Chocolate ice blended

Diposting oleh Unknown on Kamis, 13 Maret 2008


Relaxnya si Fida duduk berehat
Sambil berehat makan tart nenas
Minuman cholate segar dan sihat
Sedap diminum dalam cuaca panas
Bahan
1 sudu besar milo
1 sudu kecil serbuk koko
2 sudu susu pekat (kurang atau lebioh ikut suka)
1 cawan air panas
1 gelas ketulan air batu ( secukupnya)

Cara
1. bancuk milo,koko,susu dengan air panas dan kacau sebati
2. masukkan bancuhan bersama ias dan blend hingga hancur
3. hidangkan ikut suka
More about → Chocolate ice blended

Mee sop keropok

Diposting oleh Unknown


UncleJ belikan anaknya pen sebatang
Jauhnya beli di perhentian Machap
Mee sop keropok hidangan petang
Enak dimakan bersama sambal kicap


Resepinya mudah saja, sama seperti mee sop yang umie pernah letak dalam n3 sebelum ini cuma diletakkan keropok dan suun goreng sebagai bahan hidangan.


More about → Mee sop keropok

Gulai Sardin

Diposting oleh Unknown on Rabu, 12 Maret 2008


Rumah Melaka terkenal tangga batu
Menara Petronas di Kuala Lumpur
Sardin bahan yang banyak membantu
Terutama bila tiada benda di dapur

Sardin merupakan makanan kesukaan umie. Anak-anak dan hb umie tak berapa suka kecuali anak no.2 umie, Adik yang suka. Adik ni banyak ikut umie... kebanyakan orang kata rupa dia pun cam umie. Pernah juga masa dia kecik-kecik ikut masuk pertandingan 'ibu dan anak seiras' dan kami menang... hehehehhehe


Resepi gulai sardin ini sama saja macam umie buat gulai kari ayam/daging - boleh semak di n3 tersebut kecuali letakkan sardin di dalamnya...


More about → Gulai Sardin

Ayam goreng serbuk roti

Diposting oleh Unknown on Selasa, 11 Maret 2008


Pertama bertemu Pu3 umie jadi gugup
Kegugupan hilang bila lihat Pu3 mesra
Ayam goreng serbuk roti amat rangup
Makan masa panas sungguh menyelera


Ayam goreng merupakan makanan kesukaan anak-anak umie. Oleh kerana mereka suka sangat makan ayam goreng, jadi kenalah disesuaikan masakannya...

Bahan

1 ekor ayam - bersih dan potong ikut suka
2 biji telor ayam - dipukul sebentar
serbuk roti secukupnya
garam/perasan secukupnya
minyak untuk menggoreng


Cara

1. Telor dipukul sebentar - letakkan secubit garam
2. Celupkan ayam ke dalam telor
3. Gaulkan ayam yang telah dicelup ke dalam ayam dengan serbuk roti
4. Goreng dalam minyak yang panas hingga garing

More about → Ayam goreng serbuk roti

Cucur badak serunding daging

Diposting oleh Unknown on Senin, 10 Maret 2008


Pak Brahim dapat udang satu raga
Cik Mat pun masak buat rencah mi
Cucur badak ini kesukaan keluarga
Intinya diubah ikut kesukaan suami


Cucur badak biasanya orang letak inti serunding kelapa tapi kali ini umie letak intinya serunding daging sebab hb umie tak berapa suka dengan serunding kelapa yang biasa tu. Dohnya umie sesuaikan dari resepi chef siber terkenal kita - CMG ;)

Bahan

600gm keledek
1 sudu teh garam
1 cawan tepung gandum (tambah tepung jika perlu)
1 sudu teh baking powder
50gm gula pasir
1/4 cawan air
Serunding daging secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara
  1. Rebus keledek dengan 1 sudu teh garam hingga keledek empuk. Toskan dan lenyek hingga lumat. Masukkan 1 cawan tepung gandum dan baking powder, gaul rata hingga menjadi doh yang lembut.
  2. Jika terlalu lembut, tambah 1 - 2 camca besar tepung. Sapu tapak tangan dengan sedikit tepung. Ambil doh tadi dan bulat2 dan leperkan, masukkan inti tengahnya. Kemaskan dan alih ke dalam loyang. Buat hingga siap.
  3. Panaskan minyak, goreng dengan api sederhana hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.

More about → Cucur badak serunding daging

Nasi butter ayam dan tuna - Cat Food

Diposting oleh Unknown on Minggu, 09 Maret 2008



Retna baru kehilangan ibu terasa sepi
Semoga kekuatan hati Allah berikan
Dah lama juga umie tak kongsi resepi
So resepi untuk kucing umie letakkan




Kebelakangan ini memang umie bz... maklumlah kegiatan seharian kadang kala membuatkan umie tak sempat untuk duduk mengupdate n3... apa lagi untuk jalan-jalan menziarahi blog teman-teman di sini. Semalam umie sempat update n3 sempena PRU ke-12 yang memberikan keputusan yang amat menggembirakan...

Blog umie @ dapur alam maya umie ni dah lama juga tidak berasap macam yang angriani sebutkan ;) so untuk berikan sedikit asap kepada dapur umie ni, umie letakkan resepi untuk kucing-kucing umie :) Harap resepi ini juga boleh dicuba oleh mereka yang ada kucing sebab nampaknya kucing-kucing umie amat suka...


Bahan

1 cawan nasi

1 sudu butter

1/2 tin makanan basah untuk kucing perisa ayam & tuna

makanan kering perasa ayam secukupnya


Cara

1. Gaul nasi dengan butter hingga rata

2. Letak makanan basah tadi dan gaul ke dalam nasi tadi

3. Taburkan makanan kering di atasnya




More about → Nasi butter ayam dan tuna - Cat Food

Marilah mari... pergi mengundi...

Diposting oleh Unknown on Sabtu, 08 Maret 2008



Bahtera dilayar Cik Mat mengemudi

Di lautan luas pergi mengembara

Marilah mari kita pergi mengundi

Tunaikan kewajipan pada negara


Hari ini merupakan hari yang telah sekian lama dinanti-nantikan... Ini merupakan kali pertama umie dapat menunaikan kewajipan kepada negara :) Sebelum-sebelum ini umie tidak berpeluang untuk mengundi kerana umie tidak berada di dalam negara...


Pagi-pagi lagi umie dah keluar mengundi dan di pusat pembuangan undi suasananya kelihatan tenang. Proses pembuangan undi juga nampaknya berjalan dengan baik. Dengan lafaz bismillah dan meniatkan pengundian kerana Allah Ta'ala umie telah MEMANGKAH dengan penuh selesa :)


Semoga calon yang umie pilih akan berjaya... semoga dapatlah dibuat suatu perubahan... keputusan sepenuhnya kita nantikanlah ya...
More about → Marilah mari... pergi mengundi...