek tu umie guna moist choc cake :)

More about → Cakes for a birthday girl

Bersama Maria dan...

Diposting oleh Unknown

Bersama Maria
Ika di Bangkok membeli berangan
Berangan dibeli untuk encik abang
Gambar dirakam menjadi kenagan
Raja Azura juga di lapangan terbang
Add Image

Kami bergambar dengan Raja Azura

Masa nak balik ke KL dari KK, Maria datang ke airport untuk menghantar barang yang nak dikirim untuk beberapa orang di KL dan juga daging rusa yang umie telah pesan lebih awal. Semasa menunggu masa untuk masuk ke ruangan berlepas, Maria terperasan Raja Azura (umie tak perasan). Kami pun ambillah kesempatan bergambar - mesti ada yang kata kami ni macam jakun kan :P ataupun kata kami ni suka nak numpang glamour hehehehehehehe tak kisahlah nak kata apapun... yang penting dapat bergambar dengan artis - bukan senang pun nak dapat jumpa mereka ni...


More about → Bersama Maria dan...

Bertemu kawan cyber di KK

Diposting oleh Unknown on Kamis, 21 Mei 2009

bersama kakzana (ambil dari blog kakzana ni...)

Kak Rusnah ke kedai naik kereta
Nak cepat masak untuk tetamu
Kawan cyber kini dah jadi nyata
Di Kota Kinabalu kami bertemu


Semasa umie nak ke KK, umie dah hubungi Maria (pernah jumpa sebelum ini) dan maria pula telah hubungi beberapa orang lagi kawan-kawan di alam maya yang berada di KK :) Selain itu, umie juga berhubungan dengan KakZana. Masa umie sampai di airport, KakZana jemput umie bersama suami dan anaknya, Azis (pemalu sungguh).

Umie telah dibawa ke rumah Kakzana yang baru saja mereka diami (setelah berpindah dua kali) kerana hb Kakzana nak solat Jumaat. Lepas itu kami pergi lunch di Restoran Sri Rahmat (biasa umie makan di sini kalau ke KK) dan kemudian mereka hantar umie pulang ke hotel. Sebenarnya KakZana pelawa umie untuk menginap di rumah mereka tapi umie dah pun booked hotel lebih awal (bukan umie tak sudi tau...) Insyaallah bila-bila nanti bolehlah menginap di rumah KakZana ya... terima kasih banyak-banyak ya...
Lepas mahgrib, Maria bersama hb dan anak-anaknya menjemput umie. Mereka bawa umie pergi ke tempat makan yang lokasinya di tepi tebing laut... Masa jumpa Maria pertama kali pun kami ke situ juga - tempat tu best! Di situ juga umie bertemu dengan Ain dan Helen - kawan cyber yang sering berbicara dan kini telah bersua di alam nyata. ;)

Ain dan Helen datang bersama hb dan anak masing-masing - seronok kami bercerita :D macam-macam hal - dari hal memasak sampailah ke hal anak-anak.
* Semoga persahabatan yang terjalin akan terus berkekalan :)
More about → Bertemu kawan cyber di KK

Jumpa Vet ~Follow Up~

Diposting oleh Unknown on Rabu, 20 Mei 2009

Lihatlah rupa Mahzuz yang berkurap tu - itupun dah diubati... bayangkan sbelum... mesti geli kan:P

Waheedena berasal dari Batu Pahat
Orangnya pembesih tak suka kotor
Kucing-kucing umie masih tak sihat
Temu janji susulan berjumpa doktor


Jess terus sakit dan demam je...

Hari ini umie bawa Jess dan Mahzuz untuk mendapatkan rawatan susulan. Jess selalu kena demam selsema dan Mahzuz pula, masa kami ambil dia, badan dia penuh dengan kurap. Dua minggu lalu umie bawa mereka berdua untuk mendapatkan suntikan dan ubat. Mahzuz pula sudah sepatutnya mendapat vaksin yang kedua. Malangnya vet yang merawat tidak mahu berikan suntikan vaksin kepada Mahzuz dengan alasan kurap yang ada harus disembuhkan terlebih dahulu...

Peliknya kenapa pula klinik yang mula-mula umie pergi untuk dapatkan rawatan memberikan suntikan vaksin yang pertama kepada Mahzuz... Umie ikut saja apa yang dikata oleh vet sebab mereka lebih arif. Hari ini Jess dan Mahzuz diberikan suntikan lagi dan Jess dibekalkan dengan ubat selsema, anti-biotik, ubat mata dan juga vitamin.

Sejak kami ambil Jess, dia sentiasa tidak sihat dan terus bergantung pada ubat tetapi hairannya selera makan dia begitu baik sekali... Keadaan Mahzuz kini sudah bertambah baik dan kurapnya telah bersih sebab hari-hari umie sapukan ubat... Semalam Mahzuz tercakar dada dan peha umie kerana cuba melarikan diri daripada disapunkan ubat kurap hehehehehehe agaknya ubat tu pedih :D

Jess pula untuk berikan ubat kepadanya memang sukar tetapi ada cara mudah iaitu dengan 'membalut' ubat-ubat (bentuk pills) dengan ikan atau ayam. Jess akan dengan lahap memakannya hehehehehehe

Jess dan Mahzuz akan dibawa berjumpa vet lagi lagi untuk pastikan mereka betul-betul pulih... Gambar Mahzuz yang mulai pulih dari menghidapi kurap tidak dapat diupload, bila dah ada gambar Mahzuz, umie akan letak n3 tetang Mahzuz lagi...

More about → Jumpa Vet ~Follow Up~

Kaya Ball

Diposting oleh Unknown on Selasa, 19 Mei 2009


Hana suap anaknya makan
Dah makan berlari ke depan
Bila kaya sudah disediakan
Kaya ball pula jadi kudapan

Bila kaya udah dibuat, kaya ball pun menjadi projek umie di dapur. Vitamin R agak berkesan pula untuk penyakit M yang telah sekian lama melanda :D

Seronok juga makan kaya ball panas-panas sebab belum lagi round kedua masak, yang pertama sudah pun habis dimakan oleh Tiga Dara Pingitan umie tu :)

* Tengoklah kaya ball tu betul2 bulat macam bola - kenalah dengan namanya hehehehehehe

Bahan

250 g tepung kek
125 g butter (cairkan)
75 g gula kastor
4 biji telur
200 ml susu segar
1/2 camt esen vanila
Secubit garam

Cara

1. Masukkan semua bahan dalam blender (kecuali tepung dan garam) - blend
2. Masukkan tepung + garam dan blend lagi hingga adunan sebati dan licin
3. Panaskan acuan, lengser dengan sedikit butter dan isikan separuh dengan adunan. Kemudain letak sedikit kaya dan tutup dengan adunan lagi hingga penuh.
4. Tutup acuan dan masak hingga keperangan.

More about → Kaya Ball

Kaya yang 'tak kaya'

Diposting oleh Unknown on Senin, 18 Mei 2009

Kek MamaTiara amat bergaya
Nyata Mama memang berbakat
Rasa teringin nak makan kaya
Kaya dibuat tapi tanpa disukat

Masa zaman sekolah-sekolah dulu, selalu tengok Mak Uda umie buat kaya bila dia balik kampung di rumah Wan. Masa itu, langsung tak berminat nak mencubanya, sekadar tengok dan intai-intai bahan dan cara membuatnya.

Bila teringin nak makan 'kaya ball', kaya tak ada pula di rumah. Memandangkan semua bahan asas untuk kaya ada di dapur, maka umie pun mulalah beroperasi - buat kaya sendiri tetapi tanpa sebarang sukatan - malas lah pulak nak surf di internet.

Akhirnya jadi jugalah kaya ni walaupun agak pahit sebab umie terhagitkan 'gula hangus' :(( Bila umie kasi tahu ayah yang 'gula hangus' tu dah terhangit - ayah kata "dah namanya pun gula hangus so betullah tu bila hangus" hehehehehehehe

Bila gula tu dah terhangus, mula2 nak buang je tapi sekali pk, cam ok sebab taklah sampai hitam legam, nampak warnanya cam ok... Bila dah jadi, oklah juga sebab cover dengan tepung (buat kaya ball) dan juga roti dengan butter ;)

Selebih buat kaya ball tu umie simpan dalam esbok - tak ada sesiapa berminat :( kecuali imie sendiri... Bila pulak nak habis kalau dah masing-masing tidak berminat nak makan kaya yang umie buat tu... (Kaya memang tak berapa 'laku' di rumah ni)

Resepi kaya ni boleh didapati dalam internet dan dapur cyber kawan-kawan yang lain... umie tak letak resepi sebab kaya umie ini tanpa sukatan ;)
More about → Kaya yang 'tak kaya'